bismillahirrahmanirrahim..
agak lewat aku habis kerja harini,.. azan dah berkumandang baru usai, namun aku tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan untukku meninggalkan peluang untuk mendapat ilmu malam ini.. ku gegaskan langkahku ke rumah Khalikku.... ku ambil saff belakang, bersebelahan dengan seorang kakak.....saat aku menyalaminya, dia kelihatan sangat sugul.. matanya berlinangan air mata, sesekali ku lihat dia menyeka air matanya... terdetik hatiku untuk bertanya, mengapa dia menangis, baru ku ingin membuka mulut, sudah iqamat, Allah tidak mengizinkan....tak mengapalah.....
selesai sahaja solat, seperti biasa muallim itu berbicara tentang surah Al-Kahfi (gua).. kisah Ashabul Kahfi yang ingin menyelamatkan diri dan aqidahnya... teringat aku pada satu bacaanku, sesiapa yang menghafal 10 ayat pertama, maka terhindar dari fitnah Al-Masih Dajjal...insyaAllah...usai sahaja kuliah maghrib, ustaz membaca doa.. saat doa dibacakan, kurasa lain, kulihat kakak disebelahku semakin kuat esakan tangisnya.. imam membacakan doa kepada seorang bayi 5 bulan yang baru meninggal dunia...
usai sahaja doa baru aku mengetahui bahawa insan disebelahku itu adalah ibu kepada arwah yang baru meninggal itu. Allahu Rabb.. ujian itu datang untuk Kau berikan kasih sayangMu...ketika itulah, ustaz memberitahu bagaimana untuk kita bersabar di dalam ujiannya...amani nak kongsikan benda baru amani terima ni.. yelah, sebelum ni kita cakap.. "sabarlah, Allah itu dekat"..tapi bagaimana untuk bersabar itu kita tak tahu....
1) dengan bacaan basmalah, sebutlah "ya Allah" dengan lembut seperti kita memanggil...sehingga ketenangan hati itu datang. jika belum sebut lagi "ya Allah"..lembut, syahdu dan penuh merayu kita panggil... panggil sehingga ketenangan itu datang dalam hati..2) bila terasa hati sedikit tenang, mohonlah kepada Allah agar diberikan kesabaran hati dalam ujiannya dan diberikan kekuatan...
sama-samalah kita cuba... :) wallahualam Bissawab. :) Maassalamah. Assalamualaikum..
7 comments:
terima kasih kongsi amani. eh amani da keja ae? keja mana? :D ni kira da leh banje nadh minum2 la ni nt ye? :P
Alhamdullilah nadh, ada rezeki keje sementara sambung blajar balik.. ada lagi 5 bulan ni, keje part time kat putrajaya ni je.. huhuhu....
boleh je nadh,..kalau dtg putrajaya bgitau.. :) huhuhu
susah nak ajar diri ini untuk bersabar
baru nk tanye, dah org tnye kt atas tu..hihi
wan...huhuhu :P. nak minta belanja jugak ke??
huhu..sedehnya..semoga akak yg amani jumpa tu tabah....
2 tips yg amat berguna,tq amani!
Tips yg sgt berguna.terims kasih krn berkongsi ye amani
Post a Comment