Saturday, July 31, 2010

TiTiPaN NoRAzWaNI...

hawa...
andai engkau masih remaja..jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engaku sudah bersuami..jadilah isteri yang meringankan beban suamimu...andai engaku masih ibu, didikla anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-Din Allah...

hawa..
andai engkau belum berkahwin jangan engkau risau jodohmu..ingatlah Hawa..lelaki yang baik buat perempuan yang baik. jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana khuatir dari mata jatuh kehati, maka lahirlah senyuman maka tercetuslah salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasi diri...

hawa..

lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, tidak memilih wanita melalui keseksiannya, tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang penting pegangan agamanya....lelaki yang baik tidak menginginkan pertemuan dengan wanita bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya..lelaki yang baik, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu matlamat dalam perhubungan lelaki dan perempuan yakni sebuah perkahwinan..
oleh itu hawa.....
jagalah pandanganmu...awasilah auratmu...peliharalah akhlakmu...kuatkan peribadimu..andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu...cukupla hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu..biarlah hanya cinta daripada ibu dan bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu...cukuplah sekadar cinta adk beradik serta keluargamu yang membahagiakanmu...
hawa...
cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALlah..cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.... cintailah keluargamu..kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain keluarga..janganlah...sesekali tangan yang mengoncang dunia turut menggoncangkan iman lelaki... kita tidak boleh mencintai org lain sebelum mencintai diri sendiri..dan kita tidak boleh mencintai diri sendri sebelum kita mencintai Allah..





semoga ana, keluarga ana..anugerah Allah serta keluarganya, sahabat2 ana serta semuanya sentiasa dalam landsan cinta Allah serta di dlm redha Allah..insyaAllah...
semoga apa yang ana impikan, dimakbulkan oleh Allah..aminnn....semoga tuhan yang Maha pemurah memberikan ana anugerah yang terbaik buat ana..aminnn YA rabb....

SaMpAIKan PaDA SI-DIa.....


tolong beritahu padanya aku ada pesanan buatnya..
tolong beritahu dia, cinta agung adalah CintaNya...
tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa...

tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih daripada dia menyintai Allah Yang Esa..
tolong nasihatkan dia, jangan mengingatiku lebih daripada dia mengingati Yang Maha Kuasa..
tolong nasihatkan dia, jangan mendoakanku lebih daripada dia mendoakan ibu bapanya...

tolong katakan pada dia..aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
tolong ingatkan dia..aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
tolong ingatkan dia aku kasihnya kerana santunnya...

tolong tegur si dia, bila dia mula mengangungkan cinta manusia..
tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya...

tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
tolong sedarkan si dia...aku masih milik keluargaku..
tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar pada keluarganya...

tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya kepadaku...

tolong pesan padanya...aku tidak mahu mnejadi fitnah terbesar kepadanya...

tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya...

tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia...
tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku....

tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Allah Yang Maha Esa...
tolong sampaikan padanya..kerana aku tidak mampu untuk memberitahunya sendiri...

hanya Engkau Ya Allah yang mengetahui siapa si dia...
moga pesananku sampai kepadanya seandainya dia adalah jodoh yang telah kau tetapkan kepada hambaMu ini...
moga dia bagai seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya....
simpanlah pesanan ini sehingga engkau bertemu dengan diriku suatu saat hari nanti..


buat anugerah Illahi kepada ana...jaga hati, jaga iman, jaga diri.....salam.....

Friday, July 30, 2010

..my arts...

salam semua...ana rasa serinik jer nak postkan entry kali nie...sebb..ana seronok dengan apa yang ana buat...huhuhuhu...tengoklah hasil keje yang ana dah siapkan nie... warna, kolaj, montaj dan cetakan...

montaj....paling excited ana nak uat...best laaa..;)

ana xtau nak lukis ape time nie....hehhe..cik lebah...hehehe


ni pula cetakan..en.loy kate..bawa ke bank dapat kuarkan duit..dia bagi A...heheheh


ini namanya kolaj....paling leceh ana nak siapkan....hehhehe..nape rambut hijau ek???


my arts.....
x sabar rasanya nak mendidik kanak-kanak...
errmmm..didik anak ana sekali laaa..
huhuhu..
pendidikan bermula dirumah....
cewahhhh...
semoga Allah berikan kesempatan bersama dengan zauj dan anak-anak yang soleh dan solehah....

Monday, July 26, 2010

keJaYAan iTU MILIK kitA....


la tahzan..(T_T).



salam buat semua..........selalunye..apa yang kalian buat bila bersedih....ana rasa teramat sedih waktu ini...ana rasa terlalu sedih sampikan ana x mampu nak citer pada sesiapa dan menangis...ana just diamkan jerrrr....YaALlah...jika ini dugaan untuk ku yang telah engkau tetapkan...ana redha dengan ketentuanmu..engkau yang tahu apa yang terbaik buatku.....jika engkau membiarkan ku....mungkin aku tidak akan rasa nikmat ini...syukur ya Allah..ana terima dan bersabar.....

kerinduan ini x dapat ana bendung lagi.....ana berharap agar ana tidur dna bermimpikan wajahnya yang ana rindu....sudah agak lama ana tidak mimpikn dia.....ana harap, Allah makbulkan doa ana.....semoga dia aman dan diletakkan di tempat orang2 mukmin.......
hari ini...sahabat ana kehilangan ayahnya...selama ini dia seorg yang kelakar..ana tidak pasti bagaimana keadaannya kala ini...ingin ana berada disampingnya untuk meredakan kesedihan..maaf sahabatku.....ana jauh darimu kala ini....doaku...ayahmu dicucuri rahmat dan disamping org2 yang dikasihi...aminn...

ingatlah...anak yang baik ialah, anak yang mendoakan kesejahteraan ibu serta ayahnya....doakan saja dia..moga bertemu kembali di syurga hakiki...





emak.....
anak emak ni rindu sgt2 dekat emak....
hampir 17 tahun anak emak nie x dapat pelukan emak...

anak emak nie baik2 saje disini...
anak emak ni dah x nakal macam dulu...
sebb tahu..
emak mesti marah kalau nakal-nakal...
kalau emak tgok anak emak nie..
mesti emak nangis kan...
tapi anak emak xnak emak nangis....Align Center
anak emak ni rindu sgt pada emak...
emak...anak emak sentiasa doakan emak...
anak emak yang x nakal nie...
akan buktikan pada semua..
yang anak emak ni baik dan boleh berjaya..

insyaALLAH...
anak emak nie doakan agar kita bertemu suatu hari
dan pada masa itu,
kita xkan berpisah lagi...

sayang emak..walau anak emak nie..
x ingat muka emak...
anak emak minx maaf..
anak emak nie kecil lagi waktu tu...

emak..
anak emak nie nak pergi berjuang dulu..
anak emak pergi dulu...
anak emak nie xnak sedih ..
nanti mesti sakit..
hehehhe
sayang emak..

wif my REXCO..

hehehhe (awat ana gelak plak yerr).ana menghargai kehadiran rakan-rakan seperjuangan yang baru..semoga kedatangan kalian dalam organisasi baru membawa pembaharuan dalam menaikkan nama kolej.....ana yakin dengan kemampuan kita semua....kalian membuatkan ana bangga dengan kehebatan kalian....thnks for all of u...berkerja bersama-sama yerrr...


huhuhuhu..dimanakah ana (yang kecik tu..nampak x???)....heheheh.tenggelam jer setiap kali ambil gambar...thanks for kak atin n kak hala..semoga kita saling lengkap melengkapi dalam menjalankan amanah ini....sayang akak berdua.....sedih kak hala xde dalm pic nie..tapi ade dalam hati rexco2 baru kiter nie..hhehehehe

ilham yang ana ingatkan pendiam..rupe2nyerrr..(errmm..kepoh jugak).bagus lah tuuu..dah pandai expose diri...serlahkan kepimpinan anda yerr..

hampai ke subuh..ana x tdo lagi...takut kalo tdo..terlajak pulak...semoga Allah melindungi ana dari tipu daya syaitan...
ana nak rehatkan diri...mungkin esok hari yang mencabar buat ana.....

gd nyte everybody....salam...

..selamat hari lahir achik...




mmmm....entry kali nie lain skit...ana nak citer pasal sahabat ana yang sudah meningkat tue..(hikhikhik..achik jgn marah ude yerr)..ana terpaksa menipu untuk menjadikan gimik kami...hehhehe..maaf yer achik..just nak uat achik epy...punyelah dia takut sampai berlari dalam hujan....hehehhe..akhirnya..mission complete...sabar jela... kenangan yang x dapat dilupakan....best sgt makan ngn along, angah, achik, ateh n usu..ude hapy...but ude mintak maaf..lately agak busy..hope korg faham keadaan ude yerr..sayang korang semua..ukhwah fillah...


ude sayang along, angah, ateh, achik n usu...

Sunday, July 25, 2010

..MUSLIMAH SEJATI...




buat semua pembaca bergelar muslimah...bila hati dipandu untuk membaca artikel ini, ana terasa untuk post kepada pembaca blog ana...agak panjang....harapan ana....tidak jemu mencari ilmu akhirat...sama-sama kita perbaiki diri dalam mujahidah ini..agar kita menjadi muslimah sejati.....selamat membaca....;)




Sabda Rasulullah s.a.w:

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim

Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya...

Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa...
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kele
mahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.

Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Kerana itulah...

Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...

Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya...

Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...

Firman Allah dalam surah an-Nisa': 24

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah, Mardhatillah.

Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud...

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim

Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun, wajahnya bukan aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Dalam mazhab syafie ada khilafnya..berdasarkan ayat dalam surah an-Nur,30.

Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir daripadanya.

Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat, wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya, mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.

Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi, kerna memahami perintah Allah s.w.t padanya dalam surah al-Ahzab ayat: 33."

Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya".

Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi, pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian. Nabi Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada binatang ternak mereka, apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa a.s dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah al-Qasas: 23-25)

Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya pada pandangan umum. Apabila ia berurusan dgn lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.

Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan). Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga perzinaan. Berbual-bual di telefon atau s.m.s antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua - duaan..fikirkanlah.

Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita".Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya, kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?. Maka, labuhkanlah tudung mu sehingga menutup juyub(tulung rusuk paling bawah) dan menutup punggung.

Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah saw,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab, seseorang telah menegurnya,"mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?". Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, beliau berkata, "aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah swt". Diriwayatkan juga ketika peristiwa Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam dalam keadaan berjilbab. Beliau telah siap menunaikan perintah Allah walaupun belum memeluk Islam.

Hari ini apa yang terjadi pada wanita Islam, bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya...

Wanita solehah juga tidak berpergian(keluar rumah) melainkan urusan yangmustahak.Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya. Para sahabiyah r.a tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan -jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah. Oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas, dengan berjihad dan syahid di jalan Allah... Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka pada pandangan umum.

Aku bangga apabila ditanya pada seorang muslimah, "dimana tempat membeli belah paling besar di kota ini?". sedang ia menjawab, "saya tidak tahu". Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj(berhias diri)

firman Allah swt:

"Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah".(surah al-Ahzab_33)

ya,memang benar...Islam itu mudah, tapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam, dalam satu hadith dalam kitab hadith 40, Rasulullah s.a.w bersabda,

"Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang bergetar di hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat orang

Wanita solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya, kerna ia adalah perintah dari Allah(an-Nur,30-31), ia tidak akan mengizinkan dirinya untuk memandang atau dipandang lelaki ajnabi pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran sifat malu kepada tuhannya untuk berbuat kemungkaran atau mencetuskan kemungkaran. Tundukkanlah pandanganmu, ibarat mencari sesuatu yang hilang. Ketahuilah, kelak di dalam kubur manusia yang tidak menjaga pandangannya akan diajar oleh syuja'ul aqro, sekali ia menghembuskan bisanya ke bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh, dan di hari kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan buta.

Wanita solehah itu adalah wanita yang selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu yang melalaikan,umpatan dan cacian, wanita yang menjaga pendengarannya di dunia, maka di syurga kelak dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur, di mana sungai pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya.

Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha.

Dan di hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga, iaitu di kala melihat wajah Allah swt,Allah swt akan membacakan untuknya surah arRahman...MasyaAllah...


Saudariku,

Bangkitlah dari lenamu yang panjang,

dan tidak berkesudahan,

sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,

kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,

walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,

yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...

Saudariku...

hidup ini seperti mimpi,

seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja,

dipuji dan dipuja,

segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,

tapi bila dia sedar dari lenanya,

dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,

seorang raja yang bermimpi,

menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,

dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,

tapi bila raja itu sedar dari lena,

dia tetap seorang raja...

Saudariku...

itulah hakikat hidup di dunia,

kalau susah,susah yang sementara,

kalau senang, senang yang sementara,

tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,

kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya...

Saudariku...

matanglah dalam urusan akhiratmu,

jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,

kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,

jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,

jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...

Saudariku...

Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,

"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,

itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,

jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,

yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,

di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,

tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,

Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.

yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...

Saudariku...

ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,

"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"

lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,

moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,

mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,

kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,

tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,

seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?

Saudariku...

jadilah wanita solehah,

yang taat pada Allah dan Rasulnya,

teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,

jangan kau cuba menambah atau menguranginya

walaupun langit dan bumi menghimpitmu,

jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,

binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,

beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,

agar tarikan dan hembusan nafasmu,

di dalam keredhaan tuhanmu,

didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,

walaupun dicaci,dilukai dan disakiti,

tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...

Saudariku...

ajarlah jiwamu untuk bersahabat dgn tuhan,

ia tidak semudah pengucapan,

kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,

di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,

di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,

hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,

berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,

jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a,

di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...

semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yang tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeennn



Saturday, July 24, 2010

...PulANg Ke PanGkaL JaLAn...




salam buat semua..entry kali nie setelah agak lama x menulis...ana nak cter skit ape yg dh jadi dalam hidup ana...iman dalam hati x sentiasa tetap..kadang-kadang iman tinggi, kadang-kadang iman rendah..oleh sebb itu, hendaklah kita berusaha untuk tingkatnya semula agar tidak jauh dariNya,...itulah yang berlaku pada ana..
bila ana lebih mengutamakan duniawi dari ukhrawi..ana rasa hati x tenang..terlalu banyak masalah yang menyerabutkan kepala ana...masalah assingment..keje dan banyak lagi...rasa nak tidur jerrr...solat pun sekadar pergerakan semata-mata dan akhir-akhir waktu....mengaji pun sekadar 2 helai jer......ana rasa..terlalu banyak perkara perlu difikirkan..dan ana tidak tahu nak luahkan pada siapa.....

sampailah satu hari...ana berdoa agar hidayah dikurniakan pada ana agar hati ana tenang dan masalaha ana dapat diselesaikan....
akhirnya..Allah makbulkan doa ana..ALHAMDULILLAH...ana beritahu pada anugerah Allah..hati ana x tenang lately...ana nampak pucat, ana x ceria dan susah nak fikirkan jalan untuk selesaikan masalah.......bila ana cakap mcm tu...anugerah Allah kata...."kita akan dapat susah bila kita jauh dari Allah...cuba muhasabah diri "...bila ana dengar kata-kata dan muhasabah diri semula..ana tahu, mengapa ana jadi mcm nie....

jadi kawan-kawan...sama2 lah kita sentiasa pertingkatkan amal ibadah agar Allah sentiasa bersama kita....iman sentiasa bertambah....insyaAllah...selangkah kita mendekatiNya..lebih cepat Dia datang ke arah kita....

errmmmmm...ana rasa tenang kembali....masalah masih ada, tapi hati xdelah risau dan x tentu hala...syukur Ya Allah...

ok lah....bye..ana ada kerja malam nie...nak kene jalankan amanah...
terima kasih ya Allah..kurniakan ana insan yang terbaik buat ana...semoga hati bertaut dengan wadah keranaMu...kekalkan lah jodoh kami dan bimbinglah hati kami agar Kau meredhai kami dunia dan akhirat....
amin ya Rabb....

Tuesday, July 20, 2010

...MuLut OraNG...



aasassalamualaikum buat semua pembaca yang ana sayangi..dan setia membaca blog ana....ana rasa teramat kecewa dengan sikap ana....kenapalah ana selalu buat orang sedih..susah sgt ana nak faham keinginannya...errmmm...ana xnaklah jadikan blog ana sebagai tempat meluahkan perasaan..sikit-sikit boleh laaa..;)..hehehhe..ana nak kongsi cerita..ana terbaca suatu artikel...dan isi serta pengajaran yang ana perolehi ana jadikan pengajaran dalam hidup..susah untuk kita puaskan hati orang, even kiter rasa..kiter dah buat yang terbaik....kadang-kadang, rasa marah sgt, rasa seperti orang xfaham kiter...tapi itulah lumrah manusia..x pernah nak berpuas hati dengan suatu perkara....errmmm...marilah baca artikel tu..semoga dapat ilmu daripadanya....InsyaAllah...


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari

Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut daripada belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah orang pun berkata;

“Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”.

Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di kawasan itu berkata pula;

“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu”.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi;

“Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar itu”.

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun daripada himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata;

“Lihat, dua orang yang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderaikan, membazir”.

Dalam perjalanan ke rumah, Luqman Al-hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya;

“Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan pertimbangan Allah s.w.t sahaja (pandangan manusia yang baik boleh diambil). Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu”


lately..ana selalu sakit....ana harap..ana masih diberikan nikmat sihat oleh Allah...andai, dah ditetapkan...ia sebagai dugaan buat ana..ana redha....doakan kesihatan ana....

Saturday, July 17, 2010

...KEdatAnGan YAnG TiDaK DiJaNgKa...


...salam buat semua pembaca blog yang ana sayangi....dalam kesibukan ana menjalankan tugas menjayakan program pertama kami di kolej...pelbagai pengalaman dan pengajaran yang ana perolehi...ade masalah yang berpunca daripada ana...dan macam-macam lagi pengalaman..ana seronok bersama dengan keluarga baru ana ini....dan ana amat menyayangi mereka....

dalam keletihan dalam menguruskan program...suatu hari...kakak ana yang bergelar pendidik datang secara tiba-tiba....ana berasa amat seronok sekali..ana suka sgt..kerana...dalam kesibukannya menjalankan tugas di bandar besar Kuala Lumpur..dia tetap mengingati ana disini..ana berasa sangat seronok...ditambah lagi dengan YDP ana yang memahami diri ana kerana mengizinkan ana keluarga bersama kakak ana even ana ada tugas diwaktu petang untuk setup tempat..hihihihihi..(thnks abg sham...)

errmmmm....ok lah..ana curi-curi masa menunggu nie..heheheh..ok lah..ana rindu pada anugerah Allah..errmm...sibuk agaknya die menguruskan hal-halnya..semoga dia dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah..Amin...
bye..salam sayang dari ana....:)

Thursday, July 15, 2010

..SatU Cinta..


dalam kesedihan dan cucuran airmata dalam hati.....
ana teringat tentang sebuah lagu yg setiap hari ana dengar...
satu cinta dari kumpulan starfive

STARFIVE-Satu Cinta

Ku memohon dalam sujudku padaMu
ampunkanlah sgala dosa dalam diri
ku percaya Engkau bisa meneguhkan
pendirianku keimananku

Reff: Engkau satu cinta yang slamanya aku cari
tiada waktu kutinggalkan demi cintaku kepadaMu
walau seribu rintangan yang menghadang dalam diri
kuteguhkan hati ini hanya padaMu kupasrahkan

oh Tuhan...slamatkanlah hamba ini
dari segala fatamorgana dunia
oh tuhan jauhkanlah hamba ini
dari hidup yang sia-sia

kalian boleh cari dekat youtube yerr.. selamat mendengar dan mendapat sedikit ketenangan dengan IzinNya.. insyaAllah... tiada tempat len kecuali bersama Pencipta...

...KeNaPa AkU BegIni????...





Astagfirrullahhalazim...Ya Allah..Ampunkanlah dosaku Ya Allah..
banyak sungguh kesalahan yg aku lakukan kepadaMu dan juga umatMu..
aku engkar dengan suruhan untuk bersangka baik..
aku engkar dengan HabluminAllah dan Habblumminanas...
Ampunkan aku tuhanKU...

Aku telah ,menyakiti hatinya..
aku telah bersangka buruk dengan dirinya..
sedangkan dia tidak pernah menyakitiku..
lemahnya aku Ya Allah..
Hinanya diri aku rasakan kala malam ni..
dimana janji-janjiku..??
mana aku letakkan janji itu..???
janji aku akan menjaga anugerah ini sebaiknya...
ampunkan aku Tuhanku...
aku lupa pada janjiku...
sesungguhnya aku tidak pernah berniat sebegitu..
dan engkau tahu apa yg ada di dalam hatiku...
bimbinglah aku ya Allah..
tenangkanlah hatiku ya Allah..
sesungguhnya hanya padamu aku berasa ketenangan dalam kesedihan ini...

dalam kesedihan dan kekecewaan pada diri...
dalam keadaan aku tidak punya siapa untuk berbicara..
dalam keadaan aku tidak menjadi aku yg sebenarnya...
dalam kekusutan aku mencari jalan penyelesaian...
dalam suasana aku memuhasabah diri..
aku mendapat ketenangan bila membaca ayat-ayatMu..
sesungguhnya aku tidak faham dengan ayatMu...
aku yg hina ni tidak mengerti dengan kata-kataMU...
tapi dengan kekuasaanMu...aku mendapat ketenangan yg aku perlukan...
alhamdulillah....
All praises to Allah...
terima kasih Tuhanku...

sesungguhnya kasihMu itu amat aku dambakan...
aku ingin mencintaiMu Tuhanku...
aku ingin bersamaMu setiap detikku..
agar aku sentiasa mendapat ketenangan itu yg aku tidak peroleh dengan sesiapa pun...
bimbinglah hatiku ini ya Allah..
ajarlah hati ini agar aku tidak leka dengan anugerahMU,..
bimbinglah hati ini agar aku tidak mencintai hambaMu melebihi cinta kepadaMu...

Engkau Tuhan yg Maha Mendengar..
Engkau yg Maha Mengetahui apa yg aku tidak katahui..
sesungguhnya..setiap apa yg aku terima adalah yg terbaik buatku..
aku redha dengan ketentuanMu..
aku terima sekiranya malam ini..
telah tertulis aku menjalani hidupku dengan kesedihan..
tiada siapa yg tahu dalam hatiku ini melainkan Engkau...

berkatilah aku ya Allah..
ampunkanlah dosa yg telah aku lakukan..
ampunkanlah dosa ibu dan bapaku..
ampunkanlah dosa org yg aku sgt kasihi...
semoga kami masih dalam keadaan saling sayang menyayangi demiMu ..
amin....
jagalah hati kami Ya Allah...
hanya padamu aku meletakkan segala harapanku..
engkau maha mengetahui segalanya...
aku bermohon padamu...
amin Ya Rabbalamin..

Wednesday, July 14, 2010

...wAHai Ibuku...


salam buat pembaca semua....hari nie adalah hari yg sgt meletihkan buat ana..tapi ana masih nak menulis sesuatu buat tatapan semua pembaca blog ana...kelas ana pada sebelah pagi tidak ada..cume penuh pada waktu petg hingga lah kemalamnya....ana dapat nek ke rumah ana apabila sudah tgh malam....dengan kepenatan dan kelaparan yg ana rasa..ana kuatkan diri untuk makan apa saje yg ade kat rumah...hehehhe ;)..sempat menjamah ayam goreng dan roti 2 keping...alhamdulillah....kemudian ana mandi...kak illya (roomate) ana marah ana sebb mandi lewat malam..tap..ana rasa x selesa....sebb ana belum solat isyak dan ana terkena hujan petg tdi..dan ana rasa melekit..ana ingkar juga nasihat kakak ana yg ana syg..( maafkan adik ye kak..:( )... usai saja solat..ana bukak laptop untuk melihat jika ada apa2 nota yg telah di'post'oleh lectrr ana... tiba-tiba...mata ana terpandang pada bingkai gmbar yg terletak diatas meja belajar ana bersebelahan katil..ana pandang gambar 2 insan ini....si ibu memeluk anaknya yg berusia 3 tahun dengan erat sambil si anak tersenyum disamping ibunya...... itulaha ana bersama arwah mak ana....sedihnya ana rasakan bila menatap wajahnya..itulah satu2 nya gambar ana bersama ibu ana... tidak tahu bagaimana ingin ana luahkan kesedihan ana pada malam nie...sambil menulis...air mata nie x mahu berhenti..ana teramat rindu padanya.... walaupun ana tidak ingat apa2..tapi ana dapat merasakan kasih sygnya bila gambar ini menunjukkan arwah memeluk ana dengn erat... ana tahu..tidak mungkin ana dapat berada dalam pelukannya lagi..mustahil... ana teramat rindu padanya saat nie...ana rasa x kuat kala nie..Ya Allah...Ampunkan lah dosa hamba kerana tidak bersyukur dengan nikmat-Mu...ana selalu membayangkan dia masih bersama ana...ampunkan lah dosaku Ya Allah..ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku...letakkanlah ibu ku di tyempat org yg beriman..dan kurniakanlah hidayah pada ayahku..agar dia diberikan kesmepatan untuk berubah..Amin Ya Allah harapan ana buat pembaca yg masih punya tempat untuk mengadu dan berkongsi cerita..hargailah ibu dan ayah kalian...jgnlah bila..kalian sudh tidak punya mereka..baru kalian menyesal..ana masih ada tempat mengadu...ana masih bernasib baik...tapi.....ana saja yg tahu... malam nie...ana tidur dalam kerinduan dan kesedihan...semoga kami bertemu di syurga yg hakiki....Amin Ya Allah.... Redhailah aku, keluargakku, sahabatku, guru-guruku, insan yg aku kasihi serta umat muslimin....amin...


Monday, July 12, 2010

...Ayat-AyAt CinTA...



Maafkan aku
Maafkan aku kerana meminggirkanmu
Menyisihkanmu dari lembaran hidupku
Aku hidup sendirian
Tanpa memikirkan perasaanmu
Tanpa memikirkan betapa sedihnya dirimu
Betapa pilunya hatimu



Aku tahu kau merintih dari jauh
Mengharapkan kepulanganku ke sisi
Aku tak sedar semua itu
Aku masih dalam duniaku
Dunia yang kucipta sendiri
Walaupun tanpa basahnya lidahku
Membaca setiap bait darimu



Namun mungkin kerana
Cintamu masih kuat padaku
Kau masih memimpinku
Dari kejauhan



Aku melakukan kewajipanku
Walau ada kekurangan
Namun kucuba sebaik mungkin
Menjadi hambaNya








Setelah lama aku termenung
Berfikir dan terus berfikir
Menyoal dan terus menyoal
Akhirnya aku bertemu jua
Jawapan yang merungkai
Segala persoalan



Suaramu menggamit jiwaku
Membuat aku kehibaan
Air mataku menitis
Aku berasa cukup sempurna
Walau aku tidak memahaminya
Betapa menyesalnya aku
Kerana meninggalkanmu



Kenapa aku tak membaca bait-bait indahmu?
Kenapa aku tak menghayatimu?
Sesungguhnya kaulah jawapan pada pencarianku









Aku gembira…
Kerana lidahku kini basah dengan ayat-ayatmu
Fikiranku makin tenang
Kaulah penawar hatiku di saat kesukaran
Tak tahu mengapa
Mungkin itulah kelebihanmu



Ya Allah
Jadikan al-quran penyejuk hatiku
Penawar luka dan laraku
Panduanku
Walau waktu dan musim berubah
Walau aku yang berubah
Harapanku…
Biarlah ia sentiasa di dadaku
Selama-lamanya



Wahai kalamullah
Wahai al-huda
Wahai as-syifa’
Serapilah dalam jiwaku
Dalam setiap aliran darahku
Sehingga aku kembali
Kepada Dia yang menurunkanmu
Semoga kita bertemu di sana dan berbual mesra
Agar dapat kuselami dirimu sedalam-dalamnya…

...MAafKAn DIa...




salam buat semua..dalam kesibukan ana sebagai pelajar biasa dan pemimpin di kolej...ana tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan ana untuk berkongsi nasihat dan ilmu buat semua pembaca....secara x langsung..ana juga ingin sahabat sejati ana yg setia membaca blog ana ini dapat ilmu yg ana nak sampaikan....ketahuilah wahai sahabatku..muslimah yg sejati akan sentiasa membantu muslimah len bersamanya...ana nak jadikan dia juga sebagai muslimah secara perlahan-lahan..bukanlah maksud ana..diri ana ni bek...tapi....ana nak berkongsi ilmu yang ana ada.....InsyaAllah..semoga Allah memberikan Hidayah buat semua sahabat yg ana sayangi....

...errmmmm.....hari nie..hari pertama kuliah ana..banyak bende yg jadi..tapi yg ana nak coretkan dalam blog ana buat tatapan semua tentang 1 kisah nie....

selama nie..ana didampingi dengan rakan-rakan sekuliah yg sekepala dengan ana....jenis yg x banyak cakap waktu kuliah dan alhamdulillah...semuanya pelajar yg menghormati pensyarahnya...

tapi..berbeza sikit situasinya dalam sem nie..ana dan beberapa rakan sekelas telah berpisah kerana disebabkan oleh pengurusan akademik...ana dan rakan-rakan yg len pasrah dan cuba menyesuaikan diri dengan pelajar yg len....

cuma..ade sedikit tabiat beberapa mahasiswa yg kurang sedap pada pandangan mata ana..ana pun menceritakan masalah ana pada sahabat-sahabat ana...dan mereka turut merasakan yg sama....ana harap..pelajar itu sedar akan kesilapan dan sikapnya yg kurang menyenangkan dalam kelas...kurangkanlah sikap "menyampuk" ketika pensyarah sedang memberikan kuliah...

ana cuba untuk memaafkan sikap nya itu...ana nak tegur sikap itu..tapi siapalah ana..mungkin ana akan fikirkan inisiatif len...errmmm..gunakan kuasa pensyarah....hehehhe..:)..(ok ke ek???)..
ana akan fikirkan yerr..sebab..ana xnaklah...rakan-rakan sekelas ana berdendam dan ada menyimpan rasa tak puas hati terlalu lama..kerana hasad dan dengki itu akan memakan diri kita semula...

memaafkan adalah lebih bek..kalau..sekiranya ana tidak mampu untuk melakukan sesuatu..cukuplah ana membenci sifat itu..tapi bukan dirinya.....InsYAllah...

semoga na dan rakan-rakan sekelas dapat menjalinkan ukhuwah yg bek agar kami sama-sama dapat belajar dalam keadaan yg diRAhmati oleh Rabbul Izzati....Amin.....

errmmm..kesihatan ana kurang bek,..ana selalu sakit perut..semoga masih diberikan nikmat sihat oleh Nya...Amin...

ana rindu pada seseorang yg ana sayangi dan hormati..tapi...ana harap..rindu ini dapat ana redakan..kerana ana takut ana jauh daripada Allah.....kerana merindui insan len melebihi Pemilikku..akan membuatkan kita jauh daripada Hidayah Allah...waallahualam...

errmmm..ok lah...x sabar nak pergi kuliah dan berebut bas lagi untuk ke kelas besok...hihihihihi...
salam buat semua.....dengan lafaz..assalamualaikum....

...sAlah DiRi SeNDiRi...




assalamualaikum buat semua pembaca blog ana yg ana sayangi.....errrmmmm...ana tidak tahu kenapa hari nie ana tidak tenang...rasa hati ni susah saja...solat pun sekadar pergerakan semata-mata....ade silap ana dimana-mana yg ana x ketahui.....penat ana fikirkan...mungkin ana x perasan....mohon padaNya..ana diberikan Hidayah agar kesilapan yg buat diri ana sendiri rugi x ana x ulangi lagi.....

sampailah satu detik...Allah tunjukkan pada ana...dimana silap ana....insan yg teramat istimewa, beritahu ana ttg satu perkara...kat sinilah ana tahu...dimana silap ana...ana pernah melakukan silap yg sama dulu..dan ana ulanginya lagi beberapa minggu yg lalu...dan ana merasakannya pada hari nie....ana tak nak perkara yg sama berulang lagi...semoga Allah bersama ana dalam setiap yg ana lakukan....semoga kami bersama-sama dalam Redha Illahi...Aminnn Ya RAbb....

besok hari pertama kuliah...ana berharap..ia menjadi permulaan pada ana untuk istiqamah dalam menuntut ilmu...INsyaAllah...
semoga ana dan sahabat-sahabat ana serta semua mendapat kejayaan yg lebih cemerlang
untuk sem nie..Amin ya Allah....

bercerita pasal sahabat....ana bersyukur sgt diberikan nikmat sahabat nie...
ana rasa bertuah sgt...
sebab.....
ana teramatlah busy 2 hari nie...tapi sahabat ana selalu mengingatkan ana tentang kesihatan ana..
heheheh ;)
thanks tok along, angah, achik. ateh n usu...ude akan jaga diri baik2 tok org2 yg ude syg..mekasih ingtkan ude tok makan.....
almaklumlah..bila sibuk...terlupa nak makan.....dan kesannya....ana sakit...Nauzubillah...

ok lah....cukup buat masa sekarang....pengajaran ana dapat....ana kene jaga kesihtan....dan...
jangan ulang kesilapan yg sama berulang kali...kerana fitnah org itu datang daripada diri ana sendiri yg lalai..dan terlalu mengikut perasaan ...semoga ana x ulanginya lagi....

ook...salam ukhwah dari ana yg x sempurna dan sering lakukan kesilapan...
selamat menjalani kuliah.....bye,..
salam...

Saturday, July 10, 2010

...DepAn Mata...




salam kasih dan sayang buat semua pembaca blog ana....ana rasa teruja sgt nak menulis walaupun badan nie tgh penat dan sakit-sakit dek kerana x ckup tidur dan rehat....hehhehe :)..sebab ana nak semua pembaca ana rasa apa yg ana rasa kala nie...mungkin bagi org yag x penah mengalaminya..ini perkara biasa..tapi......... jeng..jeng..jeng.... huhuhuhu..:)..xdelah suspen sgt..tapi..ana nak bgitau..bahawa..bersyukur dnn gembiranya ana bila ....doa ana dimakbulkan dengn cepat dan di depan mata ana....ceritanya begini... al-kisah... ana dapat makanan lunch yg disponsor oleh pejabat kolej..tapi..disesbkan ana tergesa-gesa untuk memulakan tugas menjaga kaunter pendaftaran pelajar...ana terlupe nak ambil makanan... ana ingatkan..ozmate ana ambilkan untuk ana..jadi..ana pikir...makanan ana sudah ada di rumah kami..... tapi..bila ana balik...makanan tu rupa2nya takde..dan telah diambil oleh rakan yg len..mungkim mereka ambil sebb mereka pikir makanan itu berlebih (bagus2..x membazir ).... jadi..ana pun berlapar laaa......ana pun plan lah nak keluar makan dgn sahabat ana yg baru sampai...tapi....ana bukan perancang yg hebat...Allah yg menentukan semuanya..... ana x jadi keluar dengn sahabat sebb ana terlalu letih..ana lapar sgt..tapi...malas sgt nak keluar.... so... ana pun membakar roti yg ada....sedap sgt..heheheh.:)..tapi..masih lagi x dapt hilangkan lapar ana....ana pun masak air..dan makan megi yg tinggal sebungkus...aduhai..sedihnya hati ana....ana pun makanlah megi....dalam hati..ana berdoa....ana bersyukur masih leh makan megi..dan Allah murahkan rezeki ana... tiba2... Align Center tgh membaca blog ukti wahida (tinta hati) dan abg riey (my life is simple)...sahabat ana dtg.... kalian tau....sahabat ana tu bawakan ana nasi dan lauk....even lauknya simple...ana rasa sedih sgt..dalam waktu2 kesusahan..doa ana dimakbulkan Allah...syukur YA Allah... ana teringat pada insan yang ana sayangi kerana Allah...insan nie selalu menasihatkan ana untuk selalu berdoa....bukan lah maksudnya..mengangkat tngn bukan dalam solat..cukup kita berkata di dalam hati (takot timbul fitnah pada yg melihat..dan menimbulkan riak pada diri sendiri)...bila dia menceritakan pada ana...dia berdoa dan Allah memakbulkan doanya dan dia dapat melihat nikmat yag diberikan itu...membuatkan dia xputus2 berdoa...dan yakin bahwa Allah sentiasa bersamanya.....ana rasa cemburu sgt...dan disebbkan itulah..dia ingin ana berdoa...dan sekarang...ana dah rasa apa yg insan ini rasa.....alhamdulilah Ya Allah... jadi..pembaca semua...dalam hidup nie....hendaklah kita meminta pada Allah...walaupun sekecil2 permintaan sehinggalah pada sebesar2nya.....Allah Maha Berkuasa.....Allah berfirman....berdoalah kepadaKu..dan Aku akan makbulkan...Allah suka bila kita berdoa.... bila kita berdoa..berdoalah sepenuh hati...dan mintalah dengn bersunguh....berdialog dengn Allah...ana rasa seronok sgt....x dapat ana nak ckap rasa hati nie....cukuplah setakat ni dulu... InSyaAllah..ada ruang dan peluang..ana akan ambil untuk menulis lagi.... sama2 kita perbaiki diri untuk mencari Redha Illahi...wallahualam.... salam semua (*_*)


Friday, July 9, 2010

...TaAre ZaMEen PAr....





arini my roomate bukak citer yang ana suke sgt.....Taare Zameen Par...(every child is special)..ana menangis x henti tgok cerita nie...ana sebagai seorang bakal guru sgt tersentuh dgn perjalanan cerita nie...ana ceritalah skit yerr..hehehehheeh.;)

watak utama ialah IShaan...IShaan nie kanak-kanak yang istimewa..x sama dgn yg len..bila die tgok huruf, dia nmpak huruf tu menari2..dan huruf tu jadi tunggang terbalik...family die, cikgu sekolah n kawan2 semua kata die nie malas belajar..tapi sebenarnya die dh cube..tapi..huruf tue tetap menari2...tapi....Ishaan nie..pandai sgt melukis disebbkan ade imiginasi yang sgt tinggi...


one day..ayah die nie dh x tahan sgt dengan kata2 ckgu sekolah IShaan n amek keputusan tok hantar ke asrama....time nie sedih sgt..IShaan ade masalah motor halus..means...die xpandai ikt tali kasut..sikat rambut dan sebgainya....bila die masuk asrama..die sedih sgt..teringatkan mak...waktu nie lah air mata ana x henti2 menangis...ana dapat rasakan kesedihan Ishaan...setiap masa die teringatkan mak nyerr....waaaaa ;(..sedih sgt....ana rindu mak ana.....

sampailah one day..die bertemu seorang yang memahami dirinya yang x sama dengan yang lain...disitu..bermula lah perubahan yang membawa kebaikan......

ana xnak lah citer banyak2...kalian cari lah cerita nie..memg menarik.....hehhehehe (promote habis-habisan)....;)

dalam kehidupan nie...masing2 ada kelemahan dan kekuatan..sama juga macam ana....Hanya Dia yang sempurna....ana tidak memiliki apa2..tapi dimilik olehNya....bila kita kekurangan sesuatu..kita mengharapkan someone dapat membantu kita mengatasi kelemahan itu...ana bersyukur..ana dipertemukan dengan seseorang yang sgt baik buat ana....dia banyak mengajar ana tentang agama, kehidupan dan perasaan....

dia jugalah yang mengajar ana untuk menjadi seorang anak yang baik...hamba yang bertaqwa dan muslimah yang sejati....x jemu2 dia menasihati ana even ana banyak buat salah...dan lupa pada janji2 ana....insyaALLAh..harap dia x pernah jemu mengajar ana....macm Ishaan...seseorang yang telah ditemukan...x jemu2 mengajar IShaan sehingga die berjaya,.....

thats why laa ana suke sgt cerita Taare Zameen Par nie....ambil lah seberapa banyak ilmu didunia ini..semakin banyak ilmu kita...semakin kita mengetahui kebodohan diri..dan ilmu Allah itu sgt luas.....beruntunglah bagi mereka yang punya akal.....wallahualam....

selamat menonton yer..(*-*)

Thursday, July 8, 2010

...CuBa TRY CInTa..

hidayah Allah tu datang daripada banyak tempat dan pelbagai cara yang tidak disangka2....siapa tahu..ana terima hidayah daripada kehadiran insan2 yang berani menegur tingkah laku ana..dan ana bersyukur dengan kehadiran insan2 anugerah Allah nie....termasuklah Ukhti Zurin...Ukhti Aisyah dan Ukhti Fatin...heheheheh..;)...

Hari nie..ukhti Aisyah pinjamkan ana 2 buah lagi buku..
bila ana masuk bilik Ukhti Aisyah..ana mesti tgok rak buku..hehehhe..(asif ya ukhti)..
ana pinjam dua buku..ana xsabar nak baca....nanti ana dah abes baca..ana kongsi ilmu yang ana peroleh....xdelah ilmu tu hanya untuk ana jerr..tapi untuk semua pembaca blog ana....INSYALLAH...semoga A LLAh merahmati kita semua....AMINNNN... ;))

..KeCeWa.+ GemBIra ...




dalam kehidupan nie...ana belajar banyak tentang perasaan ...ana manusia biasa yang x lepas daripada perasaan kecewa dan sedih...ana kecewa dengn diri ana sendiri..ana rasa ana sudah buat yang terbaik untuk insan2 yang ana sayangi..tetapi....kadang2..apa yang ana buat itu, bukanlah yang terbaik buat mereka.....bila insan yang ana sayangi beritahu ana seolah2 ana tidak mengerti keadaan dan situsi mereka.......ana muhasabah diri....teringat pada nasihat yang diberikan oleh seorang akhi pada ana, setiap hari..kita perlu lakukan solat isthikarah....kerana, setiap hari...ada sahaja keputusan dan tindakan yang perlu kita lakukan..bila kita berserah pada Allah..kita yakin..bahawa..hati dan minda kita dipandu oleh Allah SWT..insyaALLAH......oleh itu..hendaklah kita semua sentiasa memikirkan kata2, serta tindakan yang telah kita lakukan seharian......semoga dengan cara itu, perkara yang sama tidak akan berlaku lagi....

....cinta sejati tidak akan berkurang bila keburukan serta kelemahan terbongkar, dan tidak akan bertambah jika kebaikan diketahui....(pesanan buat muslimah sejati....)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...