Wednesday, December 7, 2011

segmen : Qalam Illahi # 7


Ya Allah.. ingatkan diri yang sering alpa, leka dan lalai ini bahawa setiap umat manusia yang beragama Islam akan sentiasa diuji dengan cubaan, kesedihan, kegelisahan dan tekanan emosi, dengan itu Dia akan meningkatkan darjat manusia itu......

Firman Allah

" Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu : Siapa antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)."- surah Al-Mulk-2

dan ingatlah di dalam sabda Nabi SAW :

" Jika Allah menghendaki kebaikan seseorang, dia akan mengujinya dengan musibah- Hadis Riwayat Al-Bukhari..

Laailaha illallahul 'aziimul haliim laailaha illallahu rabbul 'arsyil 'aziim laailaha illalahu rabbus samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul 'arsyil kariim. Aminnn Ya Rabb..


tapi harus diingat juga bahawa kita ini adalah manusia yang Allah kurniakan perasaan untuk kita rasa sedih dan macam-macam lagi perasaan... tidak salah merasa sedih dan ingin untuk menangis, tapi janganlah menangis menyalahkan takdir, tapi menangislah kerana kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa dan bermohon kepada Allah untuk mendapatkan bantuan dan ketenangan hati.... jangan dipaksa bergembira bila hati tengah berduka, sebaliknya ambillah masa untuk meluahkan kepada Allah dan sesiapa yang dipercaya kerana itulah Allah ciptakan kita bersahabat dan berkawan.... :) Waallahualam.. amani tidak pandai dalam bab-bab agama, jika ada salah dan silap dalam Bicara Amani, yang menimbulan fitnah pada siapa-siapa, amani mohon ampun dan maaf banyak-banyak... semoga Allah memberikan petunjuk kepada amani dan semua aminn...

~~ALHAMDULLILAH~~

4 comments:

ewanthology said...

manusia punyai perasaan, sekalipun ada rasa redha dalam musibah namun masih tidak dapat lari dari merasa sedih.

azwa amani said...

delarocha : setuju 101% huhu :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

sy suka entry ini..terima kasih kerana berkongsi ilmu untuk renungan kt bersama..(^___^)

azwa amani said...

terbang bersamaku.. : syukran kerana menyokong amani>.. :) untuk kebaikan semua :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...