Monday, February 27, 2012

peneguhan hati


Assalamualaikum semua sahabat-sahabat..rindu sangat2 nak menulis dalam Bicara Amani..ramai sahabat-sahabat amani berbicarakan tentang peneguhan hati. apa maksud peneguhan hati tu ye.. bagi amani lah, banyak maksud dalam pelbagai konteks. peneguhan hati tu boleh juga dikatakan kuat hatinya atau kuat semangat,. boleh juga dikatakan kepercayaan yang kuat dalam hati...

sebagai contoh, kalau orang yang bercinta juga ada peneguhan hatinya.. that means loyalty atau kesetiaan. kalau hatinya tak teguh pastinya susah nak setia pada pasangan. kalau dalam konteks ibadah pula boleh amani katakan peneguhan hati itu istiqamah atau berterusan dalam melaksanakan kebaikan....boleh faham tak setakat ni? tapi, persoalannya, macam mana nak diteguhkan hati ini yang amani sendiri tahu, hati amani ni tak kuat mana.....

apa yang amani soalkan peneguhan hati ini dalam konteks ibadah.. in love, ermm, biar dulu kot. berusaha mengekalkan kesetiaan, tapi kesetiaan pada Allah itu lebih besar aulawiyatnya...sering kali hati amani tertanya-tanya "macam mana aku nak istqamah menghafal, memahami dan mengamal Al-quran.. takut-takut hati ini macam air laut. kejap pasang kemudian surut"....Allah itu Maha Mendengar dan Maha luas pemberiannya walau hanya permintaan di dalam hati.. lalu di dalam sebuah kelas tafsir ustaz menerangkan tentang surah Al-kahfi 18:13-14

kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk..

dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata " tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, sekali-kali kami tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran"- al-kahfi 18:13-14

ermmm, daripada ayat 13 dan 14 ini Ustaz kata ada formula peneguhan hati...

1) beriman kepada Tuhan
2) Allah akan tambahkan petunjuk
3) Allah meneguhkan hati

ermm, mudah je kan sebenarnya....peneguhan hati ini sangat penting bagi amani. orang yang teguh hatinya saja ada keberanian untuk menegur kemungkaran depan mata.. bagi amani ayat 13 dan 14 ini manhaj (methode) daripada Allah untuk mendapat keteguhan hati... nak mengukuhkan iman pula, perbanyakkan membaca Al-quran.. kerana AQ ini bicara Tuhan. membaca QalamNya buat kita kenal tuhan, dan dengan cara ini, makin bertambahlah iman... selalu amani ingatkan dalam dada 'pencetus keimanan itu adalah AQ'...


Semoga dapat sesuatu daripada entry ringkas ini... istiqamah dalam apa sahaja perbuatan yang baik, walaupun hanya dengan member senyum kepada orang yang berselisih denganmu...


4 comments:

AzwanRamli said...

Nice sharing...May Allah bless u

Ad-Dien said...

salam ziarah julung kali dari WADi, blog anda kemas, jemput ke WADi untuk menambah dan sebarkan ilmu, moga bermanfaat :)

hayati juga mesej dan ibrah dari as-sunnah kerana sunnah dan hadith itulah yang melengkapkan mesej dari kalamullah, al-Quran. Semoga senantiasa thiqah di jalan salaful ummah :)

Tawakal Sebagai Benteng Dari Ujub Dan Riyak

والله أعلمُ بالـصـواب

Fatin Nadia said...

subhanaAllah..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

bila dah tau baca kita perlu tau apa makna isinya agar kita dpt mengamalkannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...