Sunday, October 2, 2011

segmen : Qalam Illahi # 1


assalamualaikum semua...percubaan yang pertama. semoga mendapat berkat daripada yang memberi Berkat.aminn



surah Ibrahim ayat 24-26

" tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah membuat perumpamaan kalimat yang baik, seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit. pohon itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia selalu ingat. dan perumpamaan yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut akarnya dari permukaan bumi, tidak dapat berdiri tetap (tegak) sedikit pun "

amani tertarik sangat-sangat dengan perumpaan yang Allah berikan kepada kita sebagai hambaNya.. manusia itu ibarat pokok. kalimat yang baik yang Allah maksudkan contohnya kalimah tauhid iaitu segala ucapan yang menyeru kebajikan dan mencegah kemungkaran serta perbuatan baik.contohnya kalimah la illaha illallah. kalau kita terus menyeru kepada benda yang baik, maka kita ini ibarat pokok yang berdiri teguh.. pokok yang berdiri teguh tentu banyak gunanya kan.. boleh menjadi teduh ketika panas, boleh memberikan kesejukan, memberikan oksigen..

tapi kalau kita menjadi pohon yang lemah, pastinya tiada gunanya kepada sesiapa... hanya menunggu mati. nak dijadikan kayu api pun, belum tentu kayunya boleh menghidupkan api...errmm, jadinya bila kita tengok pokok itu, ingatlah yang Allah berikan perumpamaan ini di dalam Al-quran. berusaha menjadi pohon yang akarnya kuat dan dibaja dengan ibadah-ibadah yang diniatkan kerana lillahitaala...wallhualam...

10 comments:

Nia Ridzwan said...

erm, betul3. bila baca tafsir setiap ayat dalam Kalam Allah tu sangat indah. rasa nak menangis baca :')

Faaein Talip Roy said...

suka entri amani!.. ^^,

banyak sangatkan perumpaan yang Allah bagi.. indah-Nya segala ciptaan-Nya..


ps: Al-quran kita sama kaler lah... ^^,

Adam Malik said...

tak tau nak komen apa,,..
cuma bagi saya pohon yg baik, akar yg kuat, pohon yg tinggi dan berbuah umpama tauhid dan iman dalam hati kita, kalau ia kukuh takkan terjejas oleh apapun, dapat memanfaatkan orang lain dan semakin bertambah ketaqwaan kpd Penciptanya,,..
maka bagi pohon yg buruk, iman telah dicabut dari hatinya, bila2 masa pun boleh tumbang dan merbahaya kpd orang lain.. tak pasal2 kena hempap .. naye je ..

Faaein Talip Roy said...

amani.. inshaALLAH... boleh aje... tapi setakat ni.. saya selalu main terai test edit tone warna aje.. tu pun guna GIMP aje.. kalau nak sy tolong.. inshaALLAH.. boleh.. sy buat mana yang mampu ajelah... ehehe.. ^^,

Faaein Talip Roy said...

ok.. ni email sy.. faaeinz[at]gmail[dot]com

inshaAllah.... yang mana sy boleh buat.. sy buat.. ^^,

amani.. sy suggestkan.. kalau saya lambat buat.. amani boleh cuba dekat photoscape.. download aje software tu.. macam2 amani boleh buat nanti..

tapi kalau nak sy buatkan pun.. tak per... nant sy buat mana yang mampu .. ^^,

Faaein Talip Roy said...

ni website photoscape..

mana tahu amani buat lagi memuaskan hati.. hehehe.. kat situ macam2 edit yang boleh kita buat... ^^,

http://www.photoscape.org/ps/main/index.php

azwa amani said...

faaein : kalau mcm tu amani cuba buat sendiri dulu.. kalau still tak comell amani minta tolong faaein yer.. tq dear

jelah said...

benarlah kata-kata Allah yang maha Agung...

ewanthology said...

permulaan yang baik.

terima kasih kongsi ilmu.

.::Nor Sahbillah::. said...

nice sharing...sangat bermanfaat lagi-lagi untuk akak yang baru mula mengenal qalam Allah ni... Teruskan usaha dakwahmu wahai adik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...