Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum WBT... tajuk kahwin ni memang amani suka, benda baikkan siapa yang tidak suka?.. kalau tak suka tu mungkin something wrong somewhere.. huhu...siapa-siapa yang sedang merancang untuk berumah tangga, harapnya saya dan kamu semua melaksanakan dengan mengikut syariat Islam.....
sebabnya, melalui pemerhatian amani, ramai yang menghabiskan duit simpanan bank untuk perbelanjaan perkahwinan... bukanlah amani jelous ke ape hantaran sampai puluhan ribu, tapinya amani rasa macam membazir je... bila ditegur jawapan sterotaipnya " kahwin ni sekali je cik amani oii, apa salahnya?"..... " salahnya sebab kamu membazir ikut perangai syaitan"...
itu belum masukkan lagi individu yang buat loan untuk perbelanjaan kahwin. ada firman Allah "Allah menhendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesusahan bagimu".. hah, kalau dah habis duit dalam bank, buat loan lagi, kan itu menyusahkan diri untuk kemudian hari....
ada juga sebahagian individu yang menginginkan kesederhanaan dalam walimatulurus mereka, tapi disebabkan pihak keluarga mereka menginginkan mengikut adat-adat melayu yang terkadang lari daripada syariat, dan inginkan besar-besaran,..amani harap segala uruskan kalian dipermudahkan.... jangan kita menjadi individu yang ikut-ikutan..
janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu, semua akan diminta pertanggungjawaban-Al-Israa 17:36
ermm, apa-apa pun memang bukan mudah merancangan perkahwinan, tapi bagi amani merancang it tidaklah sesukar mempertahankan sesebuah perkahwinan, terkadang tu disebabkan hutang-hutang perbelanjaan kahwin yang tak mampu dibayar pun jadi masalah hingga bercerai-berai. jadinya, berhemahlah dalam segenap perbuatan kita. bersederhana tapi berkat disisi Allah... selalu amani terfikir, janganlah kita menyukarkan apa yang mudah dengan perkara yang susah. itulah sebabnya, remaja kita banyak lari untuk kahwin, dan paling teruk mereka bersekedudukan kerana kahwin memerluakan perbelanjaan yang banyak. apabila yang halal sukar dikecapai berbanding yang haram,...ber'agama'lah dalam perbuatan, percakapan dan pemikiran. Islam itu prinsip kehidupan. wallahhualam bissawab..
berdoa semoga Imam yang ditetapkan untukku kelakmampu memimpinku disetiap solatsemoga Imamku juga dapat menjadi penjaga diri dan maruahkumenjadi pendidik hhati dan jiwa agar rohaniku terisi hikmahNya dan akhlakku terjaga hendaknya...Allahumma Amin..