Wednesday, April 20, 2011

rasa dihujung kata

pandanglah ke bawah untuk merasai syukur atas nikmat
pandanglah keatas untuk lebih bersemangat menyediakan bekalan akhirat

kadangkala sifat mahmudah i
tu tidak dapat disemai hanya dengan beribadah,
tetapi hanya dituai hasil mehnah (didikan Allah) sebuah mujahadah


begitulah jua mazmumah yang ada dikalbu kita
kadangkala dicuci dengan kesempitan rezeki dan hentakan kesedihan
berlapang dadalah dalam semua hal
kerana kesederhanaan itu selalu menyelamatkan

maaf atas segala yang terkurang
kerana disitulah letaknya kesempurnaan manusia
tetapi santunilah hati yang sentiasa mengharap kebaikan

sejauh mana kasih kita kepada Allah
itulah ukuran kasih yang dapat ki
ta berikan kepada manusia...

"ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"..Ar-Ra'du:56

-amani-proton city 05-1.45 Pm


ku ingatkan diriku dan semua..tutupilah dirimu dengan hijab yang sempurna,..

8 comments:

NzA said...

Alhamdulillah...sejuk mata ibu memandang wajah ayu brtudung sempurna...

Muslimin Ibnu Hassan said...

Allah amat pengasih kpda hambaNya. mohonlah agar Allah dkat ngn kita dgn yakin dan kte akn dpt rasai kehadiranNya jika kte benar2 beriman dan khusyuk dgn Allah.. selamat mencuba..

Unknown said...

selalulah membaca quran kerana ia dpt membuat kita merasa tenang.

siapakah gadis dlm gambar itu?

Cik Su Life Cycle said...

terima kasih atas nasihat tue.. aka cik su peganag kuat2

rafina mimi abdullah said...

akak paling suka ayat ni..'berlapang dadalah dalam semua hal
kerana kesederhanaan itu selalu menyelamatkan'

Solihin Zubir said...

sentiasalah pandang ke bawah jika kita berada di atas..
sbb kita juga bermula drp bawah..
mudah-mudahan kita tak lupa diri dan sentiasa bersyukur atas nikmat yg diberi..
insyaAllah.. =)

Unknown said...

ingt asal usul kita seblom kita pergi lebih jauh kerana daripada situ kita akan knal siapa diri kita ni..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...