Thursday, December 2, 2010

kamu ada ciri sahabat yang baik tak??

assalamualaikum semua pembaca BICARA AMANI..
maaf lah terlambat pos entry hari ini...selalunya, ana akan post pada waktu pagi, petang dan malam..
tapi harini, lepas zohor baru dapat dok depan lappy..hehehe

pagi tadi ana ada date...
hah, jangan tak percaya..http://www.emocutez.com.ana pergi date tau..
dengan sahabat-sahabat ana yang cute..(mesti tengah sengih-sengih bace ni kan..)
semua kan dah nak balik..so..harini, kami semua hangout together laa...
gembira ada, sedih pun ada..
yang gembiranya, 1 sen pun ana tak keluarkan duit..hehehehe...
nana yang belanja, adeeyyy, habis seratus duit dia.hehehehe..
nana ni ada blog..dia ni boleh dikatakan model lahh..
tinggi, dan pandai bergaya..
namun tak seksi tauu....masih sopan dan menutup aurat lagi laaahhh..hehehe
hah..ada yang terpikat lah tuuu..kalau nak tengok..ni belog dia
roxyfroxydainmalife...hamek, panjang bebenor nama belog si Ateh ni..

ana bersyukur dapat kawan-kawan yang macam ni...syukur mereka dianugerahkan dengan sifat penyayang...menangis bersama, gelak bersama, guling-guling atas katil pun sama-sama..
tapi kami pun pernah juga berselisih paham..masam-masam muka..tak bertegur..
hehehehe..selalunyer ana lah tuu..almaklumlah..kadang-kadang penatkan..
so tak terlayan perangai-perangai pelik dorang...hehehehe
tapi seronok la ada mereka dalam hidup ni..
memang superb laaaa....http://www.emocutez.com

errrrmmm..ana ada terjumpa ciri-ciri sahabat yang baik...alhamdulillah, ada dalam diri mereka...kalian pula macam mana?????...kalau nak tahu apa 12 ciri sahabat baik tuu..meh amani nak share ...jom kita tengok...

12 Sifat Sahabat

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

{petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali}

p/s : yang no 8 tu selalu jadi kat ana...heheheheh.....korang macam mana????..ada ciri-ciri ni tak???..kalau ada bagus lahh, kalau tak ada, apa kata kita cuba adakan.....just cakap..adakadabra, pastu ketuk kepala sekali...try lahhh...hehehe...gurau jelah..cubalah usahakan yerr..INSYAALLAH, konpem dapat ramai kawan....berkawan biar beribu, bercinta biar 1...kat sini ana ada satu soalan...SIAPA NAK JADI KAWAN AMANI??????http://www.emocutez.com

Wednesday, December 1, 2010

blog ni cool ke???


salam semua.. punyalah rajin sampai post banyak entry... sebab nak jawba tag lagi laaa tak nak tangguh-tangguh sebab takku lupa plak nanti.. okeyy..ada orang kata blog BICARA AMANI ni cool.. apa yang cool tu??? habaq mai kat cheq skit...habaq noh okeyy..award ni dari sembilan...owhhh.. suka nama tu..sebab esey orang nogori sembilan.. sembilan ni punya blog best sangat...sebab dia pandai design art.. kalau korang nak tempah design pun boleh.. boleh terjah dekat sini...d'antara sembilan akal
okeyy,,dah dapat award, kena jawab tag dulu...meh nak jawab meh..

  1. -ape benda paling cool dalam hidup kowang??
  • Benda paling cool dalam hidup ialah milo cincau ais...huhuhuhu..
  1. -siapa owang paling cool pernah kowang jumpe??
  • orang paling cool...errmmm..hah, cikgu add math mase sekolah dulu...cool sangat..suka tengok dia..., beliau mengajar cool jerr...dia marah pun muka dia tetap cool...nama dia CIKGU Zainuri..
kena tag 3 orang yang COOL, dan mereka adalah :

masa nak tag-tag ni susah ni...blogger yang cool ialah..

jawab amanah pemberi..


assalamualaikum..

bukak jer blog, ana tengok ada jejak yang ditinggalkan oleh WC...
waaahhhhh...ada tag...
so kenalah jawabkan..hehehttp://www.emocutez.com

dapat award dari WC..ape tu???washington city ke???..ohh tidak. tidak...dia sejenis kopi...
yeee...betull...sejenis kopi...whitecapuchinno...hehehehe..sila klik ke WC yer..award interesting blog..menarik ke blog picisan ni???..huhuhuhu..kalian nilai sendiri yerr..
sebenarnya, tag ni dah pernah jawab..tapi takpela..ni khas untuk WC..hehe

blog WC Di Mata Anda

blog WC menarik...sebab ada kopi disitu..hehehehe...


Nama Blog Anda Dan Kenapa Anda Letak Nama Tu

BICARA AMANI..sebabnya...sedikit kata-kata penyampaian ilmu daripada AMANI....


URL Blog Anda Dan Dari Mana Datangnya Idea Tu

http://azwaamani.blogspot.com nama sendiri laaaa..lagipun senang ingat.dari letak nama url. yang panjang macam ni...http://belogbudakcomelmanismanjasukasenyumdanbanyaklagiheheheheheh.blogspot...huhuhuhu..okey x kalau url macam tu???


Apakah Kaedah Dalam Penulisan Blog Anda

BICARA amani guna kaedah, menulis cara sendiri...wahhh..macam pro jer tuliskan..huhuhu..kaedah yang senang diterima umum, bahasa yang mudah dan simple...ayat yang lurus ke titik...apekah itu..yerr..sekali lagi BICARA AMANI ulang..lurus ke titik...straight to the point laaa..huhuhu..tak pandai guna metafora, hiperbola, dan isketambola...hihih


Apa perasaan anda bila tengok blog orang cantik dan menarik sedangkan blog anda tidak. (Kadang-kadang blog sendiri menarik tapi merendah diri)

semua orang suka cantik, ALlah dan Nabi pun suka cantik...jadi BICARA AMANI pun suka cantik..cemburu itu adelah skit, itu kelebihan lah pada tuan belog, pandai menghias...BICARA AMANI cantik tak...???..hehehhe.http://www.emocutez.com


Bilakah blog anda diwujudkan?

soalan sejarah plak..hehehehe..BICARA AMANI ditubuhkan pada bulan Julai 2010..semalam baru tengok entry first..kalau nak tengok..klik sini..WADAH PERTAMAKU


Siapakah org pertama yg tahu dan menjadi follower blog anda?

orang yang pertama tahu tentang kewujudan belog ini ialah, Encik Anugerah Allah.http://www.emocutez.com.dan orang yang pertama, rasanya, kak wahida..sebab dialah insan yang membantu untuk menubuhkan belog ini....siapa kak wahida...blog tinta hati..sila klik nama blog..TINTA HATI


Sila tag 5 org lain untuk menerima anugerah dan serahkan syarat syarat ini.


ak - terimalah award ni..
kak wahida - huhuhu..mekasih ajar adik yerr
ayien-blogger baru, merangkap rakan exco ana



nilai seorang wanita..murah atau tak terharga..???

assalamualaikum semua...

hari ini, amani hanya menghabiskan masa dengan lappy jerr
kejap bukak blog itu..blog ini,,,
pastu bukak cerita..
layan hindustan tau lepas exam..huhuhu..3 idiots..
best laaaaaaaaaaa..suka sangat...

mase jalan-jalam menggunakan internet untuk menambahkan ilmu,..
ana terjumpa nilai seorang wanita.......
murah ke nilai wanita ni sampai sanggup jual anak dan isteri untuk dijadikan hamba nafsu..
murak ke wanita ni, bila senang-senang jer lelaki dapat menakluk hanya untuk ditiduri,...

so...buat sahabat ana...mari kita baca ini....kat bawah ni...


Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".

Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".

Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"

Ibnu - Majah.

p/s : semoga suatu hari nanti kita semua dapat menjadi isteri yang baik dan solehah kepada suami, dan ibu yang baik kepada anak-anak....sanggupkah kita menyerahkan diri kepada suami yang kesuciannya hanya tinggal beberapa peratus sahaja, kerana dah bagi bf pegang-pegang...

jika masih berlaku begitu, masih sempat untuk berubah..insyaAllah...

semoga ana dapat menjadi isteri yang terbaik buat EN.anugerah Allah suatu hari nanti..aminnnnn...

maaf andai ada yang terasa dengan kata-kata..hanya menjalankan tanggungjawab sebagai hambanya...

Wallahua'lam.

perbualan si Alim dengan IBLIS

salam dan selawat keatas junjungan besar S.A.W..

assalamualaikum semua...
fffffuuuuuuhhhhh..lega dah...
sebab ana sudah merdeka dari exam untuk semester ini...
semester depan menanti dengan penuh debaran,,,
huhuhuhuhuhu....

taknak cerita pasal exam...
sebab exam ana macam biasa jerr
ade yang leh jawab...ada yang soalan susah...macam-macam lah..
yang penting sudah berusaha dan menjawab dengan baik..
selepas itu..serahkan kepada Allah..
kerana ana percaya..ana usaha ana dapat...
kalau tak usaha...tak dapat laaahhh..ngeeeeeee..betulkan..http://www.emocutez.com

okeyy..hari ini nak cerita pasal perbualan orang alim dan iblis...menakutkan betul tipu daya syaitan ini...harapnya...mendapat sedikit pengajaran dari cerita ni...sama-sama perbaiki diri...dan selamat beramal...huhuhu..(salam dalam hati, leh jadi ustazah baayah tak, dr mashitah pun ok..??)http://www.emocutez.com..suka tauu

Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.

Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Is mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi.

"Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah." Maka pulanglah dia terburu. Isterinya heran, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih heran lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai seorang manusia

Iblis :Hai, mahu ke mana kamu?

Orang alim : Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang roboh pohon syirik itu."

Iblis : Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang saja.

Orang alim : Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras

Iblis :Berhenti, jangan teruskan!

Orag alim :Akan saya teruskan!

Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia berkata, "

Iblis : Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"

Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan saja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.

Demikianlah, semnejak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.

Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus."

Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong.

"Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu."

"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu.

Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang.,

Iblis : Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar.

Oraang alim :"Mahu menebang pohon,.katamya dengan penuh semangat

Iblis :"Berhenti, jangan lanjutkan."

Orang alim :Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang."

Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh heran,

Orang alim :"Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?"

Iblis : tentu saja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."

Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahwa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah, dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan . Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ?

"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman."

Hadith Riwayat Muslim

p/s : dalam cerita ni jelas kita dapat lihat bahawa…Allah menilai seseorang itu berdasarkan niat yang dilakukan…samada perbuatan itu semata-mata kerana Allah atau ikutan hawa nafsu semata-mata…..kalau nak tahu bertapa jahatnya nafsu dalam diri kita ni..ade cerita tentang nya di entry ini…nafsu itu jahat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...