Sunday, August 5, 2012

Cinta Di Langit Gaza

Bismillahirrahmanirraheem...semoga Allah beri kefahaman dan kesedaran dalam hati bagi yang membacanya, aaminn...

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat,...Alhamdullilah, malam tadi amani masih diberikan kesempatan oleh Allah SW untuk join program Iftar Perdana dan Badar Qubra, syok sangat rasanya, majlis yang penuh sederhana daripada segi makanan, persiapan tempat, tapi penuh dengan ilmu... banyak yg amani dapat disana.. 

pertamanya, solat Isyak dan terawih itu diimamkan oleh Syeikh Omar M.A Fora Maounsura, pengerusi Majlis Ramullah, Gaza.. dalam ucapan beliau, walaupun pendek tapi amat memberikan kesan pada jiwa amani, amani cuba sampaikan dalam bentuk yg mudah difahami ye..

1. kita ni walau dari Malaysia, Palestin, Iraq, Indonesia, tapi Nabi Muhummad SAW dab herjaya satukan kita dengan akidah yg sama, iaitu akidah islamiyyah, jadi kita ni 1 Ummah..tiada beza seorang muslim dengan muslim yg lain, sorg sakit, semua jadi sakit, itu yg patut kita rasa melihat saudara kita di Palestin, Syiria ..

2. musuh-musuh yang sedang menyerang gaza sekarang ini daripada pelbagai negara, Amerika, Jerman, dan banyak lagi negara-negara eropah dengan 1 Title iaitu tentera yahudi, dan kita seharusnya jadi macam mereka, bersatu menentang dengan 1 nama iaitu Tentera Islam, walau dari pelbagai negara...

3. waktu perang Badar Allah ber bantuan pada tentera Islam, kerana jika Islam kalah waktu itu, tiadalah Islam pada hari ini, dan Allah tunjukkan lagi bantuan daripadaNya dengan burung Ababil sewaktu tentera bergajah ingin mnyerah kaabah, kerana waktu itu tiada seorang yg dapat menghalang gajah2 itu, tapi sekarng, kenapa Allah tak beri bantuan seperti itu untuk selamatkan Masjidil Aqsam kerana UMAT ISLAM PADA HARI INI BERJUTA RAMAINYA... 

amani teringat pada kata-kata Salahuddin Al-Ayubi dalam buku yg amani baca haritu-Naskah Cinta buat Nusaibah
" barangsiapa yang menguasai Palestin, bererti mereka akan menguasai dunia"

dan malam tadi juga diantara panel penceramah juga ialah Ustaz Ridhuan Nor.. Alhamdullilah, kata-kata daripada beliau juga banyak memberi impak pada diri amani juga, dan yg paling memberi kesan ialah cara khatib di Malaysia dan Palestin membaca khutbah jumaat sangat berbeza..

di Malaysia,isi  khutbah yg dibacakan oleh Imam kebanyakkannya tidak memberi impak besar pada jiwa pemuda, contohnya "makan lah buah-buahan tempatan" dan amani ingat lagi khutbah solat raya " berhati-hati dijalan raya di musim perayaan".. tidak memberi kesan pada jiwa, tidak menaikkan semangat juang pada jalan Allah, berbeza di Palestin, takbirnya saja sudah gah menunjukkan kemenangan, tidak seperti di Malaysia, 'tangkap leleh' kata orang muda... khutbahnya menjadikan para remaja, kanak-kanak dan wanita mereka bangkit berjuang. 

Daripada cerita ustaz ridhuan ini, amani tidak hairan lah kenapa remaja kita termasuk amani sendiri lemah pada perjuagan Islam, dan mengapa rakyat Palestin kuat semangat mereka.... Wallahualam, Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.. 


Andai aku dibumi Gaza ketika ini, mungkin aku dlu yg mati di medan, kerana lemahnya semangat ku pada Islam... Allahu Rabbi, bangkitkan kami yang sedang lena, buka mata hati kami melihat saudara di hina, jadikan kami umat dan tentera yang Engkau bela.. Aminn ya Allah, pengurus segala alam..



4 comments:

the malay male said...

khutbah kat sini memang selalu bikin jemaah tidur :-)

azwa amani said...

errmm, Ustaz ridhuan Mohammad Nor kata, di Palestin, khatib bace sampai muke jemaah dan mata jemaah merah sebab takut dan bersemangat sumenye, xde sorg pun yg tidur...

mungkin malaysia punya teks khutbah perlu ditukar,.. wallahualam..

miss fatihah said...

betullah tu. penceramah pun kena main peranan jugak. yg slalu dgr just ceramah politik yg bkobar2

azwa amani said...

Miss Fatihah : errmm, itu yg salahnye fatihah, berkuar berjuang demi kuasa pangkat dan kedudukan,..tapi lemah bila Islam ditindas dan diinjak2.. moga2 terbuka hati mereka melihat saudara yg dalam ketakutan, sedangkan kita dalam keamanan...

sedap nama awak, Fatihah, fatah, pembuka..moga menjadi pembuka cahaya hidayah pada mereka..aminn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...