Wednesday, December 28, 2011

tinta hati 7-dad

jam : 4.30 pagi
koordinat : teratak usang

what is dad??

a dad is someone who wants to catch you before you fall
but instead picks you up, brushes you off
and lets you try again..

a dad is someone who wants to keep you from making mistake
but instead lets you find ur own way
even though his breaks in silence
when you get hurt

a dad is someone who holds you when you cry
scolds you when you break the rules
shines with pride when you succeed
and has faith in you even when you fail..

setiap yang Allah kurniakan itu adalah berbeza daripada yang lain, untuk diuji tingkat kesyukurannya, untuk diuji tahap imannya... apa yang aku ada tiada padamu, dan apa yang ada padamu tiada padaku... Allah sedang berbicara denganku....

Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang diantara keduanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu makan sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah keada mereka perkataan yang mulia-
surah Al-Israk (memperjalankan di malam hari) 17:23

Tuesday, December 27, 2011

segmen Qalam Illahi #10- jika tak membenarkan Al-Quran

Assalamualaikum semua.. syukur masih diberikan nikmat iman dalam Islam.... takut juga kalau Allah matikan amani dalam kekufuran, Nauzubillah...jadi sama-samalah kita jaga nikmat iman dan Islam ni...... macam mana nak kekalkan, cukup ke sekadar mengucap syahadah??..amani rasa, kawan amani orang cina tu pun pandai mengucap syahadah...mudah, kita kena yakin, seyakin-yakinnya dengan Allah dan amalkan apa yang diperintah dan tinggal apa yang dilarang.... jangan sampai bila langit dah runtuh ke bawah, bumi dah tergulung macam tikar, time tu ada Allah nak pandang kita lagi???...

mari sama-sama kita ambil pengajaran dari satu surah ini, iaitu surah Al-Furqan.. amani suka surah ini, maksudnya pembeda.. Islam itu berbeza dari yang lain, dan Al-quran itu sendiri namanya Al-Furqan... yang membezakan yang batil dan yang haq.. zaman sekarang ini ramai dah yang tak kenal halal haram, sebabnya dah jauh menyimpang dengan kitabullah... renung-renungkan dan selamat beribadah :)

kerajaan yang hak pada hari itu adalah kepunyaan Tuhan Yang Maha Pemurah. dan adalah (hari itu), adalah hari yang penuh kesukaran bagi orang-orang kafir# dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim mengigit dua tangannya, seraya berkata "aduhai, kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul" # kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku dulu tidak menjadikan sifulan itu teman akrabku # sesungguhnya dia telah menyesatkan aku daripada Al-Quran ketika Al-Quran itu telah datang kepadaku. dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia-
Al-Furqaan 25:26-29

zaman sekarang ini, syaitan dah tak perlu susah-susah nak menghasut manusia untuk lakukan kejahatan, sebabnya manusia tu sendiri dah lebih setan daripada syaitan.. tak percaya?? bukalah akhbar, tengok kawasan sekeliling :) pasti jumpa kalau dinilai dengan mata hati....okey...itu sahaja buat hari ini, sama-sama ambil pengajaran daripada ayat-ayat Allah.- suwit kan Allah, sayang sangat kat kita, even kita ni slalu je buat jahat.....

aku

waktu tu aku sakit...tengah-tengah malam..pedih betul perut rasa, macam seorang lelaki yang tiada perasaan belas, ambil pisau belati yang berkilat dan dihiris-hirisnya daging perutku.. arggghh, ngerinya untuk digambarkan, apatah lagi aku yang merasakan.. tersangat lah sakit..waktu tu hanya dua nama yang mampu ku sebut.. Allah, sakitnya...Makkk.....itu je mampu aku buat....namun ku gagahkan juga, badan rasa lencun dengan peluh dek kerana menahan sakitnya.. waktu itu hanya satu yang fikir " Allah, kalau sakitnya begini, aku mahu mati"..... sampai macam tu sekali terdetik di hati aku... ku gagahkan jua diriku untuk bangun, sambil memegang perut..mujurlah ada sahabatku....bagaimana kalau aku keseorangan ketika tu?? ishhh, tak tak... aku tak pernah keseorangan Allah sentiasa ada.....SENTIASA....

waktu tu, aku capai handphone samsungku...walaupun comel disitu, tapi sikit pun tak ku endahkan...tanganku cepat mendail nombor seseorang...yang aku rasa boleh membantuku.. "Allah, kredit tak cukup, macam mana ni??? " ujar sahabatku....dia juga waktu tu kekeringan kredit...aku dah terbaring di lantai.. tak tahan sangat waktu tu, menggigil badanku menahan sakit.. " Allah, sakitnya....tolong aku ya Allah "..

********************************************************************************
satu yang ku belajar... TARBIAH langsung daripada Allah..... menjadi renungan aku dalam meniti kehidupan. biar ia menjadi memori yang mengajar aku erti kedewasaan.....-JANGAN MELETAKKAN HARAPAN PADA MEREKA YANG BELUM TENTU MENYAYANGI DENGAN IKHLAS, MEMBANTU DENGAN RELA,..TETAPI BERHARAPLAH PADA DIA SANG PENCIPTA...KERANA SEDIKIT PUN TIDAK PERNAH DIA MELUPAKAN KITA DAN MENINGGALKAN KITA...

accepted

someone said..

"kalau kau kahwin..habis cerita. tak perlu susah-susah fikir macam ni lagi...aissshh"

amani said : errrrmm, betul jugak tuu...

"ya Allah, bila Engkau temukan jodohku nanti, janganlah Engkau biarkan aku membuat pilihan yang salah... janganlah aku perlu membuat pilihan yang banyak ketika itu.. sesungguhnya Engkau sebaik-baik perancang..Aminn"

Accepted....

entry last

Assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani, semoga dalam lindungan kasih sayang Allah..semoga hati sentiasa bersih dengan segala masalah hati, termasuk lah amani..aminnn, jangan marah-marah, jangan gaduh-gaduh, jangan masam-masam muka..hidup di dunia hanya sekali, layari dengan kebahagian mengikut landasan syariat.. :)

tajuk atas tu, entry last.... bukan maksud amani entr last forever.. huhuhu.. entry last untuk tahun ini.. amani sibuk sikit untuk hari-hari yang seterusnya.... rasanya tak sempat dah nak layan Bicara Amani ni... tapi InsyaAllah amani kalau ada waktu-waktu terluang tu amani akan singgah ke bloglist amani.... sure baca kisah-kisah korang, sebagai penambah ilmu dan peneman.... kalau ada yang komen kat entry amani lambat balas tu sorry ye... insyaAllah amani akan balas (macam ramai sgt yg komen entry ang amani oii)..huhuhu...

apa-apa pun, untuk mengakhiri tahun 2011 ini,amani mohon maaf seandainya kehadiran amani dalam dunia blog selama ini ada buat mana-mana insan yang dikenali mahupun tidak dikenali ada rasa tak puas hati, sakit hati, tercemburu ke apa ke, maaf lah.. mungkin amani tak sengaja....selagi bergelar manusia, selagi tu lah berbuat kesilapan... amani dah maafkan insan-insan yang dah lukakan hati amani, yang buat entry'special' tuk kutuk-kutuk amani, yang dok bagi kata-kata'best' kat shoutbox pun...tq very much, kehadiran anda satu warna dalam hidup amani..kalau asyik warna pink je, bosan, kekadang tu kena lah ada warna hitam sikit, coklat sikit, kelabu sikit kan...baru syok....nama pun hidup...

macam biasa, agenda akhir tahun, masing-masing duk tanam azam baru, jangan tanam je, bubuh baja, nanti boleh tuai hasilnya, tak di dunia boleh tuai di akhirat.. apa-apa pun maaf lah deh kalau ada yang terasa sampai te'kesuk' kat hati tuuu......

kalau ada entry yang publish tu autopublish lah tu....okeyy, take a good care.. jangan benci-benci orang, benci dulu dengan sikap buruk yang ada pada diri kita terutama sikap'nak membenci orang'...okey, maas'salamah..Assalamualaikum.. :)

psstttt : apasal ada nada emosi kat entry ni......

pertanyaan... boleh lah jawabkan...

someone said.....

" kamu orang klantan nak kahwin jangan pilih perempuan negeri sembilan"-pesan orang tua-tua..

tell me why?? saya anak jati nogori...

terharu

dalam aliran air mata, bukan mengesali apa yang terjadi..
cuma sukarnya nak kawal emosi..
saat tiada siapa yang ambil peduli..
Allah hadirkan dia tanda masih ada yang mengasihi...
syukur Alhamdullilah...

syukran..walau jauh diperantauan, semoga ukhwah tiada sempadan
SIS LM (hidup itu Indah)... korang sure kenal laa...terharu dengan entry tuu... tak tahu lah tuju tuk sape, tapi rasa macam ada kene mengena dengan Bicara Amani (sis, kalau terperasan, maaf deh :))

Monday, December 26, 2011

KISAH ustaz azhar

si A : " jom pergi masjid, ada ceramah ustaz azhar idrus hari ni"

Si B : ustaz azhar yang mana erk?? aku bukan kenai sangat ustaz-ustaz ni...

Si A : ishh kau ni dok malaysia ke tak ni?? Ustaz Azhar tu famous amous kat malaysia ni pun ko tak kenai...yang lawak tu lahh, best wo ceramah dia,.. lawak gileee....

si B : betul ke best, kang aku gi buat dosa tidur time dengar ceramah je buat ape...baik tengok bola...


kenapa ye nak dengar ceramah bila penceramah tu best jee??? kalau peceramah tu tak famous amous, tak kelakar sangat, tak pandai melawak tak nak pergi...... yang penting ilmu nye ke atau penyampainya??? KONPIUS.....

ishhh..tension betul

Assalamualaikum semua.. semoga dalam ketenangan dan dalam kasih sayang Allah.. jangan tension-tension, walau beribu masalah yang datang.. hadapi dengan sabar dan tenang, InsyaAllah akan ada jalan penyelesaian...

tapi kalau tension juga macam mana?? huhuhu, lumrahlah tu, ada perasaan. amani pun kadang tension juga kadang-kadang, cuma cara kita menghadapinya berbeza-beza, ada yang kalau tension suka tidur, suka makan, suka duduk sorang-sorang. langsung tak bersuara, suka menyanyi sampai terjerit-jerit, suka duduk dalam bilik selubung dalam kain selimut sampai tak keluar bilik seharian (errkkk, parahnya simptom tension dia.. huhu).... pokoknya, ada macam-macam orang, dan semestinya ada macam-macam ragamnya....

kalau amani tension, kadang-kadang amani cari seseorangt untuk berbual,..kadang-kadang kita tak meluahkan pun kenapa kita tension pada dia, tapi cukuplah kita dengar suara dia, keletah dia, tanya itu tanya ini, dan sedikit rasa tenang bila dah ketawa.... tapi, kadang-kadang, orang sekeliling kita ni tak peka pada perasaan kita.. amani tak cakap, semua, tapi ada segelintir.....mungkin kita tak boleh nak harap sangat pada insan-insan sekeliling kot..... yups, termasuklah keluarga sendiri.... hanya ada satu tempat je yang denganNya kita tak rasa pun dipinggirkan, tak rasa pun tak dipedulikan...... so, kalau tension pergilah pada Dia.. berhenti berharap pada manusia... (untuk diri amani)...

owhh ye, someone tanya kenapa amani pakai niqab tapi ada dalam entry guna bahasa 'aku'.. its not nice she/he said.... by the way, dengan Tuhan pun amani ber 'kau-aku'.. kenapa dengan manusia tak boleh.... tak percaya ?? cuba habaq mai kat cek la ni... berapa ramai yang tadah tangan masa doa dan cakap " ya Allah Ya Tuhanku, ana/saya bermohon......." daripada " ya Allah Ya tuhanku, aku memerlukan ketenangan daripadaMu, sesungguhnya Engkaulah tempat sebaik-baik pergantungan..".... so, for me,.. sama je guna 'aku-kau' dengan 'ana-enta'... .. okey, mood kurang baik malam ni, cuba untuk bersikap natural.. mudah-mudahan Allah bersamaku..aminnn..

p/s : ini adalah entry ke 6 yang amani taip, dan finally its publish...dari pagi, taip entry panjang berjela, pastu delete, taip and delete... ohh nooo.. :)

Sunday, December 25, 2011

tinta hati 7


eiyyyyy..geramnya rasa, tengok kawan-kawan pandai je jahit seluar ke baju ke, tudung ke.., nampak kemas je, amani pulak jahit macam budak darjah 1... tak kemas langsung... wuaaaa, sedihnya rasa (T____T) perlu ke ambil kelas menjahit???.... macam mana nak jahit baju suami nanti?? (errkk, jauh nya fikir)...sila abaikan entry tak berilmiah ini :) sekadar luahan hati :) owhhh, boleh ambil pengajaran dari sini, persiapan diri dengan kerja-kerja isteri solehah, contohnya pandai menjahit :) taraaaaaaaaaaaa... :)


kusyuk

jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang hari sabtu, aku masih syok lagi layan citer hindustan kat TV3, sedangkan solat zohor belum lagi...haissshh, apelah nak jadi dengan aku. "sembahyang kejap je, 10 minit dah la... baik sembahyang cepat-cepat. lambat solat terlepas pula part hero jumpa heroin jap lagi"...itu monolog diriku...lantas aku ke bilik air mensucikan diri dan bersiap untuk solat.. ketika itu aku bercuti sekolah dan duduk di rumah alangku di seremban...usai sahaja solat yang aku kerjakan cepat-cepat, aku letakkan sejadah ditempatnya... TERPAKU... mataku terlihat satu hidayah yang Allah kurniakan kepadaku...tulisan tangan alangku yang ditampalnya dibilik solat...

"sejak kebelakangan ini, solatku sekadar pergerakan semata-mata, tidak membawa apa-apa rasa dalam hidupku, apatah lagi untuk membentuk hatiku bagi mencegah daripada dikawal nafsu... mulai saat ini aku harus perbaiki solatku,..".-saiful anuar mohd azhar

sentap aku seketika, hatiku rasa lain, rasa seperti ada yang tidak kena pada diriku... aku lantas menutup tv yang sementara tadi terpasang, mengambil kembali wudukku dan aku kerjakan semula tanggungjawabku dengan harapan, Allah kurniakan bagaimana 'rasa' solat itu.. aku kerjakan dengan sungguh-sungguh, aku rasakan seperti hanya ada aku dengan Dia.. aku rasa menggigil lututku saat aku menyebut namaNya.."Allahu Akbar"...lemah..... itulah aku rasa buat pertama kalinya solatku sempurna, ketika aku berusia 14 tahun... aku berfikir-fikir lagi, adakah solat yang aku kerjakan 'dengan cepat-cepat' selama ini Allah terima, Allahu Rabb, ruginya aku..ruginya umur yang aku habiskan dengan solat seperti itu sahaja...

*************************************************************************

solat...kalau tidak salah maksudnya 'hubung'..berhubung dengan siapa?? pastinya dengan Khalik kita iaitu Allah SWT. tapi, bagaimana untuk mendapatkan solat yang khusyuk?? sebelum itu, amani tertanya-tanya, khusyuk itu bagaimana?? adakah kusyuk itu kita fokus sampai tak dengar apa yang jadi disekeliling kita?? itu kah kusyuk?? amani pernah bertanya pada ustaz amani, dan jawapannya mudah.. analogi mudah, waktu kamu sedang sibuk baca novel cintun, adik kamu suruh kamu makan, " kak makan kak"..dengan rasa kusyuk kamu baca, agak-agak kamu nak layan tak jemputan adik kamu??..amani jawab " tak"...itulah kusyuk. kusyuk ini adalah rasa yang dimana kamu tak endahkan apa yang jadi disekeliling kamu, kamu dengar tapi kamu biarkan, kamu nampak tapi kamu biarkan...sedikit pun tidak menarik perhatian kamu ke arah itu... kerana apa kamu kusyuk?? sebab kamu sedang merasakan setiap bacaan solat kamu itu di dalam hati...owhh, macam tu rupanya kusyuk.. jadi kita renungkan kembali, adakah solat kita seharian selama ini betul-betul memberikan rasa penghambaan dalam diri?? tak perlu beri jawapan pada yang lain, cukup untuk makluman sendiri..

ustaz cakap, nak dapat kusyuk mudah, sebelum solat, minta pada Allah kurniakan nikmat kusyuk, dan baca dengan rasa rendah diri yang teramat rendah... tidak sukar kalau kita mahu kan... usahalah untuk memperbaiki diri... Allah itu lebih dekat dari sangkaan kita.. kita yang menjauhkan diri daripada Allah sebenarnya... carilah Dia, dan carilah CintaNya.. wallahualam bimuroddih... As-Salam..


amani kongsikan doa yang boleh kita amalkan untuk dapatkan kusyuk dalam solat..

doa menolak gangguan syaitan ketika solat
"ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada gangguan syaitan dan aku berlindung kepada Engkau wahai Tuhan daripada kedatangan mereka..aminnn "

dan mohonlah agar Allah kurniakan kusyuk, minta dengan sepenuh hati dan yakin Allah akan kurniakan...okey, sama-sama beramal, tingkatan kualiti solat, dan tak lupa, tingkatkan juga kauntiti perkara yang sunnat..daaaaa... :)

Friday, December 23, 2011

baby and me


waktu sekarang ni, putrajaya hujan je bila petang, sedap betul layan nafsu tidur... korrr..hahahaha, berdengkur...eh, tipu je, mane ade berdengkur.. :) tiba-tiba teringat masa kat asrama dulu-dulu..haihhh, awatlah teringat plak kat jebon, ono, angah, tukang kebun, makcik dewan makan, warden, suami warden, adik-adik yang ku buli..teheee.....buli membuli perkara biasa ye di asrama, jangan ditanya kenapa, sebab aku pun dibuli juga, tanpa alasan yang munasabah, aku kena basuh baju 'dia' seminggu.. waaaaaaaaaaaaa (T_____T)

"wani, jom teman jap pergi toilet, tak berani lah pergi sorang-sorang".. aku yang baru je tarik selimut nak selubung sambil peluk bantal doreamon dan spongebob yang tiut miut terus tak jadi.. haih, kesian pula kat Ebon, kang terkencing pulak budak ni, susah pulak aku.. " jom lah, tapi jangan pergi toilet hujung, kita pergi toilet bawah ye"....hakikatnya aku juga penakut macam Ebon juga, cuma buat-buat berani.. hehehe...

usai sahaja menemankan teman sebelah katilku menunaikan hajat, aku dan Ebon lari cepat-cepat masuk ke Dorm Seroja.. " woiii, ape lari-lari tu hah, tak boleh jalan ke?? " ada pula suara-suara sumbang yang memekik bila kami lari depan dorm dia.. " sorry laa, ada hantu kejar, hahahahahaha", adoii, berani pula Si Ebon ni cakap pasal cik 'Han' malam-malam...

sampai di dorm, aku kembali menarik selimutku,...mata rasa berat je, tapi sebab hujan makin lebat membuatkan aku rasa susah nak tidur, sebab sejuk sangat..lalu aku ambil selimut, dan khazanah-khazanahku ke katil Ebon, " Bon, orang nak tidur sama-sama"... 'Ermmmmmmmmm"..jawabnya ringkas. Muat je katil single tu untuk kami berdua, tidur himpit-himpit time hujan, best sikit...

sedang lena diulit mimpi nan indah, sambil dipeluk oleh Ebon, dan bantal-bantal ku terbang entah kemana, jatuh dibawah katil agaknya, aku terus peluk juga Si Ebon....lena betul rasa tidur. tiba-tiba, aku terdengar bunyi baby menangis.. uweekkkkkkkkk, uwekkkkk, uwekkkkkkkk...., terus aku bangun sambil mata terpejam lagi dan mengejutkan insan disebelah dan berkata

"bang..bang..bangun, anak nak susu tuu..bangun laaa".... panggggggg, "Aduiiiiiiii..sakit lah Bon...apesal tampar orang?"..aku yang tak puas hati terus marah Si Ebon... "yang kau pergi mengigau panggil aku abang tu apesal?....anak mana pula nak menyusu"... sambil tergelak-gelak dia ketawakan aku yang masih menggosok-gosok pipiku yang ditampar....

aduiiiiiiiiiii, macam mana boleh mengigau sampai macam tu sekali pulak ni, malu betul dengan adik-adik dorm....huhuhuhuhu...itulah kisah 'baby and me'..tak boleh lupa laa..


rindunye kat semua budak-budak asrama, termasuk lah tiqah jaafar....hehehehehe :).. seronok kan ada baby, lagi seronok ada ayah baby...weee :P, owhh, lupa nak cerita, bertambah lagi insan yang panggil amani Maksu...kaklong dapat baby boy, nak belikan kopiah yang berkait tulis 'anak umi dan abi'...mesti tomey-tomey macam maksu kan..hehehe


segmen : Qalam Illahi # 9


Assalamaualaikum... Alhamdullilah, Allah mengurniakan sedikit ilmu untuk amani kongsikan bersama dengan sahabat yang lain dalam Bicara Amani.. amani harap, dengan sedikit amalan ini, akan membuahkan redha daripada Allah kepada kita semua..... sebabnya Nabi Muhammad yang diutuskan oleh Allah, menyebarkan agama Islam, sempurna akhlaknya sehingga wafat, Allah redha Baginda sebagai HAMBA sahaja.. sedangkan kita ni, sebarkan ilmu pun tak seberapa, dengan akhlak tidak sempurna, adakah Allah sudah memandang kita sebagai hambaNya ??.....mudah bicara, selagi kita tak mengenali Allah, selagi kita tak mempelajari Islam dengan sepenuhnya selagi itulah kita bukan makhluk yang bernama 'manusia'..sebab itulah surah terakhir di dalam Al-quran ialah An-Nas yang bermaksud, manusia, bermakna, kalau kita ambil sepenuhnya apa yang terkandung di dalam Al-quran, barulah kita ni diiktiraf sebagai manusia...faham tak?? ke berbelit ayat amani ni..hehee

tapi zaman sekarang ni, seberapa banyak dalam kalangan kita ni cuba memahami Al-Quran... baca, tanpa faham, amani pasti ramai,..6236 ayat-ayat Allah itu, berapa ramai yang faham ertiNya??..pastinya tak ramai bukan... bila tak difahami, macam mana nak amal??... sedangkan kita tahu konsep yang mudah, iaitu apabila kita fahami barulah kita boleh beramal, tapi kebanyakkan daripada kita ni beramal secara ikut-ikutan.... sebab nenek moyang kita ajar macam tu, jadi kita ikutlah....betul tak?? sedangkan seharusnya kita fahami dulu Al-Quran dan kemudian amal denganNya, dan barulah rahmat Allah bersama dengan kita...

kita betul-betul ke kenal Al-Quran tu?? kalau ditanya, yang mana Allah ciptakan dahulu manusia ataupun Al-Quran???... Kenapa Allah ciptakan Al-Quran??. dapat tak agaknya kita jawab?? hah, meh nak citer sikit...Al-Quran itu salah satu untuk menandakan Allah itu Maha Pengasih (Ar-rahman)

" (Allah) Yang Maha Pengasih, yang telah mengajarkan Al-quran, Dia menciptakan manusia, mengajarnya pandai berbicara" -Ar-rahman 55:1-3

Allah ciptakan dulu Al-Quran, baru Allah ciptakan manusia, ..dan dengan Al-Quran inilah bukti keterikatan (akidah atau kata dasarnya akad) kita dengan Allah, dengan cara memahami ayat-ayatNya inilah kita men'tauhid' kan Allah, yakni mengesakan Allah...okey, kalau lawan tauhid apa?..syirik lah kan, iaitu menduakan Allah dengan sesuatu yang lain, masa zaman sekolah dulu-dulu, kita dah belajar syirik itu ada 2 iaitu syirik yang nyata (Jali) dan syirik yang tak nyata (khafi)..yang susahnya ni ialah syirik tak nyata, yang kita tak nampak,...kalau kita tak yakin dengan Al-Quran, itu maksudnya kita mensyirikkan Allah tak??...dan Allah melihat syirik ini bagaimana?? Allah pandang sebelah mata je ke?? hah, besar dosa Syirik ni sehingga Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mensyirikkan Allah...

" sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni (dosa) dengan mempersekutukan-Nya (syirik). dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi sesiapa yang dikehendaki.barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh, Dia telah berbuat dosa yang besar"-An-Nisa 4:48..

kalau Allah tak ampunkan dosa, kemana kita akan pergi diakhirat kelak??..pastinya ke neraka kan...okey, dulu, amani percaya, selagi kita beragama Islam, apabila segala dosa-dosa kita sudah dihapuskan, disucikan di dalam neraka, kita akan masuk ke syurga, ada tanda hitam di dahi kita....betul ke macam tu sebenarnya?? Allah ada janji macam tu ke dengan kita??...ada jawapannya di dalam Al-Quran..

Dan mereka berkata " neraka tidak akan menyentuh kami, kecuali untuk beberapa hari sahaja". katakanlah " Sudahkah kamu menerima janji Allah, sehingga Allah tidak akan mengingkari janji-Nya, ataukah kamu mengatakan tentang Allah, sesuatu yang kamu tidak ketahui"..

bukan demikian, "barang siapa yang berbuat keburukan dan dosanya telah menenggelamkannya, maka mereka itu penghuni neraka. MEREKA KEKAL DIDALAMNYA"..- Al-Baqarah 2 :80-81

kita kekal didalamnya, tak akan keluar, pernah dengar orang kata, neraka itu sempit dan syurga itu luas tak?? apa maksudnya tu?..itu tandanya, syurga tu tak ramai orang sebab tu luas, dan neraka tu penuh, sebab tu sempit..jadi, mulai saat ini, harus kita baca Al-Quran, bukan setakat baca, tapi kita fahami dan bila dah faham, kita amalkan.... tapi macam mana nak faham?? carilah ilmu itu, kerana Allah ada berfirman di dalam ayat dibawah ni,..

"dan apabila DIBACAKAN Al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, agar kamu mendapat rahmat"-Al-A'raf 7:204

Allah katakan 'DIBACA' maksudnya ada orang yang membacakannya...dan kita dengar dan hayati, kemudian kita amalkan, dan dengan itu rahmat Allah ada bersama kita..sama-samalah kita perbaiki diri kita, fahamilah Al-Quran, kerana itulah fitrah (ketetapan) Allah berikan kepada kita, dan kita perlu melakukan fitrah (ketetapan) kita iaitu beribadah menyembahnya.. kalau ada 24 jam Allah kurniakan, 24 jam lah kita ditugaskan beribadah kepadaNya....Wallhualam Bissawab


berdoalah agar Allah sentiasa mengurnikan kita Ilham untuk mencariNya, dan memberikan kita Ilham untuk mensyukuri nikmatNya,kerana diakhir zaman ini, semakin kurang yang bersyukur kepadaNya.. apabila mengetahui kandungan ayat-ayatNya, semakin terasa diri ini hamba, lemah tidak berdaya berbanding Dia yang Maha Berkuasa..... :) teruskan mencintai Islam dan Allah..

Thursday, December 22, 2011

hidup ini untuk apa???

suatu hari, aku sedang duduk menyiapkan kerja-kerjaku, tiba-tiba aku didatangi oleh seorang anak didikku..." teacher, kenapa kita kena mati? Danish takut mati lah teacher"...terkedu ku seketika dan otak ligat mencari idea untuk diberikan jawapan yang paling mudah untuk si kecil fahami...akalnya masih pendek dan perlu dengan bimbingan yang paling dekat dengan dirinya.. lalu aku pun bertanya.. " danish kalau makan berhenti tak??".."berhentilah, nanti perut kenyang sangat"..."Danish kalau belajar, dah penat berhenti tak?"..."berhentilah".." Danish kalau mandi, mandi je ke tak sudah-sudah?".. " sejuk lah teacher, tak boleh mandi lama-lama"...

"good anak teacher, macam tu jugak dengan hidup, dan tiba waktunya Allah matikan "... anak didikku itu mengangguk tanda mengerti keteranganku.. " Danish tak perlu takut kalau Danish kuat, jadi Danish kena kuatkan iman, Danish jangan nakal-nakal, dengar cakap Teacher, buat baik barulah Allah sayang Danish, takdelah malaikat pukul dalam kubur nanti ".." owhhh, malaikat mungkar nakir kan teacher".." ye ...pandai pun. Danish good boy, dah, pergi masuk TV Room.."..


********

zaman sekarang ni, mendidik budak lebih mudah daripada mendidik orang dewasa.. sebabnya akal dah panjang, satu nasihat diberikan 10 bidasan dengan alasan...kata A jawab B, kata B jawab C.... susah kan??... dakwah, tiada yang mudah. kalau anak kecil, disuruhnya solat, sangat seronok nak buat, lagi-lagi kalau bawa pergi bersama ke surau, lagi lah terlompat-lompat, asyuk tengok jam dan tanya " teacher, hari ni solat kat surau kan?"..tapi orang besar, ada motor, ada kereta pun susah nak pijak kaki ke surau... itu semua sebab tiada KESEDARAN....

untuk orang-orang yang sebegini, tanya pada dia, untuk apa dia hidup??...tanya dia, siapa dia sebenarnya ???..lihat pada jawapannya.. dan bandingkan jawapan yang dia berikan dengan jawapan Allah.....tanya dia, sudah dia buat kah semua yang harus dilakukan ketika hidup???

pertama sekali ialah UNTUK SUJUD MENYEMBAH ALLAH...

"pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya untuk menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberikan zakat dan yang demikian itulah agama yang benar"
- surah Al-Bayyinah 5:98

kedua, UNTUK AKU SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI..

"dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu daripada sesetengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak mengujimu pada apa yang Dia telah kurniakan kepada kamu. Sesungguhnya tuhan kamu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
-Surah Al-An'am 6: 165


ketiga ialah UNTUK AKU MENYERU KEBAIKAN, MEMBANTERAS KEJAHATAN

'dan hendaklah ada antara kamu satu (puak) yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dna keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya
-surah Al-Imran 3:104

keempat kerana ALLAH TIDAK JADIKAN AKU SIA-SIA

"maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang nikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?"
-surah Al-mukminun 23:115

setiap hari, dari buka mata sampailah tutup mata, inilah yang harus kita buat sebagai hambaNya..kalau tak solat,maksudnya tugas yang pertama sekali kita dah abaikan, apatah lagi tugas kedua, ketiga, dan keempat kan.....so, tanya diri sendiri , " aku ni hamba Allah, tapi cukup tak aku buat kerja-kerjaku sebagai hamba?".....okey..wallhualam bissawab, untuk kak Nora Aniza yang come lote, ni je yang amani boleh sampaikan pada akak.. huhuhu, kalau ada yang tak jelas, boleh tanya kembali :)

jangan cuba dikawal arah taufan
tetapi kawallah layar kehidupan
tak perlu diuukur dalamnya lautan
tetapi panjangkanlah kail yang sejengkal..

Bicara Si Anak

" semua dah siap ambil wuduk?".. sambil memerhatikan anak-anak yang sedang menyusun sejadah untuk solat berjemaah.. " Dah Teacherrrrrr"..."teacher dah ambil wuduk??".. " dah juga"...

selepas usai solat, anak-anak duduk sambil kiss teacher dan ucap, Alhamdullilah....tiba-tiba seorang anak bertanya, " teacher, kalau tak solat Allah marah ke?"...dengan tenang teacher membukakan kain telekung si anak dan menjawab " ye sayang...kalau tak solat Allah marah.."..
" papa saya tak solat pun teacher".....SENTAP... " huhuhu, kamu nak jadi anak yang baik tak?..kalau nak jadi anak yang baik, ajak mama dan papa solat sama-sama, okey"... "okey teacher, sayang teacher sebab teacher ajar saya solat"....

****
anak itu anugerah dan juga amanah...kelak akan ditanya oleh Yang Berkuasa amanah yang diberikan kepada kamu...

****

insyaAllah, kalau diberikan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah, nak sangat buat home-schooling untuk anak sendiri kat rumah..... barulah anak-anak rapat dengan ibunya.. :) sweet kan... :).. nak mendidik anak sebenarnya kena ada ilmu juga.. Alhamdullilah, apa yang sedang amani lakukan hari ini, amani nak apply pada anak-anak.. semoga Allah perkenankan.. :)

Wednesday, December 21, 2011

main kahwin-kahwin

petang tu aku bawa selendang kuning yang kucuri-curi ambil daripada almari ibu, sampai sahaja di 'port' kami, aku terus duduk dikerusi yang disediakan..pengantin lelaki pula dipakaikan ketayap ayah yang selalu dibawa ke surau..si pengapit pula ambil tudung periuk dibuat kipas. tudung periuk tu ada multifunction, sebelum naik pelamin, digunakan sebagai kompang.. daun-daun pokok kami hiris halus-halus dijadikan sebagai alat tepung tawar... agak-agak dah nak maghrib, kami kemas cepat-cepat dan balik rumah kemudian mandi...

bila dah meningkat remaja, dah tak main kawin-kawin,.. anak remaja baru nak naik, selalunya penuh dengan emosi.. suka sangat baca buku novel. masuk perpustakaan sekolah, bukannya nak cari buku rujukan, tapi cari novel. tak makan pun takpe, janji dapat 'feel' masa baca.... paling best kalau novel orang dah kahwin..pastu berangan nak jadi watak dalam tu....time tu rasa sweet lah sangat kan..

itulah dia sedikit kenangan time 'berkahwin'....cakap pasal kawin, semua orang suka kan... nikmat Allah bagi untuk kita sebagai makhluknya, untuk sempurnakan fitrah yang memerlukan pasangan..insyaAllah, dah sampai serunya nanti adalah jodoh yang dah ditetapkan oleh Allah untuk kita.. sekarang ni, persiapkan diri menjadi soleh/solehah dulu.....

*************************************************************************************
tiba-tiba cakap pasal kahwin pula kan...huhuhu..amani cuma nak menjawab soalan saudara/saudari Y... soalan tentang meletakkan mahar yang tinggi disebabkan oleh wanita itu orang yang berpendidikan tinggi....InsyaAllah amani cuba jawab ye yang mana amani tahu, kalau salah OSTAD JIJI boleh lah tegur... :)..

mahar atau selalunya orang melayu kita panggil mas kahwin ni wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang menjadi bakal isterinya...ada Allah sebut dalam surah An-Nisak ayat 4..

" dan berikan kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai satu pemberian WAJIB".an-nisak-4

mahar ni boleh dibayar secara tunai ataupun hutang... kalau tunai tu senang, tapi kalau hutang ni ada banyak pula syaratnya... hutang mahar tu suami WAJIB bayar selepas bersama dengan isteri. kalaulah isteri meninggal dunia selepas bersama dengan suami, WAJIB juga suami bayar mahar kahwin kepada waris isteri....

tapi macam mana kalau belum bersama tapi dah cerai, wajib beri mahar juga ke?? okey, kalau bercerai sebelum bersama, suami kena bayar separuh daripadanya kepada bekas isteri. macam mana kalau dah bayar penuh, dan tak bersama, pastu bercerai... okey, kalau macam tu pula, isteri kena pulangkan separuh kepada bekas suami..

kalau dalam situasi si isteri minta FASAKH, mereka belum bersama dan mahar masih berhutang, suami tak wajib bayar, kalau dah bayar, isteri kena pulangkan semua...

okey..faham tak saudara/saudari Y tentang mahar ni???? kalau tak faham boleh tanya..kalau amani ada salah beritahu yaa...okey, kalau hukum meletakkan mahar yang tinggi pula.. mahar ni ada dua jenis, MAHAR MISIL dan MAHAR MUTHAMMA..mahal misil ni maksudnya, mahar yang diletakkan oleh saudara perempuan yang telah berkahwin, contohnya, amani nak letak mahar sama dengan kakak amani kahwin dulu.....kalau mahar muthamma ni pula, mahar yang dinilai berdasarkan KEADAAN, KEDUDUKAN, ataupun ditentukan sendiri oleh perempuan tersebut ataupun walinya...

okey.. faham tak???... terpulang nak letak berapa banyak pun, tapi kesian kat cik abang kena kumpul duit manyak-manyak nak kahwin kan... dan ingatlah, perempuan yang baik ialah perempuan yang rendah maharnya,, tak semestinya dengan wang mahar ni, dengan rumah, dengan mengajar membaca Al-Quran, bagi kebun seekar pun boleh juga kalau ada persetujuan lelaki dan perempuan..... yang baik ialah yang mudah bagi kedua-duanya... Wallahualan Bissawab...

ini je kot yang amani boleh jawab, sebab ini je yang amani belajar, nak tambah dipersilakan.... nak kawin jangan lupa jemput tau, Solihin Zubir, Sis Faeinz, MH, Ostad JiJi, dan Delarocha. selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kepada sis Amy dan abg Mirul, tak lupa tuk Sis LM......Sanah Helwah buat Sis AZila Sahmah..


aku bukan Aisyah yang layak mendapat 'Muhammad' yang sempurna, aku bukan Fatimah yang layak mendapat sang setia seperti Ali, aku tidak secantik Zulaikha, untuk dapat setampan Yusuf, aku adalah insan yang lemah, dan punya kekurangan, dan dengan itu aku memerlukan 'pakaian' yang dapat menutup setiap kekurangan itu....

Tuesday, December 20, 2011

awak punya macam mana?


gagal sekali tak bermakna gagal selamanya...
tapi kalau tiada perubahan yang kita lakukan..
tiada transformasi dalam diri untuk menangani kegagalan ..
tiada usaha untuk menambah baik diri...
adakah kegagalan itu akan tetap berlaku...
jawapannya ya...

jadi minda harus bijak bertindak..
harus bijak memikir jalan penyelesaian,
dan harus berani mengambil keputusan...
tapi, sudah siapkah diri untuk lakukan perubahan ??...
ingat, Islam tidak mengajar kita membuta tuli...
dalam hijrah Nabi juga ada perancangan dan strategi...

ini semua lintasan idea bila bakal menginjak ke tahun yg baru..
diri ini buka semula buku azam yang lalu..
masih ada yang belum dilakukan perubahan...
kerana diri ini gagal merancang... ku selak azam tahun sebelumnya pula...
masih jua sama... tidak tercapai lagi..
Astagfirullah....kamu bagaimana, ada lagi beberapa hari untuk melunaskan janji awal tahun dahulu..

koreksi diri untuk mengenali siapa diriku disisiNya....lemah, hina, tiada apa-apa..

buku lagu..


satu malam, sedang melayan perasaan, waktu tu aku sudah meningkat remaja, barangkali ketika aku ditingkatan dua.... biasalah anak muda baru nak naik, ada saja kumbang-kumbang yang menyatakan perasaan minat padaku.. ada juga yang meletakkan surat bertulis "ps: i love you", pernah juga aku peroleh surat wangi dengan gula-gula HACKS sebiji... siap ada memo lagi, Hanya Aku Cinta Kau Seorang-HACKS....huhuhu, tapi sedikit pun aku tak pernah terdetik nak layan, sebab time tu aku minat sorang mamat ni je, tapi dia tak pernah tahu tengtang aku... huhu chinese look.....arghh, zaman muda, entah dimana dia sekarang, di oversea mungkin....

bukan itu yang aku mahu bicarakan sebenarnya, masa dok tengah melayan perasaan sambil buka radio, mesti ada lagu-lagu yang tangkap jiwang....tangan aku yang sedang menulis nota-nota sejarah Cikgu Maniam terhenti, mata dipejamkan, kepala dilentokkan di meja... syahdu melayan perasaan sambil mulut terkumat kamit menyanyi mengikut LIRIK LAGU...

lirik lagu.. ya... waktu tu, aku rasa semua orang ada buku lagu... dalam buku lagu tu, macam-macam lagu aku himpunkan dan aku kategorikan ikut lagu melayu, lagu inggeris...... huhuhu, dimuka hadapan aku balut dengan pembalut bunga-bunga.. di muka surat pertama aku coretkan isi kandungan dan tajuk lagu..mudah untuk mencarinya...

lirik lagu tu, ada yang aku aku tulis tangan, dan ada juga yang kawan-kawan aku berikan dan aku tampalkan di dalam buku lagu tu.... semua itu kenangan aku, dan sampai sekarang aku masih simpan buku lagu tu....cuma aku tidak tahu di dalam kotak yang mana aku sumbatkan...

itulah salah satu buku dalam kehidupanku..... kalau ibu tahu mesti ibu marah, apa tak nya, buku tulis yang dibeli aku gunakan untuk menulis lirik lagu... maafkan saya ibu....


apa yang aku belajar dalam kehidupanku, untuk mencari makna di dalam kehidupan, terkadang aku perlu menoleh kebelakang, aku harus menyelak kembali buku kenanganku dari belakang ke hadapan, dan situ aku menemukan siapakah diriku... insan yang hina,tidak punya apa-apa, jadi untuk apa aku berbangga??..apa yang harus kubanggakan?? tidak ada satu pun... aku hanya insan hina tidak berdaya....syukur kerana Allah mengilhamku untuk merasa syukur diatas nikmatnya..

tinta hati 6

yang pergi biarkan pergi...
yang berlalu biar ia berlalu...
tapi jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja..
kerana setiap detik dalam masa..
ada pengajaran di dalamnya..

biarkan ia berlalu
tapi ambil pengajaran di dalamnya...
supaya tak lah jatuh untuk kali yang kedua...
sebab org yang jatuh di lubang yang sama
itulah tanda dia berbeza daripada kita...
tak ambil ilmu dalam "silap tindakan"..
kegagalan itu juga guru sebenarnya..



gelombang adam adli

assalamualaikum semua... semoga dalam keadaan baik dan sihat sejahtera hendaknya. rindu di bumi murabbi UPSI mula menjengah, dan dalam kerinduan ini tiba-tiba dikejutkan dengan berita gempar, mahasiswa yang menurunkan bendara PM dan ditukarkan dengan bendera bebas akademik di PWTC...

bila tengok nama tu, macam kenal... huhuhu...one word "TAK SANGKA".. memang hebat, itulah yang dinamakan remaja.. masa mula -mula masuk UPSI, kami duduk semeja, bersila membuat persembahan untuk team KHAR A... dia memang berwibawa dan ada gaya kepimpinan... walau dia gila-gila tapi ada isi di dalamnya...." KHAR A THE GREAT"


amani tak mahu ulas tentang adakah wajar atau tidak tindakan yang dibuat, tapi inilah keberanian anak muda, semoga dengan semangat dan perjuangan yang dibawa akan membawa seribu makna,.. pejuang dulu pun dihina, dimaki, tapi sejarah itulah yang diiingati. ini bukan berkisar tentang politik, tapi berkisar tentang masa depan mahasiswa seperti kami..



p/s : turunkan bendera berwajah PM kena maki kena hamun, kena ludah, kena macam-macam tindakan, tapi main2 hukum Allah, tak jalan syariat agama, takde apa-apa tindakan pun??? peliksss--aku anak muda

" anak muda yang prihatin ialah anak muda yang mula memikirkan tentang masa depan negaranya.. berjuang demi anak negara yang lain dan tanah air, dan bukan hanya tunduk mengikut orang atasan. hidup kalau tak berani tak kan jadi "...

Monday, December 19, 2011

segmen : Qalam Illahi # 8

Assalamualaikum semua.. syukur Alhamdullilah, kesihatan semakin bertambah baik, semoga Allah memanjangkan nikmat sihat agar mudah untuk beribadah kepadaNya.. harapnya sahabat-sahabat amani juga sihat-sihat dan dalam lindungan kasih sayang dan perhatian Allah... rugi kita kalau Allah memalingkan kita dariNya... hancur lebur lah hidup kita ni... tak dapat perhatian manusia takpe, tapi jangan tak dapat perhatian daripada Allah...

lama tak share segmen kan.. so malam ni ada peluang, jadi kena ambil untuk tujuan manfaat,.. amani tertarik sangat-sangat dengan ayat cinta Allah... so sweet kan Allah...

surah Az-Zumar, ayat 9

" apakah kamu hai orak Musyrik yang lebih beruntung ataukah orang-orang yang beribadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut dengan azab akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya "

katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang mudah menerima pelajaran,,

terlintas di hati amani, kadang-kadang orang yang lebih tua daripada kita ni, secara logik akal kita pastinya lebih banyak ilmu dan pengetahuan daripada orang muda, bak kata pepatah 'lebih makan garam'...

sebab banyak makan garam tu ke kadang-kadang mereka ni tak boleh nak menerima pandangan orang yang lebih muda?.. sebab banyak makan garam tu ke mereka merasakan setiap tindakan yang mereka ambil itu betul dan orang muda tak boleh tegur bila merasakan tindakan itu tak wajar ??... ermmm, kena koreksi lagi diri.. :)


okey, itu sahaja kot... sama-sama ambil pengajaran dan iktibar dalam kehidupan, barulah ada kemajuan dan kejayaan di akhirat. mudah-mudahan rahmat dan redha Allah bersama kita.. berkasih sayanglah sesama makhluk, kalau nak marah dengan makhluk, boleh, tapi jangan lebih daripada 3 hari.. :) huhu...

Sunday, December 18, 2011

doa dalam duka..

Ya Rahman..
syukur dengan setiap rasa yang Engkau hembuskan pada diriku...
dengan rasa ini, aku dapat merasa nikmat sabar...
aku dapat mengenali sikap dan sifat dalam diriku...
dan dengan itu, aku mengenali dimana dan apa silap dan salahku...
dengan itu, aku dapat memperbetulkan dan memperbaiki kelemahan itu..
syukur ya Allah...
sesungguhnya hikmah itu indah jika aku mencarinya..
dan sesungguhnya ilmuMu teramat luas untukku yang terhad pengetahuan dan pemikiran.

Ya Rahim...
aku bermohon dengan DzatMu yang Maha Hebat dan Maha Berkuasa..
sedangkan aku hina lagi lemah tidak berdaya...
yang mengharapkan pertolongan dan perlindunganMu..
titipkan dalam jiwaku keimanan yang kental..
iman yang betul-betul teguh tanpa sedikit goyah...
agar jiwa dan hatiku tidak sedikitpun longgar dan rebah apabila ditimpa musibah...

titipkan juga iman dan kasih sayangMu kepada saudara-saudaraku..
yang sesungguhnya aku kasihi mereka di atas namaMu Yang Indah...
lindungi mereka dari azab kubur dan api nerakaMu,,,
jauhkan mereka daripada fitnah dunia...
dan redha serta rahmati mereka seperti mana Kau merahmati orang-orang yang soleh...


aku mengasihi mereka seperti mana aku mengasihi diriku sendiri.
semoga dengan itu, kasih sayang Allah ada untuk diriku..



Friday, December 16, 2011

kad pengenalan


duduk sorang diri, mulalah tangan nak mengemas... nak kemas yang berat-berat tak mampu lagi, kemas yang ringan-ringan je.. tangan terus capai purse panjang yang comel, teringat pada seseorang kalau tengok purse tu.. terus tangan keluarkan duit-duit, kad-kad yang banyak, mata tiba-tiba terpandang pada KAD PENGENALAN...warnanya sudah kekuningan dan sangat buruk... terus aku menatap mukaku yang tertempek disitu..

terimbau zaman sekolah rendah dulu... aku lasak, sangat lasak.. semua aktiviti sukan aku nak masuk, tapi menangnya tu takdelah.. aku bukan olahragawati.. tapi aku sangat disayangi oleh guru-guru..boleh dikatakan sampailah sekarang,.. mungkin kerana aku adalah murid yang suka menolong guru... teringat pula aku pada cikgu ramlan, cikgu yusri, cikgu saliza, dan yang paling aku takut, cikgu norliza, sebab dia teacher BI aku... arghhh, tension dengan BI...


"wani, awak nak masuk hoki tak?? cikgu Maidin ajar"... cikgu Maidin ayah kepada kawan aku, Aisyah Maidin,.. " nak cikgu"... bermula daripada itulah aku rajin sangat berlatih hoki di padang... dulu main kat padang tak pakai tudung....dapatlah wakil sekolah pergi pertandingan sana sini......tapi aku tetap utamakan pelajaranku di dalam kelas,.. aku akan pastikan rangking aku hanya nombor satu dan dua dalam kelas...

bulan berganti bulan, aku masih lagi menjadi pelajar yang boleh dikatakan cemerlang akademik dan kokurikulum... "cikgu nak pilih murid yang boleh main bola jaring untuk wakil sekolah dalam pertandingan bulan depan..siapa nak masuk, besok pakai baju sukan dan ada pemilihan"...esoknya aku siap berpakaian track bottom dan t-shirt sukan sekolah yang tertera tulisan SK Dr. Sulaiman, Tampin, kasut pula aku sarungkan kasut pengawasku yang berwarna hitam dan sudah hampir koyak..... rambut ku ikat macam ekor kuda, dalam geng aku lah yang paling ganas sekali, yang semua nampak ayu-ayu je, najihah, aqilah, umi, afiqah, suhaili dan ain...aku ni nak berkawan memilih sikit, yang tak berapa pandai aku tak nak kawan.. hahaha, jahat betul aku dulu

kami pun berkumpul dengan kawan-kawan yang lain dan membuat bulatan, proses pemilihan dimulakan... dan aku adalah orang yang pertama dipilih menjadi pasukan DR. Sulaiman Team A.. dan aku disarungkan jersi C sebagai center.... di padang, walau aku tidak lah setinggi player yang lain, tapi aku agak lincah... cepat menyelinap,.. sekolah kami masuk ke peringkat negeri... bangga betul guru besar dengan team bola jaring kami.. huhu....

sampai satu hari, lepas game perlawanan persahabatan di padang, ayahku yang juga guru disekolah itu, merangkap guru kelasku ' cikgu Anuar' datang... "wani, ayah kau panggil balik".. aku pun cepat-cepat naik tangga lalu ke tempat parking dan masuk kereta wira warna maroon...berpeluh-peluh aku dalam kereta, dan air cond yang terpasang belum dapat menyejukkan ketiak ku yang basah.. hahaha..

" nak pergi mana ayah?"... " pergi buat kad pengenalan".. ALAMAK..aku lupa hari ini adalah hari aku akan menjadi dewasa, macam kaklong, ibu dan ayah,.. sebab dah ada kad pengenalan..ayah cakap, siapa yang dah ada kad pengenalan ialah orang yang dah besar...

sampai di Pejabat Pendaftaran Negara di Tampin Square, aku tengok ramai orang disana..ayah pakaikan aku tudung warna hitam, "perempuan kena pakai tudung, macam kaklong dan ibu".... dan sampai giliran aku, aku pun sudah siap proses membuat kad pengenalan...tak sabar nak jadi dewasa...

sekarang, di tangan aku, aku sedang memegang kad yang telah membuatkan aku dewasa... mukaku, hitam, siapa yang tengok kad pengenalan aku mesti ketawa... hahahahahaha.. aku sendiri ketawakan muka sendiri... entah bila aku nak tukar pun tak tahu, dan yang pasti, gambar kad pengenalan itu memberikan satu episod baru dalam hidup sebagai seorang yang dewasa...



kelak, satu lagi kad yang membuatkan aku telah dewasa iaitu " KAD NIKAH"...~~ belajar menegnali erti kehidupan..

Thursday, December 15, 2011

kutu

pernah alami kepala berkutu... jahat kan kutu tu, sebab dia jalan-jalan atas kepala, lepastu buat kepala kita gatal.. bila garu puas-puas.. nikmatnya sedap betul..lepas tu garu lagi, tak juga hilang-hilang gatalnya...eiyy, gerammnya dengan kutu ni

sampai satu ketika, pegawai kesihatan datang kesekolah, sebab ada banyak kes wabak kutu merebak kat sekolah...

misi tanya " siapa kepala yang ada kutu"... senyap je semua, mungkin malu dekat kawan-kawan yang lain...misi tanya lagi.." siapa kepala dia gatal"... barulah ramai yang angkat tangan.. pandai juga misi tu kan?? huhu..misi pun bagi ubat kutu dan suruh beli sikat kutu....

misi kat rumah... mandi dengan ubat kutu, lepas tu sikat rambut dalam bilik sorang-sorang dan picit kutu-kutu yang gugur atas meja solek... tup tup tup bunyi kutu meletup dipicit... agaknya atas kepala banyak lagi telur-telur kutu.. haih.....

tiba-tiba dengar suara ibu menjerit "..kepala kamu ada kutu ke?? meh sini ibu tengokkkan"...
terus ibu letakkan kepada di atas peha dan menguraikan rambut yang panjang... sehelai demi sehelai rambut diselak untuk bersihkan kepala daripada kutu...

saat itu, satu nikmat yang dirasai..belaian kasih seorang ibu... kalau tidak kerana kutu yang jahat, pasti susah nak dapatkan belaian itu... terima kasih kutu, kamu tak jahat lagi....


bila dah besar ni, bila balik je kampung, ibu selalu cakap... " gatalnya kepala ibu, siapalah yang nak carikan uban ibu".. terus aku mencapai sikat dan penyepit... ku ambil sebiji bantal dan kuletakkan di bawah tengkuk ibu, kepala ibu kuletakkan di peha.. saat itu aku merasa nikmatnya membelai wajah dan kepala ibuku.. terima kasih Tuhan dengan nikmat itu... aku belajar mencari erti kehidupan, dan disana aku memahami firman Allah... nikmat Allah yang manakah ingin didustakan??

tinta hati 5


ia terjadi buat entah keberapa kali..
tapi kali ini aku cuba meletakkan sikap " berbaik sangka" di atas sikap "mencuriga"...
mudah dikata.. tapi sukar untuk dilaksana..... pernah alami???

batu giling...


huhuhu...

bila duduk tepi jendela, tengok bangunan tinggi-tinggi mencakar langit, tiba-tiba hati kecil sayu dan rindu pada teratak lama di kampungku, Rembau, negeri Sembilan..... barang pertama yang terimbau dalam kotak ingatan ialah BATU GILING...


mungkin ada yang kenal, ada yang tidak... mudah kata, batu giling ini BLENDER zaman dulu-dulu.... teringat ibu-ibuku yang mengantikkan ibu kandungku duduk menggiling lada untuk dimasak... orang nogori, kalau takde cili tak sah lauknya......

lalu diri kerdil ini terlintas satu pengajaran dalam kehidupan..

" hidup ini ibarat batu giling. perlu ada alu dan alas. kedua-duanya perlu bergandingan bagi menggiling lada kering. air pula peranannya bagi menjadikan gilingan lada ini lebih lembut dan halus. lada pula mudah hancur. tengok!!! Allah jadikan sesuatu itu ada gunanya..."..


benar..segala yang ada di langit dan bumi adalah kepunyaan Allah. tidak ia dijadikan sesuatu itu dengan sia-sia. pengajaran ada di sebalik setiap kejadian... lalu, nikmat Allah mana yang manakah mahu didustakan????..~~ mencari identiti diri dalam kehidupan


Wednesday, December 14, 2011

kalau ada yang membenci diri..


assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani... mungkin apa yang amani coretkan sebentar lagi, mungkin ada sesetengah berfikir,. " eleh dia ni, cakap tak serupa bikin, dia pun sama juga".... sebelum itu, biar amani jawab, kita tak perlu nak tunggu baik dan sempurna sepenuhnya untuk menasihati orang lain, dan amani akui, diri amani juga kadang-kadang khilaf, kerana kita ada hati dan perasaan...

kadang-kadang kita selalu fikir, kita rasa kita tak pernah sakitkan hati orang, tak pernah nak ada keinginan untuk membenci orang, sebaik mungkin kita melayani orang sekeliling dengan sama rata dan selalu bersangka baik dengan mereka, kerana kita telah dilatih sebegitu...tapi kenapa ada sahaja insan-insan dan hamba-hamba yang ada sahaja strateginya untuk menjatuhkan kita, untuk menyebarkan fitnah dan membuatkan kita rasa putus asa dengan apa yang sedang kita lakukan... pernah alami macam tu??? dalam kehidupan amani... yupss, sejak kebelakangan ini amani hadapinya sehingga sanggup menghantar benda yang menyalahi hukum Allah.. semoga kamu mendapat hidayah..

amani fikir, kalau kita menghadapi ujian daripada manusia sebegini, apa yang harus kita lakukan sebenarnya???... pertama sekali..

1)- muhasabah kembali diri kita sendiri.. pernah dengar orang cakap bahawa sikap orang adalah cerminan sikap kita.. ada betulnya kan, jadi kita kenang kembali diri kita, mungkin ada kelemahan-kelamahan yang terkadang kita terlepas pandang untuk dijaga,.. kemudian, apabila kita sudah jumpa kelemahan itu, jangan pula katakan pada diri.. " eleh, dia pun macam lah baik sangat".. jangan sesekali menanam rasa kebencian pada mereka yang membenci kita..

seandainya puas kita gali dan kaji kelemahan diri,, tapi dengan izin Allah, kita tak ketemu lagi, biarkan saja kebencian manusia itu..dan jangan bersedih... tapi terkadang kita tetap bersedih, ermm, mungkin disini boleh amani katakan, iman kita belum mantap, dan pengharapan kita pada Allah belum kuat... amani pun sama juga, jadi selepas ini kena lebih tabah dan kuat.. kalau kita tahu kita tak buat salah, buat apa nak bersedih, kerana itu smeua fitnah daripada mereka...jangan sesekali membenci orang yang membenci kita.. sebab kita tak rugi apa-apa, sebaliknya kalau kita membenci, kita rugi, sebab perkara itu sudah hampir dengan dosa... Nauzubillah...

2)-cukuplah kita ada orang yang benar-benar menyayangi kita... jika kita ada kawan yang membenci kita, biarkan, biar dia membenci, dan kita masih ada orang yang menyayangi...kalau tiada manusia yang menyayangi, Allah itu sentiasa ada.. malah lebih dekat daripada sangkaan kita.. mudah kata, kebahagiaan itu terletak dalam hati kita.. kalau hati kita percaya bahawa, jika ada org yang membenci, tapi hati percaya yang kita mampu hidup bahagia, pasti kita bahagia... pentingnya permainan psikologi hati dan jiwa.... biarkan manusia leka dengan sandiwara dunia, jangan kita jadi sebahagian daripada mereka,, kerana tujuaan kita adalah mencari kebahagiaan disana bukan melakukan perkara untuk membenci individu yang sia-sia...

fuhhh, lepas juga amani nak tulis ni.. hehehe, semoga tinta ini amani dapat lekatkan dihati bila amani diduga dengan insan-insan tersebut... semoga kamu peroleh kebahagiaan yang kamu cari.. :)...sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang benar...


ramai yang bertanya tentang kahwin lately ni...aduyai, penat nak menjawab satu hal, nak fikir jawapan satu hal... mudah cara, kahwin tu kerja Allah, dah sampai masanya Allah nak kurniakan ada laaa.... sekarang nak fikir anak-anak dulu...anak murid..

Tuesday, December 13, 2011

tinta hati 4


tiba-tiba..dalam kesunyian waktu
dan dalam kesepian kerna kesendirian.
aku terfikir tentang sesuatu...

ada yang cuba datang mengetuk pintu hati...
ada yang cuba mencari kunci untuk didiami..
ada juga yang sekadar menjengah jendela untuk cuba mengintai...
huhuhu..

tapi semuanya belum mampu membuka pintu hati wanitaku...
ada...tapi biarlah dulu...
kerna aku terfikir bila seseorang berkata padaku,,,
bukalah hati untuk belajar menerima orang lain...
bila jadi bunga, pasti ada kumbang yang memandang,,,
dan pastinya ada kumbang yang ingin menghisap madunya,,,

lalu..aku berfikir sekali lagi...
perjalananku masih jauh,,,
aku masih punya cita-cita yang belum aku capai...
aku tidak mahu menjadi pasir yang mudah kelihatan, banyak sekali ditepi pantai...
malah diinjak-injak oleh manusia...

kerna aku ingin menjadi mutiara di dasar lautan..
biarkan aku sendirian, tidak dipandang manusia tidak mengapa...
kerana aku tahu, nilaian itu lebih berharga daripada pasir yang banyak itu....

kalau ada antara kamu yang membaca...
aku mohon pengertian... itu sahaja...
dan berhenti bertanya tentang itu, kerana aku belum bersedia,,,
dan aku belum mendapat jawapan daripadaNya,,
wamakaru wamakaraAllah... wallahualam bissawab,,, Assalamualaikumm

bagiku, tiada yang terindah selain daripada takdir yang aku serahkan kepada Allah sebulat-bulatnya.... jika itu ketentuan Maha Hebat,aku terima...



dari jauh...


bila mata dah tertaut padanya...
saat bibir dan ucapkan " aku jatuh cinta pada Dia"
tika hati sudah mula rasa rindu bila tak bertemu...
detik itulah semuanya jadi tak keruan....
berkira-kira, bila jasad ingin ditemukan...

Ya Tuhan....aku tertaut pada rumahMu itu...
tapi aku tak bisa untuk menjadi tetamunya...
ubati kerinduanku ini Ya Hannan...
aku rasa rindu untuk mendengarkan muallim itu mengajarku..
aku rasa rindu mendidik mereka yang inginkan sesuatu daripadaku,...

Ya Razak...
berikan aku kekuatan iman
agar aku rasa senang dan mudah menempuh dugaan yang Engkau berikan,,
kerana inilah tanda cintaMu kepadaku sebagai HambaMU..


(^_____^) ....... hidup perlu sentiasa ceria, walau ada yang membenci, tapi harus ingat masih ramai yang mencintai..InsyaAllah...jazakumullah khairo kasir sebab datang ke Bicara Amani.. Ma'assalamah...

puitis sang kata-kata


dalam doa solat subuh ini kau menjelma langit yang semalaman
tidak memejamkan mata, yang meluaskan bening sedia menerima
cahaya pertama, yang melengkung hening kerana aku menerima
suara-suara...

apabila matahari mengambang tenang di atas kepala,
dalam doaku kau menjelma menjadi pucuk-pucuk cemara yang hijau senantiasa,
yang tidak henti-henti mengajukan pertanyaan musykil kepada angin
yang mendesau entah dari mana..

dalam doaku petang ini kau menjelma seekor pipit yang mengibas-ngibas
bulunya dalam gerimis, yang hinggap di ranting dan mengugurkan bulu-bulu bunga jambu,
yang tiba-tiba gelisah dan terbang lalu hinggap di dahan mangga itu..

maghrib ini dalam doaku kau menjelma angin yang turut sangat perlahan dari nun di sana
yang berjingkit di jalan kecil itu menyusup di celah-celah jendela dan pintu
dan menyentuh pipi dan bibirnya di rambut, dahi dan bulu-bulu mataku...

dalam doa malamku kau menjelma menjadi denyut jantung yang dengan sabar bertahan kepada rasa sakit yang entah batasnya,
yang dengan setia mengusut rahsia demi rahsia, yang tidak putus-putus bernyanyi bagi kehidupanku...

aku mencintaimu, itu sebabnya aku tidak pernah selesai mendoakan keselamatanmu...

dalam doaku : 13/disember/ 2011

p/s : lamanya dah tinggalkan kesukaanku pada puisi dan penulisan cerpen... cerpen dalam dokumen pun berkurun tak bersambung... mungkin detik ini harus dimulakan semula.. agar suatu hari nanti, sang suami dapat membacanya saat aku terima nikahnya,,,, aminnn...


ada dua pilihan ketika bertemu cinta..
"jatuh cinta" dan "bangun cinta"
untuk suamiku...daku memilih cinta yang kedua
supaya cinta kita menjadi istana, tinggi mengapai syurga...

ma'assalamah.,...

Monday, December 12, 2011

Friday, December 9, 2011

kondisi penulis blog Bicara Amani tidak diizinkan oleh Allah untuk dalam keadaan baik...
doakan dia dalam keadaan sihat.. mudah-mudahan dengan berkat dan doa semua
dipulihkan oleh Allah SWT..

---------------------------------------------------------------------- SAHABAT >>>

sebagai sahabat, ana doakan dia disembuhkan oleh Allah dan pulih seperti sediakala dan dapat lakukan kebaikan kepada semua... ana sebagai sahabat wakilkan diri untuk mohon maaf andai dia ada menyakitkan hati-hati insan, samada sengaja ataupun tidak... tapi setahu ana, dia bukan orang yang selalu menyakitkan hati... insyaAllah, dia juga pesan, dia sudah maafkan semua yang telah sakitkan hati dia.. semoga dalam barakah Allah.. Salam'alaik...

Thursday, December 8, 2011

anak-anakku


pertama kali bawa anak-anak kesayangan pergi masjid...
sebelum ni bawa solat kat rumah je..
semuanya seronok sangat...

nureen (5 years old) :teacher-teacher, nureen takut lah nak pergi masjid..
Allah sayang nureen tak??""

damiya (3+ years old ) :teacher, mia tak bising kan dalam masjid...solat takleh cakap-cakap kan"...

ain (3+ years old)"teacher, ain lupalah.. kita nak solat Asar berapa rakaat..."...

teacher : " kita nak pergi solat ni, tak boleh bising-bising nanti ustaz marah, Allah pun marah,.. solat tak boleh gerak lebih 3 kali, tak boleh cakap-cakap... lepas solat, beratur sama-sama.. siapa tak ikut cakap teacher Allah marah and teacher taknak bawa lagi tomorrow... behave your self because Allah love you all... teacher pun sayang juga..."..

semua,, " okey teacher, tak nakal lagi...."..

teacher : very good

subhanAllah... betul kata orang, melihat kanak-kanak hilang masalah... semuanya comel sangat. really loves children..nak mendidik anak dan membentuk budaya islamiyah dalam diri bukan susah, sebab mereka suka meniru, cuma kadang-kadang ibu bapa yang leka dengan kerja hingga anak-anak terabai.. jadikan diri sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab kelak...


teringat pula kata ustaz semalam dalam kuliyah, ibu bapa sekarang banyak ajar anak-anak untuk kusyuk dengan main game, tenangkan fikiran dengan main bola kat padang, holiday tepi pantai,..tapi tak ajar anak-anak untuk merasa ketenangan dalam solat.. mungkin kita perlu lakukan perubahan ini.. insyaAllah,..

hidup adalah perjuangan


malam tadi..hati berasa kurang tenang, hati berasa gundah gulana..
mencari penyelesaian masalah hati yang tiba...
dalam kesepian malam, aku cuba mencariNya.....
dan ketika itu, jawapan yang kudamba aku ketemu...

sebenarnya...
bagaimana akhlak seorang pendakwah??
adakah seperti aku???
bagaimana sebenarnya akhlak seorang muslimah??
adakah seperti aku???
.. Ya Tuhan Yang Maha Mengetahui seluruh yang aku sembunyi...
sesungguhnya akhlak indah itu belum cukup dalam dadaku...

masih diriku kotor dengan sikap yang sepatutnya tiada bagi seorang pendakwah dan muslimah...
terkadang dalam usrah dan halaqah, aku mampu untuk menjentik hati mereka untuk merasa hebatnya Allah...
tapi kadang-kadang aku juga leka dan lalai...
dengan tutur kataku, aku mampu melembutkan roh mereka untuk mendekati dan menghampiriNya...
tapi ya Allah....kadang-kadang aku tidak mampu mengenali diriku sendiri...

bantu aku dalam setiap langkahku...
Kau didik tutur kataku...
Kau didik adabku...
Kau didik akhlakku
agar aku boleh menjadi orang menyebarkan agamamu dengan akhlak yang baik..
bantu aku ya Allah...
kerana aku hanya hamba yang lemah dan tidak berdaya tanpa bantuanMU...


hidup tanpa perjuangan adalah keaiban..

Wednesday, December 7, 2011

tinta hati 3


SubhanaAllah.. sekali lagi Allah memberikan aku jawapan bagi setiap persoalanku yang sukar aku dapatkan jawapan pada yang bergelar manusia...
saat kakiku melangkah ke situ, aku berdoa agar muallim itu akan memberikan sedikit peringatan kepadaku untuk ku bawa pulah ke teratak rumahku.. dengan izin Allah yang Maha Mengetahui lubuk hatiku, Dia memberikan permintaanku...

kata muallim itu...

bila ditimpa masalah dan kekacauan jiwa, kembali kepada misi dan visi kehidupan kita. visi iaitu matlamat untuk mendapatkan redha Allah, dan misi yakni cara untuk mendapatkan visi dengan menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku....

katanya lagi, hidup tanpa masalah bosan,..hidup banyak masalah macam mana pula??.. macam benang yang berserabut,,.. macam mana nak selesaikan?? pastinya ia akan menguji kesabaran kita, kalau disentap, putuslah ia..jadinya carilah pangkal benangnya dan sulami dengan kesabaran, pasti dapat selesaikan masalah itu....
apa sahaja masalah yang melanda, kembali kepada Allah, carilah ketenanganNya dalam solat dan ayat CintaNya... dan tika itu, aku merasakan seolah-olah lututku menggigil menahan bermacam rasa... tak terdaya menahan air mata.. Astaghfirullah, Aku Khilaf Ya rahim.. Ampunkan aku..

pesan muallim... saat solat, untuk mendapatkan ketenangan dan kekusyukkan, serahkan diri kepada Allah secara total, mohon padanya sebelum solat agar dikurniakan rasa nikmat solat itu... rasakan bahawa aku ini adalah insan yang sangat hina dan lemah tanpa Allah... Islam tidak memerlukan aku, bahkan aku memerlukan Islam dan Allah.. katakan pada hatiku bahawa aku tidak akan bahagia jika tanpa kasih sayang Allah.. dambakan cintaNya lebih daripada manusia dan dunia...

pesannya.. pandanglah pada visi iaitu matlamat kehidupan didunia...walaupun dalam menjalankan misi banyak dugaan dan begitu sakit menanggungnya, tapi ingat, matlamat aku adalag redha Nya.. manalah tahu, aku adalah pencinta yang Maha Satu..Aminn...

tidak ada kebahagian yang tinggal bagiku... kecuali dalam takdir Allah... apa yang aku inginkan dalam kehidupanku ialah apa yang Allah tetapkan untukku dimuka bumi ini.. itulah yang aku inginkan,


aku bukanlah manusia sempurna untuk menasihati sesiapa...aku juga bukanlah manusia yang terbaik untuk bersama dengan manusia yang baik... aku suka bersendiri dari dulu hingga kini.. aku cemburu pada mereka yang punya itu dan ini, kerana aku manusia ada keinginan, namunn... bersendiri tetap pilihanku,.. biarlah Allah tentukan yang terbaik buat diriku yang kerdil ini.. sungguh..tidak ada yang memahami keadaan diriku..kawan, sahabat, teman,..tiada... jika ada, tidak sepenuhnya dia memahami, begitu juga aku, tidak sepenuhnya aku memahami kamu... melainkan Allah yang mencipta aku.....



segmen : Qalam Illahi # 7


Ya Allah.. ingatkan diri yang sering alpa, leka dan lalai ini bahawa setiap umat manusia yang beragama Islam akan sentiasa diuji dengan cubaan, kesedihan, kegelisahan dan tekanan emosi, dengan itu Dia akan meningkatkan darjat manusia itu......

Firman Allah

" Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu : Siapa antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)."- surah Al-Mulk-2

dan ingatlah di dalam sabda Nabi SAW :

" Jika Allah menghendaki kebaikan seseorang, dia akan mengujinya dengan musibah- Hadis Riwayat Al-Bukhari..

Laailaha illallahul 'aziimul haliim laailaha illallahu rabbul 'arsyil 'aziim laailaha illalahu rabbus samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul 'arsyil kariim. Aminnn Ya Rabb..


tapi harus diingat juga bahawa kita ini adalah manusia yang Allah kurniakan perasaan untuk kita rasa sedih dan macam-macam lagi perasaan... tidak salah merasa sedih dan ingin untuk menangis, tapi janganlah menangis menyalahkan takdir, tapi menangislah kerana kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa dan bermohon kepada Allah untuk mendapatkan bantuan dan ketenangan hati.... jangan dipaksa bergembira bila hati tengah berduka, sebaliknya ambillah masa untuk meluahkan kepada Allah dan sesiapa yang dipercaya kerana itulah Allah ciptakan kita bersahabat dan berkawan.... :) Waallahualam.. amani tidak pandai dalam bab-bab agama, jika ada salah dan silap dalam Bicara Amani, yang menimbulan fitnah pada siapa-siapa, amani mohon ampun dan maaf banyak-banyak... semoga Allah memberikan petunjuk kepada amani dan semua aminn...

~~ALHAMDULLILAH~~

trust???

pernah dengar orang cakap tentang kepercayaan??

yupss.. dalam Islam, kepercayaan itu Iman..
membenarkan dalam hati, mengaku dengan lidah dan melakukan dengan perbuatan..
iman perlu sentiasa meningkat...
tapi macam mana dengan kepercayaan pada manusia???
sometimes kita makin percaya..
tapi bila sekali manusia itu melukakan hati atau melakukan sesuatu diluar jangkauan kita..
pastinya kepercayaan kita akan berkurang kan???...

kamu boleh saja katakan itu dan ini pada saya...
kerana kamu berhak berkata dan berfikir seperti apa yang kamu mahu...
tapi satu perkara yang saya tahu waktu ini...
tentang kepercayaan saya pada kamu semakin berkurang....

trust is like a paper, once its wrinkled, it can never be a perfect again...

satu yang saya boleh katakan.... keikhlasan itu pada saya hanya Allah saja tentukan, dan pada saya, pandangan mata manusia tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupan, kerana itu semua DUNIAWI.. thanks for everything and thanks sebab menyedarkan saya tentang kepercayaan, kesabaran, dan kukuhkan keimanan kepada Allah.. thanks...Assalamualaikum sahabat...

dalam berbicara perlu sertakan dengan kesopanan..kalau ilmu agama saja tinggi tapi tiada budi bahasa pun takboleh jugak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...