Tuesday, October 4, 2011

segmen : Qalam Illahi # 3


assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani. Allhamdullilah segmen Qalam Illahi mendapat sambutan. semoga usaha kita untuk memahami ayat-ayat cinta Allah ini akan diberkati oleh Allah SWT.. aminnn..


ar-ruum ayat 41

" telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia. Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) "

hari demi hari, selalu jer kita tengok bencana alam sana sini. kejap gempa bumi, kejap ribut taufan. syukur Alhamdullilah negara Malaysia kita ini masih dalam perlindungan Allah, tapi tak musatahil jika Allah ingin memberikan kita sedikit pengajaran supaya kembali ke jalan yang benar jika kesesatan sudah terlalu jauh kita lakukan.. nauzubillah..

tapi, kebanyakkan bencana-bencana yang kita lihat, selalu sahaja kita kaitkan dengan 'lumrah alam'... gempa bumi berlaku kerana itu dan ini, habis semua faktor dan punca kita keluarkan..hanya sedikit sahaja dari golongan kita yang mengaitkan dengan Tuhan. bencana itu sebagai 'bahasa Tuhan' untuk memberikan sedikit peringatan kepada kita untuk beringat supaya kembali ke pangkal jalan kerana kemungkaran yang kita lakukan...

tapi tafsiran manusia itu pelbagai. terpulang pada hak masing-masing. jika dikatakan ia sebagai lumrah alam, dapatlah dia pendidikan dunia, tetapi kalau di kaitkan dengan Tuhan, maka bersyukurlah sebab diberikan peringatan untuk berubah...mudah kata, dapat nikmat, dekat kepada Allah dengan syukur, dapat musibah, dekat kepada Allah dengan sabar dan tawakal..

itu saja daripada amani.. semoga kita sama-sama mengambil iktibar. bukan sahaja kepada bencana alam, tetapi bencana yang dilakukan manusia, makin hari makin banyak kes buang bayi,... seram pula amani tengok. kesian bayi yang tak bersalah, dah lah comel2.. hee. semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka..aminn..okey, nak tidur dulu, esok ada exam 1 lagi paper.. jazakumullah khairan kasiro..assalamualaikum WBT

2 comments:

Muslimin Ibnu Hassan said...

Alhamdulillah segmen ni dapat sambutan. Allah menurunkan sesuatu bala bencana apabila agama islam. Di Malaysia kita masih terselamat kerana masih ada yg belajar agama, sebar agama, pergi ke masjid, sambung silaturahim dan adanya orang yg menjaga anak yatim.. Wallahualam bimurodih..

aniki said...

kalau jumpa ngan orang yang buang anak ni,memang nak luku2 pala depa..buat anak reti pastu dah beranak buat2 tak reti...gud luck exam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...