Monday, February 28, 2011

syahwat &onani : mampu menghancurkan umat ISlam

as-salam..cik amani ade terbaca tentang satu entry dlam blog rakan blogger tentang onani...serius, cik amani benda2 macm ni memag tak alert lansung benda2 macma ni....masa baca entry kwan tu...terkezutttt betul pada ruang komen entry tu,...ade insan tu cakap...
" konpem semua lelaki pernah melakukannya onani..."...cik amani...uisssshh..Astaghfirullahalazim..memng mengucap panjang...betul ke statement tu...Allah jer tahu....tapi...seandainya ade pembaca2 blog ni yang pernah terjebak dengan benda2 tak bermoral dan berdosa ni...elok tinggalkan.....okeyyy....sibukkan diri dengan benda2 yg berfaedah okey...sesungguhnya, Allah tak akan mengubah nasib seseorg itu, melainkan diri sendiri yang nak berubah...

coretan daripada Ustaz Zaharudin... :) selamat membaca untuk ilmu anda... :)

Saya sebenarnya tidak begitu berkenan untuk menulis berkenaan isu ini. Kerana itu saya hanya memberikan jawapan oleh Syeikh Dr Yusoff Al-Qaradawi

Bagaimanapun, terlalu banyak persoalan berkenaan onani ini. Kotak email dan ruangan komentar di web saya ini juga tidak terlepas dari pertanyaan seumpama ini. Ada sebahagiannya terpaksa saya dan admin 'delete' kerana bahasa dan bentuk soalannya yang kurang sesuai.

Antara soalan-soalannya :-

1) " ...ustaz, saya ada masalah yang menimpa diri saya semalam iaitu saya telah melakukan onani di siang hari bulan ramadhan."

2) "Assalammualaikum... Saya sudah berumur 24 tahun, saya sering beronani sebelum ini sehinggakan dalam satu hari pernah saya buat perkara keji ini sampai 3 kali oleh sebab terasa ghairah melihat perempuan yang seksi.

3) "Saya tidak dapat menahan lalu saya melihat gambar porno untuk memuaskan nafsu saya dengan cara beronani. Dan ini pernah berlaku pada siang hari di bulan ramadhan.apa yang saya perlu buat dan apakah hukumnya serta hukumannya."

4) "Saya juga ada masalah pasal onani ni oleh kerana terlalu menyesal dah perbuatan saya, saya telah bernazar untuk berpuasa 1 hari bagi setiap kali saya beronani."

5) "Salam..ustaz adakah beronani perlu mandi wajib? apa bezanya air mazi dan mani?adakah kedua2 tu ada pada perempuan? harap ustaz dapat jelaskan.terima kasih"

6) "Salam, saya sudah berkahwin tetapi tinggal berjauhan dengan isteri..kadang kala apabila teringatkan isteri saya, saya merasa ghairah dan kadang kala sehingga melakukan onani..apakah hukumnya?"

gelora nafsu memamah umat Islam kini

Sebeban Alasan

Dalam masa yang sama, adakalanya terlalu banyak pula alasan dan sebab yang diberikan oleh si penanya dengan harapan saya atau mana-mana individu yang ditanya akan mengatakan harus baginya.

"Seolah-olah ingin menjadikan kita sebagai jambatannya 'ke neraka', then kat akhirat dok tuding jari kepada kita" kata seorang rakan saya yang juga seorang penceramah aktif di Lembah Klang.

Selain hukum khas bagi perbuatan tidak sihat ini. Lebih dari itu, kebanjiran soalan-soalan sebegini menyebabkan saya menjadi semakin bimbang dengan keadaan umat Islam di Malaysia terutamanya.

Virus Bermula

Ia secara langsung menunjukkan umat Islam samada lelaki dan wanita sedang menghidap sindrom lemah kawalan nafsu syahwat seksual terhadap perkara nafsu syahwat yang haram.

Melayani syahwat dengan cara haram adalah salah satu punca kehancuran kemanisan solat, tanpa kemanisan solat, runtuhlah 'tiang agama' dalam diri seseorang, tatkala itu nafsu kebinatangan dan syaitan akan mula menguasai sehingga lahirlah manusia binatang seperti pembunuh Nurin Jazlin dan lain-lain.

Terdapat hadis yang mengingatkan melayani syahwat mata kepada yang haram sahaja akan menghancurkan kelazatan dan kemanisan iman.

ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها

Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)

Juga disebut dalam sebuah athar :

النظر سهم مسموم من سهام إبليس

Ertinya : "Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis" ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)

Malah ia juga bakal merosakkan hati :-

كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله

Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)

Ketahuilah saudara-saudariku, melayani onani merupakan permulaan kehancuran hati seseorang. Merupakan salah satu permulaan kepada zina.

Ia sering diwarwarkan kononnya sebagai penyelamat dari zina, hakikatnya ia juga merupakan pintu mula kepada zina.

Ia adalah pintu mula seseorang berjinak dengan melayani nafsu syahwat seksual mereka tanpa menurut arahan Allah dan RasulNya. Nafsu yang tidak dikawal ini adalah sentiasa meminta lebih dan lagi, akhirnya akan menjerumus kepada menonton gambar pornografi, video, mengintai dan ditamatkan dengan zina yang tiada had kepuasannya. Memang itu sifat nafsu syahwat samada seksual ataupuan harta. Sekali ia dilayan, tiada lagi pintu puas.

Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-

لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ

Ertinya : Sekrianya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )

Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius. Saya cuba memperkemaskan huraian berkenaan onani walaupun jawapan Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi terhadap masalah Onani yang telah saya siarkan di web ini.

Kesimpulan pandangan terkuat oleh pelbagai kumpulan ulama mendapati bahawa hukum Onani adalah : -

1) satu perbuatan yang haram, tetapi ia bukanlah satu jenis dosa besar seperti zina, rasuah, riba, membunuh dan sebagainya.

Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada tempatnya, ia adalah ditegah oleh Allah s.w.t :-

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

Ertinya : "dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. ( Al-Mukminun : 5-7)

Allah menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-

  • a) Malumin : Ertinya : "tercela"
  • b) Al-'adun : Ertinya : " orang-orang yang melampaui batas"

2) Hukum dosa ini sememangnya boleh berubah menjadi tidak berdosa sekiranya ia dilakukan dalam keadaan dharurat iaitu di ketika tanpa melakukan seseorang akan PASTI terjerumus dalam kancah zina.

Perlu diingat dharurat di sini hanya adalah di ketika 'pasti akan terjerumus' iaitu tatkala kemudaratan zina itu benar-benar BOLEH BERLAKU seperti ia telah tahu di mana boleh mendapatkan pelacur, bohsia atau teman wanitanya, punyai tempat yang strategik untuk maksiat dan lain-lain.

Maksud saya, jika sekadar ia rasa ingin berzina sahaja tetapi ia tidak punyai teman wanita, ia tidak pernah tahu di mana mahu melanggani pelacur, atau kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya bagaimana ingin merealisasikan niat jahat berzinanya, disamping masih tidak yakin ia boleh terjerumus ke lembah sehina itu. Hukum keringanan (rukhsah) sementara akibat terdesak dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh sebahagian ulama itu TIDAK boleh dipakai sewenang-wenangnya.

3) Hukum dosa ini boleh menjadi bertambah besar apabila ia menjadi tabiat dan amalan kebiasaan disebabkan tindakannya sendiri seperti menjadi kegemarannya untuk melihat gambar dan video lucah. Akibat dari tindakannya itu, ia terdorong ingin berzina lalu beronani. Tatkala itu, tindakan onaninya bukan lagi terdesak tetapi dirinya sendiri yang sengaja mendorong kepada terdesak itu.

Ia berbeza dengan seseorang yang terangsang syahwat akibat ternampak dan sukar mengelakkan pandangan matanya dari permandangan kurang elok di tempat kerja atau dalam perjalanannya ke tempat kerja dan pulang.

4) Hukum dosa atau haram melakukan onani bagi lelaki dan wanita juga menjadi bertambah serius apabila dapat disahkan perbuatan onani tadi mempunyai kesan negatif kepada kesihatan.

Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan doktor sakit tuan, Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-

1) kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila berumahtangga

Beliau menyebut :-

Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.

Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome'. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.

2) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas hingga Mati Pucuk

Beliau menyebut :-

Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.

Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan.

3) Boleh Mandul kerana kerosakan buah zakar lelaki

Beliau berkata :

Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang'.

Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.

Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi mandul.

Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.

Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.

Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya!


P/s : sharing is caring kan..huhu :)..jauhi diri dari perkara yang menjauhkan diri dengan ALlah dan ISlam

rasa nak makan ABC

assalamualikum semua.........

apa habaq...habaq bek je naaaaaa....tadi baru lepas terima panggilan dari ustaz rock...huhu..sape lagi..ustaz akhil hayy lahhhh......insyaAllah, diharapakan perjalanan program Pesta Buku dan Informasi ini akan berjalan dengan lancar walau kepala cik amani dah sakit sangat memikir penyelesaian bagi masalah-masalah...adehhhhhh...sape nak tolong picitkan ni...........tak larat dah ni...

uissss...xleh2...kena kuatkan semangat....masalah kat mana-mana ade...yang penting, pikirkan jalan yang terbaik..okeyy....(ayat pemujukan diri sendiri..)

cik amani tengah menelaah assingment ni....sedap kot buat assingment petang-petang sambil dengar lagu...sambil makan kerepek...tengah kunyah-kunyah, tetibe terasa macam tekak ni nak makan Abc....wow...sedap tuuuuuuuuuuuu.....kat sini mana nak cari ek....nak cari pun takde mase....ciannyerrr...

awat tekak ni len macam jer ni...kejap nak nasi kerabu lah, ..air tebu lah...ni plak nak makan Abc...

nak makan.............kalau tension mesti macma tuuu...mesti makan banyak2..korang kalau tertekan dengan ape2 jela kan...korang buat ape ek...???..mane tahu cik amani boleh buat ke...share lah same2...

JMK KHAR-myMetro | Kem bina kepemimpinan

myMetro | Kem bina kepemimpinan


p/s : memng satu kem yang sangat mencabar..kami meredah hutan yang sememngnya sangat menakutkan dengan hujan sepanjang perjalanan....paling best, wall climbing...cik amani naik boleh..turun menangis.....dua kali dah try nak turun, tak boleh jugak..kena tenangkan diri dulu, baru rasa confident sikit...masa baru beberapa langkah nak turun, tali kat kaki tu terbukak...nasib baik org tu perasan, kalu tak..inlillah agaknya....patutlah cik amani tak sedap hati jer nk turun...akhirnya...berjaya jugak turun dengan selamat.....confirm kalaua de wall climbing, cik amani lari jauh-jauh


mane cop halal ni...???

assalamualaikum semua..............

cik amani baru balik dari jemputan ke hari terbuka Kolej Aminuddin Baki....duduk sebelah Fitri UNIC.....terkejut cik...die punya kulit, kalah cik tahu tak..huhuhu...okey2...bukan nak cerita tuuu..
nak cerita pasal tanda halal ni..........

korang pernah tak rasa was-was nak beli sesuatu kalau takde tanda halal..tapi benda tu...familiar jer depan korang.......maksud amani macam ubat sakit tekak....cik amani tak tahu lah samada korang baru perasan atau tak..kebanyakkan ubat sakit tekak kat Malaysia ni takde tanda halal..tadi cik amani ten
gok..Woods, Strepsils, fisherman kot nama die..pastu ade beberapa lagi brand yang memang kiter selalu dengar ni,..semua brand ni takde tanda halal..so..korg faham2 lah kalau takde tandan halal tu okeyyyyy...........jangan main sedap je makan tanpa pikir halal haram..buat masa ni, yang cik amani jumpa, jenama ape tah namanya ek...Aquadin ke ape...tapi lebih kurang lah namanya macm tu...huhuhuhuhu

okeyy..harap yang membaca dapat ape yg cik amani nak sampai kan ok....

p/s : tadi sempat jumpa buah hati pengarang jantung sekejap....encik Anugerah belikan cik amani ayam.....punyalah banyak die belikan..ingat cik ni makan banyak sngt ke..huhuhu..ape2 pun..toche2...nanti awak dtg kolej kiter, kiter belanja awak pulak okeyyyy.....awak jaga kesihtan tau...xnak sakit2....


semoga Allah memberikan peluang kepada kita untuk membina kasih syg dan diberkati untuk ke peringkat seterusnya....insyaAllah..


oke......nak tido..besok ade keje nak kena settlekan..salam

Sunday, February 27, 2011

ini kisah ayahku...

assalamualaikum..........

pagi-pagi tadi ayah call...ohhh seronoknya......rasa dihargai dan dikasihi pulak.......tibe2 rasa nak Align Centertulis entry pasal ayah pulak...walau die bukan ayah kandung cik amani..tapi cik amani dah anggap die macam ayah kandung sendiri..sebab cik amani tak pernah pun jumpa ayah kandung.........setiap orang ade kisah silamnya kan...so..masih tersimpan seribu satu rahsia di dalam kisah hidupku...encik Anugerah....dialah yang mengetahui keadaan diriku....yang mendengar sedih dan gelak tawaku,..tenkiu so muchhh....

banyak cerita kalau nak tulis pasal ayah ni...huhu..excited tuu..okey2....namanya..Anuar Bin Kasim..seorang guru, kemudian berpindah ke PPD dan sekarang seorang guru besar sekolah di rembau Negeri Sembilan dan further study di UTHM.......

masa cik amani sekolah rendah dulu..darjah satu kot......cikgu BM cik amani tanya,,,kenapa nama kat buku Binti MOhd Azhar..tapi panggil cikgu Anuar tu ayah...cik amani terus nangis, pastu ambil pensel and tukar nama ayah ke binti Anuar....lepastu...barulah ayah dan ibu ceritakan perkara yang sebenar...barulah cik amani tahu...

bila cik amani dah besar...dah darhah 5....ayah cik amani ajar math dalam kelas cik amani, merangkap guru kelas...huhuhuhu....dalam kelas tak pernah panggil cikgu.pangil ayah jerr...ade satu cerita......ayah cik amani paling pantang yang tak siap latiham math yang dia bagi......satu hari.....seperti kebiasaannya...selepas pulang dari sekolah agama, cik amani ke rumah mak lang yang berhampiran dengan sekolah tuuu.....selalunya cik amani akan bawa buku yang ada kerja sekolah sementara tunggu ayah ambil malam tu....tapi hari tu...cik amani tak bawak buku math...nak dijadikan cerita , ayah ambil lewat sangat malam tu...cik amani dah tetido dah....bangun jer subuh tuu..tengok dah ade kat rumah....mase nak susun-susun buku,..cik amani baru teringat, latiham math tak siap lagi....ape lagi...cik amani dengan tak mandi lagi cepat2 duduk dekat meja makan buat kerja sekolah.......sampai kat sekolah.....ade pulak budak yang tak siap...pastu ayah terus cerita pasal cik amani sanggup buat pagi2...sebab takut...hehehe...time tu..cik bangga betull..kembang kempis jer hidung..huhuhuhuhu...sayang ayah hehehe...itu time kena puji...kalau kena denda pun ade jugak..

mase tu darjah jugak kot.....ade satu soalan math tu...memng susah sangat nak settlekn.....tanya cikgu merangkap ayah..die tak mahu bagi jawapan....die cakap kat semua kelas....cube selesaikan sendiri dulu..fikirkan jawapan. tanya ibu atau ayah kat rumah..............malm tu....cik amani pun tanyalah Mak Lang, Pak Lang, abg sepupu sementara tunggu ayah ambil...tapi dorang pun macam xnak layan jerr..so cik amani masih tergaru-garu kepala tak tahu nak buat....bile dah sampai rumah...terus tutup mata, sampai pagi.....sbuh tu....cik amani tanya ayah masa soalan tu masa sarapan....nak tahu jawapan ayah tak?...."Ayah taknak jawab ".....sampai kat sekolah...ayah pun tanya, siapa yang tak siapkan kerja....ramai jugak yang tak siapkan....yang malas, tak abwak buku....yang siap tu..konpem lah dorg dapat jawapan..pastu....ayah pun tnya, siapa yang tak dapat jawapan soalan tu..cik amani dengan beberapa org angkatlah tanga...pastu sorang2 kena tanya, kenapa tak dapat buat.....time kat cik amani...ayah tanya .."kenapa awak tak siap"??..cik amani pun jawab " ayah saya tak nak jawab " ..terus kena berdiri atas meja...orang lain kena diri atas kerusi...time tu...berjurai2 air mata menangis..huhuhuhu..budak baik kan....kena denda..hihihihi......................

okey lah..itu lah ceritanya....okey2...cik amani nak emailkan ayah Rancangan pengajaran...nak rujukan katanya....huhuhu.sekarang, kami sama-sama belajar.....sama-sama guru...........cuma die tinggi levelnya...tapi kami kongsi ilmu...okey lah.saya sayang ayah saya...kamu pulak macam mana????


encik ade Ummi...cik ade ayah......kita sama-sama kehilangan insan yang tersayang.namun Encik bernasib baik ade ummi kandung....dan cik pula ada ibu dan ayah pengganti yang tiada..........kita sama-sama kekurangan..,,dan yang kurang itu, kita sama-sama lengkapkannya okeyyy...........uhibbukki Jiddan..

p/s : ..yang dibulatkan adalah insan yang diceritakan di dalam kisah ini.... okeyy :)...nak buat keje ngn makan...daaa...ade kle orang nak baca entry yg panjang lebar ni.....takpelh..janj ad entry..huhu

Saturday, February 26, 2011

bosannya.... (-__-)

kekadang kita perlukan rehat untuk menenangkan badan dan minda.........hari ini...memnh terasa nak pergi berjalan..........tak kisah lah ke mana..tapi hati tu memang nak gi berjalan.........
tapi takde sape nak teman.........boleh je nak gi sorang2..tapi......isssssssshhhhh,,xbestnyer rasa macam ni......

kalau tahu tadi...pagi2 dah keluar gi kepong...boleh duduk dengan kakteh..xdelah rasa macam ni...........,,sedih laaaaaaaaaaaaa.....

nak nagis....nagis jer laaaaaaaaaaa

pesta buku dan informasi

Align Center


assalamualaikum semua......

penat kot basuh baju banyak....huhuhuhuhu..nasib badan..sape suruh longgokkan baju banyak2..huhuhuhuhu.....bukan lah.....mengejar masa....waktu tidur pun tah kemana...

okeyyy..tengah menaip entry ni..roomate ku...kak illya menganggu my concentration..hayati perbualan kami..

akak : dik....lapar lahh...bihun semalam tu dah tak elok ea (dalam erti kata lain-basi)

cik amani : dah tak elok lah kak....dah buang dah..

akak :- kak illya keluar dari bilik-

akak : mee pama akak pun dah habis...ade orang makan...

cik amani. : akak..tu bukan kiter punya ke???...huhuhuhuhu (sambil tergelak besau sebab makan mee pama orang..huhuhuhu)

akak : xpelah....huhuhuhuhu...adik takde biskut ke (sambil matanya memandang ke arah rak makanan ku....)

cik amani : xdelah kak...twisties. nestum and stok gula-gula jer ade.....tuuuu..atas rak akak tu bukn biskut ke...

akak : alahhhh..malas lah nak buat air.....

cik amani : dasar pemalas...biar orang buat lah... (sambil membebel2 membancuh air)

akak : akak nak air teh ....(sambil menjerit dari dalam bilik )

cik amani : jangan nak mengada-ngada... (huhuhuhu..jahat kan adik die...)

cik amani : hah...minum sampai kenyang...huhuhu.(.sambil gelak-gelak)

akak : huisssshhhh..sambil membau aroma nescafe...okeyy...arini, sedap air adik buat...

cik amani : kurang asam betul lahhh..selama ni kiter buat akak minum habis jugak...

sedap tuuuu..air buatan tangan sendiri...cik amani meneruskan menaip entry dan ternampak handset putih kesyangan....ade mesej dari ehem..ehem...ohhhh..so sweet.....huhuhuhu.....korang nak tahu ke???..tak perlu kot...huhuhu (gelak jahat ni)..

adehhhhh..benda lain nak cerita...cerita lain pula yang cik amani tulis ek..okeyy2..berbalik ke jalan yang benar...nak cerita pasal pesta buku dan informasi yang akan diadakan pada minggu depan...malas nk panjang lebar...korang boleh tengok poster tentatif tuuuu..dalam banyak2 tu..salah satu slot, iaitu SEUNTAI KATA BERSAMA AKHIL HAYY..cik amani yang uruskan..so...POSTER tu lah yang terlintas dalam fikiran, lantas ku curahkan kepada exco media untuk membuatnya...cewahhhh....simple dan santai je kan..sesuai dengan tema..bukan ceramah atau ape...tapi sekadar perkongsian ilmu....tajuk nyer pun...hasil pemikiran ku...dengan rakan-rakan yang lain and pandangan encik Anugerah...tenkiu so mucccccchhhhh...

klik untuk gambar yang lebih jelas dari biasa..wuhuhuhu

jemput datang..encik Anugerah....datanglah yerr..lapangkan malam tngok ni okeyyy... :)





Friday, February 25, 2011

zaman kanak-kanak...

assalamualaikum semua...

tengah menyiapkan assingment yang banyak..tapi nasib baik dah nak siap..huhuhuhu...
so boleh lah relaks-relaks kejap main blog..huhuuhuhuhu...

okeyyy..semalam cik amani review picture-picture dalam laptop ni.......adehhhhh...semua tu gambar-gambar program yang encik Anugerah Allah bagi haritu...pastu gambar family pun sikit jerr...sebab laptop rosak haritu..hilang semuanya...cumanya ade satu gambar masa cik amani kechik2 dulu...(sekarang pun kechik lagi)....entah biler nak besau tak tahu lahhh..huhu


(gambar blurrrrr...huhuhuhu....memng bagi blur )

okeyy2...cik amani punya zaman kanak-kanak kelakar.....perangai memang macam lelaki..takde kawan nagn perempuan.....mainan pun bukan mainan perempuan...lumba basikal..mandi lombong, panjat pokok ....sebab tu lah selalu kena marah and kena hambat dengan tali pinggang and hanger besi....die punya skit..tak dpat nak cakap....hari ni nangis, besok gi main lagi...huhuhuhuhu....budak-budak tengah berkembang macam tu lahhh...

mase arwah mak ade, takdelah nakal sangat..pakai pun gaun jerrr....main kat rumah jerr..kire anak dara paling baik lahh..huhuhuhu..lepas arwah mak meninggal duduk dengan ibu,...baru jadi nakal....tapi seronok tauuu....memang zaman kanak-kanak adalah dunia yang paling seronok...time tu lah kena jahit dagu, luka sana..luka sini..patah tangan...tak kisah...hal kecik je time tuu...

bila meningkat dewasa...dah masuk asrama....dah remaja......fikiran pun makin matang....sampailah sekarang ni..tibe-tibe terasa rindu plak zaman kanak-kanak tu...time tu..kena kotor, kena lumpur pun tak kisah..tapi sekarang....kena panas, berpeluh sikit dan geli...huhuhuhuhu....



kamilah exco ibadah aspuri...cik amani dengan dina...
anugerah pemimpin pelajar masa Anugerah Asrama Terbilang ( ASAT)peringkat negeri sembilan.. baju batik ni masih kemas cik amani simpan dalam kotak....huhuhu...

zaman remaja pun tak kurang kisahnya...duduk asrama dengan kawan-kawan pun seronok sangat.....entah kemana lah kawan-kawan asrama cik amani...yang rapat2 contact lah..yang lain tuuu...tak mana dorang tercampak..kat asrama dulu..nama jerr Exco Ibadah..tapi kami jugaklah yang banyak buat hal....tapi xdelah jahat sangat...gaduh2 kecik dengan kawan-kawan..buli-buli junior.....huhuhu..gaduh2 sikit dengan warden and lari asrama tuu..biase lahhhh..hehehehe....tapi kami baik sebenarnyerr,,,nakal sikit jerrr...

wuaahhh..kalau ade poket doremon nak je kembali ke masa lampau..hehehehehe....

okey lahhh..banyak pulak mengarut ni..keje makin banyak..huhuhu..okey lahh.sampai sini jer dulu yerr..sape2 nak kongsi citer masa kanak-kanak..dipersilakan..

Thursday, February 24, 2011

buat bakal suamiku kelak..

Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata.. Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..

Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah, Kita rebah tiada bermaya..

Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?

Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia

Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..

Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara Pada Syahadah yang mengiringi Pada Alquran yang membimbing..
Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti Cinta kami pada kekasih Illahi kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..InsyaYAALAH...

p/s : Allah tahu apa yang nyata dan sembunyi meski di dalam hati manusia...Allah kurniakan kita dengan kasih sayang..dan itu juga fitrah manusia untuk disayangi dan menyayangi....oleh sebab itulah Allah telah menyediaakan landasan yang terbaik kepada fitrah kita...iaitu NIKAH....semoga si-dia sentiasa berada di dalam hatiku dan Allah memberikan kesempatan kami hidup bersama ...AMIINNNN...

Wednesday, February 23, 2011

walau aku malu..tetap meminta syurga..

WALAU AKU MALU…TETAP MEMINTA SYURGA..

“TAKUTKAN NERAKA MENYEBABKAN KITA TIDAK MALU MEMINTA SYURGA..TAPI MENGAPA KITA TIDAK MALU BERBUAT DOSA??? “…FIKIR-FIKIRKAN..

Allah sangat suka pada hambanya yang meminta kepadanya…jadi wahai muslimin dan muslimat..berdoa dan mohon lah apa sahaja kepadaNya…

Cintaku sekelumit cuma dan hamper tiada. Saat ini aku hanya berbekal harapan. Benteng terakhirku hanya rasa tidak putus asa. Kata Kekasih-KekasihMU : kejahatan yang menyebabkan Engkau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur

Dalam rasa malu, takut dan harap, masih aku memberanikan diri untuk meminta lagi. Lalu di malam itu, di Raudhah itu kucatatkan gugusan permintaan. Satu demi satu melalui puisi hati. Kubiarkan pena menari, mencari makna dan kata hanya berpandukan rasa hati. Malam itu walau aku malu, aku tetap meminta syurga, pendahulu bicara hanya ini :

Ya Latif,

Berikan aku hati yang lain,

Yakni hati yang lebih yakin

Hati yang lunak

Agar mampu mencintai-Mu

Malam itu adalah malam yang paling panjang dalam sejarah hidupku. Dapat ku luahkan segalanya dan kesemuanya. Seakan tercabut tulang yang mengait dalam sanubari sekian lama. Namun, tiba jua saat berpisah, aku terpaksa melangkah. Pamitan pun berlaku dan gamitan pun berlalu. Sayu benar terasa ketika hatiku terus merayu :

Aku dambakan kebaikan

Yang melahirkan kebaikan

Aku mohon ketenangan

Yang memberikan ketenangan

Pinggirkan segala sengketa

Hampirkan semua cinta

Tanpa dendam

Tanpa prasangka

JIka benar yang kau di Raudhah itu

Hanya Allah…..


p/s : hanya yang memahami akan mengetahui isi hati.....

cik amani akan ke interview JPA dalam minggu ni...sangat menakutkan...insyaALLAH....cuba yang terbaik

Sunday, February 20, 2011

4 ibu UTAMA

4 IBU UTAMA

Nabi SAW, bersabda yang bermaksud, : ada 4 di pandang sebagai ibu adalah :

1. Ibu daripada segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP

3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA

4. Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR

" kata-kata yang lahir dari hati, akan jatuh ke hati "

nukilan dari hati....

Saturday, February 19, 2011

kerana aku wanita

kerana aku seorang wanita biasa...
aku punya hati dan perasaan...
kerana itu aku merasakan kesedihan...


bagiku...tidak ada kegembiraan yang tidak diiringi kesedihan dan tidak ada kesukaran.selepas ketawa, pasti menyusul air mata...
selepas nestapa, pasti kegembiraan menyelma.
Allah memberikan kita terang untuk bersyukur.
Allah memberikan gelap untuk kita besabar,,,
jadi wahai hati...banyakkan lah bersabar walau hatiku berduka...
ingat....insan lara...

wahai norazwani...ingatkan dirimu
jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat...
sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walau masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa...jatuh dirimu, bangun kembali...jatuh...dan bangun lagi...

ingat norazwani...
ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia memungkiri.
Allah tidak akan jemu dengan taubatMU selagi engkau tidak putus asa kepadanya...

ingat kembali norazwani...
luruskan jalan menuju TUhan dengan tulusnya hati sesama insan..
elakkan hasad, jauhi mengumpat.
jika dirimu tidak mampu menambah...jangan mengurang.
jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang..

ingat norazwani..
"jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkan.."

kerana aku seorang wanita....aku punya perasaan dan kesedihan...
namun...hanya kepada Tuhanku aku bermohon segala ketenangan...
kerana aku juga seorang wanita yang tidak sempurna..
aku meredhakan segalanya jika ia bukan untukku...

-ku luahkan kepadaNya-
salam kasih dariku..

friendster dan diriku..

assalamulaikum semua....

penulisan kali ini saja suka-suka ingin berkongsi cerita dengan anda semua...ewahhhh.huhuhu
begini kisahnya....roomate cik amani bukak friendster yang telah lama tak dibukak nyerrr...

cik amani pun tetibe jer terasa nak bukak...punya lah lama masa zaman sekolah dulu lagi tak bukak..hehehehehe...sampai password pun tak hengat....last2 dapat jugak bukak...

masa bukak tuuu...huhuhuhu..gelak guling-guling tengok friendster sendiri..memang kelakar sensangat....memng childish dan penuh dengan rasa ingin tahu mse ad friendster...

korang pun macam tu ke?????,,,mesti same jugak kan..tak payah nak sorok lah...huhuhuhuhu...

cik amani tujuannyer bukak friendster tu sebab nak delete semua.....mane tahu ade yang view page tu...rupenyer ade jugak kan..hehehehe...kelakar plak...



gambar profile pun aduhhhhh....jahilnyerrr.......tarikh status tu tahun 2009 bulan 2....friend plak 88 jerrr...lucunyerrr....

page ini sudah pun dideletekan....jadinya....cik amani hanya ade blog ini sebagai laman sosial untuk beinteraksi di dalam alam maya...

okeyyy..siapa yang masih ade friendster tu..teruskan berkawan, cumanya...gunakan sebaik nya dan jangan menyalahgunakan...okeyy...assalamualaikum

Thursday, February 17, 2011

call dari ustaz akhil hayy

assalamualaikum semua...

haii semua...maaf lama tak hupdate..huhuhu..sibuk dengan kerja dan sibuk juga mengawal perasaan yang tengah bercelaru...tengs to sesiapa yang sudi mendengar cerita dan bicara...macheh...

errmm okeyy..bukan nak cerita tu..huhuhuuhu..tapi nak cerita ini...cik amani bekerja dengan ustaz akhil hayy....ustaz ni memng best laaa...semalam cik amani kol ustaz, tapi dia demam, so.. x dapat nak berbincang sangat lah...jadinya cik amani hanya email kan jer apa yang cik amani nak dalam slot 'Bicara Santai bersama Ahkhil Hayy"...

dan tadi dalam jam 4 kot..ana off kan handset disebabkan beberapa faktor...lepastu...ana on balik sebab housemate nak nombor rakan exco ana....baru jer on..tibe-tibe ade orang kol....naik nama WITHHELD....ohhh..org ni private number rupenyerrr...

lepastu ana pun bertanya...

ustaz : hello

cik amani : hello,,siapa ini...

ustaz : ustaz lahhh...

cik amani : ustaz mana yerr..maaf..

ustaz : ustaz akhil lah....oohh tak kenal yer...ustaz belum sihat lagi..suara lain...

cik amani : ohhh..ustaz...maaf...hehehehehe.....

ustaz : wani dah emailkan pada ustaz yerr..okey okey..nanti ustaz tengok yer..ustaz tak bukak email lagi...
(cik amani bergegas ke sinki untuk membasuh tangan sebab tengah makan time tu)

cik amani : a'ah ustaz...saya dah emailkan...kalau ade masalah ustaz kol je yerr.. (sambil basuh tangan)

ustaz : ....dalam bilik air ke tu...

cik amani : HUHUHUHUHUHU...tak lah ustaz...saya dok basuh tangan..saya tengah makan...dalam hati (bergurau pulak ustaz ni...hehehehehehe)

ustaz : ohh yeke...okey-okey...pergilah makan...nanti apa-apa ustaz kol wani balik

cik amani : OK ustaz....terima kasih...salam..

p/s : ustaz memng best......sila lah datang ke kolej Harun Aminurrashid semperna, Pesta Buku dan Informasi pada 1 hingga 6 Mac 2011....

ramai yang akan datang..diantaranya ....Rabbani...ustazah siti nur baayah dan suami, ustaz wan Akasyah....kumpulan Far East dan Ahkil hayy.....

tajuk Bicara Santai bersama Akhil hayy ialah FACEBOOK : BIJAK'SANA' ATAU BIJAK'SINI'.....
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MENUNTUT ILMU...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...