Tuesday, April 26, 2011

selamat Hari Lahir...



assalamualaikum semua


entry untuk encik Anugerah Allah...

selamat hari Lahir...

KALAU RINGAN ITU KAYU HAPPY BIRTHDAY TO YOU. KALAU BERAT ITU BATU MAY GOD BLESS YOU TOO


semoga panjang umur, murah rezeki
berjaya dunia akhirat..
supaya pada hari ini,
Allah meleraikan segala kekusutanmu
mohon dijinakkan nafsu liar
menenangkan gejolak hati
semoga kita sama-sama dapat menumpang kasih rahmat-Nya walau hanya dipinggiran
semoga kita semua sentiasa mendambakan KasihNya..
walau terkadang kita terlupa meningati-Nya..


selamat hari Lahir
semoga berbahagia disamping keluarga dan rakan-rakan...
barakallah...

Monday, April 25, 2011

pewaris hati Qarun-(MUSTREAD)

assalamualaikum semua...

kenal siapa Qarun??
..okey..meh nak habaq mai sikit...Qarun ini adalah seorang hamba Allah yang menganggap kekayaan diri kerana kepandaiannya...

okeyyy..memang kamu yang memerah keringat...memang kamu yang penat berfikir...tapi....dengan tenaga siapa kamu berusaha???.. fikir-fikirkan...dan beri jawapam ikut iman ..

hakikatnya, segala tenaga yang kita gunakan untuk mencari sumber rezeki, samada pancaindera, nikmat sihat..itu semua milik Allah....cuba cari pada diri kamu ketika anda baca entry ini...apa yang milik anda,...pasti sukar untuk kita temui.....

janganlah kita menjadi hamba yang terlalu mencintai dunia...jangan terlalu mengejar dunia dengan harta dan wang ringgit...

dari Amani...

dulu, aku pernah menjerit kerana tidak cukup, tapi, kini aku menjerit kerana ingin lebih...ahhhh..apakah besok aku akan terus menjerit kerana tidak puas??? wahai diri, milikilah kematangan rasa. usah sekali bertindak 'terlalu'. samada terlalu mahu atau terlalu benci...

kesederhanaan itu selalu menyelamatkan(klik). ingat selalu pesan Al-quran, tangan jangan selalu dibukakan, tetapi jangan pula terlalu mengenggam. titik tengah antara boros dan bakhil, itulah pemurah...

jika wang boleh menyuburkan kasih sayang, hulurkanlah...jangan lokek 'memeriahkan' persaudaraan. bukanlah rasulullah SAW pernah bersabda, sedekah terbaik ialah yang didahulukan kepada kerabat terdekat. tetapi ingat.....bukan wang yang mempertautkan persaudaraan tetapi hati yang jujur. kejujuran mampu membeli kasih sayang, lebih daripada jumlah wang yang aku miliki...aku tidak ingin menjadi pewaris hati Qarun..


ya Allah..uzlah aku daripada kejahatan diri agar tidak menjangkiti orang lain. qanaah aku agar tidak hasad pada nikmat yang diberi kepada yang lain. sabar aku dengan karenah insan yang menjadi 'bahan uji'MU untuk mendidikku..syukur aku pada nikmat yang ada tanpa mengenang apa yang tiada. pemaaf aku pada kejahatan insan sebagai 'karma' kejahatanku pada mereka...

ya Allah, aku belum sampai tetapi sungguh....aku telah memulakan perjalanan. walau susah sungguh , untuk pasrah pada-MU penuh seluruh! Lihat Aku, kasihani aku, kutip aku..wahai Al-A'Fu..kupohon pada-MU , cahaya hati

Sunday, April 24, 2011

nak tetap macam mana ????

assalamualaikum semua...

rindu bertaut pada BICARA AMANI kerana Allah tidak dapat disangkal lagi...sangat merindui untuk menyebarkan ilmu bila seharian tidak duduk berfikir sejenak tentang agama dan kehidupan....dan kini, rinduku kian terubat...dan harapnya rinduku pada jalan Allah ini sentiasa mekar dan istiqomah....

semoga apa sahaja yang Amani sedang lakukan dengan niat kerana Allah ini, ALlah tetapkan hati dan dengan kekuatan yang tiada taranya untuk terus Istiqomah...aminnn

Istqamah dalam perjuangan
Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa.

Firman Allah Taala:

(Surah Yusof ' Ayat 87)

Ertinya: Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.

antara halangan untuk kita beristiqamah adalah seperti berikut :

1.Halangan diri sendiri seperti malas, takut, gagal, rendah semangat, malu, tahap pencapaian rendah.

2.Halangan orang lain seperti gangguan, pengaruh, menolak peluang dan tidak mahu berkerjasama.

3.Halangan suasana yang tidak selesa atau tidak sesuai.

4.Halangan wang atau kebendaan.

apa yang perlu dilakukan????

1. Kuatkan azam

2. Berusaha dengan tetap dan bersungguh- sungguh.

3. Tidak patah semangat.

4. Tidak kecewa dan putus asa.

5. Tabah dan sabar menghadapi cabaran dan ujian.

6. Sentiasa berfikir.

7. Banyak berzikir dan berdoa kepada Allah Taala.

8. Bertawakal dan bersyukur.


...."maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." -Al-Haj:46

Friday, April 22, 2011

Bisik Syaitan Ke telinga wanita





BISIKAN IBLIS KEPADA WANITA !

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya
sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1.Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2.Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.
"Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian Tetapi Terlanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.
"Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan." Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

SUMBER RENCANA:

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=93&thread_id=21184

saudara-saudara SeIslam..harapnya, jangan pakai legging yer bila keluar rumah, untuk suami dan anak-anak takpelah,..tak manis lahh,..baju dan cantik besar dan labuh tutup punggug, tudung pun InsyaAllah dah sempurna,,tapi mata lelaki kat luar tu meliar jerr kalau kita pakai legging....please yer sayang-sayangku semua...


p/s : bila manusia tidak kenal Allah, manusia tidak akan mencintai-Nya..bila manusia tidak kenal Allah, manusia tidak akan takut kepada-Nya..sedangkan cinta dan takut kepada ALlah itu sumbu dan sumber kebaikan dalam hidup di dunia ini...tanpa cinta Allah, manusia tidak akan dapat mengasihi manusia. tanpa takut kepada Allah, manusia tidak akan dapat dikawal kejahatan dan kelicikan tipu dayanya...

perubahan biarlah sedikit..tetapi istiqamah..InsyaAllah, hidayah itu milik Allah, tetapi kita harus usaha untuk mencari hidayah itu..

cinta nabi bermakna Cintakan Allah

assalamualaikum semua...

syukran jazilan sebab wish goodluck exam tuk amani hari ini....fuhhhh..sangat susah..
tapi, amani percaya,..amani dah usaha sungguh-sungguh...kemudia berdoa penuh rasa kehambaan meminta Allah permudahkan untuk jawab soalan...masuk je pintu dewan exam,..Tawakkalna Allahilauhaulawakuwatailabillah Hilaliyulazim.....keserahkan segalanaya hanya dibawak kekuasaan Allah

pagi tadi dalam bas sempat mesej ibu...
amani : salam ibu..doakan yer..nak ambil exam pagi ni..ada 2 paper..
ibu : always..try ur best...
amani : thnks ibu...love u..
ibu :......

hari ini anda susah ucapkan kata cinta pada keluarga....kat tunang ke, suami ke, huhuhuhu...
dan yang paling penting..ucaplah kata cinta kepada junjungan kita..Nabi SAW..
dengan cara berselawat keatas baginda, keluarga dan para sahabat..

amani dah janji nak letak lirik lagu Binabil Huda kan..
okeyy..ini dia..

Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi

Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku

Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.

Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.

Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,


Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,

Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya


P/s : biarlah penulisanku ini sedikit sahaja, tetapi selaut ramainya yang dapat merasa nikmatnya...aminnnn...
inginku berbakti pada agama...dan ini lah saluran yang hanya ku ada...
jalan ku tuliskan segala ilmu yang ku ada...
dengan tulus ikhlas...terimalah BICARA AMANI dari amani.. :)



insyaAllah suatu hari nanti..hari dan detik ini akan tiba juga...semoga Allah memelihara hati amani dan juga hati Encik Anugerah Allah, agar tidak terlalu mencintai dunia...aminnn Ya Allah..pertemukan jodoh dan tautkan hati kami dalam ikatan yang sah...aminnn Ya Rabb
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...