Saturday, May 5, 2012

Jadi macam lebah...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Bicara Amani. maaf amani lama dah x update blog ni. maaf juga buat kakak amani ~takdir itu milik aku~ .. amani yang silap tak pandai menjadualkan waktu dengan baik sampai terabai perkongsian ilmu kat sini... 

okeylah, hari ini amani nak kongsikan cerita tentang seekor haiwan yakni makhluk Allah yang boleh kita ambil pengajaran melaluinya...Al-quran ini unik. macam-macam kisah kita jumpa, dan semuanya terkait dengan diri kita bagi manusia-manusia yang berakal...cuba untuk memikirkan bagaimana untuk menggunakan perumpamaan-perumpamaan yang Allah bagi dalam AQ ni.. alangkah ruginya kalau kita sekadar baca je tapi x faham..dan alangkah ruginya bagi yang pandai melagukan ayat-ayatnya tapi x faham..dan alangkah ruginya bagi yang hafaz tapi x faham..dan alangkah ruginya belajar kitab-kitab lain,tapi yang utama ini hanya sekadar ambil tahu macam tu sahaja.. ruginyeee

dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulang kepada manusia dalam Al-quran ini tiap-tiap macam perumpaan, tapi kebanyakkanya manusia tidak menyukai kecuali mengingkari - 17:89

okey, kita ambil satu perumpaan yang Allah bagi dalam kitabNya...iaitu lebah. 

dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah " Buatlah sarang dibukit-bukit, di pohon kayu dan tempat dibikin manusia. 16:68

kisah lebah ini sangat menakjubkan, mengajar kita bagaimana untuk mengfungsikan diri dengan tahap yang maksimum. SubhanaAllah, sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu andai kita fikir, semuanya terkait untuk diri kita dan kehidupan kita sendiri..okey, amani cuba sampaikan dalam bentuk sifat lebah dulu ye..

SIFAT LEBAH

1) taat pada permaisurinya- setiap sarang lebah pastinya ada permaisurinya. dan jutaan lebah-lebah ini sangat patuh dan taat ada setiap arahannya.. jadi, kita boleh ambil pengajaran,AQ ini sebagai petunjuk, pedoman dan rahmat bagi diri kita. kena patuh pada setiap ayat-ayatnya. bukan sebahagian saja.kalau ingar satu ayat, maknanya kita ingkar pada AQ.. jangan marah kalau ada org panggil kita kafir (ingkar) nanti.

2) berbisa-haah,lebah memang punya bisa. tapi lebah ini hanya akan menyerang kalau diserang saja...kalau kita x kacau, dia xde kacau kita. sama jugalah macam kita, jadikan ilmu itu sebagai bisa kita, sebagai senjata   kita dalam kehidupan..

3) berpasukan-inilah sifat yang paling menarik dalam kehidupan sang lebah. mereka ini sangat berpasukan dalam mengerjakan sesuatu perkara, nak cari makanan bersatu,nak bina sarang bersatu, nak serang orang pun bersatu...mengajar kita bertapa pentingnya konsep berjemaah dalam kehidupan.kitatak boleh hidup sorang-sorang kerana fitrah manusia itu berteman. ibadah itu bukan sahaja untuk diri kita seorang, tapi untuk sekalian manusia... :)

4) bersistematik- sebab apa bersistematik,lebah ini unik,mereka ini akan dibahagikan tugas. ada yang pergi mencari makanan dan ada yang menjaga sarang. begitu juga kita dalam kehidupan. kalau sistematik,kerja yang banyak boleh siap cepat. sebab itulah Islam mengajar kita untuk berukhuwah, kalau sorang-sorang,macam mana nak tegakkan Islam. kena bersatu hati dan ada plan yang sistematik. Sistem Islam sistem kesejahteraan..

okey,kita pergi pula pada makanan lebah...lebah makan ape? pastinya lebah makan madu...SubhanaAllah,hebatnya lebah ini,hanya makan makanan yang baik dan hasilnya juga adalah makanan yang baik untuk kita. madu yang kita ambil daripada sarang lebah itu penawar bagi bermacam-macam penyakit... banyak pengajaran yang boleh kita ambil,dan yang peling berkesan ialah, bertapa pentingnya 'makanan' yang baik bagi mneghasilkan individu yang baik...bukan sekadar makanan untuk perut, tapi makanan minda, makanan iman, makanan jiwa,roh dan jasad itu yang utama,..bila kita dapat 'makanan' yang baik pastinya kita boleh memberikan 'makanan' yang baik juga untuk sekalian umat..

okeyla, sikit-sikit jela amani bagi ye dulu.. kalau masuk banyak-banyak susah nak ingat..biar sedikit tapi berpanjangan...okey, semoga Allah memberkati dan memberi rahmat keatasmu..Aamiin Ya Waali..Maassalamah. Assalamualaikum


An-Nahl itu maksudnya lebah, mengajar kita tentang NAHNIAH bermaksud kerjasama...fungsikan diri dengan tahap maksima. kerana zaman sekarang ini,perang-perang guna senjata dah takde, sekarang zaman Ghazwul Fikri (perang pemikiran)..jadi kita gunakan AQ dan Sunah Rasul, untuk bina jati diri muslim dan mukmin untuk Islam.



Monday, April 30, 2012

baby and me 3


Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum..

disebabkan hari ini amani cuti sebab nak uruskan hal-hal konvokensyen, jadi ada masa untuk blog ni. tapi entry tak ilmiah, sekadar untuk simpanan peribadi. mana lah tahu nanti amani further study jauh-jauh at least ada juga entry pengubat rindu kat Muhammad Faqih Qaid..

maksu bagi qaid meniarap jap.. jangan lama-lama, sakit dada nanti sebab dia belum ready lagi untuk meniarap

Faqih Qaid dah 4 bulan.. cept betul besarnya, makin semngat..x larat maksu nak kendong lama-lama. dah lah maksu qiad ni techik je.. huhu.. bila baby da 4 bulan, pastinya banyak perkembangan-perkembangan yang dah dicapai.. seronok tengok qaid dah cooing.. nampak abi tidur pun cooing juga.. nampak maksu pun bising juga mulut dia. entah apa yg nak diberi tahu pun x tahu laa..huhuhu..

Faqih Qaid sekarang ni kalau nampak kita tengah makan dia pandang je... mcm nak makan juga, so..ummi Faqih qaid dah belikan makanan tambahan. sebenarnya baby tak digalakkan untuk diberikan makanan tambahan macam nestum atau biskut rusk sebelum 4 bulan, sebab lidah baby tak pandai lagi untuk tolak makanan dan sistem penghadaman baby pun belum kuat lagi.. see.. hebat kan Allah, nak tolak makanan dalam mulut pun berapa banyak otot yang diperlukan,  dan berapa  banyak pula kekuatan untuk digunakan. hebat Maha Pencipta..

tengok makanan atas meja sampai mata boooollaatt
Faqih Qaid sekarang sikap grasping  and sucking dia makin menyerlah..kadg2 dia gengam tangan sampai tak mahu lepas.. puting pun dah pandai pegang and cabut.. hee.. shoomeelll dan booolatt sgt2. dan yang paling amani suka bila kita gerakkan tangan depan mata, dia dah boleh interact dengan kita.. so cute.. sukeee..

makin kuat grasping tangan.. bina attachment dengan anak2 sejak kecil
huhuhu.. banyak kan berbual dengan baby.. hah, berbual tu bukan hampa dok citer mcm borak kat warung nuu. interaksi dengan tangan, dengan mata dan suara..gabung sekali. baru baby cepat pandai.. :) 

qaid suka tengok maksu gerak2 jari... kembangkan deria penglihatan :) 
dah pandai tarik puting pastu masukkan balik..huhu.. 
ermmm, okeylaa.. itu je, citer pasal Muhammad Faqih Qaid.. layan gambar jela ye.. ni lah keje kami kalau maksu jaga Faqih Qaid....nanti maksu dah sambung blajar jauh..setahun sekali jela maksu jumpa qaid.. :) maassalamah.. Assalamualaikum..


Tuesday, April 24, 2012

Allah rindu aku rupanya..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


sesungguhnya ujian itu bukan untuk melemahkan, tetapi menguatkan,, thanks ustaz jiji..terkesan amani dengan nasihat tu..

jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu...tapi sedihla kerana kamu tidak MEMAHAMI orang lain

jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu.. tapi sedihla kerana kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri

jangan sedih bila org lain tidak memberi KESEMPATAN kepada kamu,.. tapi sedihlah krn kamu masih belum membuat, PERSIAPAN

jangan sedih bila orag lain tidak MENGHARGAI kamu, tapi sedihla kerana kamu tidak MENGHARGAI
orang lain

jangan sedih bila org lain MENGHINA kamu, tapi sedihla kerana kamu MENGHINA diri sendiri

jangan sedih kerana perjalanan hidup kamu penuh PAHIT GETIR.. tapi sedihla kerana kamu tak pernah belajar dari PENGALAMAN

ALLAH RINDU AKU SEBENARNYA... YA TUHAN, AKU DATANG KEPADAMU..

warkah buat kamu

Bismillahirahmannirrahim.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum semua sahabat bicara amani..berat rasanya amani nak menaipkan entry ni. banyak kali amani fikir tentang baik dan buruknya. tapi amani, sesuatu masalah itu tidak akan selesai dengan sendirinya kalau kita takde usaha untuk bertindak... Allah suruh kita berusaha menyelesaikan, dan selepas usaha, serahkan kepada Allah yang Maha Berkuasa menjadi sesuatu. sesungguhnya tanpa izinNya, tidak akan terjadi apa-apa...

pertamanya sekali, amani mohon maaf pada sahabat-sahabat Bicara Amani, yang kenal amani secara dekat ataupun tidak.. kadang-kadang, kerana silapnya diri kita sendiri sesuatu perkara itu terjadi. oleh sebab itu, amani mohon maaf banyak-banyak pada kalian kalau sepanjang ukhwah terjalin, ada kata-kata yg kurang enak didengar dah amani ucapkan.. sesungguhnya, krn sikap jahil amani lakukan semua itu.. maaf sgat2..

keduanya, andai yang ada amani buat salah dan tidak puas hati, amani sedia untuk bertemu atau berbincang.  itu sebaiknya...amani tak nak orang-orang yang berkenaan ini punya rasa hasad atau dengki dalam hati, dan itu punca sesuatu masalah itu terjadi.. sesiapa je boleh email amani azwaamani@gmail.com atau qalbunsalim268@gmail.com

ketiganya, pihak-pihak yang mengatakan sesuatu tanpa pengetahuan yg sahih, sebaiknya, anda selidiki dan tanya pada tuan empunya diri. itu yang sebenarnya,..jangan mendengar daripada mulut orang lain, melainkan awak dgr sendiri dari mulut saya.. sebab apa yang tidak benar ini pastinya akan menjadi fitnah, seterusnya pasti ada pihak-pihak yang terluka hatinya dan berasa sedih...

janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu punya pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta pertanggungjawaban -17:36

sesiapa sahaja yang dah menyebarkan fitnah tentang diri amani, amani maafkan kamu, sesiapa yang ada rasa niat nak meneruskan agenda ini, berhentilah daripada memperkatakan semua yang tidak benar ini...anda hanya melakukan perkara yang sia-sia...

kepada pihak-pihak yang terkesan dengan semua ini.. dengan rasa rendah diri amani mohon maaf banyak-banyak.. tak dapat amani nak ucapkan macam mana. mungkin ini silap amani.. amani mohon maaf banyak-banyak.....

Apabila Aku memohon kepada Allah untuk dipinjamkan kekuatan, Allah berikan aku musibah untuk aku kuat
apabila aku memohon kpd Allah untuk dipinjamkan akal yang baik, Allah berikan aku masalah untuk aku bijak berfikir..
ya Allah, Aku terima dugaan ini..kerana aku hanya hamba.. Maafkan silap dan salahku. tunjukkan aku jalan keluarnya. Engkau memberikan aku masalah, dan hanya engkau sahaja tahu penyelesaiannya.. Maafkan aku..

Monday, April 23, 2012

untuk kamu.. :)



yang tengah mensoleh/solehah kan diri,..teruskan usaha yang murni
yang masih belum ada niat, Allah masih memberikan peluang dengan nyawa yang ada. nak tunggu apa lagi??
yang tengah berpasangan, jangan lah diputusi..
ajaknya bersama untuk kenal Illahi..kan itu lebih murni
terus beritahu untuk diper'isteri/suami
terus contact abah dan juga ummi...
persiapkan diri menuju Baitul Islam untuk ke syurga hakiki...

p/s.. : insyaAllah amani punya entry panjang sikit akan keluar.. hihihi..Alhamdullilah atas doa kalian, amani sudah kembali sihat, tapi masih belum sihat sepenuhnya. :) jazakillah.. Assalamualaikum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...