Monday, October 25, 2010

MALAYSIA NEGARA ISLAM..?????

ANDA KENA SABAR SETELAH MEMBACA KISAH DIBAWAH NI.

Aku, Lim dan Islam
Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.
Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM.
Aku
masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan
pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke
zaman
remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk
menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika
ada
kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke
rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga
Tahun
Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia
sering
menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi
jeram,
ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami
kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan
perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20
tahun
telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat
Green
Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran.
maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit,
yang
ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis
surat
kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya
memberitahu
Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang
kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since
5
years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah
S.W.T.
Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah
menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan
bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena
menyambut
kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah
jauh
berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama
kekasih
yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua
olang" Ibu
Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami
berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa,
tetapi
kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman
rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk
berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama
berada
diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau
tanya
macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu,
is
my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam?
Mengapa
aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa
bukan di
Malaysia , negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau
betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di
dunia
saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku
akan
dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak
sampaikan
dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang
lain.Kau
sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan
kau
didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati
seorang
diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam
adalah
kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang
dilahirkan
dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah
adalah
tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung
Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak
ada
keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu
kalau
bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri
aku,
cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul
dan
tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau
sudah
bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu
sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan
seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau
boleh
panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim
adalah
benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk
untuk
memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah
akan
memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan
segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang
dengan
satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan
lebih
20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini
(benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang
bukan
Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat
dilahirkan sebagai Islam.

P/s : sebagai Tauladan..KITA WAJIB SEBARKAN AGAMA ALLAH....hari ini...banyak medium yang kita ade....facebook dan sebagainya....kenapa tidak kita gunakan kearah kebaikan....fikir-fikirkan...ini tanggungjawab kita...kelak kita akan ditanya...

DOA SENJATA MUKMIN


اللهمّ أعنّي علي ذكرك

Ya Allah, tolonglah aku agar dapat berzikir kepada-Mu

وشكرك

bersyukur kepada-Mu

وحسن عبادتك

dan memperelok ibadah kepada-Mu



SAMA-SAMA KITA AMALKAN...ANA ASE...X SUSAH DOA NIE...PENDEK JERR...SEMENTARA TUNGGU BAS LEH BACE...INSYAALLAH...SEMOGA HATI LEBIH DEKAT KEPADA ALLAH....AMINNN




HIDUP ini macam KEK


salam semua..nampak sedap x kek coklat nie.....okey...ana bukan nak citer pasal resepi kek or salahsilah penciptaan kek or nak citer yang ana pandai uat kek coklat nie...ecececcececeh..promote lah plak...sape2 nak tempah boleh lah hubungi di talian 017268....huhuhuhu..gurau jerr

ana cuma nak kaitkan kehidupan kita didunia ni dengan kek coklat nie.....yupss...korang x salah bace...sekali lagi ana ulang...kehidupan dengan kek...dalam bahasa mudahnyer...life..huhuhu..nie sumer lah nie nak swoh ana speaking..hihi..gurau jerr..jangan marah...

ape kaitan KEHIDUPAN dengan KEK C
OKLAT...ok..yang pertama ialah...kek tu kan makanan..kalu x makan...camne nak jalani kehidupan...itu penting, lembayung frasa yang pertama...argghh sudah...dah macam pidato plak...huhuhu...bergurau lagi ana nie..heheh

ok2..serius...mcam nie sebenarnyerr..kadang2 kiter nie selalu tertanya..kenapalah jalan hidup kiter banyak liku-liku yang ade duri...susah....perit..perih...sumer
ade...ade sampai yang mengharapkan dalam kehidupan nie manis2 jerr..xnak yang x best...ana pun terfikir..boleh ker macam itu????..boleh ker kiter nak yang manis sahaja tanpa ade rintangan dan halangan....???..ok..ana temui jawapannya di dalam kek nie....camne tu??..masih x faham???..tenang2...ana citer kan...

kalau kiter makan kek yang dah siap macam kat secret recipe..macam kat bakery...sedapkan...macam2 perasa ade...strawberry...cheese..macm2 lah..ad
e sampai terbelit lidah nak sebut...tapi..rasanyer sedapkan.....kenapa sedap???,...sebb kiter campur banyak ramuan dalam nyerr..ade tepung..ade telur..ade mentega...ada cheese..ade macam2...yang perlu kiter gaulkan sebati dan mengikut kadar yang diperlukan....begitu juga hidup kiter nie....bukanlah kehidupan namanya jika semuanya manis sahaja...perlukan kesusahan dan halangan....contohnya...ana nak korang masukkan tepung dalam mulut 1 sudu...pastu..makan telur 1 biji...telan segelas susu cair...kemudian..masukkan sesudu majerin n serbuk koko....ape yg korang rase?????..itu semua ramuan buat kek coklat...mesti korang xnak kan....mesti korang nak kek yang dicampurkan kesemuanya mengikut kadarnyerr....

makanya....janganlah terlalu banyak me
ngeluh dengan kesusahan yang ada...memang kiter manusia yang lemah..namun...Allah itu ada...keluarga ada...sahabat2 ade...berikan sokongan kepada kita saat kita lemah....kesimpulnnya...teruskan berjalan even banyak duri yang ditempuhi...kerana.di akhir perjalanan itu..akan bertemu sesuatu yang tidak dijangkakan...insyaAllah...


okeyyy...siap entri yang lama ana nak tulis..tapi asyik citer pasal lain..maaf lah yerr...hihihi..(^_^)

p/s :...ase mcam nak makan kek plak lah....macam2 makanan ana nak ase..perut2...ishk ishk...

buat Anugerah Allah...teringat pau
h belakang umah...kalau balik jangan lupe bawak yerr...

tengok pauh nie kan..teringat ade 1 lagu tu,,,lebih kurang macam nie lah

"pipi pauh dilayang...alis matanya lentik"...pipi mcam pauh..macam dalam gambar nie kerr???...cikgu BM..tolong terangkan....hihi



ISABELLA


salam kepada semua...

pagi tadi jalan g kampus....lepas jumpe lecterur g kedai nak beli makanan...sebelum jumpe kedai makan jumpe kedai buku...singgap jap..sekali tertengok buku ni..



ohh tidak......ana jatuh chenta dengan buku ini......nak beli, harga RM 22.00....tengok dalam purse...ada 10 ringgit jerr..dalam bank??????...hehehheh..rahsia....xleh jadi nie....kene menabung balik nie..nak jugak buku nie...nak jugak.....

MENCARI KEKASIH


assalamualaikum semua.....diharapkan semua sihat sejahtera agar dapat terus hidup dibumi milik Allah.....aminnn...

arini ana nak menceritakan tentang pengalaman di dalam kisah MENCARI KEKASIH....

subhanallah...satu dugaan yang sangat hebat kepada ana, partner ana yang sangat disanjungi...kak hala n kak fatin serta rakan exco (REXCO) yang disayangi......alhamdullilah...tamat sudah segala tanggunajawab kiter semua...namun kenangan ini x mungkin dapat kita semua lupakan....

pertamanya.....apabila kami semua membuat persiapan tempat dan perlu bertukar sebanyak 3 kali....terima kasih kepada REXCO yang tak pernah mengeluh walau sedikit pun......
bila bertukar tempat kali ke2....tiba-tiba...Allah kurniakan ribut kepada kami....habis kesemua tempat basah...tikar yang telah dihampar berterbangan.....ketika itu..kami hanya mampu melihat sahaja.....otak ligat memikirkan jalan penyelasaian sambil melawan emosi......di dalam hati ana...ana berfikir..."...jika ana mengalirkan air mata ketika ini,,,,,kasihan pada REXCO dan partner ana....ana sumber kekuatan mereka....PEMIMPIN MESTI KUAT....."...syukur....kami bertiga duduk berbincang dan mneyelasaikan masalah itu......hampai 90% apa yang dirancang bertukar...namun...dugaan ALLAH itu dikurniakan dengan 1001 hikmah bersamanya....siapa sangka...dalam keadaan tempat yang kurang baik kerana basah....pengunjung yang datang melebihi apa yang dijangkakan.....sehingga terpaksa mengeluarkan kerusi.....semakin bertambah dan bertaambah....subhanaALLAH....ketika itu,...ana hanya mampu tersenyum kepada partner dan terus mnegeluarkan arahan dan bekerja bersama REXCO...ya....berkerja bersama org bawahan kerana PEMIMPIN YANG HEBAT ADALAH PEMIMPIN YANG BERSAMA DENGN ORG BAWAHANNYA...tiada beza antara kami...sama saja....

perjalanan program berjalan dengan lancar....penceramah yang seronok....topik yang baik dan ana sangat berpuas hati dengan respon penonton...masing2 menumpukan perhatian...tiada masalah bising dan sebagainya....

1 yang paling menarik ialah slot muhasabah......alhamdulllah....itulah yang terucap bila melihat kebanyakkan mereka tunduk dan mengalirkan air mata dnegan setiap bait kata-kata yang dikeluarkan...semoga air mata itu menjadi saksi bahawa kita cinta kepada PENCIPTA....kita cinta kepada KEKASIH KITA,.,,,kita cinta kepada JIHAD FISABILILLAH ini....syukur ya ALLAH...

buat partnerku....terima kasih dengan sokongan dan kerjasama antara kita..tiada yang lebih manis melian ukhwah yang kita bina bersama dalam perjalanan ini....

buat rexco ku..maaf andai damalam memimpin ini.....ada kata-kata yang mneguris hati...maaf ana pinta.....tiada yang lain dharapkan melain sokongan kalian....ana bangga dengan kalian pada malam ini....tahniah buat kalian semua...

buat Anugerah Allah....ana tahu hati itu sedih tidak dapat hadir...tidak mengapa...ada hikmah disebaliknya....ana tahu bahwa, anugerah Allah sentiasa mendoakan kejayaan ana...dan memberikan sokongan tidak berbelah bagi buat ana....semoga apa yang ada dalam hati ini...tidak melebihi kepada yang sepatutnya.......insyaALLAH...Allah bersama dengan org2 yang bersabar.....terima kasih untuk segalanya.....buat sumber kekuatanku...syukran...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...