Assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani... sihat tak semua ni?? harapnya sihat fizikal, sihat emosi, sihat iman, sihat dari segala segi la...amani jer yang kurang sihat. batuk dan sakit tekak belum hilang lagi, Alhamdullilah panas badan dah mula berkurang... demam-demam pun amani travel juga jauh-jauh dari negeri sembilan ke Perak, sebab nak balik Tg. Malim...final project tergendala, so kena balik ke bumi murabbi untuk siapkan sikit lagi...huhuhu....
Surah Al-Zumar:53katakanlah (Wahai Muhammad) : wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat)! janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. sesungguhnya Dialah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..
kalian pernah buat salah?? tipulah tak pernah buat kan...hari-hari buat salah, pada ibu ayah, pada adik beradik, pada Allah, pada sahabat, pada diri sendiri... normallah kita buat silap, sebab kita manusia, bukannya malaikat mahupun nabi. tapi... janganlah kita bersikap pesimis pada diri sendiri. rasa kalah dengan kesalahan yang kita lakukan...besar mana pun dosa yang kita lakukan, kalau Allah berikan kita kesedaran dan petunjuk, kita akan kembali juga ke pangkal jalan.. masing-masing ada buat kesalahan yang besar pada diri sendiri kan?? cuba kita kenangkan kembali, tapi kenang bukan untuk disesali, tetapi untuk mencari hikmah disebaliknya... jangan berprasangka pada Allah, ada sebab Allah jadikan sesuatu perkara...
istiqamah dalam perhambaan... bila tersedar diri melakukan kesalahan, pulang semula pada Allah, ingat semula diri kita hanya hamba yang tidak berdaya, sering khilaf berbuat salah, sedar akan diri yang sentiasa mengharapkan kasih sayang dan rahmah Allah dalam setiap langkah dan bermohon agar Allah lindungi diri daripada perkara yang boleh memesongkan hati....amani suka doa seorang tokoh sufi yang terkenal, namanya Ibrahim Ibnu Adham..doanya begini.."YA Allah, pindahkanlah aku daripada kehinaan maksiat kepada kemuliaan ketaatan"aminn Ya Rabb.. semoga kita jadikan sebagai amalan....
apabila kamu terlanjur melakukan suatu dosa, maka janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama Tuhanmu, kerana kadang kala ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan ke atas kamu-sheikh ibnu Atoillah r.a
8 comments:
Amani. cpt smbuh tau. Nadh mendoakan. :D
jangan lupa makan ubat amani.. semoga sihat kembali..
hurmm.. banyak dosa ini.. =(
alhamdulillah bagi mereka yg tuhan campakkan perasaan ada dosa
ampun kan daku Ya Allah
slm puan amani.. ada kat khar ke.. x nampak pun :)
khairul adam : amboii, puan ek..huhu..baru sampai petg semalam, memang x kuar rumah lagi..huhuhu
adik saigon memang best , dunia shopping dunia tue dik hehe..adik gi dengan kolej ke , leh kirim barang cam tue hehe...nanti bagitahu akak ye sayang...
kita semua tak pernah lari dari berbuat silap..
semoga amani cepat sembuh.. :)
Post a Comment