Sunday, July 31, 2011

Hari Mantai



assalamualaikum kawan-kawan semua,,,sihat tak ??? Alhamdullilah kalau sihat,sape yang sakit tu cepat2 gi klinik ambil ubat, besok InsyaAllah nak puasa dah...seronok kan....

hah, sebelum tu nak tanya, siapa tahu Hari Mantai ???? kalau Orang Nogori yang kampung-kampung macam amani ni mesti tahu,,,,hehehe..meh nak story sikit pasal hari mantai ni...

Hari Mantai adalah satu istilah yang digunapakai oleh masyarakat melayu negeri sembilan sebagai tanda meraikan hari-hari yang penting macam nak sambut puasa, sambut raya, dan juga sambut raya korban... pada waktu ini, semua adik beradik akan berkumpul bersama-sama untuk memasak, dan family amani selalunya akan berkumpul di rumah kami di Negeri Sembilan.. hah, selalunya rumah kami menjadi tumpuan adik beradik sebab kami rajin masak...huhu...ayah akan bakar lemang, ibu pula akan buat sup tulang, mee soto dan juga rendang..... bukanlah bermaksud dengan hari mantai ni mengikut kepercayaan mana-mana, cuma ia hanyalah satu istilah untuk gotong royong jer,..hah, faham tak ???

kita layan pic yang sempat amani snap masa tolong-tolong lah yerrr.. :)

perjalanan pulang ke kampung...hujan lebat sampai Dinni tertidur atas maksu

sampai di rumah makcik dekat rembau, makan durian dulu..sila jangan jeles..sedapp..tu alang amani


ni Rabbit belakang rumahhh.....cousin kiter punya....sila abaikan kaki sepupu yerr kt sebelah tuu

amani, baby rabbit dengan zihah, sepupu amani... sila abaikan dapur rumah amani yang agak bersepah sebab tengah masak..huhuhuhuhu..rabbit tu ada kat dapur

ayah tengah bakar lemang kat belakang rumahhh...terbaikk lemang ayah, takde kerak pun, dan lemak manis...hohoho

okey,siap satu entry..huhu..jumpa lagi,selamat berpuasa...cikgu Ammar jangan jeles, saya dah gemuk..huhuhu..

Saturday, July 30, 2011


amani kat kampung, di Tampin, Negeri sembilan...tengah tolong buat sup daging + rendang ayam + lemang bakar sendiri...
akan di update lewat malam sikit yerrr..nak bersama keluarga tercinta.. okeyyy,,jangan rindu2 (pangg...perasan ade yang rindu..hehehe)

Friday, July 29, 2011

nota Al-Kulliyyah


okeyy, dah habis Al-Kulliyyah,..ni yang amani dapat sharekan dengan semua yang tak sempat nak tengok... sharing si caring...

pendakwah-syed mohd norhisyam

1. waktu yg mustajab untuk berdoa antaranya adalah sebelum berbuka puasa

2. kenapa still lagi buat maksiat waktu bulan puasa, sebabnya sepanjang 11 bulan tidak berpuasa, sifat2 syaitan itu sudah melekat dalam hati... sebab itu tak dapat menahan nafsu untuk mengawalnya.....

3. kelebihan ramadhan

-turun al-quran

-lailatul qadar sebagai anugerah kepada umat islam (org yang tak tinggal terawih pasti akan dapat lailatul Qadar)-bagi yang uzur, tak semestinya kena solat dan baca Al-quran, boleh banyakkan berzikir.

- hebatnya org yg berpuasa disisi Allah itu adalah lebih wangi dari kasturi

- 17 ramadhan berlakunya nuzul Al-quran dan perang Badar, kerana puasa itu adalah sumber ketakwaan dan kekuatan iman bagi muslim

4. infaq ramadhan (bersedekah)

-bersedekah adalah lebih dilipat gandakan di dalam bulan Ramadhan

-beri sebelum meminta..

-yang penting adalah nilai keikhlasan dalam setiap sedekah yang telah diberikan..

5. membaca Al-quran sedekahkan kepada saudara yang telah meninggal.

6. para peniaga Bazaar, jangan tinggalkan solat dan jalankan perniagaan dengan jujur dan ikhlas.

macam salin nota dalam kuliah, sambil dengar sambil taip,..sori kalau susah nak faham

jom..


jom tengok Al-Kulliyah tajuk Ahlan Ya Ramadan..

malam ni nak balik Tampin, Negeri Sembilan

keistimewaan RAMADHAN Al-Mubarak


assalamualaikum kawan-kawan. selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda dan para sahabat.... lagi berapa hari jer kita nak memasuki bulan Ramdhan Al-Mubarak yang penuh dengan keberkatan... so...jom kita study sikit-sikit keistimewaan bulan Islam ni, dapatlah kita grab peluang yang ada untuk membuat amal ibadah kepada Allah...kalau tak kenal apa yang istimewanya, susah bagi kita nak menjiwainya...betul ke tidak (stail macam Datin wanabe)..hehee..Allahumma Balighna Ramadhan


hadis Rasullulah SAW diriwayatkan oleh Al-tarmizi daripada Abu Hurairah r.a bersabda yg bermaksud

"ketika tibanya malam pertama dari bulan Ramadhan, seluruh syitan akan dibelenggu dan seluruh jin yang derhaka akan diikat. semua pintu neraka akan ditutup dan tidak ada suatu pun pintu yang dibuka. semua pintu syurga dibuka hingga tidak ada satu pintu pun yang ditutup. diseru " wahai orang-orang yang mencari kebaikan !datang kesini! wahai orang yang mencari keburukan !jauhkanlah dirimu. Allah membebaskan ramai manusia daripada api neraka. perkara tersebut berlaku setiap malam "

sabda Rasulullah lagi

"telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah telah mewajibkan di dalamnya puasa. pada bulan itu, Allah membuka pintu-pintu langit, menutup pintu-pintu neraka dan membelenggu segala syaitan. di dalamnya, Allah memiliki satu malam yang lebih baik daripada seribu malam. sesiapa yang diharamkan kebaikan malam itu, maka dia sememangnya telah diharamkan (daripada kebaikan)-riwayat Al-Nasa'i dan Al-Baihaqi daripada Abu Hurairah r.a

KEISTIMEWAAN RAMADHAN

1. orang-orang yang berpuasa di bulan ramadhan itu secara iman, dan dengan perasaan kerana perintah Allah semata-mata maka akan diampuni Allah SWT dosanya yang telah lalu

2. pada bulan Ramadhan itulah mula-mula turunya Al-Quran sebagai firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 185

3. dalam bulan Ramadhan itu terbukalah pintu-pintu syurga, dan terkuncilah pintu-pintu neraka, bahkan syaitan dan iblis dibelengu ketika itu.

4.puasa bulan ramadhan itu diistimewakan oleh Allah SWT, untuk Allah sendiri dan Dia sendiri yang akan menentukan ganjaran. (setiap pahala akan digandakan 10-700 kali ganda)

5. di dalam bulan ramadhan akan berlakunya Lailatul Qadar yang mempunyai kelebihan pahala amalan kebajikan mendapat ganjaran seperti ibadah seribu bukan. Antara kelebihan yang utama ialah ia mengandakan pahala ibadah. diawal ramadhan adalah kerahmatan, dipertengah Ramdahan keampunan dan diakhirnya dijanjikan terlepas daripada neraka. seperti firman Allah dalam surah Al-Qadar ayat 1-5

6. orang-orang yang berpuasa pada bulan ramadhan disediakan tempatnya di syurga suatu tempat yang istimewa, pintunya bernama "rayyan".


Ramadhan bakal tiba, dan mungkin ini yang terakhir kalinya buat diriku..
jom tingkat amal dalam bulan ramadhan... syaitan sudah tiada, jika masih lagi hati berbuat dosa, itu kerana nafsu di dalam dada,,

huhuhuhu (^_^)


nama : amani & kakteh
alamat : kepong, KL
mood : pening-pening lalat + stress+ gila-gila
keadaan : still lagi comel-comel
jam : 12.38 am waktu Malaysia
suasana : sunyi sepi, jiran-jiran dan tidur, kami bising-bising
pekerjaan : buat koktel tengah-tengah malam
agenda : tak tahu....



tadi rumah blackout,..kami pun keluar gi makan area KL..lepastu balik still lagi TNB tak betulkan, sempat juga layan cerita Sekali Lagi...betul-betul bateri laptop dah nak habis, baru letrik ade.....huhuhu..tu terus buat koktail..tempahan tidak akan dilayan..huhuhu

Thursday, July 28, 2011

keluasan Neraka Allah


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:


"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"



Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."


Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."


Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."



Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"


Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)


Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"


Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."


Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"


Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."


Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"


Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."


Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai"


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.


Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:



1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat





Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.


sesuungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam kitab suci, mereka itu dilaknat oleh ALlah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah SAW bersabda, "sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"-Al-Baqarah ayat 159

apa khabar IMAN sekarang ??


Assalamualaikum pembaca BICARA AMANI.. alhamdullilah masih boleh membuka mata untuk menyebarkan ilmu Allah... apa khabar IMAN hari ni ? semoga lebih baik daripada semalam, sebabnya iman ni mudah turun dan naik. harapnya amani dan juga semua pembaca berusaha untuk terus meningkatkan iman di hati.. insyaAllah..

IMAN : Assalamualaikum...

DIRI : Waalaikumsalam. oh encik Iman! saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. cuti ke ???

IMAN : apa pulak cuti bos. saya kan diberikan cuti

DIRI : oh ye, lupa. itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat bertambah lepas ambil En. Nafsu bekerja. tapi jadi kelam kabut pulak. lepas terdengar ustaz kat TV haritu, saya teringatkan kamu

IMAN : jadi saya boleh kembali bekerjalah bos ? saya boleh ambil balik jawatan dari en. Nafsu

DIRI : eh tak boleh3x. saya sayang sangat nak pecat en. Nafsu. walaupun saya terpaksa bayar tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya (sambil tersengih)

IMAN : kalau macam tu, lebih baik saya berundur (dengan nada yang sangat sedih)

DIRI : eh jangan, tolonglah saya. saya tak boleh kehilangan kamu (sambil merayu)

IMAN : tapi bos,kami tak mungkin boleh bersama dalam satu syarikat. perbezaan antara kami sangat besar. saya tengok En. Nafsu tu macam anti sangat je dengan saya.

DIRI : aduh, rasa serba salah pulak saya (keliru)

IMAN : macam ni lah bos, bos pilih satu je. bos perlu bermujahadah untuk pecat en. Nafsu, bos.

DIRI : saya tahu, jauh dalam lubuk hati saya, saya amat memerlukan kamu en. Iman. rasa iri hati saya tengok syarikat sebelah ustaz. mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. baiklah saya kena pecat en. Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku en.Iman. saya mahu tubuhkan semula jabatan solat, puasa, zikir, al0quran dan apa-apa yang patut.

IMAN : alhamdullilah, syukur sangat. nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak lagi bernas. saya akan teruskan prestasi cemerlang ini, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (ALLAH SWT) sebagai muttaqin


kitalah bos kepada diri sendiri. dan kitalah yang menguruskan semua tentang diri, makan,minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. apa yang penting adalah bagaimana kita menguruskan iman (macam planner). oleh itu, lakukanlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang dapat menyuburkan iman. malahan, jangan sesekali ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa ke dalam diri.

amani lambat sikit ke blog kawan-kawann yer, sebabnya amani nak tolong kakak amani siapkan soalan untuk exam akhir tahun...hari ni dia MC tak pi sekolah pun... okey...bye..assalamualaikum

Wednesday, July 27, 2011

review -cubaan


assalamualaikum..

siapa tengok cerita cubaan di astro oasis.. ?? saya cikgu... (sambil angkat tangan sendiri).pandangan amani lah kan, cerita ni bagus lah sebabnya berlaku dalam keadaan realiti..... memang kena serbu dengan ustaz akhil hayy tanpa disangka-sangka...try lah tengok.... sekarang ni amani tengah tengok ustaz tanya doa qunut kat kebanyakkan orang ramai, macam-macam.....

alaaa..amani tak pandai lah nak review cerita, try baca sinopsis kat bawah ni...cuba lah tengok, banyak manfaat, daripada tengok kartun (panggg kena penampor dengan abang yg suka tengok kartun)..huhuhu


SINOPSIS CUBAAN (ASTRO OASIS)

Program Cubaan dilihat mampu memberi kesedaran kepada orang ramai kerana memaparkan situasi seharian yang kadang kala diabaikan oleh orang ramai.Cubaan dibuat dalam bentuk rakaman secara kamera tersembunyi.Sebagai contoh, satu situasi di mana pelakon daripada produksi Cubaan melakonkan watak seorang ibu yang sarat mengandung dan meminta bantuan orang ramai kerana kononnya sudah tiba saat untuk melahirkan bayi dalam kandungan.

Apa yang bakal terjadi dan apa reaksi orang ramai terhadap wanita berkenaan hanya ketahui jika anda menonton program ini.Apa yang anda saksikan, itulah realiti yang benar-benar terjadi dalam masyarakat kita hari ini. Sama ada mereka sanggup membantu orang yang tidak dikenali ataupun berpaling kerana enggan menolong.Penonton tidak perlu bersikap skeptikal apabila menonton program terbaru itu kerana ia menyelitkan mesej yang tersirat tentang sikap rakyat negara ini.

Bukan niat untuk mempersendakan mana-mana pihak tetapi apa yang dipaparkan dalam Cubaan bertujuan untuk membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat kita.Dengan adanya program terbaru itu nanti, sekurang-kurangnya penonton mendapat kesedaran untuk menjalani kehidupan sebagai insan yang berbudi

jawapan...


mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir, semoga diri mampu menerimanya dengan dada terbuka, dengan penuh rasa ikhlas dan redha... ada hikmah untuk segalanya kerana aku hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan....sudah bukan takdirku untuk kesana, pasti ada tempat yang lebih baik untuk aku...

10 kunci kejayaan dunia dan akhirat


assalamualaikum sahabat-sahabat semua, semoga sentiasa dalam kasih sayang dan rahmat Allah..selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda dan para Sahabat.... adakah kamu bergembira dan berbahagia hari ini ??? amani secara jujurnya kurang gembira dan sedikit sedih pada hari ini...hidup tak selalunya bahagia kan??? ... mungkin dengan kesedihan ini Allah ingin mengajar diri untuk lebih berhati-hati dengan sikap manusia, dan sebaik-baik tempat pengharapan dan pengaduan adalah Allah SWT....

di sini amani ingin kongsikan kepada semua pembaca BICARA AMANI tentang kunci-kunci kejayaan didunia dan akhirat....

1. kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar
2. kunci kemenangan adalah sabar
3.kunci tambahnya nikmat adalah perasaan syukur
4. kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah takwa
5. kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa
6. kunci maksiat adalah kesombongan
7. kunci solat adalah taharah
8.kunci ibadah haji adalah ihram
9. kunci kebaikan adalah berpegang pada yang benar
10. kunci syurga adalah tauhid...


amani rasa diri amani ni betul-betul tak punya apa-apa....rasa tak layak untuk mendapat yang baik kerana diri ini bukan yang terbaik..amani perlukan seseorang untuk memberi sedikit motivasi...sabarlah

Tuesday, July 26, 2011

pengaruh LAILA-MANJA



korang tengok tak cerita Laila dan Manja ??.. amani ni jarang sikit layan drama sejak amani melangkah ke menara gading (cewahhh)..sila percaya yeee,..yang betul-betul amani layan dari episod 1 sampai last cerita Juvana sebab ada Zahiril Adzhim (ini belog dia). hehee, dan satu lagi jalan cerita yang menarik...amani suka dia sebab dia seorang yang sangat bagus dalam penulisan, itu sahaja reason amani okeyy...

sekarang ni amani duduk rumah kakak dia KL... so tengoklah TV kalau dia pergi mengajar kat sekolah (kalau tak blogging)...secara tidak langsung amani tertengok Laila Manja..best lah cerita ni....suka tengok Manja...hehehe...kalau balik UPSI ni terpaksalah tengok kat youtube...korang tengok tak ?? korang rasa best tak cerita tu ???


mak tiri memang jahat ke ?????

top 10 hadiah paling istimewa


assalamualaikum Rasululluah SAW....

assalamualaikum semua pembaca BICARA AMANI.. sebelum tu, nak wish, THANK YOU SO MUCHHHH sebab menyokong blog picisan amani ni hah....tenkiu yerr, sayang awak.. hehehe.. :) tanda terima kasih kita kat awak,..tak payah tengok orang lain, awak tu yang tengah baca entry ni hah, kita nak bagi hadiah ni....ambillah, free jerrr.....


hehehehe...kita bagi mungeee, suka tak ??? suka kan kan kan ??? (mengaruttt)..sebenarnya amani nak share kan top 10 hadiah yang paling istimewa yang kita boleh bagi pada insan tersayang,...nak bagi kat semua orang pun boleh.....jom check it out..

1. hadiah mendengar : berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan meracang bagaimana kamu hendak membalas

2. hadiah tanda kasih : jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan pegangan tangan (untuk yang halal sahaja okeyy). biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada dalam diri kamu

3. hadiah sehelai nota : ia mungkin ringkas seperti "sayang awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. letakkan nota-nota ini ditempat yang tidak disangka-sangka oleh orang yang dikasihi

4. hadiah ketawa : berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. mesejnya ialah "saya suka ketawa bersama awak "

5. hadiah puji-pujian : sesuatu yang simple seperti "warna biru memang ngam dengan awak" atau "sedapnya masakan awak " mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. hadiah bantuan : tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak DLL

7. hadiah bersendirian : ada ketikanya kita hanya mahu bersendirian. peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendirian

8. hadiah keceriaan : cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama-sama dnegan orang yang dikasihi

9. hadiah riadah : sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. kalah pun tak apa, kamu masih menang

10. hadiah doa : selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi...dan beritahu mereka yang mereka sentiasa berada di dalam doa kita...

Monday, July 25, 2011

titipan dari amani


di dalam meneruskan kehidupan dalam dunia sebagai remaja, tidak pernah seseorang manusia terlepas daripada diduga cinta daripada sang arjuna. namun, kebijaksanaan itulah yang memandu diri dan jiwa dalam menghadapinya....mengikut syariat agama atau sebaliknya ???? bagi diriku, yang kucari bukanlah yang memiliki wajah setampan Yusuf A.S, juga bukan harta seluas Sulaiman A.S atau kekuasaan seluas kerajaan Muhammad SAW, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat diriku terpikat...namun...

yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama..
yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata..
yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati
yang diharap bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat
yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam
yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia
dan yang akan terjadi, andai tak sama dengan kehendak hati, InsyaAllahku redha dengan ketetpan Ilahi

andainya kaulah jodohku yang tertulis di lauh mahfuz, Allah pasti akan menanam rasa kasih dalam hatiku dan hatimu. itu janji Allah


"cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya..dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu akan kecewa ketika kamu tahu kekuranganya"

kerana kita manusia


assalamualaikum Rasullullah SAW...

assalamualaikum kawan-kawan semua, selamat pagi Isnin...malam tadi sebelum tidur, amani fikir-fikirkan mengenai entry ini...amani fikir, kenapa perlu amani cemburu pada dia, sebabnya, sesuatu yang baik belum tentu benar. sesuatu yang benar, belum tentu baik. sesuatu yang bagus, belum tentu berharga, sesuatu yang berharga dan berguna belum tentu bagus... hah, faham tak apa yang amani maksudkan...

Ali bin Abi Talib :"tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta" kemudian Ibnu Munkadir berkata : "bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada 3 perkara, qiamulail, silaturahim dan solat jemaah." wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenal Pencipta Yang Maha Agung. berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.



kata-kata semangat hari ini untuk diri sendiri.. yeayyhh

kita disebut sebagai manusia bukan kerana tubuh dan jasad, tetapi kerana akal dam jiwa kita. akal mempertahankan barang yang pahit tapi manis akibatnya, nafsu mempertahankan barang yang manis tapi pahit akibatnya

musuh yang paling dekat ialah kebodohan kita. sebab itu, singkirkan sebagai menyikirkan bahaya daripada musuh itu. belajar tanpa berfikir tidak ada gunanya, berfikir tanpa belajar adalah berbahaya

yes, i'm jealous with someone !!


did you know that something was running out in my mind right now...???..my feeling like i'm gettin jealous with someone...heart please don't be jealous okey.



just because we don't say certain things doesn't mean we don't feel them ..right ???

i'm just 'me' a simple girl living her life the way one should...jealous is a desease, and i hope i will get well soon..hopefully....its only make me hurt....






Sunday, July 24, 2011

kehidupan sehari-hari


amani sedang tengok Stanza Cinta.. macam menarik jerr.hehehe...amani belajar satu perkara dalam cerita ni....

dalam sehari kalau kita tak boleh nak buat pahala, cuba kurangkan buat dosa

Hamba Berserah PadaMU


salam ukhuwah fillah buat sahabat seperjuangan
secebis ingatan di kala insan kealpaan
tatkala qalbun jauh dari ingatan tuhan
tersasar daripada landasan keimanan
nauzubillahi Min zaalik..

sekujur mutiara tasbih tersadai indah
tersisip pula rantaian kalimah
lailla Ha Illaallah, muhammadurrasulullah
tersergam berjuntai bergandingan sudah
SubhanAllah..maha Suci Allah

namun di sebalik kemurniaan yang nyata
terpalit kebenaran secara batinnya
jika kemuliaan itu hanya perhiasan semata
yang tiada amalan bersisa,
masyaAllah...

tika kekhilafan dan kejahilan hamba berlaku
tasbih dan kalimah diam membisu,
kemungkaran terus menundukkan nafsu
dek terasa tiada siapa yang tahu
Astargfirullah 'azim

begitulah insan
bila hati tak takutkan Tuhan
Mungkin DIA tidak menimpalkan balasan
kerana kasih sayang dan ihsan
DIA terus menunjukkan jalan
tika rantai tasbih berguguran
barulah hati merasakan
bertapa hebatnya kuasa Tuhan
yang menciptakan

hanya sekujur mutiara tasbih tersadai indah
yang menjadi sandaran dan wasilah
untuk menyedarkan insan yang tersilap langkah
daripada terjerat ke kancah yang salah
Alhamdullilah...segala puji bagi Allah

kini hamba menyedari
bertapa kerdilnya diri
seluruh alam DIA yang menguasai
Tuhanku..hamba berserah kepadaMU Ilahi
Allahuakhbar...Allah Maha Besar..


bila sujudku bertemu denganMU, terasa lemah segala tulang dek kerana banyaknya dosa tak terbilang..

Saturday, July 23, 2011

lawatan ke kilang coklat


assalamualaikum Rasulullah SAW..

assalamualaikum kawan-kawan semua.. Fuhhh, baru ni amani dapat menaip entry untuk hari ini. pagi-pagi lagi amani dah keluar untuk tolong Cikgu Mimi di Pusat Kecemerlangan Kanak-Kanak (PKKK) UPSI untuk bawa budak-budak ke kilang coklat... teruja tak dengar coklat.. sekali lagi diulang yerr.. KILANG COKLAT.. huhuhuhu....

sampai di PKKK jam 7.30 pagi, siapkan semua barang-barang letak dalam bas, barulah bawa budak-budak masuk bas... selama ni kalau amani pergi program, naik jer bas sure tidur punya... elehh...jangan nak cebik bibir yerr, korang pun sama juga kan... lagi-lagi trip waktu pagi, sebab kena bangun awal..hehehe...

tapi trip kali ini, amani tak boleh tidur pun, nak pandang environment kat luar pun tak dapat sebab kena jaga budak-budak dalam bas.. kejap nak makan lah, kejap nak turunkan kerusi lahh, bergaduh lah, bergurau lahh, apa jer yang dorang tak buat kat dalam bas tuuu...pantang jumpa tol plaza, habis semua orang mereka lambai... amani pula yang malu...hehehe. tapi seronok..

syahmi dengan danish yang suka sangat main kerusi... penat cikgu marah tapi still lagi buat,..

akhirnya sampailah di kilang coklat Beryl's... berdiri kat luar jer dah wangi bau coklat, kalau cikgu dah teruja, budak-budak apa lagi, hehehee.. sabar yeeee...kami pun jalan-jalan kat dalam, memang best laaaahhh

ni lah kilang tu... coklat yang sangat sedap.

okey, kita dah sampai.....pegang tangan kawan sebelah, siapa yang lari-lari cikgu tak nak bawa lagi...faham tak ??

cikgu dengan budak macam sama jer.. huhuhu.. abaikan muka amani yang burn dan nampak pucat letih sebab baru balik dari UPM... tak cukup rehat+nangis+mengantuk..so muka jadi macam tuuu

masa yang dinantikan telah tiba, SHOPPING COKLAT !!!!..memang rambang mata sampai tak tahu nak pilih yang mana, lagi-lagi harga dia murah sikit dari harga pasaran... mula-mula beli untuk diri sendiri.... lepas tu baru bawa budak-budak beli untuk mereka... tapi yang peliknya, bila suruh pilih mereka nak yang mana, tak nak pula.. Haishh budak-budak ni......

beratur jangan rebut-rebut..semua dapat coklat free..

tanda kenang-kenangan.

tengok, warna tangan dengan muka jauh berbeza....rasa nak balik bawa coklat besar ni..boleh ???

dalam jam 3.00 petang barulah kami sampai ke UPSI, dan parents pun datang ambil.. walaupun trip yang sekejap, tapi seriously amani rasa letih sangat-sangat.... apa-apa pun dapat timba pengalaman, dan satu jer yang amani nak cakap " TAK SABAR NAK ADA ANAK SENDIRI.' huhuhuhu...okey, nak makan coklat yang sedap semuanya, sila jangan jeles... :P

banyak tak amani beli..huhuhu.. ini untuk orang-orang tersayang sebab amani nak balik umah di KL... balik terus letak atas katil dan ..SNAP!!..

sukanya tengok bekas coklat blue bunny tu.. awesome!!.. jangan jeles !!

okey, ni cerita sikit tentang program Skim Anugerah Pelajar Cemerlang Yatim/Miskin Nasional (SANTUN) kat UPM kelmarin...amani sedih sangat sebab kawan amani nak balik UK dan New Zealand semula dan dia tak sempat nak bagi tanda kenang-kenangan sebab haritu balik tergesa-gesa.... tak tahu bila lagi kami dapat jumpa.... sedih juga sebab ada peluang pergi oversea lepas SPM dulu tapi takut nak try...takpela, rezeki di UPSI.... perkara yang dah lepas jangan dikenang-kenang

ini namanya Saleha, ambil accountancy di New Zealand...dan balik NZ besok..sangat rapat sejak 3 tahun yang lalu masa amani dengan saleha sama-sama baru dipilih tuk anugerah SANTUN

kenapa amani nampak rendah ?? sebab dapat t-shirt lelaki lengan pendek, so terpaksa pakai baju lain kat dalam....tapi dorang cakap comel nyer cikgu... huhuh

ini pula kak syakira.. comel kan..ambil fizik di UK.... dia text amani sampailah amani balik UPSI, sebab risau jadi apa-apa..tq so much kak..


walaupun saya tak dapat study di oversea.. it's okay... insyaALlah, untuk Master dengan phd nanti..okeyy..byee...assalamualaikum..

cikgu Ammar cakap, jangan pandang apa yang kita takde nanti jadi kufur nikmat, lihatlah apa yang kita ada supaya kita syukur.

Friday, July 22, 2011

when i'm feeling sad

bila semua rakan-rakan bergelak ketawa, amani tak dapat nak join sama sebab hati tengah bersedih.. duhai hati, jangan lah bersedih lagi...ini semua ada hikmahnya.
.

Alahai Komuter ..


assalamualaikum...

amani just nak share cerita masa amani balik dari KL Sentral ke Tg.Malim naik komuter. amani just bawa 2 beg jer, beg galas belakang dan beg balik kampung yang kecil tu jer... amani turun dari bas di KL sentral jam 5 setengah dan terus menuju ke Mc Donald sebab perut mengidam nak makan...lepas bungkus-bungkus terus menuju ke kaunter tiket Komuter, time beratur dan ramai dah sebab orang baru balik kerja...terfikir nak balik agak lewat sebab takut ramai orang, tapi nanti kalau naik lewat, sampai lewat, risau pula keselamatan sebab amani sorang...amani decide, balik jela... takpelah berhimpit dari sampai Tg. malim lewat sorang diri

lepastu amani turunlah ke Platform 4 untuk ke Rawang... berdiri sambil menunggu kat Ladies punyer tempat.... bagus juga buat ruang macam ni supaya kami wanita-wanita ni takdelah tertindas dek lelaki-lelaki yang tak gentle kan... hehehehe

amani berdiri kat depan sekali.....supaya senang sikit amani nak masuk. Tengok kat tempat boarding tu tulis rawang-6.15 PM train akan sampai.. pastu lewat 20 minit baru sampai..... takpela, mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu lewat sikit....

mase komuter dah sampai tu, kami ni pun bertolak-tolak.. amani tak nak tolak sebab makcik yang agak berumur dok kat depan amani, kesian kat dia, tapi kalau orang belakang yang tolak dulu,kiter nak buat macam mane kan.. mase tolak-tolak tu. badan amani dah masuk dah, tapi tinggal tangan yang pegang beg dengan air tersepit kat pintu sebab orang berhimpit... Allah... time tu sakit sangat,.. yang tersepit tu pergelangan tangan.... amani dah toleh cakap " i'm sorry, my hand please"... tapi dorang tak bergerak pun.... rasa macam air dengan beg tu amani nak lepaskan jerr sebab tak tahan sangat sakitnya... rasa nak menangis pun ade juga... dalam hati berdoa agar Allah mudahkan dan beri kekuatan.... Alhamdullilah syukur lepas juga tangan masuk...

macam ni lah gambaran masa tangan amani tersepit...buruk kan lukisan..huhu

masa dah tutup pintu tu....badan orang depan dengan orang belakang ni dah macam melekat dah sebab terlalu ramai, bertolak-tolak, depan amani ada sorang cina,... dia macam nak sesak nafas dah, tapi amani tak dapat nak bergerak langsung sebab takde ruang dah.... setiap stesen yang berhenti tu, bila orang nak keluar, seksanya jangan cakap....lepas tu ada orang nak masuk tapi tak boleh, siap jerit suruh masuk sikit... lepas tu yang dalam komuter ni pula jerit " dah tak boleh nak masuk, kalau nak masuk awak panjat laaa "... kami ni nak tergelak tapi kesian pula kan... hehehee

bila dah sampai rawang tu baru lah lega sikit.... tukar pula train ke Tg. Malim.. lepastu baru dapat rasa tangan ni dah sakit and lembam dah kat urat... sangat sakit sampailah sekarang..

tak mau dah nak naik komuter kalau waktu-waktu orang balik kerja. silap hari amani pengsan dalam train tu..

kat padang mahsyar nanti macam mana pula kita bersesak-sesak kan... ???

jom sokong blogger baru


jom sokong blogger baru yang ingin sampaikan dakwah melalui blogger... insyaAllah, kita akan dapat manfaat bersama-sama dengan saling ingat mengingati sesama saudara. :)


entry lepas balik program


assalamualaikum Rasulluah SAW

assalamualaikum kawan-kawan... baru balik dari program YaPeim di UPM semalam, hari ini baru dapat buat entry buat BICARA AMANI.. hehe.. syukur Alhamdullilah, semasa dalam program tu, amani dapat sedikit ilmu dan ingin amani kongsikan bersama-sama dengan semua. sebelum tu ada yang tanya Yapeim tu ape ??.. YaPEIM (klik untuk maklumat lanjut) stand for yayasan pembangunan ekonomi Islam malaysia. dan amani menyertai kelab SANTUN (klik laaa)(skim anugerah pelajar miskin/yatim yang cemrlang) yang dikendalikan dibawah yapeim ni... SANTUN ni di pilih oleh Jabatan Pelajaran Negeri berdasarkan kecemerlangan di dalam SPM.. dan setiap negeri akan dipilih seramai 2 orang, pelajar2 ini akan menerima sedikit sumbangan daripad Yapeim yang bernilai **** ribu untuk setahun selama 6 tahun, iaitu sampai kami semua habis degree... kebanyakkan peserta2 SANTUN ni belajar oversea, masa program tu dapat lah jumpa kawan2 semula yang balik cuti di Malaysia, ada study kat Poland, yarmouk, jordan, uk dan NZ, owhh austria pun ade juga... so, masa himpunan macam ni lah kami belia-belia negara ini akan berdiskusi dengan ketua-ketua pengarah kementerian untuk mendengar luahan hati kami, dan pada program kali ini, kami bertemu dengan Ketua pengarah Biro tatanegara, KPM dan KPT..... memang best, dan semua akan bercakap dengan idea realistik dan bombastik... seronok, sebab dapat menambahkan keyakinan untuk bercakap dengan orang yang berpengaruh dalam negara.. sepatutnya PM datang, tapi sebab ape tah, gi oversea ea ?? lama tak baca paper, so tak tahu...

okey.. itu sedikit sebanyak tentang program hari tu.. sebenarnya nak share sedikit tentang imu yang amani dapat dari rektor UITM Melaka Datuk Dr. Mizan bin Hitam(kalau nama salah sila betulkan amani) yang memberikan cetusan minda kepada kami. dalam banyak2 pengisian yang dia sampaikan, yang betul-betul amani hayati ialah

" pemimpin tidak lahir di dalam bilik-bilik kuliah, tetapi lahir di celah-celah masalah, cuba mencari jalan penyelesaian, berani keluar dari kumpulan rakan sebaya dan barulah diangkat oleh ummat"-Bapak Nasir

kata-kata ini betul-betul buat amani bersemangat. dalam satu slot diskusi kami dengan kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kemeterian Pelajaran Malaysia (KPM), ramai student-student dari oversea yang ambil perubatan kata, mereka tidak dapat bersaing dengan student lain sebab tak dapat nak sesuaikan diri kerana mereka dari sekolah rendah sampailah masuk Universiti belajar secara exam orented... memang isu yang panas untuk dibincangkan....tapi amani tak bersetuju dengan mereka, sistem pembelajaran malaysia ini dah okey dah, cuma pelajar kita yang tidak ada kesedaran untuk ambil peluang yang terhad untuk menonjolkan diri.. kat UK pun penilaian melalui peperiksaan...kita kan ada ko-kurikulum untuk melatih kita berdepan dengan masyarakat dan meningkatkan soft skill.. so itulah peluang pelajar untuk melatih diri... so tak jadi masalah kata student malaysia tak pandai nak berhadapan dan kurang communication skill, sedangkan masa sekolah dulu ada peluang untuk masuk debat, masuk persatuan yang macam-macam..

cuma pandangan amani ialah, di negara luar, student-student dia dibenarkan untuk argue dengan guru jika ada sesuatu yang tidak memuaskan hati kita, sebab tu lah mereka berani untuk sampaikan apa yang mereka inginkan secara terang-terangan.. tapi student kat Malaysia ni malu tak bertempat, suruh cakap tak nak cakap, pastu kat belakang mengumpat cakap cikgu itu ini..... sebab itulah takde kemhiran dan lemah IQ... itu pandangan amani lahh...


ohh seriusnyer amani punya entry kali ni.. apa pandangan korang tentang sistem pendidikan di Malaysia ni ?? kalau yang dah habis sekolah, cuba flash back balik zaman sekolah, dan apa yang korang tak suka dan inginkan perubahan ???

amani tengah bersedih ni, tapi cuba untuk gembirakan hati sendiri tanpa mengharapkan sesiapa lagi kecuali Allah SWT

bersyukurlah masih ada keluarga, yang boleh menyara dan memberikan semangat untuk kamu belajar bersungguh-sungguh.... dengan ilmu kamu boleh membalas apa yang telah mereka korbankan,.. tanya pada diri, apa yang kamu dah buat untuk balas jasa mereka ??

Wednesday, July 20, 2011

Program Yapiem

Assalamualaikum wahai sahabat -sahabat amani, amani nak bagitahu yang amani sedang menjalankan program Yapiem di UPM. Maaf xdapat nak berblog untuk sementara yee... Salam

Tuesday, July 19, 2011

Ya Allah..aku jatuh cinta,,


ya ALlah...aku jatuh cinta
ya Allah
yang membolak balikkan hati kami...selama ini aku tidak pernah
tahu bagaimana rasanya bercinta, namun ku berharap, bila cinta hadir menyapaku,
aku tidaka kan kehilangan Engkau

ya Allah..
selama ini aku hanya berharap, semoga dapat mencintai orang
yang memiliki cinta luar biasa padaMU

ya Allah
selama ini aku juga berharap, semoga akan dicintai oleh orang
yang dapat mengarahkanku menuju keredhaan-MU..

pintaku Ya Allah
izinkan aku memiliku rasa ini hingga ia menjadi indah di dada kami,
tanpa menghilangkan rasa cinta kami kepada-Mu...



dia fitrahku Ya Allah.... semoga jodoh ini akan kekal berpanjangan sampai ke akhirnya.. aminn



Monday, July 18, 2011

sebelum terima cinta...


assalamualaikum Rasullulah.. SAW..

assalamualaikum kawan-kawan... sudah bertemu dengan jodoh ?? atau masih tercari-cari ??? cari cepat-cepat, nanti rugi kalau kawin lambat-lambat... hehehehe.. tapi sebelum tu, amani nak share dengan kawan-kawan.. tips sebelum menerima cinta dari Si Dia..

UNTUK LELAKI...

1. jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata, kerana Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu, lihatlah tapak tangannya andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah masak-masak untuk menyuntingnya. sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini,..

2. jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubah semata-mata, lihatlah pada bujur bibirnya, andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih ingin menyuntingnya, khuatir kelak dia akan membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami..

3. jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata lihatlah pada sepasang mata miliknya, andai tidak redup menunduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya, khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

UNTUK WANITA..

1. jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata, lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya ketika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerana maksiat itu lebih mudah tatkala malam sudah tiba. khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.

2. jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata, lihatlah pada bahagian kakinya, andai lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirkanlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana auratnya suami itu hanya layak dilihat oleh si isteri...

3. jangan dilihat pada tampan paras semata-mata, lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara, anadai dia mudah menghamburkan carutan dan sumpah seranah, fikirkanlah sebaiknya andai masih mahu memilihnya, khuatir apabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan...

SMS yang SWEET from unknown


tadi amani baru jer abce mesej dari nombor baru.. tapi nombornyer macam familiar jerr...mesej nyer macam ni..

Anda telah menerima KASIH SAYANG KERANA ALLAH dari 01390137$!. baki kasih sayang anda pada 18/07/2011 ialah 100%. tempoh kasih sayang anda tidak akan tamat sampai bila-bila. InsyaALlah..

sangat sweet, tapi amani tanya "salam, sape ni ?"....dia tak balas...

inilah handphone amani... :)


wahai perempuan...tolong jangan seksa lelaki...


assalamualaikum Rasulullah SAW...

assalamualaikum kawan-kawan semua... apa khabar Iman ?? semoga semakin bertambah baik dari yang semalam, insyaAllah.. Amani pernah terbaca tentang satu artikel, tapi tak ingat bila... tajuk dia LELAKI TERANSANG LEBIH 30 SEHARI ... biler baca tu, dedejut boboi.. hehehe.. tak tahu lah betul ke tak, sebab amani perempuan, lelaki sila jawab, betul ke tidak ??? jawab dalam hati jer okey...

amani terfikir satu perkara... kadang-kadang lelaki tu teransang sebab diri sendiri atau sebab wanita yang berada dalam pandangan dia ??? mungkin dua-dua ada kot.. tapi amani rasa, paling banyak adalah disebabkan wanita yang berada di depan matanya...

katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, "hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan MEMELIHARA KEMALUANNYA, yang demikian itu adalah lebih baik dan suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"- An-Nur ayat 30

tapi.. tanggungjawab menjaga pandangan ini bukan perlu di galas oleh orang lelaki sahaja tau.. yang perempuan-perempuan di luar sana dan sini juga perlu jalankan tanggungjawab... ni tanggungjawab kita sebagai perempuan muslim..

katakanlah kepada wanita yang beriman, " hendaklah mereka menahan pandangan, dan kemaluan, dan JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASAN, kecuali yang biasa nampak padanya... -an nur ayat 31.

so saudari-saudariku.. mari kita sama-sama untuk menjaga perhiasan diri kepada kaum muslimin, kesian dekat mereka... jangan sampai kita dijadikan sebagai simbol seks dengan berpakaian legging, baju ketat melekat kat badan dan tudung yang tidak menutup dada... kan lebih baik pakai tutup dada, takdelah risau orang dok tengok dada kita kan kan kan ???...


amani juga mengingatkan diri sendiri.. :).. salam kasih sayang, renung-renungkan dan selamat beramal.. ku doakan agar kalian dibuka pintu hati untuk menutup keindahan diri .. assalamualaikum..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...