Thursday, March 31, 2011

yang comam :)

selama kita bersama hingga kita hampir ke saat perpisahan...terlalu banyak kisah manis, pahit, tawar, masin pun ade antara kita berenam...terkadang, kalian melukakan hatiku...terkadang diriku yg melukakan kalian.....selepas ini, mungkin kita dah tak sehaluan, ade ke kiri, ade ke kanan, ade naik pelamin (pak pak pungg)..ade sarung cincing tunang (ehem..ehem..)..ade yang ke UKM (hehehehe)...ade yang sambung lagi kat UPSI dan ade yang insyaAllah ke Oversea..(aminn..doa untk semua kalau suami izinkan)...ape-ape pun yang dah terjadi, dan yang akan terjadi..kita tetap kawan selamanya...

Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan, kau mungkin akan menjauhinya…-IRA@along


Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikkannya kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan menfitnahnya…-TIRAH@angah


Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakanmu, kau mungkin akan menyalahinya…NANA@ateh

Andai kau ingin bersahabat..terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna…tiada yang biasa-biasa menjadi satu yang sempurna, tetapi bersahabatlah kerana Allah Fillah…-ZIZAH-@achik

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi seorang sahabat-JULIA@usu


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinari…

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan

Sahabat sejati menjadi pendorong impian..

Sahabat berhati mulia membawa kita kejalan Allah..

Jesteru itu…nilaikan semula erti persahabatan yang kita miliki hari ini???

Tanya pada hati, adakah diri ini sahabat sejati??-AMANI@uda



p/s : Semoga kita mendapat cukup kebahagiaan untuk membuatkan kita bahagia…cukup cubaan untuk membuat kita kuat, cukup penderitaan untuk membuat kita menjadi manusia yang bersungguh, dan cukup harapan untuk membuat kita postif terhadap kehidupan..- uda sayang kamu…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...