Saturday, December 4, 2010

mulut orang susah sangat nak tutup..kenapa??

assalamualaikum semua...

walau ana kata ana taknak post entry untuk hari ni, esok dan lusa...tapi rasa tak sedap plak..
rasa macam hilang something jerr......
kenapa yer....kalau kita buat macam itu, orang tak suka, kalau kita buat macam ni pun orang cakap....
buat baik salah, buat jahat lagi lah salah kan....
senang jerr....dah sifat manusia tu sendiri, tak pernah rasa nak puas hati....
ada jer yang tak kena dilihat dalam diri seseorang tuu..
contohnya, bila seorang wanita yang selama ini tak pernah bertudung...
mesti orang cakap macam ni...
" hissshh si Minah ni...entah bila nak bertaubat agaknya..asyim dok tayang rambut dia warna perang tu...menyampah aku"..betul tak...

esoknya, bila si Minah ni bertudung, masuk masjid....ada lagi yang bercakap..ayat dia lebih kurang macam ni..

"Si Minah tu nak menunjuklah tu dia dah berubah sekarang"..betul tak..????

macam tu situasinya masyarakat kita sekarang.......di dalam sesuatu perkara tu...yang pertama orang menilai ialah kesalahan, pastu baru kebaikan...kenapa tak tukar cari kebaikan dulu, yang keburukan tu cukuplah kita menegur dengan berhikmah..........kadang-kadang geram jugak dengan perangai manusia ni....

amani ada satu cerita tentang perangai manusia ni....perangai yang susah sangat nak tutup mulut...macam tempayan..ada jer nak kutuk dan bercakap itu ini....jom kita baca...

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

p/s : hidup ini karma…macam roda..hari ini kita susah, besok Allah akan berikan kesenangan, hidup dunia ini ujian…sesiapa yang berjaya melepasinya, Syurga Hakiki milik mereka, siapa yang gagal, di Neraka tempat mereka….belajarlah memahami situasi orang lain, bukan hanya mengutuk dan mencerca…sukar untuk mengubah orang lain, tapi belajarlah untuk memahami dirinya terlebih dahulu…http://www.emocutez.com..sedap kan lagu ni..hehehe..tajuk dia Amani..penyanyi Ammar...suka sangat...

NO ENTRY FOR TODAY..

assalamualaikum w.b.t..

maaf semua readers BICARA AMANI...

amani belum ada mood untuk menulis for today, tomorrow and the day after tomorrow...

hati masih sedih.......jiwa masih celaru...fikiran masih keliru..

semoga Allah memberikan sedikit petunjuk ke arah jalan yang lebih baik ..aminnnnn...

semoga kalian semua sentiasa dibawah payung rahmat Allah....barakallah..aminnnnn...

salam sayang- azwa amani http://www.emocutez.com

Friday, December 3, 2010

kalau nak tahu..bacalah ni..

assalamualaikum readers...

ana nak share sesuatu dengan korang..
ini hal tentang perasaan dan rasa hati..
wahhhh macam serius je kan..?????..agak serius sikit laaaaa...
apa pandangan korang apabila, korang tak diberikan peluang untuk buat keputusan pada diri sendiri....?????

maksudnya, apa pandangan, pendapat dan keputusan yang korang rasakan itu jalan yang terbaik buat diri korang, tapi bagi orang lain, keputusan itu tak betul.......
tapi memang korang dah fikir masak-masak, dan dah bezakan baik buruknya.....bila korang berikan sebab kenapa buat macam tu, kamu dikatakan melawan....
dan akhirnya, untuk menjaga hati orang disekeliling, kamu pilih keputusan yang bukan kehendak kamu.....................
apa pandangan???...amani pun keliru laaaa...sedih pun ada...http://www.emocutez.com

anyway...taknak jadikan itu sebagai satu masalah yang buat ana tak hepi...so....ana nak jawab tag MATA HATI..klik lah nama tuu...


1- Apa benda paling penting dalam hidup korang?
-- islam....tiada agama, tidak memanusiakan manusia...

2- Benda terakhir yang korang beli dengan duit korang?
-- dah lama tak ada duit ni..hehehehe...beli nasi lemak last exam hari tuuuu..

3- Dimanakah tempat korang akan melangsungkan perkahwinan nanti dan apakah temanya?
-- dekat mana pun tak kisah...tapi bukan kat siam laaa....janji dengan encik suami...(wahhh.ok tak jawapan..)

4- Adakah korang sedang bercinta sekarang?
-- sedang bercinta dengan yang Maha Esa dan cinta agungnya...untuk insan itu, ada kasih buat dirinya, namun hanya berserah..ada jodoh adalaaa.....biar Allah tentukan..

5- Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
-- cintaku kepada Allah, Rasul dan umatnya sehingga menutup mata...

6- Dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang?
-- sentiasa ada sepanjang masa dalam hati...

7- Novel/buku/majalah terakhir dibeli?
-- dah lama tak beli sebab kena berjimat......wuaaa sedih laaa, nak buku tuuuuuuu....

8- Apa nama penuh korang?
-- seperti di dalam ic dan surat beranak...hehehehehehe...

9- Antara emak dan ayah, mana korang lebih mesra?
-- tak sempat nak bermesra,,,,keduanya tiada waktu kecil lagi.. (T_T)

10- Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
--takde laaaaaaaaaaa..tapi nk sngat jmpa arwah mak...tak sabar pun ada nak tggu saat diketemukan..<<<<.lebih cepat pun takpe..leh ke jawab macam ni

11- Adakah korang basuh baju korang sendiri?
-- Tak ada maid..kene lah basuh sendiri... :)..tak ada mesin basuh kat sini, kenalah basuh manual..guna tangan..hehehe

12- Di manakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
-- Mekah..nak jejak kaki dekat sana...duk depan kaabah...subhanAllah..seronoknya menjadi tetamuNYA

13- Pilih salah satu, peluk atau cium?
-- taknak jawab soalan dengan baik..nak dua-dua..heheh

14- Beritahu 3 benda mengenai orang yang beri tag?
-- orang ganu....
-- Dah kerja...
-- blog dia best..

15- Lima benda yang paling anda sayangi dalam hidup?
-- diri sendiri, Al-quran pemberian encik Anugerah Allah, lappy ni, jam tangan dan syukriah (teddy bear)

16- Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar
-- afgan-kepadaMU ku bersujud

17- Lima rakan blogger yang korang nak tag?

siapa nama kamu syaitan??

Assalamualaikum semua….

Apa habaq??? Hope baik-baik jer noo…hehehehe (awat cakap utara plak ni.. J)http://www.emocutez.com

Hari ini, ana dah terasa sunyi..sebabnya ramai yang dah balik ke kampong masing-masing,..opkoslahkan..takkanlah dah habis exam nak duduk kat kolej lagi ye tak..

Takpelah…hari ini, ana nak share something dengan korang semua…korang nak tak???….ape tak nak?????...alaaaaaaaaaaa…jangan lah macam ni, penat tau taip panjang-panjang, nak lah yerrr…http://www.emocutez.com

Yes!!!!..hah, macam tu lah kawan…<<<<abaikan monolog berikut..fokus utama, ana nak cerita tentang, syaitan….betul lahh…korang tak silap baca..s.y.a.i.t.a.n…..yang muka hodoh siap ada tanduk tuuu..haissssssshhh..seram plak bayang muka dia ..hehehe…..

Ana nak kenalkan korang semua dengan nama-nama syaitan…dorang pun ada nama tauu…nama dorang ni sekali baca sedaplah pulak, tapi jangan letak kat nama anak plak, maksud tak baik …

Okey lahh..selamat berkenalan dengan syaitan nii…..PENTING : JANGAN IKUT PERANGAI MEREKA, DAN JANGAN TERPEDAYA DENGAN TIPU MUSLIHAT MEREKA.. http://www.emocutez.com

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

** 10. Isetan.

Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &..... Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

P/S ;
shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan. ..almaklumlah, dah hujung-hujung tahun ni, macam-macam sale ada kan… selamat beramal yerr…..

Amani kekadang pun terikut nafsu ni…pastu kekadang selalu jer was-was…nanti tanya kat roommate, “eh, dah solat lum tadi ek??”…geram betull..sama-sama perbaiki diri…

Jaga hati, jaga iman, jaga diri <<<>

Thursday, December 2, 2010

aku suka blog ini...???..wahh terharunyaaaaa..


salam semua readers....
buat apa tuu???..sihat tak..????
wahhh macam taip meseg pulak yerr
apa yang penting, jangan dok buat dosa..dan sihat-sihat selalu..(ingatan kepada diri sendiri)
okeyy..kalau ada niat nak terbuat dosa tu, nak kutuk itu kutuk ini, cepat2 buang yerr..http://www.emocutez.com

okeyy, malam ni kan, ana telah ditinggalkan oleh sahabat, dorang semua nak balik...pakat kelik klate ...wuaaaaaaaaa...sedih...EN,anugerah Allah pun balik juga...adeyyy..http://www.emocutez.com

takpe..takpe..korang adakan temankan ana kat sini..(senyum sampai telinge, comey tak??)

bukan nak cerita ape, cuma nak cerita, ada orang tu cakap blog BICARA AMANI ni BEST..
WHAT???????????....BEST????....betul ke?????...tak tipu ea..betul ni tak tipu...

sapelah yang baik hati kata blog ni best????...meh nak habaq mai..encik sembilan la....dia siap buat award lagi...best kan??? (senyum sampai telinga lagiiii)

tapi kena jawab tag dulu laaa...okey-okey, takde masalah..meh nak jawab,

Pernah hilangkan barang rakan dan buat2 tak tahu saja?

serasa ana, takde....kalau dah pinjam, secepat yang mungkin untuk pulangkan, kalau ana pinjam pemadam, selalunyer akan hilang..hehehe, pastu cakap macam ni "..korang, kalau pemadam terhilang macam mane ek??" sambil buat muka manja2...sure tak marah..cube korang try buat kalau dah terhilangkan...okeyy

Blog sendiri dibuat berasaskan apa?

blog ni dibuat berasaskan tepung cap tepu..hihihi..takde, amboi loyar buruk noh..hehehe, blog ni wujud berasaskan niat untuk berkongsi maklumat,ilmu ALlah dan pengalaman hidup sendiri..

Berapa kerap anda blogwalking?

tak kerap mana pun..selalunyer ana akan terjah blog yang ana follow jerr, pastu kalau dalam blog tu ada link ke blog orang lain, baru ana gi tengok...camtulahh selalunyer..kerap tu tak sangat, sebab kalau free baru bukak blog.. ok..

Perkara paling memalukan dalam hidup anda?

banyak laaaaaa...yang paling malu, masa tu orentasi dekat UPSI..budak2 sem 1 lah kan, mana tau sangat tempat-tempat kat UPSI, sampaikan, pergi masuk toilet lelaki, dalam tandas tu ada bilik2 lagi kan, memng dah jejak ke bilik kecil tu, pastu bilik air sebelah tu kuar seorg individu bermisai...sambail berkata.."oi..oi..nak pergi mana tuu???"..pastu ana pun..."toilet laki ke perempuan???" insan bermisai tu pun jawab " lelaki, nak share pun boleh" adeyyyyyyyyy terus keluar...malu sangat...Alhmdullilah, tak pernah terserempak dengan cikgu misai tu lagi...

Berapa anak anda impikan selepas berkahwin?

rezeki Allah..kalau boleh nak 4 org jerr :)

Berapa lama boleh tahan nafas?

tak lama rasanya..nanti ana dah try, ana bagitau balik :P

Jika anda terkentut dalam lif yang penuh dengan orang, anda buat apa?

huhuhuhu..kalau itu yang terjadi, apa yang ana buat itu rahsia, ..hihihi

Apa haiwan yang anda rasa orang lain tak tahu wujud tapi anda tahu?

sugar glider...try lah search pakcik google..


okeyyy..masa mengetag orang....ana nak tag...sure lah kat blog yang ana suka kan...meh nak bagi..

kak amy - kalau sudi buat lah tag ni dan amek lah award yerr
solihin -blog dia memang best...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...