Saturday, August 28, 2010

..ilmu mandi hadas besar....

sama-sama kita kongsi ilmu yang kita peroleh....

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…


Friday, August 27, 2010

salam akhir....

jika saat ini adalah saat terakhir dalam hidup ana....terlalu bnyak benda yang ingin ana sampaikan....tapi alangkah sedihnya jika...ana tidak ade peluang dan ruang untuk meluahkan segala rasa sayang dan kasih kepada mereka...andai diri ini telah dijemput, doakan kesejahteraan ana di sana bersama para muslimin yang lain........semoga dengan entry yang satu ini dapat menghilangkan rindu padaku...

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir


buat kak zureen dan kak fatin yang amat mengambil berat terhadap diri yang banyak mendatgkan masalah ini....maafkan adik kerana sudah tidak seperti dulu......semoga kasih syg yg terbina tidak akan putus walau ajal menjemput......setiap air mata tanda penyesalan lebih bermakna dalam hidup adik......adik syg kakak semua...

Thursday, August 26, 2010

semakin tinggi..semakin dekat...

dalam kesunyian hati dan kesibukan kerja, belajar dan sebagainya...ana melayari kehidupan yang penuh dengan cabaan ini selama 19 tahun pada saat ini....terlalu bnyak perkara yang mendewasakan ana..buat ana lebih tabah..lebih matang....dan lebih berfikiran terbuka...namun hanya berbekalkan pengalaman yang sedikit ini, masih belum mampu untuk diri ini mencari dan terus mencari jawapan yang tepat dalam setiap persoalan yang datang..sehinggakan, kadang-kadang, keputusan yang diambil itu bersifat melulu dan tidak matang, sehingga memberikan kesan pada yang lain...seharusnya ana perlu membuang segala sikap yang boleh mendatang masalah pada mereka yg hidup bersama ana di mukan bumi milik Allah ini...

aku bersyukur kepada MU ya Allah kerana Engkau masih memberikan aku peluang untuk menarik nafas dan melayari kehidupan dengan segala nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku sehingga hari ini....namun...semakin bertambah satu angka dalam hidup ku ini...membuatkan aku semakin dekat untuk bertemu denganMU Tuhanku.....cuma...hati ini tertanya-tanya...sudah bersediakah diriku untuk bertemu dengan Pemilik diriku....setelah aku memulangkan segala hak mutlaknya...apa yang aku balas kepadaNya cukuop dengan segala yang Dia kurniakan kepdaKu...
Astaghfirullahhalazim...Ya Allah....banyak sungguh kelalaian yang telah aku lakukan sepanjang aku hidup ini..masiih sukar diri ini rapat kepadaMu...sukar diri ini menentang segala nafsu yang ada dek kerana lemahnya iman di dadaku...Maha Besar Allah...AMpunkan aku ya ALlah...

selama 19 tahun ini. aku hidup dengan mereka....pelbagai kenangan suka, duka, kecewa, sedih dan segalanya aku rasa..syukur keranaa aku diberikan anugerah untuk merasa segala nikmat itu....bersyukur aku kepadaMu....

kepada semua yang ada disaatku berduka dan gembira..terima kasih ana ucakan....sesungguhnya...ana tidak dapat membalas jasa kalian melainkan Allah memberikan ganjaran kepada kalian..

buat insan-insan yang telah ana lukakan hati sepanjang kehidupan ana.....ampun dan maaf ana pinta dengan rasa hina....ana bermohon dengan kalian agar memaafkan segala dosa ana.....takut ana mati dalam keadaan dosa yang melebihi pahala....


~.....semoga pengakhiran yang baik buatku.....~

Monday, August 23, 2010

buatMU IBu dan Mak....

setiap anak mendambakan kasih dan sayg daripada keluarga..hargailah sementara ada....

Padamu kuharap kau hadir dalam hariku,
Agarnya kau tahu betapa kucinta padamu,
Setiap masa seolah ada disisi,
Kasih padamu takkan pernah padam,
Sayangku, hanya engkau dihati,
Jiwaku ini kosong tanpa pelukanmu,
Oh belaianmu..

Kasih, kita ditakdirkan bersama,
Takkan engkau kupersiakan,
Walau terkadang hati mudah terusik olehku..

Selagi ada nyawa,
seluruh daya kan kupastikan kau gembira,
Segala cinta dan saat bahagia, oh ibu...
Ke akhir hayatku..

Oh ibu..
Ibu...

if u are not the one




kepada sesiapa yang berkenaan...maafkan saya..



If you're not the one then why does my soul feel glad today?
If you're not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call?
If you are not mine would I have the strength to stand at all

I never know what the future brings
But I know you are here with me now
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don't need you then why am I crying on my bed?
If I don't need you then why does your name resound in my head?
If you're not for me then why does this distance maim my life?
If you're not for me then why do I dream of you as my wife?

I don't know why you're so far away
But I know that this much is true
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I'm praying you're the one I build my home with
I hope I love you all my life

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

'Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
'Cause I love you, whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
You know my heart is by your side

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms...?

Ya Allah..Ku insan Lemah...

entah ke berapa kali rasa yang sama ini menghantui diri ini...
dimana silap ana....dimana kekhilafan ana sebagai hambaMU ya Allah...
pandulah setiap kata-kata dan tingkahlaku ini....
agar ana tidak lagi menyakitkan dan mengecewakan org lain...
sesungguhnya ..rasa ini amat sakit Ya Allah...

ana minta maaf ya Allah...ampunkan ana ya Allah....
ana tahu ana insan lemah..
ana tidak cukup ilmu untuk menegur..
kepada semua yang pernah ana sakiti hatinya dengan kata-kata...
maafkan ana....dalam hati ini, tiada niat lain melainkn demi kerana Allah...
maafkan ana ....

kepadaMu ya Allah...
kuserahkan segalanya kepadaMu...
aaku bermohon kepadaMu...
aku lebih gembira engaku menjemputku dari membiarkan aku melayari kehidupan dunia dgn penuh dosa, silp dan salah...
engkau tahu apa yang ada di dalam hatiku....
aku bermohon kepadaMu ya Allah..
makbulkan segala doa dan pintaku..
amin ya rabbalalamin.....

Sunday, August 22, 2010

RENDANG TAK BERBUAH



dalam kedinginan dan kesejukan malam sambil membaca dan menyiapkan tugasan,,tiba2 Allah mengerakkan hati untuk mendengar lagu yang sangat ana dan tersentuh dengan liriknyerrrr......x cukup air mata nak nagis bila dengar.......ana rindu Dia....




Rendang Tak Berbuah

Artist: Hattan
Sunyi dan gelap
Terlantar dalam telanjang
Di pintu rindu
Hidup dan matiku disisimu

Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang
Antara merenda semalam
Mungkin takkan berbuah

Hanya memadukan
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara

Begitulah hakikatnya
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu

Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya

Berikanlah pengertian
Waktuku di hujung jalan
Berbicara bahasa duka
Tanda penyesalan

Manapun aku berlabuh
Pastinya untuk desamu
Biarpun tak bersubur
Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu

Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam

Saturday, August 21, 2010

...i'm not good enough...

salam buat semua pembaca blog yang ana sayangi...

dah lama ana x menulis meluahkan segala yang ada..ilmu dan rasa...
agak sibuk dengn assignment yang nak di summit dan tanggungjawab di kolej...
namun....dalam jangka masa ana tidak menulis ini..terlalu bnyak yang ingin ana luahkan sehingga tidak tahu yang mana satu ingin dimulakan...heeheheh

ana xnak bercerita pnjang..biarlah segalanya hanya Allah dan ana saja yang tahu apa di dalam hati ini...kerana...Allah MAha mendengar dan mengetahui segala sesuatu....Dia tahu apa yang terbaik buat diri ana..jika Dia inginkan ana berasa sedih dan kecewa...itulah yang terbaik buat ana...

cuma..ingin ana mengingatkan diri serta sahabat sekalian bahawa..hidup ini cuma sementara dan seketika cuma...ingatlah bahawa,,dalam hidup kita ini, terlalu bnayak benda yang perlu kita hadapi dan jalani...
makanya....jalani dan hadapilah dengan tenang dan penuh kesabaran..serahkanlah segalanya kepada Allah..kerana Allah tidak pernah sekalipun mnegecewakan kita sepertimana yang dilakukan oleh hambanya.....hargailah sementara masih ada peluang hidup didunia....

ana memohon maaf andai sepnjang 19 tahun ana hidup didunia milik Allah ini..banyak hati-hati yang telah ana lukakan...ana guris perasaan mereka samada secara sengaja dan tidak sengja...di harapkan dalm bulan baik Ramadhan yang penuh keberkatan ini....Allah mengampunkan segala dosa kita semua dan memberkati hidup semua....Aminnnnn...

salam kasih dari hamba Allah yang banyak melakukan kesalahan dan hina ini...
yang mengharapkan husnul khatimah
-norazwani binti mohd azhar-

Tuesday, August 17, 2010

..kepulanganKU....

lepas penat jaln2...cuna minx air..terliur kami...heheheheh

salam buat semua.....

ana rasa seronok sgt dengan kepulangan ana kali ini...
terasa teramat bermakna ramadhan kali ini...
duharapkan suasana sebegini akan kekal selamanya sampailaaa ana menutup mata..

terima ksih banyak2 kat abg2 dan kakak2 ana yang sudi balik kg..
heheheheh
sayang kalian sumerrr,,,
bila dah balik..macm2 lah ceritanya.,
ermmmmm...x sangka anak buah ana si irfan tue pose penuh...
bgus2...
si cuna yg baru 3 tahun plak dah boleh baca al-Fatihah...
tapi pelat ckit laaaa..lawak laaaa..
rindu plak kat dorg...sempat jugak2 jalan2 ngn kaklong, abglong, kakteh n cuna sbelum balik aritu...

si debab tu menangis kalu x belikan mainan kat die..
geram betul...
arghhhhh..rindunya pada semua...thnks kerana diri ini msih disayangi,,,


macm mak dara bawak hndbag..kalh maksu......

Wednesday, August 11, 2010

..sEloKa RaMAdhan..

..salam dan selamat berpuasa buat semua...ana baca seloka dalam blog ustaz hasrizal...ana nak kongsi jugak ngn korg sumerrr...




Sirna senja di mega Shaaban
Menyambut tetamu bulan Ramadhan
Berbuah tangan sejuta tawaran
Belas kasih Tuhan yang Rahman

Setiap amal diganda kurniaan
Setiap huruf berlipat balasan
Syaitan terbelenggu berkurang peranan
Tinggal nafsu menanti latihan

Hajat dan keinginan dikekang ditahan
Seperti haiwan dalam kurungan
Perlu dijinak dengan al-Quran
Bersama zikir hati dan lisan

Bersahur jangan diawal-awalkan
Berbuka pula jangan lewatkan
Beragama jangan melampaui suruhan
Atau dikurang dan ringan-ringankan

Bersedekah bertilawah tadabbur al-Furqan
Hiasan Ramadhan jangan abaikan
Hasut bermusuhan dibalas jangan
“Aku berpuasa” slogan kemenangan

Berjamu selera jimat-jimatkan
Makan sekadar menurut keperluan
Gaza kelaparan jangan dilupakan
Banjir Pakistan jangan disepikan

Qiyam Ramadhan jangan ketinggalan
Solat Fardhu paling diutamakan
Jaga telinga jaga penglihatan
Bersih diri, hati dan keimanan

Andai ini Ramadhan perpisahan
Pulanglah dengan sejuta keampunan
Buat yang terbaik jadikan keazaman
Bersama-sama kita doakan…

Tuesday, August 10, 2010

..Harapan BuatMU....

...entry kali nie yang paling ana x sabar nak post..heheheheh... mingkin ini Ramadhan yang terakhir buat ana.....jadi ana meletakkan sedikit harapan dalam bulan yang penuh keberkatan ini...

HARAPAN RAMADHAN

Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan semula Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNya Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan Selangkah demi selangkah… Dengan rahmatMu oh Tuhanku… Ku tempuh jua

SANDARKAN SEMUA PADANYA...


...SALAM.....

buat semua pembaca blog ana yang beragama Islam, selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak....sempena bulan baik yg akan tiba ini...
ana ingin mensucikan hati daripada sebarang perkara yang boleh mengelapkan hati...banyak perkara salah yang ana telah buat sepanjang hidup ini....
bila difikirkan semula...terlalu sedikit amal baik yang ana lakukan....
takut rasanya untuk menghadap Allah dengan amal yang sedikit ini..namun Ya Allah....
Aku bersyukur dengan nikmat hidup yang Engkau kuriakan kepadaku hari ini...
semoga ada ruang dan peluang untukku beribadah dalam bulan muliaMU...
aminnnn..

bila kesukaran dan kesusahan itu datang.....
sometimes..kita bertanya pada diri tentang banyak perkara....
bila perkara ini terjadi pada ana ketika ini, ana mula berfikir kembali....
siapa ana untuk bertanya tentang kesusahan ini?????...
layakkah ana untuk mempertikaikan semuanya?????.....
.sedarlah wahai NORAZWANI...
.engkau hanya hamba yang tak punya apa-apa.....
engkau insan yang lemah dan sentiasa berharap dengan bantuannya,....
.jadi...janganlah sesekali engkau mengeluh dengan sedikit ujian ini.....
ingatlah...
Allah tidak menurunkan ujian ini kepadaku sebelum dia menurunkan kepada hambanya yang lain...
.dan setiap dugaan dan ujian kesukaran ini sebagai tanda kasih dan sayangnya kepadaku dan aku mampu melakukannya kerana Allah menurunkan ujian mengikut kemampuanku.....
ampunkanlah segala dosaku YA Allah kerana aku terlalai dengan nikmat ini.....
sesungguhnya engkau lebih tahu apa yang aku perlukan dalam hidup daripada apa yang aku mahu dalam seharianku.....
aku bersyukur dgn nikmat ini...

aku terima semuanya yang datang daripadaMU ini Ya ALlah....
namun Ya Allah...
aku memohon kepadamu agar aku dikurniakan dengan sedikit kekuatan dan ketabahan hati dalam menempuh segalanya.....
segalanya aku sandarkan kepadaMU.....
Sesungguhnya Engkau TUhan Yang Maha Pengasih dan Maha penyayang kepada hambanya.....
Aminnnn...





Saturday, August 7, 2010

PERLU dan MAHU


ASSALAMUALAIKUM...

..ana masuk bilik seorg penghuni yang memerlukan khidmat ana...bila ana masuk saja ke biliknya...terpaku ana dek suasana didalamnya...banyak kertas2 yang bertampal didinding bilik..semuanya tetang appointment dan peringatan kepada dirinya....tetang mengingati tuhan, tugasan. praktikum dan sebagainya.....tapi...ana tertarik pada satu ayat...

'ALLAH LEBIH TAHU APA YANG KITA PERLU DARIPADA APA YANG KITA MAHU'
Bila ana membaca kalimah tersebut..ligat otak ana berfikir kaitan ayat tersebut dengan keadaan ana dan keadaan hamba Allah tersebut....ana mula membandingkan diri ana dan dirinya... di situ.....ana muhasabah diri ana...bertapa bersyukurnya ana kerana masih dikurniakan nikmat sihat oleh ALlah....tapi...ana seringkali lalai dan lupa untuk bersyukur dengan nikmat itu...AMPUNKAN AKU YA ALLAH......

bila ana melihat org disekeliling ana...ana mula menilai semula apa yang telah ana dapat daripada ALLAh...dan apa yang ana beri kepadanya....sungguh ana hamba yang lupa diri......AMPUNKAN AKU YA ALLAH....ASTAHGFIRULLAH.....

Orang yang kurang upaya itu telah menyedarkan ana tetnag erti kehidupan ini...terima kasih Ya ALlah....petunjuk dan kebesaranMU itu ada dimana-mana....dan beruntunglaaa bagi org yg berfikir.....

YA ALLAH YA TUHANKU....KURNIAKANLAH AKU KEAMPUNAN..KURNIAKAN KEAMPUNAN KEPADA IBU DAN BAPA KU.....KEAMPUNAN KEPADA AHLI KELUARGAKU....KEAMPUNAN KEPADA RAKAN SERTA GURU-GURUKU...AMPUNKANLAH DOSA INSAN YANG ENGKAU ANUGERAHKAN KEPADA KU SERTA AHLI KELUARGANYA..KURNIAKAN KAMI KESIHATAN YANG BAIK....DAN JAUHKANLAH KAMI DARI SEBARANG KEMALANGAN DAN MALAPETAKA.....SESUNGGUHNYA ENGKAU TEMPAT KAMI BERLINDUNG DAN MEMOHON HARAPAN....AMINNNNNN..YA ALLAH....


WASSALAM...

T_T..kerinduan ini....



ana x dapat nak lelapkan mata..ana teringat pada insan2 ini....sedihnyerrrr......semoga Allah mash menjodohkan kita untuk bertemu...Aminnnnnn....saya sayang kalian semuaaaaaaaaaaa...



kerinduan ini...

along farhana n dayah....errmmm..rindu nak borak2 sebelum tidur.....wuaaaahhhh

maksu rindu dinni.....abi dinni pun..alang....asyik teringat jer kat alang....



cuna n irfan.....maksu rindu korg...aritu dapat cakap ngn cuna..maksu nagis....cuna ajak umi ngn abi jumpa maksu tau...nak peluk dak gumuk nieee....

ibu dan ayah....rindu teramat sangat......maafkan wani andai ada buat salah dan silap....wani sayang ibu dan ayah.....wani xnak susahkan ibu dan ayah....

..azam..usaha..istiqamah....

assalamuaalikum dan salam satu malaysia..hehehhe...

walaupun dah agak lewat malam..ana tetap nak menulis juga...sebab...ana nak kongsikan pengalaman dan apa yang ana lalui hari ini dengan semua pembaca... azam..usaha..istiqamah.....3 benda yang saling berkait rapat dan perlu kita amalkan setiap hari... ana bersyukur kerana hari nie..ana rasa penat..tapi ana rasa puas...sebbnya..ana bersama ukhti zureen, ukhti fatin dan ukhti jah..kami bersama-sama menyelongkar tong sampah di KHAR untuk mengumpulkan tin dan juga botol untuk program KHAR yang disayangi....disinilah ana jumpa 3 formula kejayaan ini..


1)...azam...
org bijak pandai kata..letakkan harapan dan azam setinggi langit.....kami semua berazam untuk cari barang penting itu dengan penuh rasa seronok...mungkin org kata sampah tu kotor dan jijik....tapi bagi kami....kami x melihat itu sebagai penghalang,....malah...kami boleh bergelak ketawa lagi...sangat seronok....

2)..usaha...
usaha adalah elemen yang paling penting dalam sesuatu perkara..jika kita meletakkan azam yang tinggi di langit tapi x diiringi dengan usaha yang setimpal...maka...tergantung sajalah azam tersebut dan tak mampu tuk digapai...anda fikir-fikirkan semua ini....

3)...istiqamah...
jika kita sudah ada usaha yang baik...maka..teruskan usaha itu tanpa menoleh kebelakang....biar apa org kata...biar apa kesusahan yang perlu dihadapi...kita perlu teruskan untuk gapai azam di langit tinggi..

semoga formula kejayaan ini dapat kita adaptasi dalam setiap ibadah yang dilakukan....salam...

Friday, August 6, 2010

gadiskuuuu.....

Gadisku…

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi awas..duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Gadisku…

Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘title’ gadis yang engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.

Gadisku…

Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu “Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”. Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.


Gadisku…

Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud “Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T. Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.

Gadisku…

Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali. Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama. “Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…”



ana mengingatkan diri ana dan orang lain....sama-sama kita fikirkan semula apa yang telah kita lakukan sehari hari...

Ya Allah...lindungilah aku daripada segala kejahatan..janganlah kau pesongkan hatiku setelah kau mengurniakan aku Hdayah dan Petunjukmu.....iringlah setiap langkah ku dengan rahmat dan redhaMU..sesungguhnya..kepadaMU aku berserah segala-galanya....jika itu yang engkau kurniakan...itulah yang terbaik buatku......AMINNNNNN...

hari ini..barulah ana mengetahui kenapa ana kecewa.....semuanya kerana salah ana sendiri...terima kasih TUHANKU..Engkau mendengar segala resah dihatiku...Allah tuhan Yang MAHA Mendegar dan Maha Mengasihi hambanya...

letakkan harapan.......


assalamualikum buat semua pembaca blog ana....

ana menulis kali ini dalam keadaan otak ana bercelaru dan badan ana kepenatan.....kepenatan dek memikirkan tentang banyak perkara..tetapi..yang paling ana pikirkan ialah tentang satu perkara nie...

meletakkan harapan dan menaruh harapan....bagi anda..adakah dua perkara ini satu benda yang sama atau berbeza??????..tolong bantu ana....jika apa yang ana fikirkan ini salah..tolong betulkan ana yerrrrrrr...selain petunjuk dari Allah...ana mengharapkan perkongsian ilmu daripada anda....mungkin ana nie x matang agaknya.....

situasinya ana begini....meletakkan harapan......

ana meletakkan harapan kepada seseorang itu untuk melaksanakan tugas tersebut sebaiknya...bukan ana menaruh harapan untuk mereka bals dengan apa yang ana sudah lakukan untuk mereka ...bagi ana..benda ini dua benda yang berbeza......ana tidak mengharapkan balasan...ana mengharapkan agar harapan itu dapat dilaksanakan seperti yang ana ingin kn..

ana bagi satu situasi.....

lebih mudah dengan situasi harian kita.........contohnya...mintak kejutkan subuh....

anda minta bantuan individu lain untuk bantu anda kejut subuh...mungkin sebab anda kepenatan...memang anda berdoa....tapi anda takut benda2 diluar jangkaan...so..bila tiba waktunya....individu ini mengejutkan anda..tapi...sekadar gerakkan kaki sikit...seperti x kejut jerrr....apa yang anda rasa....anda bukan mengharapkan balasan....tapi..anda nak mereka melaksanakan apa yang anda amanahkan sebaiknya....begitu laa maksud ana....

tetapi..individu tersebut mengatakan anda nie buat sesuatu mengharapkan balasan.....mungkin ada sedikit rasa sebegitu..tetapi itu bukanlah dasarnya....

ana rasa bersalah teramat sangat.....tersangat sedih dengan tingkahlaku yang ana lepaskan...ana berfikir dengan emosi dalam diri....sehinggakan ana tidak memikirkan perasaan org yang mendengar.....

pada pendapat ana....masing2 ada salah dan silap....silapnya, pertama....sekiranya kita bersama dengan seseorang.....berikanlah komitmen sepenuhnya...bila berkawan kita beri komitmen sebagai kawan sebaiknya...sebagai pekerja..kommitmen pekerja..dan juga begitulah dalam hubungan suami dan isteri.....komitmen sepenuhnya, buat sesuatu dengan baik....

salah kedua....adat wanita....penuh dengan plbagai perasaan ....terutamanya bila bulan mengambang....huhuhuhu..jadi...kita berwaspada dengan semua perkara dengan diri kita...bila kta tahu kita dalam keadaan tersebut.....jaga diri, percakapan dan hati sebaiknya....bila rasa..diri dah agak emosi dan kata-kata dilontarkan tanpa berfikir....berhati-hati...k...ana harap...ana dapat laksanakan...

ok2...sudah habis sessi muhasabah diri.....huhuhu..semoga apa yang ana fikirkan ini membawa kebaikan dan bukan merosakkan ukhwah yang ada........yang baik datang daripada Allah...yang buruk datang daripada kesilpan dan kekilafan ana sendiri.......ana mintak maaf andai apa yang ana lontarkan ini menyakiti hati yang membaca.....ampun dan maaf semua..ana cuma meluahkan apa yang ana fikirkan....berilah petunjuk kepadaku YA Allah...AMINNNNNN...

salam...

Monday, August 2, 2010

...SemaKIN meniNGkAT..semAKiN JAuh...


bila lah ana dapat rasa lagi macam ni kan..????

.....entry kali nie..ana sedikit touching..huhuhu..tapi ana cuba mnegawal air mata daripada jatuh....;(....sedah masuk bulan 8....banyak yang peristiwa dalam bulan 8....sudah tentunya....hari kemerdekaan Malaysia....tapi....

ada 1 tarikh yang membawa makna dalam hidup ana.....iaitu hari lahir ana..tahun ini..jika Allah mengizinkan ana untuk bernafas..dapatlaa ana melalui hari itu....tapi...



amatlah mengharukan..kerana...semakin meningkat usia ana...semakin jauh ana bersama arwahhhh....tahun nie...15 tahun ana tanpa dirinya......ana sudah teramat rindu dengan dirinya....x sabar untuk menunggu detik Allah pertemukan kami.....seandainya itu yang berlaku...itulah hai yang teramat gembira buat ana....dalam kehidupan ini..banyak perkara yang membuatkan ana sedih.....tapi bila terkenangkan arwah dan Allah..hati ana mendapat sedikit ketenangan..tapi..
kesayuan itu amatlah ana rasakan....sayu kerana ana tidak ada bersamanya..dan syahdu mengenangkan dosa2 ana pada tuhan.....


ana........mendoakan agar arwah disisi Tuhannya..AMinnn...

..HITaM PuTiH KehIdUpaN ...


semoga kalian dapat menjalankan tugas dengan baik k....:)

....akhirnya....tamat sudah kursus utk REXCO daripada EXCo...ermmm..harapan ana..sedikit ilmu yang ana sampaikan dalam slot ana, dapat mereka gunakan dalam mereka berorganisasi...to all my REXCO...congrate for all of u....saya bangga dengan kalian....tahniah kerana rexco ana menjadi peserta lelaki terbaik....tahniah buat ILHAM......ajarkan ilmu yang ada pada rakan-rakan yang lain....untuk partner ku....Ukhti fatin dan Ukhti hala....kalian kekuatanku...adik masih perlukan tunjuk ajar dari kakak-kakak....heheheh.... errmm..ana suka sangat dengan lagu tema dalam KUPREX nie....setiap hari..ana mesti nyanyi...sebab lirik lagu nie yang menguatkan ana....lately...ana sedikit emosi...mungkin ana terlalu memikirkan masalah agaknya.....YaAllah..berilah aku sedikit kekuatn agar aku tidak mengeluh dan merungut dengan dugaan yang Engkau kurniakan ini.......ana masih dalam kesedihan...bak kata pengarah prgrm ana...kita masih belajar mengawal emosi....hhuhuhuhu..sangat kena dengan ana....almaklumlah..wanita kaya dengan perasaan ....hehehe..:0.. ana xnak citer panjang....just nak tulis lirik lagu yang sangat bermakna nie...



rexco ana yang ana sayangi...ep..knape ade ustaz hafizan nie?? ..huhuhuhu



lihatlah sekitar alam..
dunia luas terbentang
langit tinggi kebiruan
pohon-pohon kehijauan
hembusan bayu yang menyegarkan...

lihatlah disana sini...
beburung riang menyanyi
berbunga aneka warna
sumber kedamaian kita
mensyukuri nikmat Maha Esa..

begitu berharga...kehidupan ini..
bagi mereka yang tahu menghargai
mengapa terdorong oleh perasaan
kalu turutkan hati diri menjadi korban

tiada yang dapat lari
dari masalah diri
tiap cabaran yang datang
atasinya dengan keimanan

sekadar buat renungan
buatmu teman tersayang
hitam putih masa depan
sendirian menentukan
hidup ini usah dipersiakan...


semoga Allah memberikan ana hati yang bersih....agar ana jauh daripada perasaan syak wasangka dan pelbagai lagi perkara yang menggelapkan hati ana..aminnnnn....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...