Wednesday, September 11, 2013

jari pun tak sama

Assalamualaikum wbt semua pembaca Bicara Amani.. semoga sentiasa sihat dan dalam rahman dan raheem Allah swt. Walaupun dah lewat and esok sekolah. Tapi amani rasa nak update jugak. Huhu...

Pernah tak dalam satu situasi kita rasa macam ada orang x sukakan kita.. x suka cara kita. Tak suka cara kerja kita. Tak suka pada cara kita bergaul. Huhu... senang ckp apa yang kita buat dia  jadi tak suka. Buat baik salah dimatanya. Kalau buat salah lagilah seronok kita di bahannya. Pernah tak alami???

Alhamdulilah. Selama amani belajar di upsi dan aktif dalam persatuan. Jarang ade masalah sosial seperti ini. Tapi beza bila kita masuk ke alam pekerjaan..pasti akan ada sedikit sebanyak masalah macam ini. Yang membezakan adalah besar atau kecil je saiz 'ketidaksukaan' orang terhadap kita..

Kalau nak disenaraikan antara motif kenapa org jadi tak suka kat kita memang banyak.. huhu. Tapi untuk menyejukkan hati sendiri katakan yang positif pada diri kita sendiri contohnya

"Laaa.. biar lah dia nak ckp buruk. ALLAH tahu hati kita"
"Orang yang dengki pada kita segala amal dia dapat kat kita"..

Positif thinking sangat memainkan peranan dalam masalah macam ini. Dan amani rasa salah satu jalan penyelesaian bagi masalah mcn ni ialah dengan  sabar dan buat tak tahu je dengan  orang yg bersikap sebegini. Jangan pernah samakan diri kita dengan mereka dengan berkelakuan macam ni pada org lain..

Rasa tak suka tu perlu pada tempatnya. Bukannya tak suka sebab nafsu. Bekerjalah dengan rasa kasih dan sayang sesama saudara di tempat kerja..Allah dah jadikan kita berbeza keupayaan dan kekurangan tersendiri. Jadi mengapa mahu cemburu dengan yang lain. Positifkan tingkah laku/tutur kata dan cara kerja. Kerana itu semua menjadi asbab kita dihina atau di angkat darjat olehNya..

Bagi mereka yang berada dalam situasi seperti ini. Sabar dan tabah. Dan selalu ingat..

Honesty is the expensive gift. Do not give it to the cheap people.

Monday, September 9, 2013

Bijak Merancang

Assalamualaikum wbt semua pembaca Bicara Amani, Alhamdullilah, latest entry mendapat sambutan, terima kasih Allah sebb sudi berikan kembali sahabat-sahabat Bicara Amani. .. Alhamdulillah...

entry sebelum ini amani ada ceritakan tentang kehidupan.. redha dengan takdir Allah adalah kunci kebahagian dalam kehidupan. Selalu ingatkan dalam hati yang bukan org tertentu yang buatkan kita bahagia, bukan hari-hari tertentu yang buat kita rasa seronok dan happy, tapi bagaimana hati kita menerima sesuatu yang Allah beri dengan lapang dada itulah cara untuk bahagia dalam hidup...

tapi ingat.. redha bukan bermakna pasrah, bukan makna menyerah. tapi kita percaya yang Allah sedang berikan yang terbaik buat kita.. salah satu cara untuk bahagia dalam kehidupan ialah BIJAK MERANCANG..

bagi amani lah kan, dalam apa-apapun kalau kita merancang dan fikir kehadapan, kita akan berusaha untuk mengurangkan segala risiko atau kekurangan yang akan kita jangkakan, samalah macam membina kehidupan yang bahagia, rancang untuk mengatasi masalah akan dtg...dalam soal ekonomi diri sendiri, pengurusan hidup/masa seharian, soal pasangan, soal rumah tangga dan juga soal makan/pakai/kenderaan di masa hadapan, bijaklah merancang daripada sekarang, senaraikan segala masalah yang bakal kita hadapi dan rancang bagaimana untuk settlekan masalah tu.. :) 

gagal merancang adalah merancang untuk gagal... 

contohnya, bagi mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, jangan sibuk untuk merancang kenduri walimah sahaja, tapi fikir lagi hadapan iaitu bagaimana pengurusan diri/masa/kewangan/tempat tinggal waktu dah selesai kenduri nanti...

tapi ingatlah, sehebat manapun kita merancang, Si Dia lebih hebat merancang apa yg terbaik buat kita dan orang disekeliling kita, kerana akal kita hanya terbatas untuk berfikir risiko yg 'mungkin' terjadi, tapi Yang Esa memang dah tahu apa yg bakal terjadi dan pastinya semua baik untuk kita...

apa sahaja yang kita peroleh dalam hidup ini, bersyukur, tapi syukur bukan Allah suruh terima sahaja apa yg Allah beri tapi rancanglah untuk jadi lebih baik. :). syukur Allah dah beri profession yang kita suka, tapi rancang dan usaha jadikan profession kita lebih baik untuk dunia dan akhirat, bersyukur ada kenderaan yg baik dan mudah untuk kemana-mana, usaha dan rancang untuk menjaganya dan bayar hutang loan kereta secepatnya.. hahaha.. :) 

rancanglah hidup dengan baik, sekurang-kurangnya kita usaha untuk menjadi hamba yang lebih baik daripada semalam dari segenap sudut, kerana Allah tak menilai adakah kita berjaya atau tidak, tapi Allah menilai adakah kita usaha untuk berjaya...

choice, chance and changes.. you must make a choice to take a chance or you life will never change. 

Saturday, September 7, 2013

nama saya KEHIDUPAN

Assalamualaikum wbt semua pembaca blog Bicara Amani.. Astagfirullah hampir setahun blog amani tidak ber update... tiada cerita. tiada kisah,, tiada entry.. huhuhuhuhu....In sya Allah amani ada lagi, cuma belum ada keinginan untuk menulis semula. ALhamdulillah Allah beri kembali semngat untuk menulis. so harini berupadate lah blog bersawang ni.. mungkin belum ade yg ingin membacanya lagi.. takpe.kita bertatih semula...

Alhamdullilah, syukur dengan segala nikmat yg Allah kurniakan dalam kehidupan amani. dan segala kekuasaan dan keinginanNya lah apa yg ada dalam kehidupan amani sekarang ini. Ada yang amani jangka amani akan perolehi dan ada yang langsung tak pernah amani jangka dulu akan berlaku. SubhanAllah segalanya dan kehendak dan izin Yang Maha Berkuasa.

Siapa sangka 4 tahun dahulu amani yg masih belajar di Upsi, kini sedang mendidik anak-anak menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. siapa yang menjangka, amani yang dulu tidak matang dalam membuat keputusan, kini Alhamdulillah menjadi orang yang boleh dipercayai dalam company untuk membuat keputusan. siapa yang menjangka amani yang dulu seorang anak gadis kecil buat ibu dan ayah, yang dulu ditanggung makan dan minumnya kini menjalani kehidupannya dengan usaha atas kaki sendiri. siapa yang menjangka amani yang dulu hanya tahu naik kenderaan awam untuk kemana-mana kini sudah mampu membawa kereta sendiri. Alhamdulillah... dan siapa yang menjangka dulu amani sibuk berkhayal dengan cinta yang tidak tahu apa kesudahannya dan kini sedang menanti hari bahagia bergelar seorang isteri pada sang suami mithali.., syukur Alhamdulillah... semuanya tidak dijangka kerana kehidupan bukan di tangan kita, tapi takdir pada kehendak yang Maha Esa...

berbicara tentang kehidupan,. terlalu banyak yang ingin dicoretkan disini buat tatapan saudara, sahabat dan mungkin in sya Allah buat anak-anak. tetapi dalam banyak-banyak kisah perjalanan ini, hanya satu yang membuatkan amani teguh. percaya dan redha pada takdir Allah itu adalah kunci kebahagiaan dalam kehidupan. 

dan amani sangat-sangat merindui kehidupan di bumi murabbi,,, huhuhu... suasananya, tarbiahnya, sahabat, kenangan, orang di tanjung malim.. semuanyalah yang berkait dengan UPSI... tapi kehidupan harus diteruskan. episod sudah berubah, kehidupan juga sudah berubah, dan akan terus berubah... semoga diriku, bakal suamiku,ahli keluargaku, sahabat handai yg disayangi sentiasa menjalani kehidupan dengan peliharaan rahman dan raheem Allah swt..

it took awhile to understand the beauty of 'letting go'.... untuk mengecap kebahagian, kadang-kadang kita harus melepaskan apa yg membuatkan kita kecewa, kerana yang baik itu selalu datangnya lambat. Redha pada takdir Allah, itu kuncinya.-amani (7/9/13)

Tuesday, January 29, 2013

bersedia dan bersedia


assalamualaikum... lama amani menyepi kan.. hehehe.. 
biasalah.. ada turun naik dalam hidup, banyak urusan yg nak diuruskan,. Alhamdullilah harini dapat update sikit je... harap still ada reader.. 

Dalam urusan baitul muslim dan baitud dakwah, ramai yang suka berteori dengan ayat-ayat manis melambung-lambung.


Ramainya adalah dari kalangan yang belum bernikah. Kerana mereka rata-rata hidup dalam fantasi yang tidak mengenali realiti. Dididik dari puisi-puisi dan novel-novel, menyangka itulah yang akan tampil.Kerana itu Hilal Asyraf di dalam Buku Motivasi Cinta: Sebelum Aku Bernikah tidak 'melambung-lambung'kan keindahan itu.Kerana apa yang akhirnya benar-benar mengindahkan rumahtangga bukanlah bicara berjargon arab, dengan cinta ana-enti. Tetapi adalah praktis, amal, tindakan yang benar dalam memanifestasikan makna baitul muslim/baitud dakwah itu sendiri.Kerana itu, yang sibuk dengan hanya anganan kala sebelum berkahwin, hanya akan terkejut dengan tribulasi demi tribulasi rumahtangga. Sedang apa yang perlu dilakukan bukanlah sibuk dengan berangan, tetapi adalah bersedia, bersedia, bersedia dan bersedia.

bersedia... bersedia...terutama dari segi minda, fizikal and ekonomi
buat checklist, rumah (sebaiknya x duduk sekali dengan mertua/parents), barangan rumah, pendapatan berdua, ermm, banyak lagi lah checklist yg nak kena buat...
usaha sehingga mampu, bukan usaha sekadar mampu.. :) 
siapa kata nak kahwin just seronok2.... dapat sponsor mama papa, its more better bina masjid guna batu bata beli sendiri, simen beli sendiri, semua hasil usaha sendiri.. :) kan kan kan..

Thursday, September 20, 2012

takut

Bismillahirrahmanirrahim..

kita merenung jauh naik kapal masa Doraemon ke 1996 yang lalu...huhuhu..

ayah, ibu dan semua ada diruang tamu, menonton berita utama di channel TV3.. aku ketika itu berusia 6 tahun, comel sangat.. (hahaha..perasan). kulihat dapur rumah sewa kami di rembau tu gelap..macam-macam yang dah ku bayangkan di dalam kegelapan tu.. mesti ada perempuan rambut panjang kat situ.. ooooohhh, seramnye. tiba-tiba..

"ibu... nak pergi tandas"..aku dtg ke arah ibuku yang sedang baring disisi ayah..
"pergilah, buka lampu tu"..
" tak nakkk..ibu temankan".. pujuk ku sambil menahan hajat kecilku. kulihat dapur, gelap gelita, bermacam muka jembalang dalam fikiranku ada disitu, memerhatikan aku dengan mata merah menyala, menunggu aku datang ke tandas dan mencekik ku... arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
" buka lampu tuu".. ayah mula bersuara keras..
"org takut..cepatlah ibu temankan, nak kencing dah ni".. pujuk ku lagi separuh menangis. sungguh aku takut sangat ke dapur tuu
"apa yang nak ditakutkan, bukan ada apa..pergi cepat, terkencing kat sini, siap kau".. ibu sudah memulakan bebelannya..aku masih duduk disitu.. hajatku masih belum kesampaian.
tiba-tiba...
" ya Allah.. tengok dah terkencing kat sini... budak bertuah sungguh, dah besar pun nak takut apa, meh sini kau".. ayah menarik tanganku masuk ke dalam bilik air di dapur.. 
tanpa membuka lampu dapur dan bilik air, aku dikurung disitu...menejerit-jerit aku meminta supaya pintu bilik air dibuka... dalam gelap gelita aku menangis, ku pandang sekeliling, gelap, hitam dan pekat, tiada apa yang ku mampu lihat, seakan org buta sahaja...hampur 15 minit ku di dalam itu..


sreeettttttttttt.. pintu bilik air dibuka..ayah menarik tanganku lembut..
"ada hantu x dalam bili air ni?" tanya ayah
"takde.. tapi org takut"... jawabku teresak-esak..
" lain kali jangan takut hantu, takut Allah je.. ".. pesan ayah, lalu disuruhnya aku mandi dan menukar baju..kemudian aku tidur...

*******
pengalaman hidup mematangkan kita.. dulu amani takut hantu dan gelap, sekarang amani takutkan Allah dan dosa... dan ketakutan amani terhadap masa hadapan juga, sebabnya amani tidak tahu bagaimana masa hadapan kita, adakah baik seperti sekarang, atau jauh lebih baik, ataupun lebih teruk dari sekarang, wallahualam, Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.. disebabkan keterbatasan ilmu kita berbanding ilmu Allah, maka serahkan lah hidup ini hanya untukNya, takutkan Dia Yang Esa, takut untuk melakukan dosa dan maksiat kepadaNya, dengan cara itu, InsyaAllah, ketakutan tentang masa hadapan pastinya berubah kepada kayakinan, yakin bahawa Allah menjanjikan yang terbaik buat hamba-hambaNya yang baik, dan tiada yang lebih menepati janji daripada janji Allah Azzawajalla.. Takutilah Allah, wallahualam bissawab..


Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.” 4:9


cukuplah rasa takut kepada Allah disebut ilmu, dan cukuplah rasa aman dari makar Allah disebut kebodohan


Thursday, September 13, 2012

Sahaja Aku Mencintai Mu


setiap hela nafas
setiap gerak tangan
setiap degup jantung
setiap derap kaki
tidak akan pernah bermakna
tanpa CintaMu...

merancang pertemuan dua hati..

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Bicara Amani. sejujurnya saat amani ingin mencoretkan kata-kata disini, bertapa syukurnya amani pada Allah yang sudah menitipkan rasa cinta dan kasih sayang diantara kami walau kami belum bersua muka.. begitulah hebatnya kuasa Allah, begitulah hebatnya kuasa cinta dan kasih sayang.. dan begitu juga hebatnya kuasa hati...

hati, bila dah suka, bila dah jatuh cinta, bila dah sayang..... pastinya kita akan sentiasa mengingatinya. begitu juga dengan diriku. sering saja hati mengingatinya, namun kerana keterbatasan yang ada, Allah dan doa menjadi perantaranya aku dan dia... ku minta pada Allah untuk menjaganya setiap masa, memelihara dirinya daripada segala keburukan dan kecelakaan..

ya.... aku masih jua belum melihatnya dengan mata pinjaman Allah ini. dan aku teringin sangat untuk bertemunya. Semoga Allah memberikan kami kudrat, kekuatan untuk kami mengeratkan lagi kasih sayang yang terbina.. Aaminn

kakakku, Lydia Miza.... terharu membaca entry tulisan akak.. 


sahabat yang baik itu, bilamana menyebut namanya makin bertambah iman kepada Allah
makin bertambah kasih dan sayang kepadanya
dan semakin bertambah ilmu mendengar kata-katanya..

Wednesday, September 12, 2012

rawatlah jika ia sedang sakit..

Bismillahirrahmanirrahim... 
Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Bicara Amani.. semangat dah mai dah nak update blog.. moga Allah terus-terusan menghembuskan rasa cinta pada Ilmu dan rasa semangat menyampaikan ilmu.. aaminn ya Rabb..

semua sihat tak ni ? amani pun baru je baik dari demam, selera makan takde, batuk, selesema lagi. bila sakit ni terasa sangat dalam hati bertapa syukurnya nikmat sihat yang Allah pinjamkan, mudah untuk beribadah padaNya..dalam dok sakit-sakit ni kan, ramai yang akan keluarkan dialog-dialog stereotaip tanda kasih dan sayang mereka.. Alhamdullilah masih ada yg cinta pada diriku yang tak seberapa ni..

amani syukur sangat-sangat Allah beri sakit ni, sebab waktu sakit ni lah amani rasa dekat dengan Allah, dan terasa yang Allah sedang mendidik hati supaya sabar dan ikhlas menerima ujianNya.. dan masa sakit ni lah waktu terbaik amani koreksi diri sebabnya duduk terbaring je x buat kerja.. huhuhuhu..

selalu manusia atas bumi ni susah hati dengan penyakit yang tak dibawa mati macam sakit jantung, kanser, kencing manis, tapi segelintir je yang take care dengan penyakit yang dibawa mati macam hasad dengki, takbur, riak.... sebab apa amani kata macam ini, sebab ramai diantara kita ni banyak merawat sakit-sakit luaran (mcm kencing manis, sakit jantung semua tu).. tapi sikit yang menyentuh dan merawat sakit dalaman ni.. (keikhlasan, khianat, sangka buruk)..

sedar tak sedar sebenarnya penyakit yang kita bawa mati tu dah semakin membarah dalam diam..tapi kita tak rasa pun sebab asyik melayan sakit luaran..tak kurang juga yang merawat penyakit dalaman ni, tapi dengan indikator yang kurang diyakini seperti kaunseling.. opss, bukan amani menidakkan terapi kaunseling, (i'm psycologist to be).. tapi kita sebagai umat Islam ada penawar yang Maha Hebat Allah berikan, iaitu Al-quran..

andai kita adalah pengguna tegar Al-quran sebagai penenang jiwa dan perawat hati, syukur Alhamdullilah, tapi masih ramai diluar sana yang punya penyakit hati ni-penyakit tidak yakin dengan Al-quran..

terokalah Al-quran, di dalamnya ada segala-gala yang kita perlukan di dunia ni.. ingat dunia bukan syurga, dan rawatlah apa yang rosak dan membusuk dalam diam supaya kita bawa yang wangi-wangi dan yang bersih-bersih ketika mati nanti.. 


orang yang pintar itu adalah yang kenal dirinya dan kemana dia akan pulang dan yang dapat manfaatkan peluang yang disediakan..

Tuesday, September 11, 2012

AKU ADA DIA... (^___^)

Melangkah itu mudah
namun mencari arah itu yang payah
mencari jalan itu mudah
namun memahami destinasi itu yang susah
menyusuri susur itu mudah
namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah...

dan semua ini...
menjaga ISTIQOMAH itu paling susah, payah dan lelah
namun DIA amat tahan bagi hambaNYA
DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik, 
hanya perlu untuk melakukan yang terbaik
meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNya
lantas nescaya DIA akan menguruskan yang selebihnya
agar yang terbaik itu menjadi milik manusia...
TERNYATA AKU ADA DIA
ALLAH SWT... 

Psttt : selama aku hidup ni, macam-macam manusia yang aku jumpa, tapi aku paling lelah dengan manusia yang omongan nya manis-manis belaka.. katanya ingin mencari CINTA ILLAHi hingga takbur pada dunia mengenepi CINTA MANUSIAWI.. dan kini, aku melihat kata-katanya memakan diri sendiri... hiduplah atas fitrah yang ditentukan...




mencari CINTA ALLAH ITU YANG UTAMA dan perantaranya ialah manusia.... ISTIQAMAH lah dalam mendidik hati, membentuk iman dan melatih diri...

Thursday, September 6, 2012

ok.. update

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin..
Maaf sebab BICARA AMANI tak update punn... hua hua hua. (T___T)

maaf ye, menang amani tak patut bagi alasan pun kan..sebab org malas memang banyak alasan.. huhuhuhu
tapi tetap nak bagi alasan.. hehe, maaf lah tak terupdate blog ni hah, masuk pun dah berhabukkkkk (uhukk)
sekarang memang waktu critical amani... banyak kerja walaupun duduk rumah....

errmm, mungkin amani nak share satu perkara je kot.. simple.. mudah difahami,.. tapi mungkin susah untuk masuk ke dalam hati.. tentang  satu perkataan REDHA... ya, semua org tahu redha itu.. tak perlu amani ulas panjang-panjang tentang redha ni ..

cuma 1 je.. bertapa Maha HebatNya Allah,.. mengetahui yang baik dan yang buruk dalam kehidupan kita... dan hanya dengan REDHA ini membezakan siapa kita disisi Allah... hamba yg menjadi kecintaan Allah, redha dengan setiap ketentuan dengan menerima tanpa banyak soal.. ketika itu Allah kurniakan berjuta-juta hikmah yg kita akan nampak dengan mata iman.. InsyaAllah.. syukur ya Allah, sebenarnya ini semua adalah kasih sayg Allah..perlindunganku untuk menjadi muslimah sejati..

dulu.. mungkin amani rasa, dengan berkeadaan sebegitu amani rasa amani boleh jadi muslimah sejati.. tapi rancangan Allah Maha Hebat..  dan amani mampu meilihat bagaimana caraNya menunjukkan jalan sebenar menjadi Muslimah Sejati dan melindungi diri dengan sebaik-baik perlindungan yang amani sendiri tidak menyangka...

bertapa baiknya Allah.... tak terhingga rasanya limpahan kasih sayang dan rahmatNya bilamana ada redha  dalam hati.... syukur..syukur.. Alhamdullilah..



ya Allah..aku redha dengan masa laluku,,
aku redha dengan apa yg ada di hadapanku..
dan aku redha dengan ketentuan pada masa hadapanku..
kerana Engkau Khalikku..
Engkau lebih tahu apa yang baik buat diriku..
dan terus-terusan bawa hatiku kepada cintaMu...
Aaaminn Ya Rahman.. Aaminn Ya Rahhim..

Wednesday, August 15, 2012

dalam pembinaan.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt buat sahabat-sahabat Bicara Amani, Moga sentiasa dalam rahim Allah, diberikanNya sebaik-baik perlindungan, dan sebaik-baik kasih sayang dan cinta,..Aamiin..

Ramadhan bakal melabuhkan tirai, bertanya kembali pada iman sendiri, tahap mana amalan? tahap mana kecintaan pada Allah yg sudah terbina? tahap mana hati kita pada Islam? tahap mana rindu dan kasih pada Allah dan Nabi SAW ??... jawapan ada pada diri sendiri.. koreksi diri sebelum berlabuhntya tirai Ramadhan kali ini..

Ramadhan yang bakal pergi, kita sebagai hamba tidak mampu menghalang, amani boleh katakan masa itu macam air, kita tidak mungkin dapat memijak air yang sama, kerana ia akan terus-terusan mengalir....dan amatlah rugi bagi mereka yang tidak menghargai kedatangan Ramadhan, sehingga Ia datang dan pergi, lansung tidak dihargai dan terkesan pada jiwa serta sanubari..

ya.. bagi amani sendiri, Ramadhan bulan pembinaan, bulan tarbiah, bulan yang penuh pengajaran,,. dan bulan -bulan berikutnya untuk penilaian samada istiqamah atau tidak amalan di bulan pembinaan ini. jika Ramadhan kita ke masjid, bulan berikutnya juga harus kaki melangkah ke masjid... jika Ramadhan kita perbanyakkan membaca Al-Quran, begitu juga bulan-bulan seterusnya.. pendek kata, segala kebaikan seperti sedekah, menjaga pancaindera, perbanyakkan berdoa, itu semua harus diteruskan pada bulan-bulan seterusnya.. semoga Allah meneguhkan hati-hati kita pada agamaNya.. Aamiinn..

dalam kehidupan ini, masih banyak lagi yang DALAM PEMBINAAN.. dan terus-terusan dibina, hingga Allah mengatakan ' TIBA MASANYA UNTUK PULANG'.. ketika itu, Allah akan menilai hasil usaha pembinaan kita itu,... 

akhirul kalam.. syukran jazilan pada mereka yang banyak membantu amani dalam pembinaan blog ini, dan amani sedang dalam proses renovation blog, entry-entry yang amani rasa tidak perlu akan di delete.. teruskan USAHA MEMBINA IMAN DAN CINTA PADA DIA YANG MAHA TINGGI.. 


salam eidulfitri buat sahabat pembaca BICARA AMANI, mohon ampun dan maaf andai kata-kata tanpa suara ini ada yang menyakitkan hati tanpa sengaja, sesungguhnya manusia itu sering leka dan lalai.. dan Allah sajalah yang Maha Sempurna, . maaf Zahir dan Batin daripada Norazwani Mohd Azhar @ Azwa Amani.. Assalamualaikum wbt.. 

Tuesday, August 7, 2012

aku juga syabab..

syabab ini, ..
kalau cita dan cintanya jundi, 
minda pasti berisi, 
langkah pasti bervisi
mara pasti berani
undur pasti berstrategi..

syabab ini...
kalau cita dan cintanya untuk Allah
sendanya pasti ukhuwah
bicaranya pasti dakwah
tawanya pasti tarbiah..

mindanya bebas belengu logika
lisannya bersih dosa auta
dadanya melaut lumut ilmu dan fakta
jiwanya terpatri kukuh aqidah
jasadnya tepu duka,..ampuh cela..

kita syabab hari ini,...
beratapkan tarbiah
berlantaikan ukhwah
bersarungkan syariah
kita melangkah megah
ke medan juang yang tidak mudah..
seandainya ditakdirkan rebah, InsyaAllah SYAHID lah penyudah...

the journey of da'wah..

semua penulis akan mati
hanya karyanya akan terus abadi
maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat kelak..saiyidina Ali b. Abi Talib

Monday, August 6, 2012

Salam Nuzul Quran-Bingkisan doa,,

Bismillahirahmanirrahemm... 

 ya Allah,.. inilah bulan ramadhan yang di dalamnya 
Engkau telah turunkan Al-Quran. Aku berlindung
dengan kekuasaanMu yang mulia, wahai Pemilik Fajar
yang terbit dari malam-malamku dan Pemilik bulan
Ramadhan yang bakal berlalu ini...

KepadaMU aku mengadu akan kesalahanku dan dosaku 
yang dengannya Engkau akan menyeksaku
pada hari perjumpaan denganMu kelak..
Ya Allah janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa 
yang terakhir dalam hidupku. 
seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikahlah puasa ini
puasa yang dirahmati, bukan sia-sia..

ya Allah,..jadikan puasaku di dalamnya
mendapat pahala serta diterima sebagai amalan yang mendatangkan keredhaanMu
dan daripada RasulMu..serta dihubungkan cabang-cabang dengan pokok, 
dengan hak kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda SAW yg suci..

Allahummma Aameen ya rabbal 'alamin..


read Al-Quran, every single time that Allah give to you.. :)
because... i believe when Allah said..
" remember me, I will remember you"- 2:152

Sunday, August 5, 2012

Cinta Di Langit Gaza

Bismillahirrahmanirraheem...semoga Allah beri kefahaman dan kesedaran dalam hati bagi yang membacanya, aaminn...

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat,...Alhamdullilah, malam tadi amani masih diberikan kesempatan oleh Allah SW untuk join program Iftar Perdana dan Badar Qubra, syok sangat rasanya, majlis yang penuh sederhana daripada segi makanan, persiapan tempat, tapi penuh dengan ilmu... banyak yg amani dapat disana.. 

pertamanya, solat Isyak dan terawih itu diimamkan oleh Syeikh Omar M.A Fora Maounsura, pengerusi Majlis Ramullah, Gaza.. dalam ucapan beliau, walaupun pendek tapi amat memberikan kesan pada jiwa amani, amani cuba sampaikan dalam bentuk yg mudah difahami ye..

1. kita ni walau dari Malaysia, Palestin, Iraq, Indonesia, tapi Nabi Muhummad SAW dab herjaya satukan kita dengan akidah yg sama, iaitu akidah islamiyyah, jadi kita ni 1 Ummah..tiada beza seorang muslim dengan muslim yg lain, sorg sakit, semua jadi sakit, itu yg patut kita rasa melihat saudara kita di Palestin, Syiria ..

2. musuh-musuh yang sedang menyerang gaza sekarang ini daripada pelbagai negara, Amerika, Jerman, dan banyak lagi negara-negara eropah dengan 1 Title iaitu tentera yahudi, dan kita seharusnya jadi macam mereka, bersatu menentang dengan 1 nama iaitu Tentera Islam, walau dari pelbagai negara...

3. waktu perang Badar Allah ber bantuan pada tentera Islam, kerana jika Islam kalah waktu itu, tiadalah Islam pada hari ini, dan Allah tunjukkan lagi bantuan daripadaNya dengan burung Ababil sewaktu tentera bergajah ingin mnyerah kaabah, kerana waktu itu tiada seorang yg dapat menghalang gajah2 itu, tapi sekarng, kenapa Allah tak beri bantuan seperti itu untuk selamatkan Masjidil Aqsam kerana UMAT ISLAM PADA HARI INI BERJUTA RAMAINYA... 

amani teringat pada kata-kata Salahuddin Al-Ayubi dalam buku yg amani baca haritu-Naskah Cinta buat Nusaibah
" barangsiapa yang menguasai Palestin, bererti mereka akan menguasai dunia"

dan malam tadi juga diantara panel penceramah juga ialah Ustaz Ridhuan Nor.. Alhamdullilah, kata-kata daripada beliau juga banyak memberi impak pada diri amani juga, dan yg paling memberi kesan ialah cara khatib di Malaysia dan Palestin membaca khutbah jumaat sangat berbeza..

di Malaysia,isi  khutbah yg dibacakan oleh Imam kebanyakkannya tidak memberi impak besar pada jiwa pemuda, contohnya "makan lah buah-buahan tempatan" dan amani ingat lagi khutbah solat raya " berhati-hati dijalan raya di musim perayaan".. tidak memberi kesan pada jiwa, tidak menaikkan semangat juang pada jalan Allah, berbeza di Palestin, takbirnya saja sudah gah menunjukkan kemenangan, tidak seperti di Malaysia, 'tangkap leleh' kata orang muda... khutbahnya menjadikan para remaja, kanak-kanak dan wanita mereka bangkit berjuang. 

Daripada cerita ustaz ridhuan ini, amani tidak hairan lah kenapa remaja kita termasuk amani sendiri lemah pada perjuagan Islam, dan mengapa rakyat Palestin kuat semangat mereka.... Wallahualam, Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.. 


Andai aku dibumi Gaza ketika ini, mungkin aku dlu yg mati di medan, kerana lemahnya semangat ku pada Islam... Allahu Rabbi, bangkitkan kami yang sedang lena, buka mata hati kami melihat saudara di hina, jadikan kami umat dan tentera yang Engkau bela.. Aminn ya Allah, pengurus segala alam..



Saturday, August 4, 2012

...Doa..

Bismillahirrahmanirraheem...

Ya Allah, perbaikilah untuk kami agama kami 
yang merupakan penjaga urusan kami
dan perbaikilah untuk kami dunia kami
yang di dalamnya adalah kehidupan kami dan
perbaikilah untuk kami akhirat kami
yang kepadanya kami kembali..
dan jadikan kehidupan ini
untuk kami berbuat kebaikan
dan kematian menhentikan kami
daripada setiap kejahatan...

ya Allah
bebaskanlah kami daripada seksa api neraka, 
dan lapangkan untuk kami rezeki yg halal
dan palingkan daripada kami
kefasikkan jin dan manusia
wahai Zat Yang Hidup dab terus menerus mengurus makhlukNya..
Aaminn...

if you are worrying about anything, u are not praying enough..
i believe, when i trust instead of think, i walk instead of sink


Thursday, August 2, 2012

Hadiah Dari Seorang Anak

Bismillahirrahmanirahhem.... Assalamualaikum semua, semoga semuanya dalam keadaan sejahtera selalu, Alhamdullilah, sebb dah hampir sampai di pertengahan bulan ramadhan Allah bagi kita umur dan nikmat.. moga-moga terus terusan kita sebagai ubudiah yakni hamba abdi mensejahterakan Mulkiah Allah.. Aaminn..

entry santai-santai je hari ni, sekarang ni amani duduk dengan kakak amani kat Puchong.... terpisah sementara dengan Putrajaya yg menawan hati tu, tapi its okey lah, kat sini pun amani aktif ikut kaklong pergi join group Nisa' di Puchong, Alhamdullilah..... sementara tu amani jadi baby sitter jaga Faqih Qaid,,, wuaa, budak kecik ni dah makin lasak..tapi senyum je die.. huhuhu, InsyaAllah, amani ambil peluang ni sebelum further study,.. 

semalam dapat juga iftar dengan family ustaz ni, sebenarnye untuk sesi taaruf sahabat ustaz dengan amani...ehh, silap, ecececeh, huhuhu, dengan sahabat baik kaklong, Alhamdullilah, baik sangat orgnye,..moga berkat ye kak dayah ngn ustaz.....haisshh, lari tajuk plak, ni amani nak cerita pasal Irfan. Anak kaklong yg sulung... darjah 3.. die ni amani rasa special sgt Allah kurniakan dia...sebabnye, die sangat matured daripada umur 9 tahun...

dari segi percakapan, tingkah laku dan banyak hal laa...sebb amani rasa masa amani umur 9 tahun tu, amani memang nakal, x mcam die..sebab pertama sekali..

1. Irfan akan pastikan yg waktu sahur jam loceng dikunci untuk ummi dengan maksu die bangun buat preparation, walaupun hakikatnye, maksu je yg selalu bangun awai dari ampa sume...

2. Irfan akan kunci pintu rumah dan pastikan lampu bilik air kat dapur selalu di pasangm supaya bila Husna, adik die nak buang air bile malam, Irfan x susah-susah nakc ari penyapu ketuk suis bilik ayaq... hahaha, kreatif betuiii...

3. bila ada orang lelaki ketuk pintu rumah die akan jerit " Ummi, Maksu, cepat pakai tudung, ada org datang"... see, amani rasa pelik kalau org yg dah akhil baligh still x tutup aurat dengan baik lagi, sedangkan budak umur 9 tahun dah faham..

itu antaranya nye laa.. dan paling yg buat amani ngn kaklong rasa mcm sedih and syahdu bebenor... semalam bile kami sampai je rumah (abg long xde, kene transfer ke Jakarta untuk 1 tahun) Irfan terus bagi satu buah buku tulis yg berbalut dengan pensil picit dan lead pensil..

" nak, abg bagi umi sebg harijadi umi haritu"
" huhuhu, abg bagi umi buku ni nak tulis ape"
"umi tulis jela apa-apa"
"ok laa...tq abg... umi tulis aktiviti harian abg kat dalam buku ni "..

yang buat amani rasa syahdunye, duit die beli hadiah untuk ummi...ceritanya mcm ni..masa kami berdua jalan kaki ke masjid terapung depan rumah nak pergi terawih Irfan beritahu

" maksu, abg kan tolong kat masjid hari Jumaat"
"abg tolong ape"
"abg tolong kira duit tabung masjid,  pastu abg bagi tabung masjid kat org supaya org boleh derma "
"owhh yeke, bagus lah mcm tu "
"nanti Tok Harun bagi abg 5 ringgit, boleh beli hadiah umi"
"errmm.. ok.. "..

disitu, amani mula muhasabah diri kembali,.. anak sekecil ini sudah tahu untuk menghargai kehadiran ummi dan cuba untuk membahagiakan umi dengan hadiah..bagi kita hadiah buku dan pensel tu kecil dimata kita, tapi besar makna dalam hidup mereka..

hargailah apa sahaja yg ada di hadapan kita, jangan sesekali mendambakan sesuatu yg lebih baik dan sempurna dari apa yg kita milik, kerana, apabila ia lebih baik dan sempurna, belum tentu ia boleh membawa bahagia, kerana kesempurnaan bukan syarat untuk kebahagiaan... 
--belajar melihat apa yang kita tidak nampak dimata--

Wednesday, August 1, 2012

Cintai Allah secara Realiti


Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?
tuhibbunallah.JPG
“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)
Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.
Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.
Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.
Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.
Hanya kepadaMu aku menyembah, dan hanya kepadaMu aku memohon, Tunjukki jalan-jalan yg lurus, iaitu jalan para solihin, bukan jalan org yg Engkau Murkai dan bukan juga jalan mereka yg sesat ..

Friday, July 27, 2012



Aminn ya Allah, Tuhan yang mengatur langit dan bumi serta seisinya..
bahagia itu bukan bergantung pada siapa-siapa
bukan bergantung pada tempat..
bukan bergantung pada ketentuan masa...

bahagia itu bermula disini...
hari ini dan
dari hati yang bersih...

syukur... ALLah itu Maha penyayang

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Bicara Amani... Tak terlambat lagi kan untuk amani ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa untuk sahabat-sahabat semua..... Alhamdullilah, moga-moga puasa tahun ini lebih baik amal dan ibadahnya daripada tahun yang sudah,..InsyaAllah, mudah-mudahan...

bercakap tentang Ramadhan ni kan, tahun ini amani rasa syukur sangat pada Allah sebab dalam amani melihat diri dan kehidupan amani yang serba serbi kurang dan banyak kehilangan, sebenarnya Allah kurniakan lebih banyak nikmat yang tidak disangka-sangka... Syukur ya Allah, nikmat yang mana lagi aku ingin dustakan ? Tiada ya Allah, sesungguhnya aku tidak mahu menjadi insan yang tidak tahu bersyukur..

dalam mendidik hati untuk mencintai Allah sepenuhnya, banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan, selalu amani terfikir " Allah beri aku macam-macam, apa yang aku balas tanda aku sebagai hambaNya".. dan sejak itu mula kesedaran muncul dalam diri untuk menahan diri daripada perkara yang menjauhkan diri dengan Allah, Alhamdullilah..payah memang payah, tapi itulah pengorbanan kita dalam mencari redha dalam kehidupan...dan Allah rezekikan amani dengan penghidupan di bulan Ramadhan, bulan terbaik untuk mendidik hati dalam menahan diri dari segala segi...contohnya, mengikut nafsu makan, mengingati manusia lebih daripada Allah, dan banyak lagi yang amani cuba tahan diri ini...

syukur saangat-sangat Allah berikan amani rasa kesedaran terhadap dosa.. sebab amani sedarm ramai orang yang merasa diri berdosa, tapi sejauh mana mereka melayan dosa mereka, samada segera bertaubat atau dilengah-lengahkan... Syukur Alhamdullilah...

amani pun belum cukup dalam proses menahan diri ni, jadi sama-samalah kita ambil peluang nyawa yg Allah berikan dalam bulan ramadhan ini untuk bertindak sepatutnya pada dosa...

"'DOSA NI KADANGKALA BAWA MANFAAT JUGA, APABILA DOSA ITU MEMBAWA KITA KEPADA PINTU TAUBAT YANG SEBENAR-BENARNYA''


bagi sahabat-sahabat yang mengenali diri amani pada saat ini, mungkin sudah mengetahui apa perubahan amani yang paling besar selepas kehilangan seseorang dalam hidup... pertamanya sekali, ingin amani katakan, jangan menilai seseorang hanya pada pakaian, dah berjubah, berserban, berniqab, berkopiah, itu bukan syarat untuk kita sampai pada cinta Allah...mungkin boleh jadi itu sebagai satu usaha, tapi itu bukan yang utama.. amani ingin jadi muslimah sejati, tapi bagaimana amani ingin jadi muslimah sejati andai tingkahlaku amani tidak diredhai oleh family... redha Allah terletak pada redha ibu dan bapa... selagi amani masih sempurna menutup aurat, berhentilah daripada berkata... kerana 'kamu lebih baik diam daripada mengatakan apa yang tidak kamu ketahui, sesungguhya pendengaran, penglihatan dan hati, itu semua akan diminta pertanggungjawaban'..

amani banyak menulis entry, tapi x sempat dan mungkin entry tersebut amani rasakan tidak sesuai untuk di publishkan..hehehe..sekarang ni, kekangan masa untuk amani menulis disini, mungkin pengkongsian amani disini dah jarang-jarang, tapi bagi sahabat-sahabat yang mengikuti perkembangan, kita boleh sama-sama berusrah bersama-sama....kan lebih baik boleh bersua muka, berjabat tangan, bersalaman kan.. :)

okeylah, sampai sini dlu, zohor pun dah masuk ... selamat menjalani ibadah puasa,,, buat sahabat yang ingin menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi, saya mendoakan kebahagiaan kamu...syukur Alhamdullilah.. :) barakallhufikum,... moga syabab-syabab sekali lebih kuat semangat, ujian dan kesusahan hati itu adalah ubat untuk kekuatan iman.. assalamualaikum.. 



Monday, July 16, 2012

fahami erti hidup

bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat sahabat-sahabat Bicara Amani. Alhamdullilah diberikan olehNya sedikit ruang dan peluang untuk menulis kembali diruangan ini.. hanya satu yang terlintas dlm hati amani "entah ada org nk baca ke x entry ni".. huhuhu, macam berburuk sangka je kan. Astaghfirullah. Moga Allah memberikan keampunan pada diri amani yang selalu bebuat khilaf dan lalai..

amani, sendiri tak tahu apa yang ingin dituliskan disini sekarang, cumanya ingin berkongsi rasa dengan pembaca disini. bukan bertujuan untuk memceritakan tentang kehidupan sendiri untuk tatapan umum, tapi ambillah sedikit pelajaran daripada apa yang berlaku. moga-moga, kesilapan yang amani lakukan, tidak ada org lain yang lakukan lagi..

terkadang, amani terlupa dalam hidup yang kita hanya merancang dan Allah yang Maha berkuasa yang menentukan samada perancangan kita itu perlu dilaksanakan atau di 'delete'.. mungkin amani tahu tentang  'wamakaru wamakaraAllah'.. tapi sebanyak mana kita tahu tentang sesuatu perkara belum tentu  kefahaman kita juga sudah banyak...

apabila Allah telah menetapkan sesuatu perkara itu terjadi, maka hati yang kurang 'kefahaman' tentang redha, mula mencari salah dan silap.. sedangkan itu semua tidak perlu andai hati benar-benar faham tentang konsep 'takdir dan redha'... apabila mula sedar diri makin jauh dihanyutkan sebab mengikut perasaan tanpa iman, mula jiwa rasa tidak keruan..mencari-cari jalan pulang...

ketika itu, diri terus berlari, berlari dan berlari... tetapi apabila amani berhenti, amani lihat sekeliling amani masih berdiri di tempat yang sama.... terasa lelah, tapi amani terus mencari dengan berlari, moga dengan usaha amani itu Allah beri amani peluang kedua untuk membuka lembaran baru dalam hidup..

dalam masa itu, amani tidak mengharap pada manusia. sebak dihati hanya sahabat-sahabat terdekat dan ahli keluarga je yang tahu. dan mereka pula banyak menasihati sekadar yang mereka mampu.... Tapi Allah tidak akan mengubah nasib kita selagi kita x ubah nasib sendiri. syukur amani faham ini dengan baik,.. jadi.. amani cuba lagi untuk bangun semula...

syukur Alhamdullilah.... perjalanan ke arah itu masih jauh lagi untuk amani capai, tapi moga-moga Allah lihat usaha amani ke arahNya.. aaminnn

psstt .. - maaf amani tak tahu nak tulis luahan hati macam mana, kalau suruh amani tulis benda yg ilmiah InsyaAllah amani boleh.. hehehe.. tak pandai luahkan perasaan, dari dulu sampai sekarang. amani suka pendam dan simpan.. hee..


fahamilah kehidupan kita dengan Iman dan Islam... kelak, bila sesuatu yang diluar jangkaan, kita boleh fahaminya dengan mudah,bahawa itu semua adalah takdir Allah. berkata itu mudah, tapi melaksana belum tentu terdaya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...