Saturday, March 31, 2012

Ia milik AHMAD..

bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua, Alhamdullilah, Allah memberikan lagi ruang, peluang dan ilmu untuk dikongsikan bersama-sama dengan pembaca blog BICARA AMANI.. moga-moga ada sedikit IBRAH yang kita perolehi.. Amenn, InsyaAllah...

Nabi Muhammad SAW diutuskan Allah sebagai rahmat kepada kita. bersyukurlah kerana kita menjadi umat Baginda. walaupun tidak dapat melihat wajahnya dan tidak dapat bersama-sama dengan Baginda, tapi sematkanlah dihati bagawa Baginda snagat merindui kita.. bila rindu, pastilah Baginda sangat menyayangi kita.. dan sebagai tanda kasih dan sayang kita kepadanya, seharusnya tugas utama baginda sebagai penyampai perlu kita teruskan.... menyampaikan ilmu tentang Al-Quran...

orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepadanya, mereka mengenali (Muhammad) seperti mereka mengenal ANAK-ANAK SENDIRI. orang-orang yang merugikan diri sendiri, mereka itu tidak beriman (kepada ALLAH)-6: 20

Allah telah memilih kita sebagai Umat Muhammad, dan secara tak langsung kita yang beriman kepada Muhammad perlu beriman kepada Al-quran dan mengenali Nabi seperti anak sendiri.. tapi tanyalah iman kita, buat KPI dalam diari, berapa peratus kita dah kenal Nabi kita, berapa ayat Allah sudah disemat di dalam dada dengan kefahaman... sesungguhnya manusia yang lalai dengan Al-quran itu sangatlah rugi..bersyukurlah kita dianugerahkan Al-quran dan menjadi umat Muhammad..moga-moga kita semua menjadi umat yang terbaik itu. Amenn, InsyaAllah..

**** Doa Nabi Musa -la'allakum tashkurun (agar kamu bersyukur)****

Nabi Musa as berdoa kepada Allah SWT

"Ya Allah, di dalam kitab ini (taurat), ada diceritakan satu umat yang terbaik yang pernah dikeluarkan dalam kalangan manusia, jadikanlah mereka itu umatku".. Allah SWT menjawab "Ia milik AHMAD"

Nabi Musa berdoa lagi.." ya Tuhanku, di dalam kitab ini ada diceritakan tentang umat yang terakhir dikeluarkan ke bumi dan mereka pula yang pertama memasuki syurga, jadikan mereka itu umatku". Allah SWT menjawab " Ia milik AHMAD"

Nabi Musa berdoa lagi " Ya Tuhanku, di dalam kitab ini ada diceritakan tentang UMAT YANG MEMBACA KITAB MEREKA DENGAN SEPENUH HATI, LALU MAMPU MENGHAFALNYA, tidak pernah ada umat lain sebelum ini yang manpu menghafal kitab-kitab mereka, jadikan mereka itu umatku". Allah menjawab "Ia milik AHMAD'.

Nabi Musa berdoa lagi " Ya Tuhanku, di dalam kitab ini ada diceritakan tentang umat yang beriman dengan apa yang disampaikan kepada mereka dan tentang umat-umat sebelum mereka dan mereka terpilih pula untuk menghadapi Dajjal, jadikan mereka itu umatku". Allah menjawab "Ia milik AHMAD"

Nabi Musa berdoa lagi " Ya Tuhanku, di dalam kitab ini diceritakan tentang umat yang mendapat kebajikan pahala hanya dengan niat dan jika mereka melakukannya pula, ganjaran itu akan digandakan dengan seratus kali ganda kebaikan, jadikan mereka itu umatku". Allah menjawab " Ia milik AHMAD

lalu Nabi Musa berdoa " Ya Allah, jadikan aku Umat AHMAD"..

*****

sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat IBRAH (pengajaran) bagi ULUL ALBAB (org2 yang mempunyai akal). Al-Quran ini bukan cerita yang yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan kitab-kitab terdahulu, dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai rahmat, dan petunjuk bagi orang-orang yang beriman- 12: 111

ingin jadi UMAT AHMAD?? lihat kembali doa ketiga Nabi Musa, umat Ahmad ialah umat yang membacanya dengan sepenuh hati, lalu mampu menghafalnya... sedangkan kita membaca tanpa kefahaman dan tiada langsung niat untuk menghafalnya, layakkah kita menjadi UMAT yang terbaik itu.....

sebenarnya, Al-Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberikan ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang -orang yang zalim. 29 : 49

bacalah AL-Quran dengan kefahaman yang benar-benar faham, kerana Al-quran itu adalah sebagai rahmat, dan petunjuk di dalam kehidupan kita di hari esok (kiamat). berdoalah kepada Allah agar dikuatkan semangat dan berusahalah untuk menjadi umat terbaik itu..semoga Allah memberikan petunjuk kepada kita dan orang-orang yang dikasihi Aminn Ya Rabb..


kenapa sebut InsyaAllah..

bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua sahabat amani.. Alhamdullilah ada sedikit kesempatan untuk berkongsi pandangan. mudah-mudahan Allah lembutkan hati dan bertambah sedikit keimanan kepada diri kita, InsyaAllah...

teringat sewaktu duduk diasrama dulu...

Iqbal : beb, ko ajar aku add maths boleh tak ?? mak aku dah marah asyik fail je paper ni..

syed : ko bukan tak pandai bal, asyik main je...

aku : ermm, tengok lah dulu, aku pun bukan pandai sangat, ko tanyalah budak-budak cina tu..dorang tu jawab soklan macam soalan budak darjah satu je aku tengok...

syed : haha...menipu lah kau x pandai..kelas petang balik-balik cikgu suruh kau tunjuk kat depan..

aku : InsyaAllah aku ajar laa... tapi arini belanja aku nasi ayam pakcik dan huhu...

**** kami pun makan laa sama-sama nak tunggu kelas tambahan yayasan bukhari******

waktu makan..

syed : beb,. kenapa kena sebut ek InsyaAllah bila berjanji..

aku : entahlaa, tanyalah ustazah... yang aku tahu bila berjanji and kita x tak pasti boleh buat ke tak, sebut la InsyaAllah...

****** huhuhu... rindunya zaman-zaman sekolah dulu. syed ngan Iqbal ni kawan baik amani, susah senang kami kat TBS dulu sama-sama. tapi sekarang masing-masing dah jauh.. semoga bertemu lagi sahabatku.InsyaAllah...


*************************************************************************************

errmm, berbalik pada cerita pokok tadi.. kenapa kena sebut InsyaAllah. kadang-kadang kita ni buat sesuatu dengan cara ikut-ikutan.... memanglah benda yang baik, tapi kan lebih baik kalau kita fahami maksud tersirat dan tersurat disebaliknya.... barulah setiap ucapan kita, kita akan ingat Allah. berapa ramai je yang sebut insyaAllah, tapi hanya nama Allah sahaja dibibir bukan dihati...??? amani pun sama jugak dulu.. jadi, amani nak share kan ilmu yang dapat ni. mudah-mudahan Allah berikan kefahaman dan mudah untuk diamalkan...

dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu " sesungguhnya aku akan mengerjakannya itu besok pagi...

kecuali (dengan menyebut) "insyaAllah" dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini". -Al-Kahfi (gua) 18: 23-24

di dalam ayat ini Allah mendidik Nabi secara langsung.. kisahnya apabila umat Nabi bertanyakan 3 soalan tentang Ashabul Kahfi dan Nabi mengatakan "besok aku akan memberikan jawapan" dan Nabi tidak mengucapkan InsyaAllah... kesannya Allah tidak menurunkan wahyu hampir 15 hari... tarbiah langsung daripada Allah kepada kekasihnya..

pengajaran yang kita dapat, sebenarnya menyebut InsyaAllah di dalam urusan-urusan kita adalah untuk menghindar diri kita daripada dosa. keranya, apabila kita berjanji dan menyebut InsyaAllah, bermakna kita mendahulukan kekuasaan Allah yang mengizinkan sesuatu perkara itu terjadi. sesungguhnya hanya dengan kuasaNya kita mampu melakukan urusan tersebut..

tapi..bila kita tak sebut InsyaAllah, kita berjanji dan membelakangkan kekuasaan Rabb... umpamanya kuasa kita dapat menentukannya. itu adalah dosa.. sebab itulah Allah suruh kita menyebut InsyaAllah dalam berjanji..

dan andai dengan kuasa Allah kita terlupa untuk menyebutnya, itu tidak mengapa... sebutlah InsyaAllah apabila teringat.. tapi ingatlah, lupa itu datangnya daripada syaitan. dan Allah telah mengajarkan Doa apabila kita lupa.. nanti kalian tengok semula ayat ni dan jadikan amalan. bila lupa letak kunci kereta kat mana, cubalah baca. InsyaAllah akan ingat semula.. tak panjang pun. okey...

semga dapat sesuatu daripada entry amani kali ini. maaf andai ada salah dan silap. ambillah peluang untuk memahami ayat-ayatnya. kerana Al-quran adalah akidah (keterikatan) kita dengan Khalik...InsyaAllah.. Wallahualam bissawab. Asssalamualaikum...


teruskan tradisi dakwah, tingkatkan prestasi ukhuwah, mantapkan saf atas dan bawah, InsyaAllah Islam tidak akan kalah..

Saturday, March 24, 2012

Alhamdullilah,sudah selesai satu urusan penting untuk masa hadapan.. syukur Allah mudahkan,mudah-mudahan ada rahmat dan barakah beserta denagnnya,, hah,jangan ingat amani kawin pula..huhu, lambat lagi...takde orang nak..huhu...

moga-moga setiap langkah dengan atas Mahunya Allah ini akan dipermudakan untuk menegakkan agama Allah..

"Dialah yang mengutuskan rasul dengan petunjuk Al-quran dengan agama yang benar, untuk dimenangkan atas segala agama,alaupun orang musyrik tidak menyukai at-Taubah 9:33

zaman hujung-hujung ni agama Islam itu sudah jatuh dan dipijak-pijak bagi yang berakal dan menyedari...islam itu untuk dimenangkan atas segala agama, maksudnya ditegakkan dan tempatnya paling atas daripada agama lain..dimana Islam sekarang??

Friday, March 23, 2012

hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.-Al Hasyr 59:18


benarlah Qalam-qalam Allah itu..

janganlah kamu mengatakan apa yang tidak kamu punya pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, itu semua akan diminta pertanggungjawaban..

berhadapan dengan insan-insan yang berbeza, pastinya berbeza juga pandangan dan caranya, dan sesungguhnya kitab yang paling lurus adalah Al-quran..Al-quran itu syumul, lengkap dengan segala ilmu, namun kefahaman dengan Mahunya Allah itu tidak dapat diperolehi... sesungguhnya hanya orang-orang yang terpilih akan mendapat nikmat kefahaman itu. semoga kita semua menjadi hambanya yang soleh.. :)

bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan, dan jauhilah mereka dengan cara yang baik-al-muzammil 73: 10


Wednesday, March 21, 2012

Qalam Illahi

cukuplah aku benar-benar mengenali Al-quran dengan erti benar-benar kenal..memahami dan meletakkan di dalam hati kesemua ayat-ayatnya sebelum aku mendalami kitab-kitab lain...
kerana yang ditanya kelak adakah aku mengambil Al-quran sepenuhnya bukan kitab-kitab lain..... takutnya andai aku tidak mampu menjawab...

dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-quran untuk pelajaran, adakah orang-orang yang mnegambil pelajaran-Al-Qamar 54:17

syukur Alhamdullilah


syukur Alhamdulillah kalau benar-benar ikhlas...
susah sebenarnya nak memberikan satu kepercayaan kepada insan kan...
lebih baik meletakkan pengharapan kepada Allah..
kerana Dia sekali-kali tidak pernah mengecewakan...

Tuesday, March 6, 2012

hard


masa yang teramat sukar...
terlalu banyak beban fikiran...
dan aku perlu berehat...
mungkin sementara...
mungkin juga untuk selamanya...
selamat tinggal dunia blogging...
semoga ada tempat yang baik buat diriku yang terlalu banyak kekurangan....
maaf pada semua...
akhirulkalam..Massalamah. Assalamualaikum..

Friday, March 2, 2012

dia tidak mengerti


bicara petang antara saya dan dia

saya : errmm, awak saya plan nak kahwin pertengahan tahun hadapan.... biarlah umur saya 22 tahun pun, yang penting saya rasa saya dah mampu pikul tanggungjawab seorang isteri..

dia : ko ni gatal ke ape nak kawin awal sangat, belajar pun tak habis lagi..

saya : ermm, kahwin awal tak bermaksud gatal lah awak.. kalau gatal pun gatal yang halal, lebih baik daripada orang yg gatal pada yang haram...

dia : (terkedu). umur 22 tahun tu muda lagi lah..ko tahu tak, berapa banyak kes cerai berai orang yg kahwin muda ni..

saya : bagi saya, rasa tanggungjawab tu bukan diukur berapa banyak umurnya.. kalau umur 40 tahun pun tapi tak boleh nak bertanggungjawab tak juga kan..

dia : kalau kau kahwin, ko tak rasa rugi ke umur ko yang muda tu...

saya : saya lebih rasa rugi tak rebut pahala yang berganda bila jadi isteri dengan hanya mentaati suami.. lagipun saya tak nak tambah dosa mak ayah saya bila saya merindui yang bukan hak saya...

dia : suka hati kau laa... jangan menyesal kemudian hari sudah,,,

saya : saya tak perlu menyesali setiap langkah yang saya tujukan kepada Allah, walaupun suatu masa nanti, langkah itu membuatkan saya terjatuh... itulah TAKDIR namanya..

dia : ko kalau berfalsafah bagi lah kat ko..

saya : saya hanya menjelaskan apa yang awak tak faham...

dia : takpela,... apa2 pun semoga keinginan ko tercapai.

saya : thanks awak doakan saya..

p/s : masih ada juga orang yang tidak memahami..


salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya... jom kahwin ikut syariat..


love story


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum sahabat Bicara Amani. ALhamdullilah, masih diberikan kesempatan, dikurniakan akal fikiran dan keupayaan untuk menulis sedikit apa yang amani terima untuk disampaikan kepada pembaca Bicara Amani. tanda kasih sayang sesama saudara itu ialah menyampaikan peringatan-peringatan Allah... kalau buat tak tahu je, itu maknanya tak sayangkan.....

ermmm, CINTA.. wow, amani rasa kalimah cinta ini sangat indah. bila sebut cinta, amani fikirkan kebahagiaan, ketenangan, keseronokkan.. betul tak?? dapat hidup dengan insan yang tercinta, seronoknya diri rasa. tapi yang paling seronok apabila true love kepada Sang Pencipta dan KekasihNya. Nabi Muhammad SAW...

tidak sempurna iman seseorang itu sehingga aku lebih dicintai daripada orang tuanya, anaknya dan manusia lain-hadis riwayat Bukhari dan Muslim

cintakan Nabi bermakna cintakan Allah. inilah love story yang benar-benar cinta yang hakiki.. tapi benar ke kita cintakan Nabi??,. apa tanda kita cintakan Nabi, sedangkan Nabi mencintai, mengasihi dan merindui kita sebelum kita wujud lagi.. kalau lah Nabi boleh mencintai kita seperti itu, bagaimana pula balasan kita terhadap cintanya?? adil kah kita jika tak membalas cinta insan agung ??

ramai yang berkata, selawat itu tanda cinta kepada Nabi.. itu sahaja ke tanda cinta kepada Nabi? alangkah sedikitnya tanda kita kepada Baginda yang mulia. antara lain tanda kasih sayang Allah dan Nabi kepada kita ialah dengan Al-Quran yang menjadi pedoman, petunjuk dan rahmat buat diri kita...tapi persoalannya, berapa ramai yang mengenal AL-Quran dalam erti benar-benar kenal... kalau ditanya nama surah-surah dalam Al-Quran pun belum tentu dapat jawab. bertapa kita ni mengambil ringan terhadap mukjizat agung baginda.. inikah tanda cinta kepada Baginda ??

bicara Al-quran ini terlalu banyak, jika digunakan air laut untuk menulis pun belum tentu cukup... tapi kebanyakkan manusia yang Allah ciptakan untuk menghambakan diri kepadaNya leka dan lupa. ambil mudah dengan Qalam Allah.. ditanam di dalam diri sejak kecil, kalau kita baca Al-quran 1 huruf dapat 1 pahala.... benar ke begitu, ada ke dalam Al-quran Allah janjikan pahala sebegitu ?? sedar tak sedar, kita ni hidup selama bertahun-tahun hanya ikut sangka-sangkaan dan juga ikut-ikutan..... sedangkan Allah berikan Al-quran,tapi hanya sedikit yang mengambil pelajaran di dalamnya..

pelajarilah AL-quran. inilah kunci kejayaan didunia dan akhirat. di dalamnya terkandung segala macam cerita, soal ibadah, soal ekonomi, soal rumah tangga, sejarah untuk diambil pelajaran. Ilmu Al-quran itu yang paling utama, bukan mengharapkan pahala semata-mata apabila membaca.. siapa kita untuk menentukan satu huruf 1 pahala, kalau baca salah dapat dosa..

"Pahala daripada Allah itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab. Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberikan pembalasan dengan kejhatan itu dan ia tidak mendapat perlindungan dan tidak (pula) penolong baginya selain daripada Allah- An-Nisaa 4 : 123

tujuan AQ itu adalah untuk diambil pelajaran di dalamnya, berpegang teguh dengan AQ insyaAllah akan selamat selama-lamanya. kerana AQ ini adalah kitab yang lurus. selalu kita minta kepada Allah di dalam AL-Fatihah untuk ditunjukkan jalan yang lurus. sedar tak kita, Allah dah bagi petunjuk dari dulu lagi, tapi kita je yang tak ambil peduli..

" dan sesungguhnya telah kami mudahkan Al-quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?"-Al-Qamar 54 : 17

" sesungguhnya Al-quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang -orang mukmin yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar"-Al-Israa 17:9


meneliti AL-quran lebih utama daripada meneliti kitab-kitab selainnya.. memahami Al-quran lebih utama daripada melagukan surat-surat CintaNYa.. itulah LOVE STORY sebenarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...