Saturday, June 4, 2011

kalian sentiasa di HATIKU...(JMK KHAR)


assalamualaikum semua...entry lewat malam..amani pun baru jer naik bilik sebab tadi ade kerja sikit kena buat....sebelum keje tuuu, amani ada perjumpaan dengan barisan JMK sidang 2011/2012...

buat semua, amani rasa bangga melihat program-program yang kalian dah bentangkan,...terima kasih juga sebab kalian masih sudi menjemput kami untuk mendengar nasihat dan memberikan penambahbaikan dalam setiap program......

ingatlah pesan yang amani sampaikan tadi....pertamanya, diri kita dilahirkan sebagai pemimpin, dan masuk ke dalam dunia JMK, kita akan memimpin orang lain juga, jadi, kena harus pimpim diri sendiri dengan sebaiknya dulu....

keduanya, jaga hubungan antara rakan-rakan JMK, bahagian pengurasa, felo, rakan exco dan juga penghuni...belajar teknik pemujukan, supaya kita mampu menawan hati ramai orang...bukan bermulut manis, tapi kita pandai membina hubungan...InsyaAllah....

dan yang ketiga, dan yang paling penting,..." bagaimana kita anggap seseorang itu, begitulah kita akan melayani dan menyikapi mereka" saya pun dah terangkan dalam perjumpaan tadi apa maksudnya, pegang dengan sebaiknya...kerana dengan kata-kata ini, kita akan belajar untuk saling hormat menghormati dan kasih sayang antara keluarga JMK....

melihat barisan kalian seramai 33 orang, berbanding sidang JMK 2010/2011 yang punya 29 hati dan otak, kalian lebih banyak idea...ingat, JMK KHAR, -MENERAJU KETRAMPILAN UNGGUL.....doaku buat kalian semua...




gambar ni lukisan oleh syem rajalawak...yang kelakarnya, yg lelaki semua dicukur misai dan janggut mereka..huhuhu..susah nak cam.. hehehe..

time lakonan raya untuk video seperna sambutan Aidilfitri ygy akan dilakukan di kolej...huhuhu..time ni amani jadi isteri pada abang atau, dan jadi anak abang abu dan onichan..huhuhu

barisan -barisan JMK KHAR kacak , dari kiri-abang abu(s/u), abang wak (NYDP), francis, abang fizan, abang atau dan mirul...time ni perlantikan watikah rakan exco.....

yang ni pula JMK KHAR yg comey2..time ni kami jadi VIP semasa perkenalan kolej2 kediaman semasa minggu suai kenal kemasukan pelajar baru... dengan beg rasmi lagi..huhu...jauh tau beg tu..dari indonesia...

abang syam, ..saya sayang YDP saya....seorang yg sistematik, dan mengambil berat tentang anak2 buahnya..suka mengusik dan kelakar....

time ni, kami mencipta rekod malaysia...seronok sangat, selpas hampir sebulan, tidur tak lena, makan tak kenyang sebab takut tak tercapai rekod...akhirnya, bila dan tercapai, tu yang sampai melompat...tu gaya si jejaka..

yang perempuan takkan nak lompat jugak kan..so..kami baling topi jela...hehehe

kami delagasi JMK KHAR...


sebelum berangkat ke hotel D'Palma, KL....ada anugerah kolej-kolej kediaman UPSi....kami bangga menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik...


p/s : sedang menyiapkan video mantan-mantan JMK 2010/2011 untuk program di Pangkor minggu depan......sedang siapkan juga video daripada keluarga JMK 2010/2011 untuk diri sendiri...huhuhuhu..yang belum lagi tuu, besok saya serbu korang okeyy...sayang semua

banyak lagi kenangan kita bersama, kalau nak letak gambar banyak dalam ni, rasa tak muat...hehehe...sampai bila-bila kalian sentiasa di HATIKU----JMK KHAR...

Friday, June 3, 2011

Pesan SITUA kepada SIMUDA..


assalamualaikum semua....

terbaca tentangs atu kisah yang agak menarik untuk dikongsi bersama pembaca BICARA AMANI...jom kita baca...

suatu ketika dahulu, ketika sedang terlantarndan diberitahu tabib bahawa hayatnya sudah suntuk benar, seorang lelak tua memanggil kedua orang anaknya.. dia berpesan kepada kedua anak lelakinya itu supaya menjaga perniagaan yang bakal ditinggalkan nanti dengan baik,..

" anak-anak ayah...bila ayah sudah tiada nanti, kamu amalkan dua pesanan ayah ini. pertama, jangan sekali-kali menagih hutang kepada orang yang berhutang denagn kamu,..kedua, apabila hendak pergi dan balik dari kedai , jangan sekali-kali kamu benarkan dirimu terkena cahaya matahari..amalkan pesanan ini, dan perniagaan kamu akan berjaya.." pesan lelaki tua itu..

tidak berapa lama kemudian, lelaki tua itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

selepas lelaki tua itu meninggal dunia, perniagaan dan kedai-kedai yang ditinggalkan akan diuruskan oleh kedua anak lelakinya. kedua beradik berkenaan mengikut pesanan yang ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. anehnya, selepas setahun, perniagaan anak bongsu jatuh merudum. sebaliknya, perniagaan yang diuruskan abang pula bertambah besar dan maju,..

suatu petang, si ibu berjumpa dengan kedua-dua anak lelaki tadi. dia bertanya kepada anak lelaki bongsu tentang perniagaannya... si adik terus mengeluh dan memberitahu, kini dia hampir bankrap. " apa yang kamu buat?? kamu ikut tak pesanan arwah ayah kamu???" tanya si ibu,,

" ikut mak, saya tidak pernah menagih hutang dari mereka yang berhutang dengan saya, tapi, masalahnya mereka tidak bayar pun hutang-hutang saya. hutang itu sudah terlalu banyak sehingga saya kehabisan modal " jawab si adik. " untuk mengelakkan diri saya daripada terkena cahaya matahari, setiap hari juga saya terpaksa keluarkan duit untuk mengupah beca setiap kali pergi dan balik mak. sekarang, saya sudah tidak ada duit, saya kena tutup perniagaan saya. "

si ibu berpaling pula kearah abang. dia bertanya bagaimana perniagaan yang diuruskan oleh si abang..

jawab si abang " bila ayah kata jangan tagih hutang daripada orang yang berhutang dengan kita, maka saya buat keputusan semua urusan perniagaan harus dilakukan dengan tunai. tidak boleh hutang. hasilnya modal saya bertambah dan perniagaan berjalan dengan lancar. kemudian, disebabkan ayah kata jangan benarkan diri kita kena cahaya matahari semasa pergi dan balik kerja, maka saya pergi sebelum matahari terbit dan pulang selepas matahari terbenam. ayah memang bijak, perniagaan saya semakin bertambah sebab saya buka awal pagi dan tutup paling lewat"


p/s : jangan pandang sesuatu itu dengan pandangan mata kasar, sebaliknya pandanglag dengan mata hati ....pandangan hikmah yg paling penting....

Thursday, June 2, 2011

Perang Di Dalam Hati...


JAGALAH LIDAH AGAR DIBERIKAN KEMANTAPAN AKIDAH
JAGALAH MATA AGAR DIBERIKAN KEMANTAPAN JIWA
JAGALAH HATI AGAR ..DIBERIKAN NUR YANG MENYINARI...


pada suatu ketika dalam kemeriahan dan kesibukkan, kita perlu bersunyi-sunyi hati dengan Allah...adukan segala-galanya kepada DIA. ..yang kita perjuangkan di dalam hidup ini adalah agama-NYA,. DIA lah yang akan memberi segala kekuatan..

kalau ALLAH mahu kita dimuliakan, maka dikerah semua hati memuliakan kita...ketika itu, apa perlunya simpati manusia???... kembalikan semuanya kepada ALLAH, nescaya kita akan sampai pada satu rasa yang lebih tenang dan lapang..

cukup sekadar ini, kerana yang dituntut dalam catatan ini adalah 'RASA' daripada kata-kata, bukan keindahan bahasa dan susunannya..kalau begitu, 'RASA' ini tidak akan dapat dihentikan oleh sebuah noktah. ia akan terus berbicara dalam bahasa hati..tanpa kata...tanpa suara...

jangan terus meratap, tetapi yakinlah walau bertapa dasyat sekalipun perang di dalam hati kita, ...rahmat Allah tetap luas...

wallahualam..

Wednesday, June 1, 2011

Lobak, Telur, teh dan air panas.


assalamualaikum semua

sering jua diri ini terbaca di dalam entry yang dibuat oleh sahabat-sahabat pabila diri dibandingkan dengan orang lain..amani jua tak terlepas darinya....saat terpandangkan mahasiswa Upsi yang baru boleh kelas agkanya, dengan kereta..terlintas di hati kotor ni..."ishhh..seronoknya kalau aku jadi dia, ada kereta"

kalau diri tahu erti syukur..kalau diri tahu makna 'terima kasih tuhanku'..adakah kita akan berkata seperti itu ????....amani belajar sesuatu ketika berkata seperti itu...pertamanya..amani melihat dengan mata kasar...sebab itu amani boleh mengeluarkan kata-kata seperti itu...namun, jika amani melihat situasi itu dengan mata hati yang dipandu iman dan takwa, tidak mungkin amani akan berkata seperti itu...pandangan mata hati adalah berbeza dengan mata kasar...pandangan berlandaskan iman dapat melihat 'HIKMAH'..tetapi mata kasar tidak... HIkmah punya kereta dan hikmah tidak punya kereta....diri hanya menjentik minda semua untuk sama-sama berfikir sejenak.....

mulai saat ini, amani tekadkan azam di hati...sentiasa positif dan berbuat baik. hentikan keluh kesah, usahkan supaya sentiasa bersyukur serta renungkan kelebihan dan kekurangan diri. apabila sering mengucapkan syukur dan merenung makna kehidupan, kita semakin menyedari bertapa sebenarnya setiap insan adalah berharga dan istimewa di mata TUHAN yang Maha pencipta bagi menjalankan kebaikan kepada sesama manusia..

bila mana mata hati dipenuhi iman, dapatlah kita lihat hikmah dalam musibah

teringat amani tentang apa itu dugaan dan musibah..analoginya mudah...lobak, telur, teh dan air panas...

andaikan air panas adalah musibah dan dugaan...manakala, lobak, telur dan teh sebagai peribadi manusia...


pertama, manusia A iaitu lobak, bersifat keras dan teguh, namun bila lama kelamaan berada dalam air panas iaitu dugaan, ia kana manjadi lembik dan lemah...


kedua, manusia B, iaitu telur, sifatnya yang cair dan mudah pecah, bila diletakkan lama di dalam air panas, ia bertukar menjadi keras, ....


ketiga, manusia C, iaitu teh, sifatnya yang kering, seperti habuk kayu sahaja, tetapi bila diletakkan di dalam air panas,,,teh ini mampu merubah air bertukar warna dari jernih ke hitam...bila ditamah dengan perisa manis, iar ini boleh menjadi penghilang dahaga...

jadinya...pilihan manusia yang mana kita akan pilih bila mendapat dugaan daripada Allah...manusia yang lemah seperti lobak, keras seperti telur rebus, atau teh yg mampu merubah air tersebut...

p/s : sebuah piano bukanlah bernama piano jika belum dimainkan dengan nada yang shadu...belum kukuh iman seseorang hamba bila diri belum ditimpa dugaan.

Dia IDOLA ku....

assalamualaikum semua....

siapa idola kita???..masa kanak-kanak dulu..idola amani siti nurhaliza, kemudia misha omar....bila dah besar sikit, dah matang...amani punya idola pun berubah dari artis kepada ahli politik dan pemimpin....iatu Nurul Izzah dan Ustazah Mashitah....suka sangat pada mereka...

seperti biasa, hati manusia sering berubah...bila bosan, bila kecewa, bila terluka..selalu sahaja berubah....itu fitrah manusia yang selalu berasa kekurangan dan mahukan lebih..tiada kenal erti cukup....

namun...dalam hidup ini, amani semakin matang..dan amani semakin tahu tentang halatuju kehidupan ini....manusia belajar melalui peniruaan,,,itu Teori Albert Bandura...yerrr...kita belajar melalui peniruan terhadap orang sekeliling dan siapa yang kita suka....oleh sebab itulah, seharusnya kita tahu siapakah idola kita....

amani berbicara tentang idola amani...seorang wanita syurga, seorang daripada darah mulia...Dialah Fatimah Az-zahra...dia menjadi idola wanita buat diri ini....setiap masa, bibir selalu berkata, Aku ingin menjadi seperti fatimah.....selalu amani beritahu encik Anugerah..." saya nak jadi macam Az-zahraa...awak jadi Ali yerr "....amani suka dengan kisah hidupnya...amani suka cara dia menjaga diri...amani suka membayangkan kecantikkan Fatimah, ..amani suka mencari-cari tentang kisah hidupnya....segala-galanya tentang fatimah....duduknya, caranya berjalan, caranya berkata, caranya melayan Ali, caranya memasak...amani inginkan seperti dia....

daripada Aisyah Ummul Mukiminin berkata " saya tidak pernah melihat seorang pun dari ciptaan Allah SWT (manusia) yang serupa ucapan dan perkataannya dengan Rasulullah SAW selain Fatimah r.a"


“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.


kenapalah jodoh amani dengan buku ni lambat sangat :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...