Saturday, March 31, 2012

kenapa sebut InsyaAllah..

bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua sahabat amani.. Alhamdullilah ada sedikit kesempatan untuk berkongsi pandangan. mudah-mudahan Allah lembutkan hati dan bertambah sedikit keimanan kepada diri kita, InsyaAllah...

teringat sewaktu duduk diasrama dulu...

Iqbal : beb, ko ajar aku add maths boleh tak ?? mak aku dah marah asyik fail je paper ni..

syed : ko bukan tak pandai bal, asyik main je...

aku : ermm, tengok lah dulu, aku pun bukan pandai sangat, ko tanyalah budak-budak cina tu..dorang tu jawab soklan macam soalan budak darjah satu je aku tengok...

syed : haha...menipu lah kau x pandai..kelas petang balik-balik cikgu suruh kau tunjuk kat depan..

aku : InsyaAllah aku ajar laa... tapi arini belanja aku nasi ayam pakcik dan huhu...

**** kami pun makan laa sama-sama nak tunggu kelas tambahan yayasan bukhari******

waktu makan..

syed : beb,. kenapa kena sebut ek InsyaAllah bila berjanji..

aku : entahlaa, tanyalah ustazah... yang aku tahu bila berjanji and kita x tak pasti boleh buat ke tak, sebut la InsyaAllah...

****** huhuhu... rindunya zaman-zaman sekolah dulu. syed ngan Iqbal ni kawan baik amani, susah senang kami kat TBS dulu sama-sama. tapi sekarang masing-masing dah jauh.. semoga bertemu lagi sahabatku.InsyaAllah...


*************************************************************************************

errmm, berbalik pada cerita pokok tadi.. kenapa kena sebut InsyaAllah. kadang-kadang kita ni buat sesuatu dengan cara ikut-ikutan.... memanglah benda yang baik, tapi kan lebih baik kalau kita fahami maksud tersirat dan tersurat disebaliknya.... barulah setiap ucapan kita, kita akan ingat Allah. berapa ramai je yang sebut insyaAllah, tapi hanya nama Allah sahaja dibibir bukan dihati...??? amani pun sama jugak dulu.. jadi, amani nak share kan ilmu yang dapat ni. mudah-mudahan Allah berikan kefahaman dan mudah untuk diamalkan...

dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu " sesungguhnya aku akan mengerjakannya itu besok pagi...

kecuali (dengan menyebut) "insyaAllah" dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini". -Al-Kahfi (gua) 18: 23-24

di dalam ayat ini Allah mendidik Nabi secara langsung.. kisahnya apabila umat Nabi bertanyakan 3 soalan tentang Ashabul Kahfi dan Nabi mengatakan "besok aku akan memberikan jawapan" dan Nabi tidak mengucapkan InsyaAllah... kesannya Allah tidak menurunkan wahyu hampir 15 hari... tarbiah langsung daripada Allah kepada kekasihnya..

pengajaran yang kita dapat, sebenarnya menyebut InsyaAllah di dalam urusan-urusan kita adalah untuk menghindar diri kita daripada dosa. keranya, apabila kita berjanji dan menyebut InsyaAllah, bermakna kita mendahulukan kekuasaan Allah yang mengizinkan sesuatu perkara itu terjadi. sesungguhnya hanya dengan kuasaNya kita mampu melakukan urusan tersebut..

tapi..bila kita tak sebut InsyaAllah, kita berjanji dan membelakangkan kekuasaan Rabb... umpamanya kuasa kita dapat menentukannya. itu adalah dosa.. sebab itulah Allah suruh kita menyebut InsyaAllah dalam berjanji..

dan andai dengan kuasa Allah kita terlupa untuk menyebutnya, itu tidak mengapa... sebutlah InsyaAllah apabila teringat.. tapi ingatlah, lupa itu datangnya daripada syaitan. dan Allah telah mengajarkan Doa apabila kita lupa.. nanti kalian tengok semula ayat ni dan jadikan amalan. bila lupa letak kunci kereta kat mana, cubalah baca. InsyaAllah akan ingat semula.. tak panjang pun. okey...

semga dapat sesuatu daripada entry amani kali ini. maaf andai ada salah dan silap. ambillah peluang untuk memahami ayat-ayatnya. kerana Al-quran adalah akidah (keterikatan) kita dengan Khalik...InsyaAllah.. Wallahualam bissawab. Asssalamualaikum...


teruskan tradisi dakwah, tingkatkan prestasi ukhuwah, mantapkan saf atas dan bawah, InsyaAllah Islam tidak akan kalah..

8 comments:

delarocha said...

kita hanya merancang :-)


ps: boleh tolong saya 'like' sesuatu?

JIJI YU said...

tp ada yg kata..insyaALLAH ni..seakan2 jnji

azwa amani said...

jiji : kita usahakan ke arah untuk menunaikan urusan tersebut, tapi andainya itu x terjadi, bermakna Allah Yang Maha Kuasa mengetahui apa yang diperbuat dan apa yang terbaik buat hambaNya..

ji.amani suka entry kau yg ngan umi tu.. nice and sweet

azwa amani said...

iwan delarocha : insyaAllah,.. :)

Solihin Zubir said...

tp sygnya, yg tak faham tu selalu ckp kita ni tak konfiden nak buat benda tu bila sebut insyaAllah..

sebutlah insyaAllah.. tp jgn janji melayu plak.. hehe..

azwa amani said...

betul tu sz..selalu amani dengar dalam filem2.

"ahh..ko jgn insyaAllah je,..tapi x bla bla bla..

betul tu insyaAllah apabila dengan kuasa yg kita ada kita usahakan, dan Kuasa Allah membenarkan.. :)

Nora_Aniza said...

insyaallah ada dua : insyaallah org arab dan orang melayu. yg arab punya, dia akan lakukan sehingga terdaya. tetapi insyaallah org melayu hanya utk mengelak tanpa usaha. :-)

azwa amani said...

sis Nora : itulah maksud amani, menyebut nama Allah hanya dibibir bukan dihati.. jika dihati pasti takut dengan janji yg diikat.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...