Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada  tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas  menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.  Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang  lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan  sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah  indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi awas..duri yang  melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali  sebelum mendekatinya.
 Gadisku…
 Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.   Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri  seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki  tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama  sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata  yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan  diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi  daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh kepada  Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap  insan yang bernama Adam. Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan  mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang  bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘title’ gadis yang  engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang  ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah  pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling  penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.
 Gadisku…
 Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu “Tidak  ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas  wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”.  Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan  kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi  dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat  martabatmu sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan  para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan  sentuhan lembut tanganmu.
 
 Gadisku…
 Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan  menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara  kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja  cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup  menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta  keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah  sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud “Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta  itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak  dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan  kerana Allah S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah  dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu  simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu  mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T. Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.
 Gadisku…
 Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana  hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya  akan bertambah retak dan terburai. Tetapi, apabila hatimu diserah kepada  Allah sudah pasti akan bertaut kembali. Dalam usia mudamu, sibukkanlah  diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah  muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam  hati orang yang melakukan maksiat.
  Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama. “Cintakan  manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan  dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang  kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang  dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…”

ana mengingatkan diri ana dan orang lain....sama-sama kita fikirkan semula apa yang telah kita lakukan sehari hari...
Ya Allah...lindungilah aku daripada segala kejahatan..janganlah kau pesongkan hatiku setelah kau mengurniakan aku Hdayah dan Petunjukmu.....iringlah setiap langkah ku dengan rahmat dan redhaMU..sesungguhnya..kepadaMU aku berserah segala-galanya....jika itu yang engkau kurniakan...itulah yang terbaik buatku......AMINNNNNN...
hari ini..barulah ana mengetahui kenapa ana kecewa.....semuanya kerana salah ana sendiri...terima kasih TUHANKU..Engkau mendengar segala resah dihatiku...Allah tuhan Yang MAHA Mendegar dan Maha Mengasihi hambanya...
 
 


No comments:
Post a Comment