Monday, September 9, 2013

Bijak Merancang

Assalamualaikum wbt semua pembaca Bicara Amani, Alhamdullilah, latest entry mendapat sambutan, terima kasih Allah sebb sudi berikan kembali sahabat-sahabat Bicara Amani. .. Alhamdulillah...

entry sebelum ini amani ada ceritakan tentang kehidupan.. redha dengan takdir Allah adalah kunci kebahagian dalam kehidupan. Selalu ingatkan dalam hati yang bukan org tertentu yang buatkan kita bahagia, bukan hari-hari tertentu yang buat kita rasa seronok dan happy, tapi bagaimana hati kita menerima sesuatu yang Allah beri dengan lapang dada itulah cara untuk bahagia dalam hidup...

tapi ingat.. redha bukan bermakna pasrah, bukan makna menyerah. tapi kita percaya yang Allah sedang berikan yang terbaik buat kita.. salah satu cara untuk bahagia dalam kehidupan ialah BIJAK MERANCANG..

bagi amani lah kan, dalam apa-apapun kalau kita merancang dan fikir kehadapan, kita akan berusaha untuk mengurangkan segala risiko atau kekurangan yang akan kita jangkakan, samalah macam membina kehidupan yang bahagia, rancang untuk mengatasi masalah akan dtg...dalam soal ekonomi diri sendiri, pengurusan hidup/masa seharian, soal pasangan, soal rumah tangga dan juga soal makan/pakai/kenderaan di masa hadapan, bijaklah merancang daripada sekarang, senaraikan segala masalah yang bakal kita hadapi dan rancang bagaimana untuk settlekan masalah tu.. :) 

gagal merancang adalah merancang untuk gagal... 

contohnya, bagi mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, jangan sibuk untuk merancang kenduri walimah sahaja, tapi fikir lagi hadapan iaitu bagaimana pengurusan diri/masa/kewangan/tempat tinggal waktu dah selesai kenduri nanti...

tapi ingatlah, sehebat manapun kita merancang, Si Dia lebih hebat merancang apa yg terbaik buat kita dan orang disekeliling kita, kerana akal kita hanya terbatas untuk berfikir risiko yg 'mungkin' terjadi, tapi Yang Esa memang dah tahu apa yg bakal terjadi dan pastinya semua baik untuk kita...

apa sahaja yang kita peroleh dalam hidup ini, bersyukur, tapi syukur bukan Allah suruh terima sahaja apa yg Allah beri tapi rancanglah untuk jadi lebih baik. :). syukur Allah dah beri profession yang kita suka, tapi rancang dan usaha jadikan profession kita lebih baik untuk dunia dan akhirat, bersyukur ada kenderaan yg baik dan mudah untuk kemana-mana, usaha dan rancang untuk menjaganya dan bayar hutang loan kereta secepatnya.. hahaha.. :) 

rancanglah hidup dengan baik, sekurang-kurangnya kita usaha untuk menjadi hamba yang lebih baik daripada semalam dari segenap sudut, kerana Allah tak menilai adakah kita berjaya atau tidak, tapi Allah menilai adakah kita usaha untuk berjaya...

choice, chance and changes.. you must make a choice to take a chance or you life will never change. 

7 comments:

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Assalamualaikum.
Salam ziarah berutus senyuman.

Boleh tahu Amani mengajar subjek apa ya? :)

azwa amani said...

Amani x mengajar kat sek rend@menengah. Amani di islamic enrichment centre.. pusat perkembangan kanak2

ewanthology said...

betul.. mcm beli kereta, kita mampu byr down payment untuk beli tetapi belum tentu mampu sediakan duit untuk servis dan maintenance nya. mcm2 kena fikir lps beli spt duit minyak, duit tol, duit tukar tyr, roadtax, insurance dll.

merancang dan berfikiran jauh. itu perlu.

azwa amani said...

Betul. :)

Lydia Miza said...

Assalamualaikum

Ramai yg x bijak merancang. Akhirnya tersungkur dibelit hutang:(

Adik ada kat mana skrg? Melaka?

azwa amani said...

Waalaikumsalam wbt.. x kak. Amani masih di puchong. Kerja kat putra heights.. nak jumpa sgt2

Admin said...

mantap gan

download anime

Masuk Anime

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...