Friday, September 30, 2011

cubaan yang gagal


cuba untuk tidak menangis..
cuba untuk tidak kecewa...
cuba untuk tidak terasa...

kesemua cubaan itu gagal bila bertemu dengan-Nya
sesungguhnya hanya pada-MU ku curahkan segala..
Engkaulah Maha Mengetahui segala yang terselindung di dalam hati...

muka riang gembira, boleh bergelak ketawa, cuba untuk membahagiakan org sekeliling..
okeyy....smile amani..peaceee (^_____________^)


walau apa pun yang mendatang walau bukan seperti yang diharapkan, aku harus hadapi dengan matang....senyumlah dan bermohon agar diberikan kekuatan hati oleh-Nya..




kita bukan penghukum...


assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani. alhamdulliah masih dipanjangkan nyawa untuk beribadah dengan menulis dan menyebarkan tentang kebaikan Allah di muka bumiNya...hari jumaat yang redup, suasana yang membuatkan amani susah sikit nak menelaah buku sebab sejuk.. huhu... alasan semata-mata.. kalau fokus dan betul-betul bersungguh, datanglah cubaan macam mana pun, sure semangat nak study tu tak hilang kan.. huhu

okey lahhh, amani meluangkan sedikit masa belajar ni untuk amani share satu pandangan amani....kita sebagai manusia sering kali menjadi penghukum pada sesuatu perkara ... sedangkan menghukum itu bukanlah di dalam bidang kuasa kita. Allah itu hakim yang Maha Adil dengan Kebijaksanaanya di dalam mahkamah yang sangat tegas dan tidak ada berbolak basi.. sedangkan kita hamba yang hanya mempunyai pemikiran yang terbatas, dan tidak mengetahui apa-apa... bagaimana kita layak untuk jadi penghukum..??

okeyy,..sebagai contoh dalam satu kisah...seorang tok guru bertanyakan kepada anak muridnya melalui satu kisah..."seorang lelaki meninggal sewaktu sedang melontar jamrah akibat terjatuh, dan oleh kerana terlalu ramai jemaah, lelaki tersebut dipijak-pijak.. agak-agaknya, lelaki tu masuk syurga tak ??? anak murid tok guru tu pun cakap... "mestilah masuk, pergi haji, meninggal di Tanah Suci lagi"..

kemudian tok guru ni bertanya lagi.."seorang lelaki dijumpai mati dalam keadaan sujud di atas sejadah imam di dalam sebuah masjid, agak-agak kamu, dapatkah dia masuk syurga ?? "..anak muridnya pun menjawab.."mati dalam keadaan solat dan sedang bersujud, tentu Allah masukkan dia ke syurga"

itulah sifat kita sebagai manusia, selalu jadi penghukum... sebenarnya lelaki yang mati di Tanah Suci itu adalah sebagai balasan amalannya yang suka menyeluk saku, dan ketika jemaah lain sedang sibuk beribadah, dia sibuk menyeluk saku orang...lantas Allah matikan dia dalam keadaan tersebut...lelaki kedua itu pula, berniat untuk mencuri tabung masjid, ketika baru memanjat dinding, tiba-tiba dia terjatuh dia atas sejadah imam....

Allah tidak melihat seseorang itu pada banyakknya amalan yang dilakukan, tetapi amalan mana yang betul-betul ikhlas, dan dengan penuh tawadduk...cuba renungkan balik, banyak ke tak amalan kita dah buat. kalau amani, entahlah, terlalu sedikit agaknya, ditolakkan dengan solat tak kusyuk,.. hati tak menghadap betul-betul pada Allah, riak, ujuk, takbur lagi...aduhhhh...

jadi, janganlah kita menghukum seseorang itu dari segi luaran sahaja,..jangan kerana dia bertudung labuh, maka dia baik, ..jangan kerana dia berbahasakan ana dan enti di dalam blog, dia seorang yang warak dan alim...jangan kerana dia berbahasakan wa dan lu ketika berblog, dia seorang yang tidak solat dan tidak layak menyebarkan dakwah.. itu semua tidak boleh....jangan sesekali berfikiran begitu.. dan paling penting, jangan kerana seseorang itu nampak alim dan warak, tetapi kamu menyalahkan dia jika dia melakukan kesalahan, lumrah manusia itu sentiasa berbuat khilaf...

tu jer kot... amani tak layak lagi jadi da'ie.... mungkin cuma pandangan peribadi... okeyy...nak study dulu... daaa..jazakaAllah khaira...assalamualaikum wbt..

p/s : kepada Nur Muhammad yang membaca...amani menghargai kedatangan anda di Bicara Amani.....

apabila kamu berasa letih membuat kebaikkan, sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal... tetapi, jika kamu berseronok dalam melakukan dosa, keseronkkan itu akan hilang, dan dosa itu akan berkekalan.. renung-renungkan dan sama-sama beramal..

bila ia bertamu


tiba-tiba hati terasa sayu
bila siang mula beradu dan malam pula bertamu
tertanya-tanya di dalam kalbu
adakah ini rindu ???

kalau rindu kenapa sayu??
kalau rindu kenapa hati hiba tidak berlagu
entahlah, perasaan sendiri pun tidak ku tahu..
biarkan saja ia berlalu..
supaya resah dan gundah tidak di kalbu

semoga baik-baik saja kamu disana...
dirimu sentiasa dalam doaku.



Thursday, September 29, 2011

Dari Sujud KeSujud


bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan
sesuatu yang indah terlahir dari rasa

dan rasa itu karunia Ilahi (dari sujud ke sujud)

bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku
semua rasa itu malu rasa bahagia

takut dan cemburu pun karunia Ilahi

dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta

Subhanallah cinta kita terus bertasbih

bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan
sesuatu yang indah terlahir dari rasa

dan rasa itu karunia Ilahi

bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku
semua rasa itu malu rasa bahagia

takut dan cemburu pun karunia Ilahi

dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta

Subhanallah cinta kita terus bertasbih

dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta

Subhanallah cinta kita terus bertasbih

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah

dari sujud ke sujud

malam Pra Graduasi


Assalamualaikum...

amani cuma ingin mengabadikan kenangan-kenangan amani di UPSI untuk yang terkahir kalinya..
insyaAllah, lepas bergraduasi nanti, mungkin amani akan ke Universiti lain pula untuk ke peringkat lebih tinggi...

sesungguhnya guru itu sangat hebat..
kerana gurulah lahirnya seorang yang berilmu..
amani akan rindukan pensyarah-pensyarah yang amat amani kasihi..
terima kasih guruku..



pn azila..dr. loy chee luen, dr mahani razali and miss norly...

Dr. Mahani.. my idols. awal-awal sem dulu kena basuh sebab assingment tah ape-ape..syukur Alhamdulliah, dengan tunjuk ajar dr.

kepada sahabat-sahabat..
terima kasih selama dalam perjuangan..
semoga semuanya berjaya didunia dan akhirat

itu saja.. good nite.. as-salam

Wednesday, September 28, 2011

catatan hati




Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bertapa bertatihnya aku dalam meniti ke jalanMU. bertapa banyak peluang kebaikan yang ku abaikan. Maafkan hamba ya Allah, kerana meski berlalu usia dalam bilangan yang banyak..masih sedikit rasa syukur kepadaMU...

Allah itu sesuai dengan persangkaan hambaNya..

Tuesday, September 27, 2011

pikiaq sat (fikir kejap)


assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani.. harapnya semua dalam keadaan sihat zahir dan batin.. Tuhanku, sekiranya boleh, hitunglah setiap huruf yang kubaca ini sebagai amal ibadahku, supaya amalan dna pekerjaanku ini tidak menjadikan amalan yang sia-sia. seandainya boleh, jadikanlah pembacaanku ini amalan yang boleh mendekatkan diriku dengan rahmat dan cinta-Mu, dan dengannya, Engkau mengizinkan aku ke Rumah AbadiMU..aminnn

sepanjang hari ini amani banyak menghabiskan masa bersendirian di kampus UPSI..walaupun kampus UPSI ni kecil jer, tapi kalau menapak boleh berpeluh jugaklaa..huhu..awal pagi amani ke library untuk mencari buku yang dipesan oleh ibu tercinta, namun Allah tidak mengizinkan amani untuk menjumpainya..mungkin besok ada rezeki ibu, aminnn, kemudian amani ke RMC (Research Management Centre) untuk menuntut pembayaran gaji sebagai RA (Research Assistant)..syukur Alhamduulilah, tak lama gaji masuk.. kemudian amani ke library semula untuk menelaah pelajaran untuk dijadikan bekalan peperiksaan yang bakal tiba..selepas itu, amani menapak lagi ke An-Nur, walaupun kecil, tetapi sejuk hati dan tenang jiwa berada di sana, menunaikan kewajipan sebagai hambaNya.... amani menghabiskan masa sehinggala Asar menjelma..

sepanjang keberadaan di kampus, amani menapak seorang diri, mula menggunakan masa bersendiri untuk memerhatikan alam ciptaan Allah. melihat pokok yang tumbuh, melihat awan redup yang berarak, melihat burung beterbangan dan melihat manusia yang pelbagai ragam..

melihat mereka membuatkan amani memahami bagaimana cara kerja Allah pada alam dan manusia. melihat pada syariatullah dan sunnahtullah yang mengaturnya...subhanaAllah...dan satu pengajaran yang amani dapat sewaktu besendirian menapak tanpa perbualan dengan sesiapa..


siapa kita menentukan bagaimana cara kita melihat.. dan kesannya pula, bagaimana kita melihat menentukan apa yang kita dapat.....

renungkan...


Monday, September 26, 2011

khabarkanlah mengenai kebaikan Tuhan..


assalamualaikum semua sahabat-sahabat Bicara Amani.. harapnya semua sihat-sihat terutamanya iman kita semua, semoga ia lebih sihat berbanding dengan tubuh badan kita. jangan kita lupa untuk berikan makanan pada rohani, supaya tak lah dia laparkan ibadah...

okey, amani tak berniat untuk menulis panjang dalam entry ni...sedikit saja, dan harapnya dapat memberikan kesan yang banyak pada hati-hati yang membaca.. aminnn..

nabi Muhammad berkata :

"sesungguhnya JIbrail diberikan tugas bagi menguruskan segala keperluan anak Adam. sekiranya seorang hamba yang kafir berdoa, Allah berkata kepada Jibrail, HAI JIBRAIL, TUNAIKAN KEPERLUANNYA, SESUNGGUHNYA AKU TIDAK SUKA MENDENGAR PERMINTAANNYA...
dan sekiranya seorang hamba mukim berdoa, Allah berkata kepada Jibrail, HAI JIBRAIL, JANGAN TUNAIKAN DAHULU KEPERLUANYA, KERANA AKU SUKA MENDENGAR PERMOHONANNYA..

(hadis laporan daripada Jabir)


P/S : Jangan putus asa dalam berdoa.. kerana ALlah Maha Penyayang Maha Pengasih kepada hambaNYa..

Hijau Daun-Sampai Kau Bicara

benak hatiku



they can take everything from me except my memories..

betul tu.. kamu boleh ambil dia dari dalam hatiku, dan dia juga berhak pergi dari dalam hidupku..
namun, kenangan itu, tidak dapat kamu ambil apatah lagi memadamnya dari dalam memori hidupku...
jika dia betah untukmu..aku relakan...

Sunday, September 25, 2011

belajarlah daripada sebatang pensel..


assalamualaikum semua pembaca BICARA AMANI.. Alhamdullilah, walaupun amani sedikit penat hari ni sebab baru balik ke UPSI selepas menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga abang amani di UIA... sempat juga solat di masjid UIA dan singgah kat bazaar, terserempak pula dengan buku ustaz Azhar Idrus,. ape lagi, terus sambar.. heee.. kepada solihin Zubir sila jangan jeles sebab amani dan milikinya terlebih dahulu.. huhu

okey,.. straight to the point. mari kita belajar daripada benda-benda di sekeliling kita... sebenarnya, ilmu tu tak semestinya ada di dalam bilik-bilik kuliah je, dekat sebatang pensel pun kita boleh belajar untuk mengenali kehidupan kita sebagai manusia iaitu hamba Allah yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan bumi Allah...jom kita belajar sedikit yer adik akak abang makcik pokcik semua...



1. pertama sekali, pensel digunakan untuk banyak tujuan, menulis melukis dan banyak lagi la... dengan pensel lah terlakarnya satu puisi indah, dengan pensel jugalah terhasilnya satu potret misteri.. tetapi harus kita ingat, bukan kuasa pensel yang menjadikan sesuatu itu hebat, tetapi si pemegang dan pemilik pensel itu yang hebat. begitulah kehidupan kita ini, ada Maha Kuasa yang memimpin kita di dalam kehidupan mengikut kehendak-NYa..

2. yang kedua pula, setiap kali menulis menggunakan pensel terutamanya pensel batang/kayu, mesti ia kan tumpul, dan bila tumpul, haruslah kita mengasahnya supaya tajam. bila dah tajam, tulisan lebih cantik dan mudah dibaca berbanding dengn pensel tumpul... kehidupan kita juga begitu, ada masanya, kita diberikan ujian daripada Allah, musibah yang menyakitkan, tetapi diakhirnya kita akan dapat kemanisan kerana Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat hamba-Nya dan tidak pernah menzalimi hamba-Nya..

3. ketiga pula, kalau kita gunakan pensel, kesalahan yang kita lakukan mudah dipadam.. begitulah kehidupan kita sebagai seorang manusia yang hari-hari melakukan kesilapan.. dan bila kita sedar bahawa diri kita melakukan kesilapan, cepat-cepat padam kesalahan itu supaya akan menjadi lebih baik daripada semalam..

4. yang keempat, seperti sebatang pensel, yang mana lebih penting, luar pensel ataupun lead/karbon pensel.. semestinya lead/karbon kan... hah, so, hati kita ni perlu baik, jangan saja muka cantik, tetapi hati kita hitam sebab terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan..yang dalam perlu dijaga dengan baik, supaya terserlah diluarnya..

5.dan akhir sekali, apabila kita melakukan kesalahan, dan kita padam menggunakan pemadam, kadang-kadang ia akan meninggalkan kesan pada kertas tersebut.. sama jugalah dengan kehidupan manusia, terkadag tu, bila kita lakukan kesalahan, masih lagi ada kesan pada orang sekeliling yang telah kita berbuat silap.....

hah, tu jer kot yang amani boleh sampaikan hari ini.... amani nak makan dan rehat yer, nak study jugak ni.. nota dah bertimbun minta di baca.. hehehe.. okey.. selamat malam dan selamat beristirehat, jangan lupa hidupkan solat malam yer.. as-salam...jazakallahu Khaira...

pagi tadi sarapan di kedai kat area Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), terserempak Tini 3R dengan baby dia... sambil tu amani selak-selak buku TOPGEAR.. jumpa pulak quote ni...sangat bermakna..

" the more you appreciate, the more you know how to appreciate ".. renung-renugkan...

Friday, September 23, 2011

buat dosa kecik takpe.. dosa besaq tak boleh...


Assalamualaikum semua..... terasa macam lama jer amani tak menaip entry untuk blog yang tersayang ni.. tapi syukur Alhamdullilah, Allah masih juga berikan amani kekuatan dan juga sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama. Ilmu itukan milik semua. jangan tamak dan haruslah disebarkan...

dalam sehari agak-agak kita lah kan, berapa banyak dosa yang telah kita lakukan dari bangun tidur sampailah kita tidur balik... mustahil kita tak buat dosa, sebabnya kita bukan manusia yang sempurna. orang alim yang banyak ilmunya juga pasti akan berbuat dosa, kerana mereka juga bukannya maksum..... agaknya tak terkira dosa kita kan??..

dulu, masa amani kecil-kecil, kalau nampak orang minum berdiri mesti cakap macam ni

si A : "oitt..minum duduk laaa. berdosa, minum dengan syaitan"

si B : "alaaa.. dosa kecik jer, takpe.."..

terfikir pula masa nak taip entry ni.. ada ke Allah cakap dosa ni ada bahagian, iaitu kecil dan besar???.... kalau nak tahu jawapannya,boleh baca blog ustaz adnan


terkadang kita sebagai manusia selalu ambil remeh tentang dosa-dosa kecil ni. seharusnya kita tidak boleh senang-senang jer lakukan dosa, even kecil.. apatah lagi doasa besar. sebabnya, dosa kecil ni kalau dah terbiasa buat, boleh jadi dosa besar....amani ada terbaca tentang pertukaran dosa ni..ada 6 cara bagaimana dosa kecil boleh bertukar jadi dosa besaq..

1. MELAKUKAN DOSA SECARA BERULANG-ULANG dan terus menerus walaupun ia dosa kecil. sesungguhnya hanya perkara yang baik sahaja bleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit...

2. SESUATU DOSA TU DIANGGAP REMEH.. hah, mungkin ini ada yang selalu kita buat dalam seharian. jangan sesekali mengatakan bahawa dosa itu sebagai perkara yang remeh walaupun ia kecil, kerana Allah itu Maha Besar lagi Maha Agung..

3. TIMBUL RASA BANGGA KERANA DAPAT MELAKUKAN DOSA TERSEBUT... tak baik tau bangga bila buat dosa.. kita kena sedar, bahawa tindakan seperti ini akan mendapat balasan buruk daripada Allah

4. TERTIPU DENGAN NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN.. encik anugerah selalu cakap, kesenangan dan nikmat itu boleh jadi baik untuk kita dan boleh jadi buruk andai lupa pada Allah. jadi, bila kita dapat nikmat contohnya sihat, kekayaan, kebijaksanaan, kecantikkan, kena guna untuk ke jalan Allah, jika tidak, kita kan menjadi seorang yang istidraj.. maksudnya, seseorang yang diberikan nikmat, tetapi masih kekal melakukan dosa dengan perasaan aman dan tenteram

5. TIDAK SEGAN SILU MEMBERITAHU ORANG LAIN AKAN DOSA YANG DILAKUKAN, kalau ada yang pernah buat, contohnya bagitahu kat kawan yang dia dah pernah hisap rokok, dia dah pernah pegang tangan perempuan tanpa rasa malu, sebenarnya dia telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja di depan manusia, tetapi di depan Allah

6. akhir sekali ialah, DOSA YANG DILAKUKAN OLEH SEORANG ULAMA ATAU TOKOH. hah, besar tanggungjawab orang besar-besar ni tauu.. makin besar jawatannya, makin berat amanahnya, dan makin besar dosanya kija melakukan kesalahan. sebab, mereka ni jadi ikutan orang bawahan. oleh sebab itu, ajarkanlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah

fuhhh.... penat lah taip.. hehe, itu saja yang amani daoat sharekan dengan pembaca semua. moga-moga mendapat manfaat, dan jangan lupa amalkan. kalau nak minum tu duduk dulu, nak masuk bilik air jangan lupa tutup kepala dan masuk guna kaki kiri, keluar kaki kanan. masuk rumah ucap salam.. senang jer sebenarnya nak dapat pahala, tapi kita ni yang malas kan.. astagfirullah... samasama kita baiki diri jadi lebih baik.okeyy, nak makan char kuey toew.. nyum nyum nyumm.. daaa... as-salam


apabila Allah melarang sesuatu, sama ada yang berbentuk benda, perkara atau perbuatan, maka pasti ia akan membawa kemudaratan. oleh sebab itu, setiap tegahan-Nya bukan untuk menyusahkan apatah lagi menzalimi manusia tetapi untuk kebaikkan hambaNya jua...


Wednesday, September 21, 2011

hijrahkan diri daripada maksiat


assalamualaikum semua sahabat-sahabat amani yang dikasihi Allah dan Rasul... Alhamdulilah masih diberikan kekuatan fizikal untuk menaip dan syukur juga kepada Allah sebab diberikan nikmat akal dan mental untuk berfikir mencari idea untuk entry hari ini...

petang tadi, amani tiada kelas dan mengambil peluang yang ada untuk meluangkan masa bersama dengan sahabat-sahabat yang dicintai untuk berkelah di Proton City, kami masak bersama-sama dan dengan menaiki kereta, sampailah kami di sana.. selepas makan kami berjalan-jalan... permandangan ciptaan manusia indah.. namun indah lagi ciptaan Allah... terfikir sejenak, tiada siapa dapat menandingi kekuasaan Allah, terfikir lagi, siapa kita yang selalu takbur dan riak sedangkan kita tidak punya apa-apa didunia...Astaghfirulllah..


dalam keindahan tersebut, kami terpana saat mata terlihat sepasang manusia yang berlainan jantina..aksinya seperti orang sudah berkahwin.. tapi kalau amani dah berkahwin pun, malu nak beraksi macam tu di khalayak ramai... difikiran hanya terlintas, melayu ke??? Islam ke?? budak UPSI ke ??? wallahualam.. amani tidak dapat memastikan.. secara fizikalnya, daripada warna kulit, amani rasa melayu.. entahlaaa.. jika Islam, tidak mungkin saudaraku itu sanggup berpelakuan sebegitu.. atau Islam hanya sekadar nama tanpa penghayatan dan juga amalan.. wallhualam.. semoga ALlah memberikan hidayah...

tetapi amani tidak menyalahkan mereka.. mungkin mereka tidak mengetahui... teringat pesanan daripada Anugerah Allah, dosa orang yang melakukan maksiat kerana tidak tahu itu lebih kecil berbanding dengan orang yang melakukan maksiat tetapi punya ilmu... tidak menggunakan ilmu tersebut, apatah lagi menyebarkan ilmu... Allahurabbi.. besar sebenarnya tanggungjawab yang Nabi berikan kepada kita... kita sebagai umatnya, yang mengasihi Baginda, yang mencintai Baginda, sepatutnya kita meneruskan tugas baginda iaitu menyampaikan dakwah...mudah-mudahan kita semua dapat jalankan tugas tersebut...


disini, amani terbaca di dalam sebuah buku tentang peringkat maksiat.. insyaAllah amani cuba permudahkan bahasanya supaya kita semua mudah memahaminya..

1. peringkat pertama berbuat maksiat, hati akan rasa resah dan gelisah. hati kita akan rasa tertolak dan terasa amat tidak sesuai dengan fitrah yang meninginkan kebaikan. terasa wajah dan air muka terconteng arang.. Alhamdullilah

2. peringkat kedua, terasa hati kian jinak dan berkehendakkan maksiat. makin akrab walau masih ada rasa malu dan ragu. bangkai maksiat masih cuba disembunyikan sedaya mampu. terasa hina andai ada yang mampu menghidu diari hidupnya yang tercalit dosa dan noda. semoga Allah melimpahkan taufik hidayah-Nya..

3. peringkat ketiga, maksiat kini terasa kian lazat. terasa alah bisa tegal biasa. sudah mula ketagih sehingga sanggup berusaha meneruskan maksiat walau ada halangan. MasyaAllah..

4. peringkat terakhir, teringin nak ajak orang lain ke arah kemungkaran. terasa ingin mempromosikan dan mengkomersialkan maksiat. rasa malu dan iman sudah tercabut dari hati. Nauzubillah...


semoga TAAT mengambil alih tempat MAKSIAT.. pintu taubat masih terbuka luas...
P/S : amani rindukan arwah mak..(T_T)

Tuesday, September 20, 2011

khitbah buat muslimah


Aassalamualaikum semua pembaca Bicara Amani... SubhanaAllah, terdetik jua hati amani untuk menulis entry kali ini.. entah daripada mana kekuatan ini amani dapat, dan pastinya Hidayah dan Petunjuk daripada Allah SWT.... insyaAllah, mudah-mudahan amani dapat menulis entry ini dengan baik dan dapat memberikan manfaat kepada pembaca..Aminn ya Rabb..

pertama sekali, kenali dulu khitbah.. apa itu khitbah??? khitbah bermaksud meminang... tetapi, di dalam entry ini, izinkan amani menggunakan perkataan khitbah.. sedap bunyinya dan semestinya membawa berita gembira kepada muslimah yang dikhitbah,...

jika orang putih, cara khitbahnya berbeza dengan Islam.. si lelaki pastinya akan melutut dan membawa sebentuk cincin lalu dilaungkan " will you marry me??"..pastinya menantikan kata yes bergetar lutut agaknya... berbeza dengan kita yang beragama Islam dan berbangsa Melayu. selalunya, keluarga lelaki akan datang ke rumah wanita lalu menyatakan hajatnya untuk meminang si wanita...

tetapi bukan tips meng'khitbah atau cara mengkhitbah yang ingin amani sampaikan.. tetapi amani ingin menulis tentang redha selepas dikhitbah... tidak kira kepada lelaki mahupun perempuan....sebaiknya, selepas diri kita dikhitbah, sesungguhnya hanya Tuhan saja yang tahu pilihan mana yang sebaiknya untuk kita ambil.. samada menerima ataupun menolak...

disinilah kita harus belajar untuk menerika qadha dan qadar Allah.. sesungguhnya petunjuk yang diberikan oleh ALlah kita mohon kerana kita hanya hamba Allah yang lemah dan tidak mengetahui perkara yang tersembunyi dan perkara yang akan datang... sekiranya dia bukan jodoh kita, terimalah dengan redha dan tabah.... walau besarnya cinta kita kepada si dia, siapa kita untuk menentukan jodoh.. siapa kita untuk melawan takdir...

percayalah bahawa setiap ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya.. jika baik jodoh tersebut, maka ditemukan.. jika tidak, maka dijauhkan... sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah Azzawajalla..

diri ini mengetahui bahawa insan tersebut pastinya membaca tulisan amani ini... semoga dengan hadiah yang tidak seberapa daripada amani dapat mendekatkan dirimu dengan pemilikMU...setiap butiran yang terikat kemas menjadi rantaian tasbih dapat menyatukan dirimu dengan pemilikMU.... isnyaAllah, diri ini percaya mencintaiNYa akan menemukan diri dengan PecintaNya...

kepada dia yang bakal pulang ke perantauan orang... semoga baik-baik disana, semoga Allah memberkatimu...


rezeki, ajal dan maut itu hak mutlak Allah. tiada siapa yang dapat melawanNYa.. sudah tertulis di Loh MahfuzNya... berusahalah sedaya mungkin. solehahkan diri untuk mendapatkan yang soleh... ada jodoh tidak kemana. InsyaALlah... diri ini hanya insan biasa..jalannya juga dua kaki, melihatnya guna mata biasa, yang didambakan dapat menetap di Negeri Abadi.. ku mohon juga ditemukan dengan insan yang mencintaiNya...kerana ini dia hanya insan biasa...


Monday, September 19, 2011

permintaan yang harus ditunaikan..



assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani. syukur alhamdullilah masih diberikan nikmat iman dan Islam dalam meniti kehidupan hari ini.... harapnya semua pembaca Bicara Amani dalam keadaan sihat walafiat dan iman juga semakin bertambah daripada sehari ke sehari. aminn ya Rabb...

entry amani kali ini nak menunaikan satu permintaan daripada rakan blogger amani. beliau ni hensem orangnya, segak, berkerjaya, pandai memasak terutama satey,.. huhuhu... lama juga kami berkawan dalam blog ni, setia dengan Bicara Amani, dan amani pun suka baca blog dia.... siapa lagi kalau bukan Mata Hati.....


okey, sebelum menunaikan permintaan MH, amani nak berikan sedikit tips kepada pembaca yang ingin membeli buku. tak kisah lah kat MPH, POPULAR atau KINOKUNIYA... hehehe 3 kedai buku ni kedai favourite amani.. amani boleh habiskan banyak masa kat dalam kedai ni daripada kedai baju...

1. okey, pertama sekali, seharusnya kita mestilah membeli buku yang boleh memberikan manfaat dan membawa kebaikan kepada kita. contohnya, boleh menambahkan ilmu pengetahuan, boleh memberikan kesedaran dan banyak lagi.. yang penting boleh memberikan kebaikan laaa senang cakapkan...

2. kedua, pastikan kita membeli buku yang mnegandungi content yang baik.. kadang-kadang tu, amani tengok tajuk buku macam best, cover depan dan belakang pun menarik.. tapii... bila baca content, aduyaiii awal-awal rasa mengantuk.....itulah org cakap, dont jugde the book by its cover.... okey, kalau amani, amani akan pastikan bahasa yang digunakan oleh penulis adalah ringan. maksudnya tak susah untuk difahami dan bergaya santai. namun dalam keringanan itu memberikan kita kesedaran dan banyak nasihat di dalamnya..

3. ketiga pula, sekiranya amani membeli buku di kedai, amani akan melihat dulu siapakah penulis tersebut, sebabnya penulis memainkan peranan yang penting. lain penulis, lain gaya penulisannya.... kalau amani, amani suka Hilal Asyraf, Fatimah Syarhah, Ustaz Pahrol, dan ramai lagi... hehehe.. okey, pastikan penulis buku itu mempunyai ilmu pengetahuan dan ada pengalaman dalam bidang penulisan...barulah kita rasa tak rugi membaca buku tersebut...

herrmmm, setakat tu jer yang amani boleh bagi tips kott.. tak pandai sangat lahh.. hehehe..okey, amani nak suggestkan 4 buah buku ni kat MH.... amani harap MH suka lah, kalau dah cari and baca bagitau amani yerr...

first sekali amani nak cadangkan buku daripada penulis ustaz pahrol.. dua buah buku ni amani dah baca, dan amani suka sangat content nya... pengajaran diperoleh daripada cerita-cerita yang direka...bahasa yang santai buat kita tak mengantuk.. dan satu lagi kelebihan ustaz pahrol, beliau ni melihat sesuatu dari sudut pandang yang berbeza, kadang-kadang tu kita tak terfikir pun benda-benda di sekeliling kita ni memberikan pengajaran bermakna.. so cubalah try cari, pastu beli, pastu baca laaa..hehee



kemudian buku Mencari Makna Hidup... buku ni pun best juga, tak mengantuk membacanya.... penulisnya amani tak pernah dengar, tapi cerita di dalam buku ni membuatkan kita mengetahui, apa makna sebenar kehidupan kita...


okey, buku keempat amani baru beli dan dah hampir habis amani membacanya.. amani cadangkan buku ni kat MH sebabnya, ada cerita-cerita yang mencuit hati, tapi banyak kebaikkannya....tajuknya pun macam menarik.. kadang-kadang kita selalu mempersoalkan sesuatu, tetapi sukar nak dapatkan jawapan. dalam buku ni, melalui cerita-ceritanya kita akan mendapat jawapan bagi persoalan yang timbul


itu je kot.. di bawah ni amani ada berikan link kedai buku online... sekarang ni kan dunia dihujung jari.. so, kalau rasa susah nak ke kedai buku, buka jer internet dan klik buku yang kita nak... okey, dua link ni yang selalu amani singgah kalau nak cari buku.. selamat mencuba dan selamat menimba ilmu.. ilmu yang sedikit, jangan lupa kongsikan..


orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda, kerana bersenda itu akan membuatkan muda dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.. wallhualam..

Sunday, September 18, 2011

kerana dia cintaku..


assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani.. selawat serta salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga dan juga para sahabat baginda.....lama amani tak melawat blog rakan-rakan yang lain. terima kasih kasih kerana masih setia membaca nukilan tinta daripada amani. Alhamdullilah, statistik reader Bicara Amani juga semakin meningkat daripada sehari ke sehari. mudah-mudahan pembaca mendapat sedikit manfaat daripada penulisan amani, walaupun blog amani ni tak lah hebat mana dan ilmu agama amani pun tak lah tinggi mana... tetapi yang sedikit itu juga perlu dikongsikan bersama dengan rakan-rakan yang lain...

kerana dia cintaku.... siapakah dia??? lelaki kah ?? perempuan kah ??? huhuhu.. dia adalah ilmu dan kitab,,.. amani terlalu cintakan ilmu, amani suka dengan ilmu dan amani akan cuba mencari ilmu supaya terasa dekat dengan Allah... kerana ilmu juga amani beli beberapa buah buku yang amani dah jatuh cinta saat pertama kali terlihat.. hehehehe.... taddaaaa...




ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan, AKHLAK hiasan jiwa dan peribadu menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti.... amani sedang belajar mengenal erti Redha kepada Allah

Wednesday, September 14, 2011

Dalam Mihrab Cinta, Karena Hati Bicara & Bunga-Bunga Cinta



Dalam Mihrab Cinta.. pertama kali melihatnya diri ini sudah jatuh cinta dengan kisah cinta Syamsul kepada TuhanNYa.... kerana diri ini juga selalu berbuat dosa dan mengharapkan agar keampunan Allah untuk diriku..

semoga diri sentiasa ihklas dalam menjalani ibadah kepadaMU... semoga diri ini sentiasa menerima HidayahMu agar sentiasa dalam lembayung rahmatMU... semoga diri ini juga dikurniakan suami yang mampu mendidik diri menjadi isteri yang solehah dan juga mampu menjadi ibu dalam keluarga sakinah mawaddah dan rahmah.. aminnn ya Rabb.

wordless wednesday #3 (sad mood)

segala kekusutan dan rasa ketidak lapangan dalam hati berpunca daripada jauhnya aku dengan Penciptaku... kepada Dia saja ku sembahkan sujudku.. Tuhan Yang Maha Mendengar.. Allahuakbar

Monday, September 12, 2011

cerita kedai makan


assalamualaikum semua... selamat pagi kepada smeua pembaca Bicara Amani. hari baru, azam baru, kehidupan yang baru dan yang paling penting, iman juga harus diperbaharui agar lebih baik daripada semalam. Al-maklumlah, iman kita ni kejap naik kejap turun.... sama-sama memberi peringatan yer :)

semalam, jumpa semua kawan-kawan, housemate, classmate yang baru naik cuti.. semua pipi tembam tauu, penangan duduk goyang kaki kat rumah sambil suap makanan dalam mulut, ape tak naiknyer badan kan.. hehehe.... macam biasa, bila dah jumpa kawan-kawan, mestilah plan nak makan kat luar sama-sama..... kami pun keluarlah and agak lewat jugaklah dapat makanan sebab terlalu ramai sangat orang.. semua student makan luar kot. boleh cakap, semua kedai kerusi penuh... untung laaa...

tapi amani bukan nak cerita tentang dinner malam tadi. tapi amani nak story pasal certain-certain kedai makan yang menggunakan cara yang 'kotor' untung mengaut keuntungan. terutamanya yang berhampiran dengan kolej kediaman amani.... ade kedai ni yang menggunakan pelaris... ada kedai tu siap renjis-renjis air depan kedai waktu subuh, letak telur ayam mentah depan pintu kedai... errmm, macam-macam laaa...

satu lagi, informasi yang terbaru daripada seorang sahabat, ada sesetengah kedai ini membeli ayam dan juga barangan basah daripada orang cina.. selalunya tuan kedai akan beli sendiri kat pasar kan..rasa ragu tentang ke'halal'an barangan basah tuu...... tapi wallahualam bissawab..hanya Allah Maha Mengetahui segala yang terselindung

sekarang ini, amani tak yakin nak makan kat kedai luar. amani akan pastikan orang kedai tu betul-betul melayu dan Islam.. baru amani rasa terjaga kesucian dan juga kebersihan makanan. siam ke pattani ke amani tak mau masuk pun kedai depa... makanan ni kita kena jaga, sebab ia akan menjadi darah daging kita. kalau ambil makanan yang kotor-kotor ini, badan tak sihat, otak pun tak cergas... kita ni dah la nak belajar, banyak benda lagi nak kena ingat, hati pun nak kena jaga....sama-samalah kita jaga makanan yang kita ambil ye...


menggunakan bantuan jin dan syaitan adalah perkara yang tidak boleh dilakukan oleh orang yang beragama Islam. Islam mengajar kita untuk berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakal kepada Allah untuk mendapat kejayaan... kejayaan tanpa usaha tidak akan bermakna

p/s :: okey lah, petang ni ada kelas, nak iron baju dulu.. as-salam.
mood hari ini ::: rindu nak makan masakan ibu......

Sunday, September 11, 2011

haiii lah hati..


assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani... Alhamdullilah, semalam jam 4.30 PM amani dah selamat sampai ke bumi Murabbi, UPSI.. masuk jer Kolej Harun Aminurrashid tengok, wow, ramainya student.. rasa tak sabar nak gi kelas besok.. wuhuhu....

errrmmm, kat rumah amani buat open house hari ini (11/09/11).. menu utama satey, tadi call ayah tanya, ramai tak orang datang. ayah cakap, khemah penuh, kat tangga pun orang duduk makan.. hehehe, mesti meriah kan jumpa kawan-kawan, jumpa sedara mara... wuaaaa, sedihnyerrr...

amani tanya lagi, " satey banyak lagi tak ayah "?? ayah pun jawab " satey banyak lagi, tapi lidi lagi banyak "..huhuhu, sempat lagi melawak. hobi kenakan orang jerr.... hari tu lagi nak makan satey, tak lepas-lepas... sedih betull...


okey, ni jer entry untuk hari ini, sekadar luahan dan perkongsian rasa rindu pada rumah... apa niii, baru sehari balik dah homesick... okeylahh, nak makan, jemput makan yerr.as-salam..

Saturday, September 10, 2011

insan yang ku tinggalkan hari ini


assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani. pagi yang gelap, kini sudah terang.lalalala.. eh, ternyanyi pula.. pagi yang mendung dan sedikit dingin kat rumah amani., sedap ni kalau dapat tidur, huhuhuhu. dengar pulak daun pokok pisang yang terlibas-libas ditiup angin, sejuk jer dengar...

okey lahh, hari ini amani akan meninggalkan insan -insan yang disayangi dan pastinya akan dirindui sebab akan pulang semula ke bumi murabbi, yang melahirkan pendidik-pendidik yang muttaqin...insyaAllah. kejap lagi ayah akan hantar amani ke seremban untuk pulang ke Tg. Malim. plan sebenarnya nak balik besok, sebab rumah amani buat open house sikit, tapi lepas naik cuti ni ade presentation, so, kalau balik hari ahad sure penat and tak study.. terpaksalah pulang hari ini juga...

yang pertama sekali mestilah my beloved family... hah, ni potret raya tahun ni..last dekat rumah kuarters institusi pendidikan ni.. tahun depan dah tak duduk sini, beraya kat rumah sendiri di Melaka pula... lagi best.. rumah tu pun dah diubahsuai, memang puas hati laa.. cantik dan nampak luas sikit...

tahun ni 2 orang adik sepupu amani yang ambil exam, akmal upsr dan muhammad ambil pmr.. jawan elok-elok tau.. try lah pecahkan rekod upsr dan pmr akak .. kalau dapat akak belanja kfc barrel... macam hari tuuu...

yang paling dirindui mestilah ibu dengan ayah,..wuaaa, confirm lepas ni berat badan turun sikit sebab makan lauk kafe UPSI... ibu masak walau cincai pun amani leh habiskan 2 pinggan.. hehehehe...

ayah pula minggu depan akan ke Mesir, program UTHM....untunglaaaaa, amani punya program yang plan dari awal tahun dulu pun tak dapat-dapat pergi lagi... hah, jangan lupa bawak balik unta sekoq tau yah... hehe, pastu kalau jumpa inai yang buh kat tangan tu ayah beli laa, senang nanti anak-anak dara ayah ni nak kawin... amboii, gatai, tampaq baru tauu..huhuhu.

dan sudah semestinya kawan-kawan amani yang tersayang..meh nak cerita soranng-sorang... kami ni jela budak melayu yang belajar dalam kelas intelek dari 46 orang student..yang lain semua cina. nak melayu banyak kat kelas belakang...sedih betulll..

okey yang lelaki daripada kanan dulu yer, yang pakai baju putih tu (pose jer lebih), namanya rafsanjani arif shah (acan), amani rapat dengan dia sebab ayah kami kerja sama dulu. so bila ada family day, memang kawan dengan dia jela. study IT kat unikl...yang pakai spec pula arif.. anak murid kesayangan ayah masa sekolah rendah dulu, kami memang sellau gaduh.. hehe, belajar kat maktab raja melewar seremban, yang pose peluk tubuh tu namanya furqan ada kembar tauu, belajar kat uitm arau dalam bidang sport science.. yang baju purple tu kawan baik amani, namanya syed haidel.. memang terkezut bila jumpa, pipi memang tembam, huhu, belajar kat UPM ambil engineering..baju hijau luqman ambil islamic banking, dia ni dari sekolah dulu suka sangat account.. yang baju kuning tu budak genius, ingat lagi masa pertandingan biologi negeri sembilan, budak mrsm ngn sbp pun dia kalahkan.... dasyatlaa, namanya zulhelmi, ambil farmasi kat UM, yang pakai jersi malaysia tu hafizul, ambil sport science juga...

okey, yang perempuan pula, heheh, dari kanan, yang pakai baju kurung putih tu namanya ain, dia ni kalau cubit, memang berbirat laaa, annoying sangat, huhuhu, kalau sehari da takde dalam kelas, memang sunyi sepi jer kelas tu, ambil medic kat UKM, addina yang pakai baju purple, ambil forensic kat PPUM..yang comel tu amani, dorang panggil kecik, dan yang terakhir fatihah, dia ni dari dulu lagi memang tinggi melampai, sesuai sangat jadi model, huhuu, tapi dia belajar dalam bidang dietician kat UPM..

sure rindu korang.. okey laaa.... nak siap-siap.. bye... as-salam..

hargailah setiap insan disekeliling kita, agar kita sedar bahawa dunia ini kita tidak berseorangan, dan bersangka baiklah kepada mereka,..dengan itu, kita akan berasa bahagia











Friday, September 9, 2011

pasca ramadhan


assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani semua..... diharapnya semua pembaca sentisa bahagia bersama dengan keluarga tersayang dan diberkati oleh Allah.. aminnn ya rabb....

okey,.. baca tak tajuk kat atas tuuu... pasca ramadhan. selalu kita dengar pasca merdeka kan, hari ini amani dengar pengertian pasca ramadhan pula dalam rancangan Al-kulliyah. amani tak sempat nak dengar kuliyah daripada awal, dengar tengah-tengah jer, sebab amani keluar ke pekan untuk beli barang-barang dapur....

syukur Alhamdullilah Allah berikan sedikit kesempatan untuk bersama dalam majlis ilmu. dan 2 perkara penting yang amani dapat dalam rancangan tu... walaupun tak banyak, tapi amani harap dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan blogger yang tak dapat menonton..

1. pertama sekali adalah tentang puasa sunat syawal... syukur Alhamdullilah bagi rakan-rakan yang sudah selesai membuat puasa 6 syawal. ada juga entry2 yang amani baca daripada rakan-rakan blogger tentang gabungan puasa qada' dan juga puasa sunat syawal. melalui rancangan Al-kulliyah tadi, ustaz jemputan itu ada beritahu bahawa tidak ada sokongan yang kuat daripada para ulama' tentang mengabungkan puasa sunat dan puasa qada'..

satu perkara lagi, ialah persoalan tentang, yang mana harus diutamakan iaitu qada' ataupun sunat syawal.. okey, hukum qada' adalah wajib kerana ia adalah hutang yang perlu kita bayar sebelum ajal, manakala sunat syawal adalah sunat.. jadinya, sudah terang-terang yang wajib harus kita dahulu... tetapi jika seseorang itu telah meninggalkan puasa ramadhan 20 hari lebih, contohnya wanita yang nifas.. mana mungkin dia dapat berpuasa sunat syawal kerana bulan syawal hanyalah sebulan... dan ada pula yang mempersoalkan untuk membuat sunat syawal dahulu puasa dan berniat untuk berpuasa qada akan dilunaskan pada bulan akan datang...

tetapi, kita hanya merancang, jika ajal kita sebelum bulan akan datang, kita tidak dapat membayar puasa yang telah kita tinggalkan... kesimpulannya, buatlah yang wajib dulu, seandainya takdir tidak menyebelahi untuk membuat sunat, Allah lebih mengetahuiNya...


okey..itu sahaja yang amani nak sampaikan.. walaupun sedikit, tetapi harapnya dapat dikongsikan bersama. maaf, amani lupa nama ustaz jemputan tadi.. yang pastinya beliau daripada UM.. hehehe.. nak tolong ibu masak untuk berbuka.. selamat berbuka.....as-salam

pemergian dijemput Tuhan


apabila lahirnya satu nyawa didunia
tiada yang paling bahagia buat sang penglahir dan bapa
setiap yang hadir datang penuh tawa
tanda berkongsi rasa dan bahagia

tapi mati itu pasti
bagi sesiapa yang lahir ke duniawi
haruslah cukupkan bekalan ke ukhrawi
agar ditempatkan disisi ILAHI

yang hidup perlu teruskan perjalanan
jangan mati hanya kerana ditinggalkan
kerana kita juga pasti menghadapi kematian
iringi pemergian dengan doa sebagai bekalan..


Al-Fatihah Buat ayahanda Wan Hassan Bin Wan Nawang (ayahanda muslimin ibnu hassan ) dan juga ibunda amani Saripah Binti Omar.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan disisi orang-orang yang beriman..

Thursday, September 8, 2011

tinta hati


ingin dihati untuk menjadi muslimah sejati
tetapi masih terlalu banyak dosa dan kelemahan di dalam diri
bila ku bandingkan dia dengan diriku
terlalu jauh bezanya umpama langit dan bumi buatku rasa malu

setiap kata-katanya indah dan penuh makna
menunjukkan dia betul-betul punya ilmu agama
sedangkan aku hanya insan kerdil penuh hina
yang mengharapkan hidayah supaya aku juga meraih kasihNya..

ya Tuhan, dosaku menggunung tinggi
terasa aku hina lemah tak berdaya...
terasa hati ku kosong walau dalam kemeriahan aidilftri

ku rasa, meraih cintamu masih lagi jauh
tetapi tuhan.. walau perjalanan ke arahmu itu jauh
Engkau mengetahui bahawa aku telah memulakan langkah
bantulah aku ya Allah...
pimpinlah aku supaya sentiasa dekat denganMU
luruskan hatiku ke arah ad-din MU..
sesungguhnya ketika ini, hanya itu yang ku dambakan..


budak zaman sekarang...


assalamualaikum semua... selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat... selamat pagi semua pembaca Bicara Amani, syukur alhamdullilah masih diberikan nikmat bernafas untuk bangun bersahur dan juga nikmat akal untuk berfikir sejenak membuat entry ini... syukur juga masih diberikan nikmat kesihatan sebab hari ini ibu masak sambal sotong, makan sahur macam makan tengahari.,.. kalau hari-hari selera makan macam ni, alamatnya tembun lah amani... huhuhu

errrmm, zaman kanak-kanak korang macam mana yerr ??? korang nakal tak ??? ke sopan santun dok main masak-masak jer kat rumah ??? amani masa kecil-kecil dulu agak lasak laaa... mandi lombong, lumba basikal, panjat pokok, sebab tu lah patah riuk, habis dagu berjahit semua... hehehe.. tapi seronok masa zaman kanak-kanak amani dulu.... tapi amani tengok budak zaman sekarang dah lain laa.. tak sama macam zaman dulu...

oiii cik amani oiii, zaman berubah,..mana boleh nak sama macam dulu..... yupp, itu betul, zaman sentiasa berubah, kalau dulu amani main lumba basikal, tapi kanak-kanak sekarang main lumba basikal dalam komputer,.. kalau dulu amani main masak-masak guna daun-daun kat tepi, buah-buah yang berwarna macam pokok senduduk, guna batu... tapi anak-anak sekarang main guna play doh, siap ada set alatan masak lagi.... amani tak salahkan anak-anak ni, sebabnya, dunia sentiasa berubah, dan zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang...betul takk ??

tapi harus diingat, walau zaman berubah, namun adat, kesopanan dan hukum hakam Allah tidak pernah berubah... walaupun zaman sekarang, teknologi macam-macam, tapi ibu bapa perlu kawal agar kanak-kanak menerima didikan yang sempurna daripada mereka..... sebabnya apa yang amani perhatikan, kanak-kanak zaman sekarang sangat cepat terpengaruh dengan televisyen dan filem-filem yang ditayangkan... otak mereka ni fresh, jadi apa yang disajikan di depan mata, memang dorang akan tiru semula...

ambillah pengajaran dengan cara rasullullah mendidik kanak-kanak. dengan penuh kasih sayang dan sikap lemah lembut.... tiada insan yang paling sibuk di dalam muka bumi ini daripada Nabi SAW.. tugas baginda lebih banyak berbanding kita semua, tetapi baginda ada masa untuk kanak-kanak dan melayani kanak-kanak dengan baik... ini kan pula kita yang hanya bekerja di ofis, tapi tak sempat nam mendidik anak dengan didikan agama yang cukup, ajar solat, ajar mengaji.....

anak itu amanah, dan setiap amanah yang diberikan oleh Allah akan ditanya dan disoal samada kita menjalankan amanah dengan baik ataupun tidak... paling kurang pun, bawalah anak bersama-sama untuk solat berjemaah di rumah kalau susah nak bawa ke masjid, insyaAllah dengan cara macam tu, ibu bapa lebih senang mendidik mereka....


jika diberikan nikmat dan kesempatan untuk amani punya anak di masa akan datang... amani nak sangat mereka menjadi hafiz dan hafizah... insyaAllah..mudah-mudahan..

Wednesday, September 7, 2011

kata-kata ibarat pedang...


assalamualaikum... selamat petang semua, amani cuba mengisi masa menantikan waktu berbuka dengan menaip entry untuk tatapan pembaca.. semoga dengan nota fikir daripada amani ini dapat membuatkan kita berzikir kepada Allah..mudah-mudahan, semoga Allah memperkenankan... aminnn

orang dulu-dulu sangat pandai bermain dengan kata-kata kan ??? pepatah-pepatah yang kita pelajari dari zaman sekolah hinggalah sekarang ini, mempunyai maksud yang penuh tersirat dan disampaikan dengan kata-kata yang lembut dan sopan...

itu lah bezanya orang dulu dengan orang sekarang... orang dulu-dulu cukup berbudi bahasa dalam menuturkan kata-kata...tapi zaman sekarang, kebanyakkan orang cakap main lepas dan menggunakan bahasa yang agak peliksss.... itulah diantara perubahan-perubahan zaman moden sekarang...

tidak terlepas juga bagi amani.... masih jua memperbetulkan tutur kata agar tidak menyakiti hati dan menyinggung mana-mana individu... dikesempatan ini, amani mohon maaf kepada blogger yang membaca, samada mengenali amani ataupun tidak, amani mohon maaf jika ada membuatkan kamu terguris... maaf atas sikap jahiliyah ini... as-salam.


tiap kata membawa makna
perlu dijaga agar sentiasa disuka
kerana kata boleh menjadi bisa
berhati-hati ketika berkata..

betul ke ikhlas ni ????


assalamualaikum kepada semua pembaca Bicara Amani..... semoga semuanya dalam keadaan baik sihat badan dan akal fikiran... rasanya amani dah lama tak buat wordless wednesday.... macam melanggar etika blog pula kan ??? hehehe.. bukan apa, kadang-kadang tu amani tak tahu nak letak picture ape, sebab amani lebih suka menulis, bukan snap picture.. heheheh.. tapi korang okey je kan....

herrmmm, berat sebenarnya apa yang amani nak luah dan ceritakan dalam entry ini. "ikhlas kah kita ??"... persoalan untuk setiap individu yang sedang melakukan sebarang pekerjaan di atas bumi ini. daripada sekecil-kecil pekerjaan, hinggalah sebesar-besar pekerjaan. contohnya, ikhlaskah seorang ibu menyuapkan nasi ke dalam mulut anaknya... ikhlaskah seorang hamba menunaikan solat kepada Tuhannya... ikhlaskan seorang pemimpin negara untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyatnya ????....

sebagai contoh, si Ahmad memberikan sekotak kuih raya kepada si Aminah... "ambillah Minah, aku bagi ni ikhlas "... ikhlas itu bolehkah kita ucapkan???? ikhlas itu bolehkah kita ukur sejauh mana tahap keikhlasan di dalam hati ????... ada pula individu yang cakap, ikhlas itu hanya Allah saja yang tahu... wallahualam.... ada betulnya juga tu bila amani fikir-fikirkan balik, sebabnya hati kita dan Allah saja yang tahu niat kita melakukan sesuatu pekerjaan untuk dapatkan sesuatu atau benar-benar ikhlas kerana Allah SWT...

bagi amani pula, ikhlas itu apabila hati kita sedikit pun tidak terkesan terhadap apa saja 'feedback' yang kita terima selepas melakukan sesuatu pekerjaan.... sebagai contoh, bila kita menyapu halaman rumah... first time kita menyapu memang niat nak bersihkan daun-daun yang berterbangan..... keesokkanya kita sapu lagi halaman rumah, tiba-tiba si Ahmad nampak dan puji.. " wah Minah, rajinnya kau menyapu laman"... adakah selepas ahmad memuji, aminah akan benar-benar ikhlas menyapu ???? tuhan saja yang tahu... contoh lain pula, si Zana menegur aminah yang menyapu " eleh, nak tunjuk rajin lah tuuu ".... adakah keesokkan aminah betul2 ikhlas menyapu...



faham tak ??? ke berbelit-belit amani tulis ??.. hehehe... susah nak dapatkan keikhlasan hati ni, selagi hati kita tak betul betul bersih... selagi hati kita ni ada rasa tak puas hati kepada orang itu dan orang ini, selagi itulah kita susah nak ikhlas kan hati...bila nampak orang yang sepatutnya melakukan pekerjaan itu tidak hadir kerana kekangan yang lain, ikhlaskah kita melakukan perkerjaan tersebut, atau kerana terpaksa, atau ingin mendapatkan nama... tanya semula hati kita..

senang cakap, bila kita melakukan sesuatu pekerjaan,bila dipuji, pulangkan semula pujian kepada yang Maha Tinggi dan Sempurna... jika dikeji, teruskan istiqamah dengan niat kerana Allah.. insyaAllah, latihlah diri menjadi seorang yang ikhlas, agar redha Allah sentiasa untuk kita..

terima kasih kepada keluarga yang membantu abang amani bertunang tempoh hari... sesungguhnya tanpa emak dan ayah, hanya kalian saja yang dapat membantu kami adik beradik... hati yang ikhlas tidak akan perasan dengan pujian, tidak akan terkesan dengan kejian dan cercaan kerana hati itu tahu pandangan siapa yang harus diutamakan...



ikhlas itu perlu dipelajari
kerana ia terlalu susah untuk didapati
ia juga selalu datang dan pergi
keikhlasan sentiasa berperang di dalam hati
diantara ri'a dan ikhlas, mana yang didahului
carilah ia supaya diredha ILAHI..

Tuesday, September 6, 2011

kenapa anak dara perlu rajin ke dapur



assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani... sihat tak ? moga-moga sihat sejahtera dalam suasana lebaran ni yerr. tapi sekarang amani dah tak terasa meriahnya hari raya berbanding dengan zaman kanak-kanak dulu.... time tu seronok sangat kan.. hehehe...

okey, berbalik pada tajuk entry kali ini, kenapa anak dara kena rajin ke dapur'..... hah, yang masih anak dara, tanya diri sendiri, adakah anda rajin ke dapur ?? maksud amani disini bukannya rajin hanya menjejakkan kaki ke dapur, pastu makan sepinggan dua, pastu masuk balik.. no..no..no... bukan itu yerr.. maksud amani, rajin ke dapur ni a.k.a rajin tolong-tolong masak kat dapur....

zaman sekarang ni, boleh dikatakan majoriti anak dara zaman sekarang dah tak sama macam anak dara zaman dulu-dulu.. hehehe, termasuk lah yang sedang menulis entry ni.... sebab apa, ibu amani selalu cakap, masa dia zaman anak dara dulu, bila dah masuk umur belasan tahun (akhil baligh), emak memang dah tak sibuk-sibuk memasak... anak-anak dara yang akan masak untuk family... tapi zaman sekarang, walau umur dah menjangkau era 20-an, tapi still ibu yang kena masak... hehehe.. betul tak ???

tapi kalau amani, still lagi tolong-tolong masak..yang mana boleh buat tu, kita buatlah..... tapi kalau kena menjamu orang ramai, hehehe, tak confident lagi nak masak...korang yang anak dara and anak teruna ni nak tahu tak, apa pentingnya anak dara zaman sekarang ni kena rajin ke dapur...

1. supaya bila mak mertua suruh masak nanti takdelah kita kena buka buku resepi... hah, ibu selalu cakap, hati mak mertua ni susah sikit nak diambil. tapi kalau kita pandai masak, pandai isi perut anak dia (suami kita laaa), confirm dia akan senang hati jer tengok kita....

2. okey, second pula supaya kita ni takdelah dikatakan hanya pandai bab akademik sahaja... masa amani sekolah dulu kan, memang amani fokus sangat kat belajar, memang ke dapur ni liat sikit laaaa, sebab nak buat kerja sekolah, buat latihan, and tidur...hehehe... lepastu ape lagi, kenalah dengar ceramah tak berbayar dengan ibu... yang amani ingat sampai sekarang pesanan ibu, " perempuan pandai macam mana pun, ke dapur juga dia akan pergi " ...hah... betul tau pesanan ibu ni...

3. banyak pengajaran yang kita akan dapat masa kita meringankan tangan untuk menolong kat dapur... contohnya petua basuh ayam dengan bersih, petua supaya lada yang kita masak tu betul-betul cukup masak, petua supaya daging tu tak liat... eh, macam-macam laaaa... kadang-kadang kalau kita masak guna buku resepi, takde pun petua-petua ni..... okeyyy...

4. dapat mengeratkan hubungan diantara ibu dengan anak, adik dan kakak, nenek dan cucu.... betulll... sepanjang cuti raya ni kan,..memang amani tak miss lah untuk tolong ke dapur... nak mahirkan teknik memasak, terutamanya lauk-lauk kesukaan amani and encik anugerah... tak lepaskan peluang juga untuk belajar buat kuah kacang, rendang, and masak lomak cili api.....

ape lagi ek kebaikan....senang cakap, dapat jadi menantu pilihan dan disayangi suami laaa... huhuhuhuhu.... kalau yang study jauh-jauh daripada family tu, bila balik cuti, cuba-cuba lah kita masak tuk family yerrr.... dapat juga tunjuk bakat kita memasak...

rendang daging hari raya.. sedappp..ni bukan dari pakcik google ok

okeyy..penat berceloteh....... hari ini masak mee kari tuk berbuka puasa sunat dengan family... okeyy....daaa..as-salam..



bagi seorang muslimah sejati, dengan menyediakan masakan untuk suami dan anak-anak boleh menjadi ladang pahala jika diniatkan untuk ibadah kepada Allah. kerana salah satu ciri isteri solehah adalah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenuhi semua hal yang disukai suaminya selama tidak dalam bermaksiat kepada Allah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...