Monday, October 31, 2011

segmen : Qalam Illahi # 6


Assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani... sihat tak semua ni?? harapnya sihat fizikal, sihat emosi, sihat iman, sihat dari segala segi la...amani jer yang kurang sihat. batuk dan sakit tekak belum hilang lagi, Alhamdullilah panas badan dah mula berkurang... demam-demam pun amani travel juga jauh-jauh dari negeri sembilan ke Perak, sebab nak balik Tg. Malim...final project tergendala, so kena balik ke bumi murabbi untuk siapkan sikit lagi...huhuhu....

Surah Al-Zumar:53

katakanlah (Wahai Muhammad) : wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat)! janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. sesungguhnya Dialah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..

kalian pernah buat salah?? tipulah tak pernah buat kan...hari-hari buat salah, pada ibu ayah, pada adik beradik, pada Allah, pada sahabat, pada diri sendiri... normallah kita buat silap, sebab kita manusia, bukannya malaikat mahupun nabi. tapi... janganlah kita bersikap pesimis pada diri sendiri. rasa kalah dengan kesalahan yang kita lakukan...besar mana pun dosa yang kita lakukan, kalau Allah berikan kita kesedaran dan petunjuk, kita akan kembali juga ke pangkal jalan.. masing-masing ada buat kesalahan yang besar pada diri sendiri kan?? cuba kita kenangkan kembali, tapi kenang bukan untuk disesali, tetapi untuk mencari hikmah disebaliknya... jangan berprasangka pada Allah, ada sebab Allah jadikan sesuatu perkara...

istiqamah dalam perhambaan... bila tersedar diri melakukan kesalahan, pulang semula pada Allah, ingat semula diri kita hanya hamba yang tidak berdaya, sering khilaf berbuat salah, sedar akan diri yang sentiasa mengharapkan kasih sayang dan rahmah Allah dalam setiap langkah dan bermohon agar Allah lindungi diri daripada perkara yang boleh memesongkan hati....amani suka doa seorang tokoh sufi yang terkenal, namanya Ibrahim Ibnu Adham..doanya begini.."YA Allah, pindahkanlah aku daripada kehinaan maksiat kepada kemuliaan ketaatan"aminn Ya Rabb.. semoga kita jadikan sebagai amalan....


apabila kamu terlanjur melakukan suatu dosa, maka janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama Tuhanmu, kerana kadang kala ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan ke atas kamu-sheikh ibnu Atoillah r.a



Sunday, October 30, 2011

....


assalamualaikum WBT semua... semoga dalam lindungan dan kasih sayang Allah.. :)


tengok pic ni...tu lah jela yang mampu amani buat, sebabnya amani bukan suka sangat ambil gambar, nak edit apa tah lagi,..bukan jiwa amani....tapi suka tengok blogger yang pandai edit gambar macam sis faaein...nice, takdelah ambil gambar sendiri jer, dan setiap gambar ada cerita yang membuatkan amani kembali kepada yang Esa...


hidup manusia ni pincang kalau tidak kerana kasih sayang Allah..mohonlah perlindungan, petunjuk dan redhaNya...buat pemilik cinta hatiku selepas Allah dan Rasul, bagaimana keadaan kamu agaknya, harapnya semua baik-baik, Allah pasti melindungiMu..

Friday, October 28, 2011

jika kamu tahu...


Assalamualaikum WBT kepada semua pembaca Bicara Amani...semoga kamu semua dalam keadaan sihat walafiat dan dalam redha serta kasih sayang Allah... selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat Baginda...

amani tak dapat nak stay lama-lama depan laptop untuk mencari ilmu dan bertanya pada ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah dalam laman sesawang ni disebabkan kesihatan yang tidak beberapa mengizinkan. so amani tak dapat la nak share apa-apa yang amani dapat..insyaAllah bila dah sihat sikit, amani share yang ilmiah sikit yerr....doakan kesihatan amani yer kawan-kawan..korang kan sayang amani..heheheheh :) gurau jakkk... syukur juga masih diberikan kesempatan untuk bertanya pada yang berilmu walau tidak dizinkan untuk berguru... Semoga Allah memberikan peluang yang kuidamkan ini satu hari nanti..aminnnn

syukur kamu punya segalanya
syukur kamu perolehi apa yang kamu idamkan..
syukur kamu punya kesempatan dan ruang
syukur kerana kamu diberikan apa yang orang lain tak perolehi...

namun aku percaya Tuhan
HidayahMu aku telah perolehi
sesungguhnya itu perkara yang terindah dalam hidupku
dan aku terlalu percaya bahawa..
nasib ku bukan ditangan manusia
sebaliknya dalam gengaman Tuhan
cemburuku pada sang dia tak mendatangkan apa-apa
sebaliknya aku perlu lebih berusaha
berusaha menjadi lebih tabah dari sekarang
berusaha menjadi lebih kuat daripada hari ini
berusaha menjadi lebih solehah daripada detik ini
berusaha meningkatkan cintaku pada yang Khalik lebih daripada rasa ketika ini..


ku berserah hidup dan matiku hanya pada Cinta Yang Satu...

Wednesday, October 26, 2011

aku bersedih


ya Allah..
dalam hatiku..Engkau Maha Mengetahui walau aku tidak bersuara
Engkau memahami walau aku tidak meluahkan...
aku bermohon padaMU..
kurniakan aku kekuatan dan ketabahan hati
kerana aku hamba tidak berdaya tanpa pertolongan dan kasih sayangMU

ya Tuhan..
aku redha jika tiada tempatku diami di hati manusia
tiada tempat berkasih di dunia
tempatku hina di mata mereka
kerana aku punya Engkau..
cukuplah Allah bagiku..


Saturday, October 22, 2011

Allahu Rabb


ya Allah..semakin kuat petunjuk dariMU..
bersediakah aku???
benar-benar ikhlas kah aku???
ya Allah..kuatkan hatiku,..
Ya Allah..kuatkan tekadku
seandainya itu yang akan terjadi,
jauhkan aku daripada fitnah dunia..
sambutlah cintaku ya Allah....


sesungguhnya besarnya balasan baik adalah besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mehnah), dan Allah SWT apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang ingkar, maka akan beroleh azab Allah-Riwayat At-tarmizi

Anugerah Terindah


pertama kali amani tengok video ni secara tak sengaja di tv..tengah menyapu rumah terus terhenti..sayu, syahdu...terus teringat pada Sang Penglahir..

semperna hari kanak-kanak sedunia,.... semoga tiada lagi masalah pembuangan bayi,.anak itu adalah anugerah yang paling indah dalam hidup. anak itu adalah amanah daripada Tuhan.... ingatanku terus terimbau kepada Sang Ayah...semoga dirimu diberikan petunjuk Hidayah..aminn Ya Rabb...semoga ibu bapa kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera, dan buat insan-insan yang telah pergi, Al-fatihah buat mereka.... didiklah anak dengan sebaik-baiknya...

solehah

Assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani.... selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat Baginda. pertama sekali amani nak cakap, hari ini negeri sembilan lawan t-team di paroi negeri sembilan. huhu..semoga team Nogori monang bosar malam ni...aminnn ya rabb

okey, bukan tentang bola yang amani nak cerita, tapi nak cerita tentang solehah.... malam tadi amani ada tengok rancangan realiti tv Al-hijrah, tajuknya solehah, lebih kurang macam Ustazah Pilihan di Oasis Astro....satu rancangan tv untuk melahirkan daie muslimah.

tapi amani bukan nak cerita tentang rancangan tv tu, tapi nak cerita tentang muslimah solehah. amani dulu pun pernah juga berada dalam zaman jahiliyah. errmmm, amani tak nak lah ingat zaman tu, yang pastinya semua orang ada rahsia dalam kehidupannya, tapi itu bukanlah perkara yang boleh menjatuhkan semangat kita untuk berubah, tapi kita jadikan sebagai pengajaran dalam hidup dan jadikan sebagai pembakar semangat untuk jadi lebih baik daripada zaman silam kita... bak kata aniki 'zaman gelap'...huhu...amani bukan juga nak kata amani ni baik sangat, masih jauh lagi perjalanan amani untuk jadi muslimah sejati, masih jer lagi lakukan dosa-dosa. tapi ingat kawan-kawan, walau jauh perjalanan nak bertemu Allah, pastikan yang kita telah memulakan langkah, walaupun setapak dan jangan pernah berundur ke belakang kembali...

dalam usaha untuk men'solehah'kan diri bukannya mudah, sukar pun tak sebenarnya.....pokoknya terletak pada hati...kalau hati kata nak, semuanya boleh jadi..tapi dalam usaha memperbaiki diri, perkara yang paling penting adalah ketabahan dan semangat yang kental... sebabnya, amani juga pernah terjatuh bila dikritik dan dihina....time tu, nak keluar rumah pun rasa malu,..tapi kalau ada ketabahan dan semangat yang kental, mesti semua ujian dan dugaan yang datang tu boleh diatasi dengan mudah...

amani percaya, ramai blogger-blogger yang menjinak-jinakkan diri ke arah Islam....ingat, kentalkan semangat, bulatkan tekad untuk berubah mennjadi soleh dan solehah...ingatlah, walau kita berbuat apa sahaja pun di dunia ini, selagi mereka bernama manusia, tentu sahaja mereka akan bercakap...bersangka baik lah dengan mereka walau apa sahaja perlakuan yang mereka tunjukkan pada kita....



ilham penulisan daripada entry ini- bangun errm, komen sikit tentang video 2 remaja yang gaduh sebab sorang lelaki tu. amani baru tengok tadi kat blog kak yatie. bagi amani, kalau ada lelaki macam tu datang dalam hidup amani, amani just let him go..sebabnya, lelaki macam tu tak boleh jadi lelaki yang setia bila kawin, kalau dia boleh setia, mesti tak pandang or nak tackle-tackle perempuan lain... cukup lah Allah bagiku. manusia ni datang dan pergi dari hidup kita. anggap sahaja wataknya sudah tamat dalam hidup kita. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. itu janji Allah.. hidup tak ubah seperti roda, bila dia melukakan, suatu hari dia pasti dilukakan..waaahh, tertouching plak tgok video tuu..huhuhu...

seorang lelaki bertanya :" wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu bodoh". kemudian Baginda menjawab.." sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran di atas perkara yang demikian itu-(riwayat Muslim)

Friday, October 21, 2011

Kisah Cinta


ini adalah diantara 3 lagu kegemaran amani...selain daripada lagu amar (amani) dan juga afghan (ku bersujud padamu).. sangat bermakna bagi amani...sekali dengar boleh buat amani nangis sepanjang malam...tentang sahabat sejati...

dulu kau berdiri
bersamaku dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai...

kini kau dimana??
meninggalkanku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah berduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba...

air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku
kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada...

"belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. kalau suka melanda, aku sering bertanya, siapakah yang sudi menjadi sahabatku? dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan"

DeHearty - Wanita


thanks kepada insan yang memberikan video ini untuk amani..

imam Nawawi pernah berkata..

"aku mencintaimu kerana agamamu. jika hilang agamamu darimu, maka hilanglah cintaku padamu. aku harus mencintai insan yang mencintai agamanya. di dalam hatinya telah terisi dengan iman dan dia mampu membimbingku ke jalan Illahi

surah Al-Nur ayat 26..

" perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik "

dinikahi wanita itu kerana 4 perkara : kerana hartanya, dan kerana keturunannya, dan kerana kecantikkannya, dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkanmu -(riwayat muslim)..

walau dimana pun imam ku berada sekarang ini,siapakah dirimu??...berbuat apakah dirimu?? sihatkah kamu??? semoga kamu dalam lindungan kasih-sayang Allah..semoga Allah mempeliharamu daripada mencintai dunia....insyaAllah, jika jodoh Allah mempertemukan kita, aku menunggumu di batasan waktu...insyaAllah...

kisah tentang hormat..

Assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani..selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat..semoga semuanya dalam keadaan baik dan dipermudahkan segala urusan..aminn ya Rabb..

hari ini amani nak mengajak sahabat-sahabat semua untuk sama-sama merenung kembali kehidupan kita. nilai semula adakah rasa hormat sentiasa ada dalam diri kita,sure ramai cakap, " aku hormat ayah mak aku,aku hormat tok dan tokwan aku, aku hormat kat kakak dan abang aku"..tapi ada tak kita rasa hormat pada individu disekitar kita?? tak kisah lah kepada siapa pun..contohnya pada makcik cleaner, pakcik guard, peminta sedekah, malahan pada orang yang kurang upaya..ada tak kita rasa hormat pada golongan tersebut??... ada tak??

percaya atau tidak, elemen ini lah yang semakin berkurang dalam kehidupan kita sekarang ini. kebanyakkan anak muda merasakan diri mereka lebih hebat berbanding golongan tersebut membuatkan mereka kurang rasa hormat...rasa bangga dengan baju yang dipakainya lebih berjenama, tudung yang lilit sana sini lebih vogue dari mereka, muka licin tak berjerawat lebih bersih daripada yang lain...jangan kan untuk memberi salam ataupun bertegur sapa, malahan nak berikan senyuman pun susah...apalah nak jadi dengan generasi Y sekarang ni....semoga kita tak termasuk dalam golongan ini..aminn..

amani bercakap atas dasar pengalaman hidup yang tak banyak ni..,..brapa banyak jer golongan kita ni nak bertegur dengan peminta sedekah??pergi lah di kawasan Bank Negara tu...lihatlah sendiri.. yang banyaknya campak sehelai dua duit seringgit lepastu pergi... brapa ramai pula yang datang dan bertanya khabar, bertanya pakcik tu dah makan ke belum..paling tak pun bagi la duit tu elok-elok, bagi sekali dengan senyum, rasanya tak susah kan?? itu lah bila rasa hormat tiada dalam diri...ingat, hormat itu bukan sahaja pada individu yang lebih tinggi pangkatnya, lebih banyak umurnya, lebih tinggi gajinya.. tapi hormat itu terletak pada nilai kemanusiaan.....

fikir-fikirkan kembali...Nabi pun tidak pernah memandang hina golongan sebegini, malahan Nabi sanggup makan bersebelahan dengan peminta sedekah yang kotor dan jijik tanpa rasa mual...ada tak golongan kita macam Nabi agaknya sekarang ni?? Allahu Rabbi....semoga sama-sama kita ambil pengajaran..harus kita ingat, hinanya seseorang pada pandangan manusia, tapi mungkin dia mulia disisi Tuhan.... ketinggian, kehormatan, pangkat dan darjat didunia tidak menjanjikan kemuliaan di akhirat...bila mati, semuanya sama, pakai kain putih jer, di hadapan Allah nanti, semuanya sama, kecuali orang-orang yang bertakwa..

amani juga nak kita sama-sama ingat, jangan pernah pandang hina pada insan yang bergelar anak yatim... kerana mereka juga manusia yang punya perasaan seperti kita...Allahu'alam bissawab...

jazakumullahu khaira kasiro semua yang membaca..semoga Allah memberkati kita semua..


~~hormatilah orang lain jika ingin orang lain menghormati kamu, pasti hidup akan lebih gembira~~


Thursday, October 20, 2011

inginku lihat Rasulullah berkata-kata


assalamualaikum semua sahabat-sahabat pembaca Bicara Amani... petang yang mendung, syukur Alhamdullilah Allah melimpahkan bumi kelahiran amani dengan rahmat apabila turunnya hujan. semoga semua dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah...

Ramai yang cakap amani ni sombong masa belum kenal, sebabnya tak banyak cakap. betul ke tak tak tahu laa.....huhu, tapi cuba kenal dulu, mesti tak larat nak dengar amani bercakap, huhuhu.....teringat pula pada sahabat-sahabat di Kolej kediaman. kata housemate, rindu nak dengar coleteh...hah, tu lah, bila depan mata, tak nak layan, dah berjauhan baru nak rindu-rinduan...tapi takpela, ada masa insyaAllah akan bersua lagi.....

amani sebenarnya kagum sangat dengan orang yang bijak berkata-kata.contohnya dalam dunia blog ni amani sangat suka cara nadh menyampaikan sesuatu. dulu amani ingatkan nadh ni perempuan, rupanya lelaki,.,.huhu..dulu memang amani banyak cakap, dengan sesiapa je, tapi sekarang susah sikit nak bercakap, lebih banyak diam dan melihat..cumanya kalau suasana tu sunyi sangat baru amani bergurau-gurau supaya rumah kat kolej tu terasa riuh sikit...hehehe...

kekadang tu terfikir juga, amani ni banyak cakap, tapi adakah apa yang amani cakapkan tu membuat orang sakit hati ataupun suka... insyaAllah, semoga Allah melindungi lidah daripada berkata yang sia-sia..aminnn.....Islam itu syumul iaitu sempurna, kalau kita tak tahu cara berbicara macam mana, mari kita contohi idola kita Nabi Muhammad SAW..moga-moga dapat diamalkan oleh kita semua..aminn Ya rabb...

Hindun Ibnu Abi Halah adalah pakcik saudara kepada Al Hasan Bin Ali r.a. Hindun ni sangat pandai dalam menggambarkan sesuatu. lalu ditanya kepada beliau bagaimana cara Rasullulah berbicara. lalu Hindun pun berkata..

" Rasullullah adalah seorang yang kelihatan sangat prihatin dan sentiasa berfikir. baginda lebih banyak diam dan Baginda berbicara hanya pada apa yang perlu sahaja. Baginda memulakan dan mengakhiri perbualan dengan menyebut nama Allah. Ucapan Baginda selalunya padat dan terperinci, jelas, tidak lebih tidak kurang, tidak terlalu kuat, tidak terlalu perlahan. Baginda selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Baginda juga tidak pernah memuji dan mencela makanan. urusan dunia beserta isinya tidak pernah membuat Baginda marah. jika kebenaran di langgar, Baginda tidak akan diam sehingga kebenaran itu ditegakkan. Baginda juga tidak pernah marah dan tidak pernah memperjuangkan kepentingan peribadi. ketika menunjukkan sesuatu, Baginda selalu menggunakan seluruh telapak tangan, apabila dalam keadaan takjub atau terkejut, Baginda selalu membalikkan telapak tangan. ketika berbicara, Baginda terbiasa menggunakan tangan untuk memperjelaskan perkataan dengan cara memukul-mukulkan telapak tangan ke ibu jari kiri. ketika marah, Baginda berbalik dan berpaling, ketika tenang, Baginda menundukkan pandangan. tawa Baginda adalah senyuman, dan gigi Baginda seperti butiran salju -(Riwayat Al-Tarmizi)


semoga kita semua dapat mencontohi junjungan besar kita.. Allah mencintai hambaNya yang mencintai kekasihNya..kata orang, berkatalah benar walaupun pahit. :)

istikharah cinta


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta


istikharah cinta..

bila kusandarkan semua hanya pada Dia..

dimana tiada satu pun pilihan di dalam hatiku...

dengan benar-benar tulus...

benar-benar ikhlas..

Allah akan menunjukkan jawapan...

Alhamdullilahh..

Bisikan Hamlatul Quran


Assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani... amani harap semua dalam keadaan baik dan sihat sejahtera supaya mudah bagi kita untuk beribadah kepada Allah. aminn Ya rabb

entry amani agak ringkas sebab amani nak siapkan final projek amani. harapanya segala tugasan korang pun dapat diuruskan dengan baik, sesibuk mana pun kerja kita, ambillah sedikit masa untuk diri sendiri...nak difikirkan tentang kerja memang takkan pernah habis... okeyy :)..okeylah, mari kita sama-sama menghayati wasiat daripada Ibnu Mas'ud yang penuh makna..

"seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui..
malamnya ketika manusia dibuai mimpi,
siangnya ketika manusia enak menikmati juadah,
tangisannya ketika manusia bergelak ketawa,
diamnya ketika manusia berkata yang sia-sia,
dan khusyuknya ketika manusia leka dnegan kehidupan dunia..."

begitu rupanya Hamlatul Quran (pendokong Al-Quran),..semoga kita sentiasa diberikan kekuatan untuk mengotakan janji kepada Sang Pencipta...janji itu telah terpatri untuk kita memikul amanah di muka bumi ini....


"hiduplah dengan Al-quran dan menyerahkan diri secara 'total' kepada Allah..dengan itu hati akan sentiasa tenang...InsyaAllah..
~rindu Allah itu indah~



Wednesday, October 19, 2011

Mahar Cinta



~~hanya yang benar-benar tulus mengenal erti cinta~~
aku tidak mengimpikan imam yang kacak seperti yusof
kerana aku tidak seindah balqis
aku tidak mengimpikan imam sesempurna Nabi
kerana aku sering khilaf tidak seperti Aisyah
aku tidak mengimpikan imam sehebat Ali
kerana aku tidak sehebat Fatimah

cuma yang kuimpikan imam yang benar-benar jujur dan ikhlas
kerana ku juga benar-benar jujur dan ikhlas menyayangi dan mencintainya
mudah-mudahan doaku dimakbulkan
sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi hambaNya
wanita yang baik untuk lelaki yang baik..

"ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai hasad dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. jika musuhku berada dihadapanku akan kucuba hormatinya. semua itu aku lakukan supaya aku dapat menghindari kejahatan, aku nampakkan kesopanan, keramahan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai"-imam syafie.

segmen : Qalam Illahi # 5


assalamualaikum semua sahabat Bicara Amani...semoga petang ini membawa barakah daripadaNya.. aminn..seperti yang amani janjikan, amani nak share tentang 3 cara Allah memakbulkan doakan..insyaAllah, amani akan cuba sampaikan..yang mana kurang boleh tambah, yang mana salah sila perbetulkan..kekadang tu pandangan kita berbeza, jadi takde salahnya kalau nak berikan pandangan okey.. :)..

okey lah, sebelum tu, mari kita sama-sama mendalami ayat-ayat cinta daripada Yang Maha Mencintai..



surah Al-Mukmin ayat 60

" Dan Tuhan kamu berfirman : " berdoalah kamu kepada Ku, nescaya Aku akan perkenankan doa permohonan kamu. sesungguhnya orang -orang yang sombong dan takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina".

SubhanaAllah,..Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasih pada hambaNya.. disuruhnya kita sebagai hamba meminta apa sahaja keinginan kita kepadanya...tanpa rasa jemu Dia mendengar, malahan dengan rasa gembira dia membuka pintu untuk kita berdoa.. selalunya kalau kita tengok filem-filem, mana ada hamba yang boleh meminta-minta ni kan kan kan?? ke korang pernah tengok ? setakat ni amani tak pernah tengok lagi.. itulah tanda kasih sayang Allah..

cuba kita buat satu analogi mudah, manusia sendiri, kalau kita meminta, contohnya seorang anak datang kepada ayahnya, minta dibelikan gula-gula, 10 minit lagi datang minta belikan air kotak, 10 minit lagi datang minta duit nak beli jajan..lama-lama ayah dia marah tak?? kalau tak marah pun, mesti ada rasa jemu nak layan kan, sebabnya terlalu banyak permintaan...tapi Allah, Tuhan kita tak... malahan Dia murka pada yang tidak bermohon padaNya...alangkah ruginya manusia yang tidak sedar...

tapi...adalah adabnya kita nak meminta ni..bukan sebarang meminta. kalau kita ni anak yang baik, anak yang selalu membanggakan keluarga, anak yang baik dan selalu tolong orang tua, mesti mudah ayah dan ibu nak beri permintaan kita kan..macam tu jugalah adan kita meminta kepada Allah, malu rasanya untuk meminta sedangkan dosa kita terlalu banyak, solat lubang sana sini, tak tutup aurat lagi, dok mengayam ketupat sana sini,..mesti kita malukan..sebaiknya kita abdikan diri kepada Allah dan mohonlah apa sahaja hanya kepada Dia..kalau dihayati, dalam setiap solat kita diingatkan untuk mengabdikan diri kepada Allah dan bermohon hanya kepadaNya...dalam surah Al-fatihah ayat ke-5

"engkau sahaja yang kami sembah, dan hanya engkau sahaja kami memohon pertolongan"

samada kita sedar ataupun tak je...jika Allah tak makbulkan permohonan kita itu, ingatlah mungkin Allah nak berikan yang terbaik buat kita, dan mungkin Allah simpan untuk berikan kita 'surprise' diakhirat kelak...sebabnya ada 3 cara Allah makbulkan doa, iaitu 1. dengan serta merta Allah makbulkan, 2. Allah kabulkan pada waktu yang lain dan 3. dihindarkan daripada bahaya.. Allah itu sebaik-baik perancangan, Dia yang Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi sekarang, kejap lagi, sejam akan datang, tahun hadapan, dan seterusnya..jadi, sandarkan segalaNya kepada Allah..InsyaAllah, hati akan tenang.. :)

okey, itu sahaja wazakkir pada petang ini, sama-sama kita ingat mengingati, baru lah best kan..huhu..jazakumullahu khairon kasiro sahabat semua...

"Ya Allah, hidupkanlah hati kami dengan berserah kepadaMU, dengan ketaatan kepadaMU, dan zikir mengingatiMU, serta dengan menurut dan mengesakanMU..jauhkan kami daripada orang-orang yang boleh menjauhkan kami denganMU dan cintaMU..dekatkan kami dengan orang yang mencintaiMU dan agamaMU..aminn Ya rabb..

hanya yang benar-benar tulus mengenal cinta..insyaAllah, hanya doa boleh mengubah takdir...
langkah telah kumulakan, semoga Allah memudahkan segala urusan..insyaAllah..



syair imam syafie


assalamualaikum sahabat-sahabat Bicara Amani..Alhamdullilah, dapat lagi bersua walau tanpa wajah dan rupa, tapi dengan perkongsian idea ni, kita dapat mengukuhkan ukhwah demi Allah..mudah-mudahan ada redha dan rahmatnya dalam setiap bacaan di Bicara Amani..aminn Ya Rabb..

okeylah, entry hari ini santai jer, tapi semalam amani ada janjikan untuk tulis entry tentang doakan?? insyaAllah, petang-petang sikit yee...pagi ini, amani nak kongsikan satu syair yang sangat bermakna bagi amani..harapnya kawan-kawan amani pun sama juga...hehe..syair daripada imam syafie yang bermaksud

"tinggallah tanah air demi cita-cita yang tinggi,
bermusafirlah, kerana ia memberikan kamu lima kebaikan,
membebaskan kebimbangan, memperolehi kehidupan (harta),
ilmu, adab dan berkawan dengan orang mulia.."

indah kan..maksudnya juga mudah difahami...amani dari kecil sampailah sekarang memang bangga sangat dengan orang yang dapat belajar jauh-jauh kat luar negara tu....setiap kali raya, buka ruangan akhbar mesti tengok salam perantauan..tersimpan juga cita-cita untuk kesana...peluang itu sudah di depan mata, cuma amani je yang tak berani...jadinya, duduklah disini sahaja...tapi cita-cita dan semangat itu masih ada..insyaAllah jika diberikan rezeki oleh Allah, diizinkan oleh semua keluarga, tak mustahilkan...

bagi amani, belajar jauh itu membawa kita dekat kepada Allah...kerana kita akan merasakan bahawa ahli keluarga semuanya jauh, tapi Allah lah yang sentiasa dan paling dekat dengan kita...secara tak langsung, makin lama makin kita akan cuba mendekatkan diri denganNYa..percayalah, sebabnya, kita nak contact family susah, macam amani, nak ucap rindu pada arwah mak disebabkan kejauhan yang tak mampu untuk didekatkan, tapi dengan Allah, kita gunakan doa, dan kita akan rasa dekat dengan dia yang jauh...dalam kejauhan inilah kita ada semangat untuk merentasi segala mehnah dan tribulasi, dan secara tak langsung rapat dengan Allah...

ada juga sebahagian daripada manusia yang merantau jauh, sudahlah jauh daripada keluarga, jauh pula daripada Allah, nauzubillah...jangan kita jadi sebegitu, sesungguhnya orang sedemikian itu sangatlah rugi dan menzalimi dirinya sendiri...dan kita pula, janganlah berada di takuk yang lama,..ibaratnya, air yang diam di dalam bekas, lama-lama akan berkarat, tapi air yang sentiasa mengalir, pastinya jernih bersih...kayu gaharu sama juga nilainya dengan kayu biasa jika masih dihutan...keluarlah untuk menimba, beranikan diri dan teruskanlah menimba ilmu walau jauh diperantauan.. :)


yang berada diperantauan, semoga kalian peroleh kejayaan didunia dan akhirat.. :) yang berada di malaysia pun, semoga berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah..barakah fik... :)

jazakumullahu khairan kasiro... carilah ilmu kenegeri china..carilah ilmu sehingga ke liang lahad, dengan mencari ilmu, kamu akan berjumpa dengan Pencipta dan pemilik ilmu, itu hanya jika menimba dengan akal dan iman.. :)



Tuesday, October 18, 2011

taman HADIS


Assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani.. Alhamdullilah masih diberikan nikmat untuk bernafas dengan percuma, dan paling penting, bersyukur masih diberikan nikmat iman dan Islam..kalau Allah tarik nikmat itu, hancur gelaplah kehidupan kita samada didunia mahupun di akhirat, jadi sama-samalah kita bermohon kepada Allah agar ditetapkan hati kita untuk terus mencari Dia, mencintaiNya dan mencintai KekasihNya iaitu kekasih kita semua, junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. mari kita sama-sama selawat dulu yerr... :)

kebelakangan ini, amani tertarik untuk mendalami hadis... tertarik sangat dengan sebuah buku Dr. Zahazan tajuknya, 40 hadis Imam Nawawi... hadis ni penting tau kawan-kawan, setiap kata-kata nabi, setiap perlakuan nabi itu haruslah kita ikut,..ada sebuah hadis ini membuatkan amani kuat apabila berada dalam keadaan tertekan, dan sedih... yelah, terkadang tu, emosi mengawal pemikiran, jadi macam-macam yang kita fikirkan.....mohonlah petunjuk daripada Allah, tetapi kekadang tu, Allah masih belum memberikan petunjuk dan jalan bagi setiap permohonan kita,..tapi harus kita ingat, jangan pernah rasa kecewa, jangan pernah rasa sedih kalau Allah lambat memberikan petunjuk..mungkin ada salah silap kita dimana-mana..muhasabah kembali...bersangka baik dengan Tuhan...dan bila amani baca hadis ini, lagi kuat semangat amani untuk berdoa dan bermohon pada Allah...dan akhirnya, Allah berikan jawapan..betullah bahawa Allah itu sesuai dengan sangkaan hambaNYa.

riwayat Al-Tarmizi dan Abu Daud,

"sesungguhnya Tuhan-mu Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia (Allah) malu terhadap hambaNYa yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberikan oleh-Nya akan permintaan itu"..

apa-apa yang kita mohon pada Allah, insyaAllah Allah akan makbulkan jika ia baik buat kita semua, tapi harus ingat, Allah memakbulkan doa kita dalam 3 cara, insyaAllah, nanti amani akan buatkan dalam Qalam Illahi yee...yang penting, setiap masa tu, kalau boleh dalam setiap perlakuan itu kita berdoa dan serahkan pada Allah, contohnya, nak masak nasi, berdoalah agar orang yang makan nasi ni jadi sihat tubuhnya, jadi pintar, dan sergas otaknya,..dengan cara macam ini, kita seperti menyerahkan segala pekerjaan kita kepada Allah, dan hati serta minda kita juga sentiasa mengingati Allah, maka tiadalah peluang syaitan untuk masuk jarum....kalau boleh juga, kita jadikan amalan untuk memulakan sesuatu perbualan dengan seseorang dengan doa dan akhiri dengan doa, contohnya, salam tu dah kita doakan dia, di akhir perbualan tu, doalah dia sihat, dia dimurahkan rezeki, berbahagia dengan keluarga, kemudian akhiri dengan salam..kan lebih baik macam tu.mudah-mudahan redha dan keberkatan Allah ada dalam setiap perbualan kita tuu..


pintalah apa sahaja kepada Allah dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh. ibarat sebaik saja kita aminkan doa, Allah terus menyambut doa kita. dalam apa pun permintaan kita kepada Allah, ketahuilah bahawa rahmat dan kasih sayang Allah itu sentiasa mendahului daripada kemurkaanNya...

jazakumullahu khairan kasiro kawan-kawan.. semoga berbahagia selalu dan dipermudahkan segala urusan kalian....doakan kesihatan amani juga ye :) assalamualaikum.. ingat, jangan lupa berdoa...

Monday, October 17, 2011

tolong amani boleh tak??


as-salam kawan-kawan blogger yang baik hati...korang mesti bijak pandai dalam teknologi ni kan..amani ni kurang bijak sikit, hehehe, bukan tak pandai kurang bijak je...boleh tak kawan-kawan bagitahu amani, macam-macam orang boleh hacked yahoo mesegger (YM) kite ye???.. email pun .... macam mana nak tahu ID dia ye?? buntu dan pelik..tapi ini benar-benar berlaku..ada beberapa kawan pernah kena, masa zaman sekolah dulu ada kawan kena macam ni, tapi tak ingat ceritanya macam amana... tapi amani masih belum jumpa jalan penyelesaiann...kalau FB orang hacked macam mane ye?? tolong please..korang kan baik lagi bijak.. hehehe...


segmen : Qalam Illahi # 4


assalamualaikum kepada semua pembaca Bicara Amani. semoganya semua dalam keadaan baik dan sentiasa dirahmati oleh Allah Azza Wajalla...semoga dengan setiap bacaan huruf-huruf di dalam penulisan amani kali ini, Allah membukakan pintu hati kita untuk terus mencariNya, supaya redha dan berkat Allah itu milik kita. semoga diperkenankan..Aminn Ya Rabb..

Alhamdullilah, syukur dengan nikmat dan petunjuk yang Allah berikan untuk membuat sesuatu keputusan.. sememangnya untuk meninggalkan dunia penulisan di dalam blog ini adalah sangat payah buat diri amani. Bicara Amani ini sangat bermakna buat amani dan insyaAllah buat anugerah Allah, kerana amani bercita-cita untuk jadikan kesemua penulisan amani ini sebagai bacaan anak-anak dan cucu cicit amani kelak..mudah-mudahan Allah mengizinkan...tika saat amani buntu, betulkah pilihan amani berhenti blogging, Allah memberikan amani petunjuk..ya, sememangnya jalan dakwah itu sungguh banyak ranjau dan durinya.. ada sahaja hati-hati yang dengki dan cemburu dengan perubahan ke arah yang lebih baik.. tapi, amani tidak mahu menjadikan insan itu musuh, sebabnya encik anugerah ada cakap, kadang-kadang musuh itu lah yang memberikan kita banyak ilmu dan mungkin dia juga adalah salah satu tarbiah daripada Allah untuk mendidik amani menjadi lebih matang dan tabah... so, terima kasih sahabatku, semoga kamu diredhai Allah, sentiasa dikurniakan petunjuk hidayah dalam setiap langkahmu..aminn..

firman Allah SWT dalam surah Al-Furqan ayat 2

"...Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan mahkluk-makhluk itu, dengan ketentuan takdir yang sempurna."

Allah itu adalah sebaik-baik perancangan, dengan kebijaksaanNya yang tiada tandingan, dengan ketelitianNya, pastinya setiap ketentuan itu adalah sempurna dan ada hikmahnya.. ya..sebaiknya amani terima celaan itu sebagai cabaran...sebabnya ada seorang hamba Allah menghubungi amani daripada jauh dan mengatakan sesuatu yang membuatkan amani bangun semula, katanya penuh hikmah dan penuh makna..mungkin kita semua boleh ambil istifadhahnya (pengajaran) agar menerima setiap celaan yang dilemparkan manusia sebagai cabaran untuk terus berdiri kukuh..

sifat seseorang yang lemah apabila disindir dan dicela adalah tanda kelemahan. seseorang yang kuat tidak akan terkesan oleh celaan, cemuhan tidak akan menyedihkan dirinya dan sindiran tidak menghalang langkahnya. sebaliknya dia menerima setiap cemuhan sebagai cabaran untuk membuktikan dirinya...

tugas wazakkir ini adalah tugas nabi..menyebarkan dakwah, memberikan peringatan. nabi juga punya halangan, malahan lebih dasyat, seharusnya amani sebagai kaumnya yang memikul amanahnya untuk menyebarkan agama Allah juga tidak mustahil ditimpa ujian, tapi harus kuat dan tabah, agar terus dan menerus tanpa henti berkongsi ilmu.. wallahualam bissawab..

jazakumuallahu khairan kasiro buat encik anugerah yang sentiasa memberikan semangat dan galakan untuk kuat, buat kak zila, buat rakan-rakan blogger, nadh, nanakimie, aniki, errmm semua laaa...syukran. semoga Allah membalas jasa baik kalian.. assalamualaikum....


ya Allah.. Ya wahhab...
jadikan aku muslimah yang solehah
tabahkan hatiku bak srikandi Khadijah
haluskan akhlakku seperti idolahku Fatimah AzZahra
menyebarkan ilmu sebijak dan sepintar si merah Aisyah
teguhkan imanku seperti hambaMu Sumaiyah
sucikan hatiku seperti Rabiatul Adawiyah
amin ya Rabbalamin....


Saturday, October 15, 2011

ku tinggalkan 1001 kisah..


Assalamualaikum..tidakku tahu bagaimana untuk mengambarkan perasaanku tika ini, hiba, sayu, syahdu, sedih, terharu, gembira, puas hati,.. semuanya tersimpan di dalam lubuk hati dan tidak tahu bagaimana untuk kuluahkan?, kepada siapakah untuk ku kongsikan? dan cerita yang mana harus ku mulakan??...semua perasaan di dalam satu hati, sepertinya sesak untukku bernafas dengan tenang..mungkin inilah perancangan Allah buatku..ya.. dengan lapang dada dan tangan terbuka, aku terima dan Redha..Allah Maha Kuasa

hari ini, detik ini akan kutinggalkan bumi murabbi yang memberikan aku terlalu banyak ilmu, di bumi murabbi ini, aku menimba menjadi seorang pendidik, seorang pemimpin, seorang pengikut, seorang sahabat, seorang pekerja, sebagai teman, dan juga sebagai hambaNya yang mengharapkan cinta suci daripada Dia....malam tadi, ku terkenangkan kembali watak-watakku di dalam pentas dunia dalam babak di bumi murabbi ini, ada watak yang aku berjaya lakukan, dan ada juga yang gagal..huhuhu, hidup tak ubah seperti lakonan, sekejap begitu, sekejap begini...itulah manusia, pelbagai ragam dan karenah, supaya manusia mampu berfikir dengan baik untuk menilai sesuatu perkara dalam kehidupan...mencari seberapa banyak pengalaman hidup dengan pelbagai peranan, dengan hanya satu tujuan iaitu kerana Allah Taala..semoga Allah meredhai..

hari ini, aku tinggalkan bumi murabbi yang sememangnya memberikan aku terlalu banyak kenangan...semesti ada pahit, ada manis,..mudah kata, macam gula-gula kopiko, pahit dan manisnya sebati supaya rasanya enak, begitu juga dengan kehidupanku, setiap cabaran dan nikmat kegembiraan, itu hanya untuk mengajarku erti kehidupan,..belajar bahawa hidup ini tak semuanya indah, dan hidup ini juga tak semuanya menyakitkan..tiba masa kita tersenyum ketawa, tiba masa kita menangis mengalir air mata.. tapi yang terlalu aku pasti, kawan ketawa memang sangat mudah kita jumpa, tapi kawan menangis belum tentu dia ada.....betul kan??..ku sandarkan kesedihanku, kegembiraanku hanya pada Dia..

hari ini, aku tinggalkan bumi murabbi ini..meninggalkan insan-insan yang banyak berbakti kepadaku..kepada staff, pensyarah, makcik dan pakcik cleaner, pakcik dan makcik guard, pensyarah-pensyarah, sahabat-sahabat dan insan tersayang....ya..mudah untuk berbicara selamat tinggal, tapi adakah hati sepenuhnya rela meninggalkan...semoga Allah permudahkan segala urusan..

akhir sekali, aku tinggalkan bumi murabbi ini,...mungkin aku akan datang kembali mencari seberapa banyak ilmu lagi disini, mungkin juga tidak, mungkin aku ke seberang laut, mungkin aku hanya dirumah, mungkin aku makan gaji, mungkin saja aku diam di rumah melayani suami..huhuhu...entahlah, mungkin itu dan mungkin ini, kerana aku masih belum menemui pencarianku ini...mungkin tidak lama lagi. Allah kan suka aku berdoa dan memohon jalan kepadaNya...jadi aku tidak harus putus asa.....

bumi murabbi, andai ini adalah hari terakhirku disini,...aku harap, segala ilmu dunia dan akhirat yang ku peroleh ini membawa aku ke syurga hakiki.....jika bukan rezekiku untuk ke sini kembali, mungkin tempat yang lebih baik menantikan aku untuk menimba ilmu kehidupan dan akhirat...terima kasih bumi murabbi dan seisinya....aku bermohon, setiap langkah, setiap tutur kata, setiap keputusan, setiap gerak geriku dipandu oleh Yang Maha Memiliki dan Mengetahui, kerana hanya Dia yang mengetahui semua perkara yang baik buatku, buat agamamu, buat imanku, buat negaraku, buat keluarga, pada masa sekarang, mahupun akan datang...SELAMAT TINGGAL!!!...sukarnya untuk aku lafaz...tak cukup airmata untuk ku tangiskan..

mungkin juga ini penulisanku yang terakhir di medium blog ini, mungkin juga aku akan terus menulis....jika penulisanku hanya menimbulkan fitnah pada mereka-mereka yang punya hasad dengki, sebaiknya aku mengundurkan diri...beralah bukan bermakna aku kalah..Allah lebih mengetahui segala samada kamu sembunyikan ataupun tidak..


buat insan tersayang, yang kurindu setiap hari,

pemergianku bukan mencari kebencian Allah,
bukan jua ingin mengharapkan madu dunia yang fana
tetapi mahu mengecap erti -REDHA ALLAH TAALA
mahu menadah titisan ILMU yang tiris daripada wasilahNya
agar secebis bahagia, dunia, dan akhirat menguntum mesra
untuk hari dan kelak pastikan jua
mencari MEHNAH kehidupan
seterusnya menghirup HALAWATUL IMAN..
sesungguhnya rindu padamu tidak tertanggung..doaku agar dirimu disisi tuhanmu..

-anakmu yang mencintaimu walau bertemumu hanya secebis cuma-
Al-Fatihah

ku tasbihkan istighfar dan tahmidku
semoga ketenangan hati dalam mencari RedhaMU..
segalanya ku serahkan padaMU..
Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Thursday, October 13, 2011

alalala sweetnya..

semoga dapat menjadi isteri yang mengembirakan hati suami..
housemate say: "dah boleh kawin dah ni, dah pandai kemas rumah, dah pandai buat sarapan, membebel pun pandai juga"

credit to : amiyo

Tuesday, October 11, 2011

Lafaz Yang Tersimpan - UNIC


terdengar lagu ini hanya 2 orang insan yang terbayang di mata
sang penglahir yang sudah meninggalkan diri terlalu jauh
mustahil untuk dicapai, melainkan dengan ketentuanNya di akhirat kelak

dan seorang insan yang berada di hadapan mata
juga sukar untuk dicapai...aoatah lagi mendapatkan sedikit dakapan untuk kehangatan
semoga kedua-dua insan yang tercinta dalam redha Illahi..

p/s :perlukan sedikit ketenangan dan ketenteraman hati dan jiwa daripada Pencipta..

Sunday, October 9, 2011

hari yang ceria


assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani...dua hari tak berblogging, rasa rindu sangat kat blog ni..rindu nak taip ilmu untuk disampaikan kepada sahabat semua...semoga ukhuwah kasih sayang yang terbina kerana Allah ini akan membuahkan rasa cinta kepada yang Esa..semoga hati-hati kita yang ada rasa dendam dengki dan masalah hati akan lenyap bila terjalinnya kasih sayang kerana Allah..aminn. bertemu rasa indah, berpisah tidak gelisah..

hari yang amani harus lalui dengan ceria, walau dugaan banyak datang menimpa, tapi itu bukan alasan untuk kita menikmati kehidupan dalam keadaan berduka dan stress dengan orang-orang yang masih menyayangi kita.. kalau ada seseorang yang tak sukakan kita, kita harus ingat bahawa kasih sayang Allah itu lebih luas dari pantai yang kita lihat, lebih luas dari langit yang tidak bertiang.. jadi, tak perlu sedih, dan gusar...kan kan kan....?? :)

esok paper last untuk last semester di UPSI. buku rekod pengajaran dah ada, buku penilaian dah ada, tajuk tesis pun dah ada, kena buat jurnal lagi..seramnya, semoga Allah permudahkan urusanku dan juga sahabat-sahabat semua. aminnn...


next entry akan amani update besok yer,yang ilmiah sikit, ni entry untuk hilang mengantuk jerr amani nak fokus study untuk paper killer ni dulu..owhhh, paper last, makin malas pula. tak boleh jadi ni.. chaiyouk budak kecik, jangan malas-malas....tiada lagi spectacles dalam hidupku...hehee..


Thursday, October 6, 2011



aktiviti blogging akan diberhentikan untuk sementara waktu
masanya tidak ditetapkan lagi
maaf kepada semua..
selamat berblogging semua

Wednesday, October 5, 2011

Yassin-Aishah


subhanaAllah...indahnya Aisyah r.a
amani rasa nak menangis membaca kisahnya..
Aisyah, isteri kesayangan Nabi SAW..

ya Tuhan, ingin aku menjadi seperti isteri kekasihMU
yang dicintai suami seperti tersimpulnya ikatan tali..
cemburunya tanda kasih yang rapi
melayani isteri penuh rasa cinta dan setia...

menyebarkan ilmu kepada semua tanpa mengabaikan keperluan suami
ya Allah, jika Engkau mengizinkanku punya suami suatu hari nanti
aku memohon agar aku dapat menjadi isteri kecintaan suami ku
yang membahagiakan dan yang menyenangkan hatinya
yang menjaga kehormatan dan juga hartanya
insyaAllah...aminnn Ya Allah...

boleh baca kisahnya di Halaqah-Islam untuk semua

Tuesday, October 4, 2011

segmen : Qalam Illahi # 3


assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani. Allhamdullilah segmen Qalam Illahi mendapat sambutan. semoga usaha kita untuk memahami ayat-ayat cinta Allah ini akan diberkati oleh Allah SWT.. aminnn..


ar-ruum ayat 41

" telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia. Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) "

hari demi hari, selalu jer kita tengok bencana alam sana sini. kejap gempa bumi, kejap ribut taufan. syukur Alhamdullilah negara Malaysia kita ini masih dalam perlindungan Allah, tapi tak musatahil jika Allah ingin memberikan kita sedikit pengajaran supaya kembali ke jalan yang benar jika kesesatan sudah terlalu jauh kita lakukan.. nauzubillah..

tapi, kebanyakkan bencana-bencana yang kita lihat, selalu sahaja kita kaitkan dengan 'lumrah alam'... gempa bumi berlaku kerana itu dan ini, habis semua faktor dan punca kita keluarkan..hanya sedikit sahaja dari golongan kita yang mengaitkan dengan Tuhan. bencana itu sebagai 'bahasa Tuhan' untuk memberikan sedikit peringatan kepada kita untuk beringat supaya kembali ke pangkal jalan kerana kemungkaran yang kita lakukan...

tapi tafsiran manusia itu pelbagai. terpulang pada hak masing-masing. jika dikatakan ia sebagai lumrah alam, dapatlah dia pendidikan dunia, tetapi kalau di kaitkan dengan Tuhan, maka bersyukurlah sebab diberikan peringatan untuk berubah...mudah kata, dapat nikmat, dekat kepada Allah dengan syukur, dapat musibah, dekat kepada Allah dengan sabar dan tawakal..

itu saja daripada amani.. semoga kita sama-sama mengambil iktibar. bukan sahaja kepada bencana alam, tetapi bencana yang dilakukan manusia, makin hari makin banyak kes buang bayi,... seram pula amani tengok. kesian bayi yang tak bersalah, dah lah comel2.. hee. semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka..aminn..okey, nak tidur dulu, esok ada exam 1 lagi paper.. jazakumullah khairan kasiro..assalamualaikum WBT

Monday, October 3, 2011

Rast - masih ada waktu


buat sahabat-sahabat yang ku cintai demi Allah..
semoga dengan ukhuwah yang dibina diredha oleh Illahi
amani juga tidak sangka amani boleh dapat teman-teman dari blog

kak amy sinar raudah yang selalu tolong amani bila susah
nanakimie yang mendengar masalah amani...
sahabat-sahabat di UPSI..
encik anugerah,,,
semoga ukhwah yang terjalin berkekalan sehingga ke akhir nyawa...

segmen : Qalam Illahi # 2


assalamualaikum semua... sedikit sibuk untuk hari ini dan hari-hari akan datang, tetapi InsyaAllah amani akan cuba untuk menaip sedikit ilmu untuk dimuatkan di dalam blog Bicara Amani. semoga yang membacanya mendapat berkat dan diampunkan segala dosa-dosanya oleh Yang Maha Pengampun. aminnn..

surah Ibrahim ayat 34

" dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah) "

okeyy lah, sekarang ni, time tengah baca entry ni, cuba kita tengok di sekeliling kita, nikmat apa yang Allah dah kurniakan pada kita???.. subhanaAllah, terlalu banyak kan. tetapi berapa banyak pula rasa syukur kita kepada-Nya.??? kalau amani, mungkin terlalu sedikit rasa syukur dan selalu saja mempertikaikan kalau tak dapat apa yang diinginkan...

teringat pula amani pada seorang sahabat, dan daripada dia jugalah amani belajar untuk makan habis sehingga tidak meninggalkan sisa makanan di meja mahupun di dalam pinggan... sewaktu makan roti, sahabat ini makan dengan penuh adab dan sopan, selepas habis, dia akan mengumpulkan habuk-habuk roti yang bertaburan di atas pinggan dan memasukkannya ke dalam mulut.... mungkin bagi orang yang tak tahu ilmu, mungkin dikatakan, teruk perangai....kalau amani pula, makanan yang terjatuh even sebutir nasi di atas meja amani akan masukkan semula ke dalam pinggan....kerana di dalam setiap rezeki itu ada berkat, dan kita tidak tahu dimanakah berkat yang Allah kurniakan kepada kita..

hadis Nabi SAW :

daripada Jabir, beliau mendengar nabi SAW bersabda " apabila sesiapa daripada kalangan kamu makan, dan jatuh sejemput dari tangan, maka bersihkanlah habuk yang terlekat pada makanan itu dan hendaklah dia memakannya. jangan tinggalkan bahagian untuk syaitan. dan janganlah dibersihkan tangan dengan kain pengelap sehingga dia telah menjilat (jari-jarinya). sesungguhnya seseorang itu tidak tahu pada bahagian manakah makanannya yang diberkati Allah..

itu sahaja untuk hari ini.. amani nak study dulu.. doakan amani berjaya dunia dan akhirat yer. esok amani ada exam... jazakumullah khairan kasira...assalamualaikum semua.. :)

Sunday, October 2, 2011

segmen : Qalam Illahi # 1


assalamualaikum semua...percubaan yang pertama. semoga mendapat berkat daripada yang memberi Berkat.aminn



surah Ibrahim ayat 24-26

" tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah membuat perumpamaan kalimat yang baik, seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit. pohon itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia selalu ingat. dan perumpamaan yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut akarnya dari permukaan bumi, tidak dapat berdiri tetap (tegak) sedikit pun "

amani tertarik sangat-sangat dengan perumpaan yang Allah berikan kepada kita sebagai hambaNya.. manusia itu ibarat pokok. kalimat yang baik yang Allah maksudkan contohnya kalimah tauhid iaitu segala ucapan yang menyeru kebajikan dan mencegah kemungkaran serta perbuatan baik.contohnya kalimah la illaha illallah. kalau kita terus menyeru kepada benda yang baik, maka kita ini ibarat pokok yang berdiri teguh.. pokok yang berdiri teguh tentu banyak gunanya kan.. boleh menjadi teduh ketika panas, boleh memberikan kesejukan, memberikan oksigen..

tapi kalau kita menjadi pohon yang lemah, pastinya tiada gunanya kepada sesiapa... hanya menunggu mati. nak dijadikan kayu api pun, belum tentu kayunya boleh menghidupkan api...errmm, jadinya bila kita tengok pokok itu, ingatlah yang Allah berikan perumpamaan ini di dalam Al-quran. berusaha menjadi pohon yang akarnya kuat dan dibaja dengan ibadah-ibadah yang diniatkan kerana lillahitaala...wallhualam...

launching Qalam Illahi dari Bicara Amani


assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani... Alhamdulliah masih diberikan nikmat bernafas dengan percuma, masih diberikan nikmat dari Allah dengan percuma, tetapi harus kita bayar dengan menjadi hamba yang tawadduk kepadan-Nya... Alhamdulliah syukur kepada Allah sebab memberikan amani semangat yang baru hari ini. terima kasih kepada seorang hamba yang diangerahkan kepada amani. kata-katamu mengembalikan semangatku....terima kasih, semoga Allah membalas dan memberkatimu..aminn

okey lah... dengan semangat yang baru ini, amani nak perkenalkan benda baru dalam Bicara Amani. sudah beberapa hari amani memikirkannya, menimbal baik dan buruknya.ternyata tiada buruknya jika kita niatkan untuk berdakwah dan menyebarkan tentang kebaikan Allah...dan amani dah tanya pandangan encik Anugerah tentang apa yang amani ingin lakukan, dan dia kata, okey juga...

amani nak buat segmen, kalau abang ben buat macam-macam segmen dalam blog, ada yang buat segmen fakta di dalam blog, kalau muslimin ibnu hassan buat secebis pandangan, jadinya amani terdetik hati nak buat segmen : Qalam Illahi.

Qalam Illahi ni bermaksud, kata-kata daripada Allah, iaitu daripada Al-quran. dalam segmen ni, amani akan letakkan beberapa ayat suci Al-quran, dan sama-sama kita mendalami maksudnya.. amani akan beri pandangan amani terhadap ayat tersebut, tetapi amani tak lah tinggi ilmu sehingga dapat terjemahkan dengan baik macam tadabbur Al-Quran, cukuplah amani faham melalui ilmu yang terbatas ni je, siapa-siapa yang nak berikan pandangan, sangat-sangat lah dialu-alukan...

melalui segmen Qalam Ilahi ini, mungkin akan memberikan amani kesempatan untuk memahami apa yang Allah berikan kepada kita..setakat membaca hari-hari tanpa memahami maksud, kan susah untuk jatuh cinta kepada-Nya.. jadi sama-sama kita memahami ayat-ayat cinta Allah..


errrmmm, itu saja kot untuk launching ni, insyaAllah, nantikan yer sahabat-sahabat... amani nak study sikit dulu, hari ni tak usik buku langsung... hehehe....dalam usaha nak buat banner Qalam Illahi...doakan yang terbaik...jazakumuallahu khairan kasira...assalamualaikum kepada semua.. :)

Saturday, October 1, 2011

...



ya Allah...biarlah sakitku ini menjadi penghapus dosaku..
berikan aku kekuatan dan ketabahan hati...
Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku hina tidak mengetahui rencanaMU..

mungkin pertemuan yang terakhir buatku


assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani.. huhu. tajuk kat atas tu macam syahdu jer...
bukan ape pun, cuma malam tadi amani ada jamuan raya di Kolej Kediaman.. sebagai mantan JMK sidang lepas, kami semua keluarga JMK sidang 10/11 turun ramai-ramai.. seronok betul dapat jumpa semua keluarga kedua amani ni..

huuhuh..yang lawaknya bila francis (mantan exco perpaduan dan integrasi) terlibat dengan satu insiden yang diperhatikan dengan kusyuk oleh amani, my best partner abang atau, exco kesenian syuhada dan kak aisyah.. huhu.. lama dah tak gelak macam malam tadi... huhuhu..kesian francis.. huhu


tu jer kot nak cerita kan.. ohh yerrr, mungkin itu pertemuan terakhir kita.. lepas ni amani akan ke putrajaya untuk praktikum.. so... jumpa tahun depan lah yerrr.. sure rindu semua.. jangan lupakan kenangan kita semua

jom kita kenal dengan keluarga jmk amani ni yerrr..
dalam sibuk-sibuk pun, masih ada lagi masa untuk blog..
jom kita terjah blog mereka..boleh berkenalan juga..

abang abu.. amani panggil bubu jerr.. cute kan, partner kayak amani aritu
kakak amani yang mengajar amani buat blog masa awal-awal dulu..kak wawa
kakak garang-kak fatin
abang fizan yang suka mengusik adiknya
syahril (toek) kawan berborak berjam-jam tak pernah nak bosan..huhu
kak zurin..org selalu tertukar kami sebab kami hampir serupa tapi tak sama

okeyy, malam tadi juga sempat makan-makan dengan sahabat-sahabat upsi yang lain, termasuk laa abang khairul yang makan banyak pastu cakap amani makan banyak..

entry entah apa-apa.. sekadar untuk menjadi sebab untuk tersenyum hari ini bila teringatkan kamu semua...

IF tomorrow never comes


if tomorrow never comes
i just want to say... i love youu..
untuk ibu, ayah,
abang-abangku
kakak-kakakku..
adik-adikku
sahabat-sahabatku di UPSI
keluarga jawatankuasa mahasiswa kolej 2010/2011
dan juga sahabat-sahabat blog..

maaf salah silap kepada semua termasuk juga encik Anugerah..
good night...assalamualaikum..

beribadahlah seperti kita akan mati esok hari


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...