Wednesday, July 20, 2011

Program Yapiem

Assalamualaikum wahai sahabat -sahabat amani, amani nak bagitahu yang amani sedang menjalankan program Yapiem di UPM. Maaf xdapat nak berblog untuk sementara yee... Salam

Tuesday, July 19, 2011

Ya Allah..aku jatuh cinta,,


ya ALlah...aku jatuh cinta
ya Allah
yang membolak balikkan hati kami...selama ini aku tidak pernah
tahu bagaimana rasanya bercinta, namun ku berharap, bila cinta hadir menyapaku,
aku tidaka kan kehilangan Engkau

ya Allah..
selama ini aku hanya berharap, semoga dapat mencintai orang
yang memiliki cinta luar biasa padaMU

ya Allah
selama ini aku juga berharap, semoga akan dicintai oleh orang
yang dapat mengarahkanku menuju keredhaan-MU..

pintaku Ya Allah
izinkan aku memiliku rasa ini hingga ia menjadi indah di dada kami,
tanpa menghilangkan rasa cinta kami kepada-Mu...



dia fitrahku Ya Allah.... semoga jodoh ini akan kekal berpanjangan sampai ke akhirnya.. aminn



Monday, July 18, 2011

sebelum terima cinta...


assalamualaikum Rasullulah.. SAW..

assalamualaikum kawan-kawan... sudah bertemu dengan jodoh ?? atau masih tercari-cari ??? cari cepat-cepat, nanti rugi kalau kawin lambat-lambat... hehehehe.. tapi sebelum tu, amani nak share dengan kawan-kawan.. tips sebelum menerima cinta dari Si Dia..

UNTUK LELAKI...

1. jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata, kerana Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu, lihatlah tapak tangannya andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah masak-masak untuk menyuntingnya. sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini,..

2. jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubah semata-mata, lihatlah pada bujur bibirnya, andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih ingin menyuntingnya, khuatir kelak dia akan membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami..

3. jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata lihatlah pada sepasang mata miliknya, andai tidak redup menunduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya, khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

UNTUK WANITA..

1. jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata, lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya ketika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerana maksiat itu lebih mudah tatkala malam sudah tiba. khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.

2. jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata, lihatlah pada bahagian kakinya, andai lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirkanlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana auratnya suami itu hanya layak dilihat oleh si isteri...

3. jangan dilihat pada tampan paras semata-mata, lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara, anadai dia mudah menghamburkan carutan dan sumpah seranah, fikirkanlah sebaiknya andai masih mahu memilihnya, khuatir apabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan...

SMS yang SWEET from unknown


tadi amani baru jer abce mesej dari nombor baru.. tapi nombornyer macam familiar jerr...mesej nyer macam ni..

Anda telah menerima KASIH SAYANG KERANA ALLAH dari 01390137$!. baki kasih sayang anda pada 18/07/2011 ialah 100%. tempoh kasih sayang anda tidak akan tamat sampai bila-bila. InsyaALlah..

sangat sweet, tapi amani tanya "salam, sape ni ?"....dia tak balas...

inilah handphone amani... :)


wahai perempuan...tolong jangan seksa lelaki...


assalamualaikum Rasulullah SAW...

assalamualaikum kawan-kawan semua... apa khabar Iman ?? semoga semakin bertambah baik dari yang semalam, insyaAllah.. Amani pernah terbaca tentang satu artikel, tapi tak ingat bila... tajuk dia LELAKI TERANSANG LEBIH 30 SEHARI ... biler baca tu, dedejut boboi.. hehehe.. tak tahu lah betul ke tak, sebab amani perempuan, lelaki sila jawab, betul ke tidak ??? jawab dalam hati jer okey...

amani terfikir satu perkara... kadang-kadang lelaki tu teransang sebab diri sendiri atau sebab wanita yang berada dalam pandangan dia ??? mungkin dua-dua ada kot.. tapi amani rasa, paling banyak adalah disebabkan wanita yang berada di depan matanya...

katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, "hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan MEMELIHARA KEMALUANNYA, yang demikian itu adalah lebih baik dan suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"- An-Nur ayat 30

tapi.. tanggungjawab menjaga pandangan ini bukan perlu di galas oleh orang lelaki sahaja tau.. yang perempuan-perempuan di luar sana dan sini juga perlu jalankan tanggungjawab... ni tanggungjawab kita sebagai perempuan muslim..

katakanlah kepada wanita yang beriman, " hendaklah mereka menahan pandangan, dan kemaluan, dan JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASAN, kecuali yang biasa nampak padanya... -an nur ayat 31.

so saudari-saudariku.. mari kita sama-sama untuk menjaga perhiasan diri kepada kaum muslimin, kesian dekat mereka... jangan sampai kita dijadikan sebagai simbol seks dengan berpakaian legging, baju ketat melekat kat badan dan tudung yang tidak menutup dada... kan lebih baik pakai tutup dada, takdelah risau orang dok tengok dada kita kan kan kan ???...


amani juga mengingatkan diri sendiri.. :).. salam kasih sayang, renung-renungkan dan selamat beramal.. ku doakan agar kalian dibuka pintu hati untuk menutup keindahan diri .. assalamualaikum..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...