Sunday, April 8, 2012

apa kekuatan mereka.??

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Bicara Amani, harap sihat-sihat selalu. Amani dah seminggu demam, suara pun tak keluar ni,.. penat kerja kot, sebab makin banyak..Alahaiii, mengeluh je lagi, apalah sangat kerja amani tu banding dengan mujahid-mujahid masa zaman dulu...terfikir amani, apa kekuatan mereka dalam mempertahankan akidah, iman dan Islam...

apakah yang ada pada Sumaiyah, apabila dia berani menolak pelawaan Abu Jahal untuk kafir semula, sedang dia tahu, bertapa dia akan disula oleh Abu Jahal yang bukan berhati manusia??

apa kekuatan yanga da pada Mus'ab Bin Umair, apabila dia terus berperang walaupun kedua belah tangannya telah terputus dipotong

apa kekuatan yang ada pada Abdullah bin Rawahah, apabila dia terus terjun ke medan perang mengepalai tentera walaupun dia telah melihat Zaid Bin Haritsah dan Ja'afar bin Abu Talib telah syahid terbunuh, bahkan tenteranya di ambang kekalahan??

apakah kekuatan yang ada pada Khubaib bin Adi, apabila dia membantah kaum musyrikin yang berusaha mencabut cintanya kepada Rasullulah SAW sedang dia tahu dia akan diseksa oleh kaum musyrikin yang menangkapnya ketika itu??

apakah kekuatan yang ada pada Abdurrahman bin Auf, ketika dia menjadi benteng kepada Nabi Muhammad SAW dalam perang Uhud, sedang dia tahu bahawa tubuh badannya bakal menjadi sasaran mereka yang ingin membunuh Rasululluh SAW

apakah kekuatan yang ada pada Bara' bin Malik, apabila dia meminta dilemparkan ke dalam kota musuh untuk membuka pintu kota itu dalam agar kemenangan menjadi milik orang yang beriman, sedang dia mengetahui betapa musuh penuh di dalam kota dan nyawanya akan terancam??

APAKAH KEKUATAN MEREKA??

mereka orang yang meletakkan dunia di tangan, dan akhirat di hati. tidak risau melepaskan dunia, untuk akhirat yang kekal abadi.

sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. balasan mereka di sisi Tuhan ialah syurga Adn (tempat tinggal tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya, Allah redha akan mereka dan mereka pun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya- 98:7-8


dengan mengetahui sejarah (history), barulah kamu dapat mengetahui kisah-kisah HIS story..

Saturday, April 7, 2012

yang tiada dimata tapi berharga

21 Jamadilawal 1433H
8.15 am
putrajaya.

coretan dalam catatan

andai takwa boleh dibeli, tentu sudah ku gadaikan duniaku untuk dapatkannya
andaiku tahu hanya takwa yang bernilai,
pasti sudahku sadaikan egoku di pengkalan nafsu,
andai takwa itu datang menawar diri menjadi bekalku,
aku rela andai ia pinta syarat beribu,
andai takwa itu jisim,
sudah pasti kuhiaskan dan jadikan permata sepanjang musim
andai takwa itu lagu,
akan ku alun lirik indah agar keduanya bersatu

namun..
takwa itu hanya ku anggap dongengan,
disaat orang lain merebutnya,
aku masih hanyut dalam angan,
akhirnya bila takwa menutup pintu,
puas ku ketuk, puas ku rayu
tiada sahutan yang sudi menyahutku,
nanti tika insan lain membawa bekalan takwa mereka masing-masing
aku terfikir, bolehkah bekalan dunia yang kubawa ini bersaing???
takwa yang tidak terlihat dimata akan menjadi bekal berguna
dunia yang indah dengan tipu daya,
itulah yang bakalkan aku merana
untuk siapa dunia dikejar??
kalau bukan untuk santapan nafsu
untuk siapa lagi takwa mereka dihampar,
kalau bukan untuk jiwa yang cinta pada Tuhan yang satu

aku bukanlah yang paling bertakwa, bukan juga paling beriman,
masih banyak debu-debu pada pakaianku..
tapi, aku terfikir, sampai bila..
ayuh..berusalah menjadi orang yang bertakwa dan beramal saleh..
moga-moga ada berita baik buat kita disana iaitu syurgaNya

hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya dia akan memberikan kamu furqan, dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan dan mengampuni (dosa-dosa)mu. dan Allah mempunyai kurnia yang besar- 8 : 29

psstt : tu Allah seru orang yang beriman, iaitu orang yg percaya dan yakin, kalau kita bertakwa, Allah didik hati untuk mengenal yg hak dan yg batil, kemudian diampunkan dosa-dosa. janji siapa yang lebih menepati selain janji Allah..... carilah takwa itu..


Friday, April 6, 2012

antara fantasi realiti atau realiti fantasi..

13 Jamadilawal 1433H
8.34 pm
putrajaya

coretan dalam catatan

" aku teliti ayat-ayat Penciptakan dalam kalam 22 dan 23. SubhanaAllah, Maha Suci Allah,..aku cuba memahami ayat-ayat Cintanya, lalu aku cuba meneliti kembali diriku..ku lihat di luar tingkap, Allah Maha Besar, menciptakan bulan yang menerangi kegelapan..terpaku aku sebentar melihat keindahan Rabb yang mengatur alam dengan sistem yang sungguh sistematik..tiada cacat dan celanya...itulah anugerah Allah buat hambanya yang berakal "..

lalu aku terfikir tentang nikmat-nikmat yang Allah kurniakan sebentar tadi untuk aku nikmati bulan yang indah..dengan mata aku melihat, dengan tangan dan kaki aku mampu bergerak..tapi aku terfikir, kuasa apa yang mampu membuat aku melihat dan bergerak.. itulah kuasa Allah..

andai kita sedar bahawa penglihatan kita ini adalah ihsan dari aura Allah SWT yang Maha melihat, nescaya kita tidak akan mampu melihat perkara-perkara mungkar. andai kita sedar bahawa pendengaran kita ini adalah ihsan daripada aura Allah SWT yang Maha Mendengar, nescaya kita tidak akan mampu untuk mendengar perkara-perkara dusta. andai kita sedar, lisan kita ini dari aura Allah SWT yang mengajarkan kalam, nescaya kita tidak akan mampu untuk mengumpul dan mneyebarkan fitnah. Namun malangnya, kita belum kenal cinta Tuhan hingga ke tahap itu. lalu bagaimana aku ingin mengenal cinta Tuhan?? "apa lagi aku tunggu "...

bersegeralah mencari Redha dan Cinta Tuhan. kita ini hanya makhluk yang lemah. andai kita merasa besar dengan kudrat kita, ingatlah ia bukan milik kita. andai kita berbangga memukul orang sana sini dengan tangan, andai kita berbangga dapat berlari kencang dengan kaki, sekarang cuba gerakkan rambut tanpa bantuan tangan dan kaki... pastinya tidak boleh. lemahnya kita hingga menggerakkan sehelai rambut sahaja tidak mampu.. andai betul dengan mata kita melihat, pasti sudah org buta mampu melihat dunia, kerana matanya masih di dahi..

andai kita sedar hakikat ini, baru kita akan mengerti apa itu realiti fantasi dan apa itu fantasi realiti..wallahualam bissawab :)

"dan aku mengeluarakan kamu dari perut ibumu dalam keadaan kamu tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur"-An-Nahl 16:78
manusia itu sering merasa cukup dengan amalan ibadahnya, sedangkan yang utama dan pertama itu dipandang sepi.. fahamilah Al-Quran, kerana itulah sumber kekuatan dan petunjuk yang paling lurus..


Amani suka gambaq ni, so jangan tanya kenapa, teheee,..

Thursday, April 5, 2012

perangsang hari ini

8.12 am
putrajaya

nikmatnya rasa pagi yang segar sambil menikmati secawan kopi...
nyum..nyum..nyum..
alangkah seronoknya ada biskut cap pingpong macam entry kalampatah

pagi-pagi sudah dapat nikmat bermacam-macam daripada Tuhan..
bersyukurlah dengan kasih sayang Allah.. Alhamdullilah
paling seronok, lihat matahari yang memulakan kerjanya dengan bersinar dengan baik..
nak jadi MATAHARI tu...

sentiasa memancar dengan nikmat cahaya yang diberikan..
cuma kadang-kadang, si awan mendung melitupinya...
namun dia tetap setia dengan tugasnya sebagai hamba Allah..

Wednesday, April 4, 2012

yang selalu senyum belum tentu gembira..


seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu
ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian

seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu
ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulan hatinya yang retak seribu

seseorang yang sentiasa kuat di hadapanmu
ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya

seseorang yang ketawa menceriakan harimu
ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya

seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu
ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya

seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya
ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu bersuara tatkala sendiri


ketahuilah sahabat..
boleh jadi seseorang itu adalah aku yang dihadapanmu...
jika engkau tahu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...