Wednesday, February 15, 2012

sedetik lebih untukku

Bismillahirahmanirrahim...

detik itu, aku merasakan sesuatu yang lain dalam kalbuku.. rasanya seperti aku sangat merindukan dia. tersangat merindukan dia, tiap saat bila ku ingin makan, aku teringatkan dia, saat aku leka bergelak tawa dengan sahabatku, aku teringatkan dia, saat ku buka Qalam Allah, saat itu juga aku mengingatkan dia...hatiku rasa tenang teringatkan dia, tapi terasa rinduku tidak seperti selalu...ku ingin ubat kerinduanku, laluku melangkahkan perjalananku ke rumah Khalikku. dalam derak langkahku, aku bermohon supaya aku diperdengarkan kisah tentang dia yang kurindu agar terubat rinduku, agar aku lebih mengenalinya..

tiba di sana, seorang Ustaz muda,ya aku sangat kenal dengan dirinya, lulusan Mesir bernama Hafiz... kurasa umurnya beberapa tahun tua daripadaku... ku lihat wajah muallimku, dan kupinta agar Allah mengerakkan hatinya untuk membicarakan sesuatu yang amat kuingin dengari...

lantas ustaz muda itu memulakan bicaranya...surah Al-Ahzaab 33 : 21 menjadi mauduq perbicaraanya, dijabarkan sehingga aku benar-benar faham dengan perintah Allah di dalam ayat ini,.. sedikit terubat rinduku pada dia... namun, tiba detik itu, tidak dapat kutampung linangan air mataku.. disitu juga aku terus menangis. Allahu Rabb...mendengarnya saja aku sudah sayu, apatah lagi disaat aku ditemukan dengannya kelak...kisah yang menyentuh hatiku begini...

....... ketika itu, Nabi SAW sudah merasakan ajalnya sangat dekat, dan dikhabarkan kepad Fatimah supaya diminta Abu Bakar untuk meneruskan pimpinan Baginda,..namun begitu, jemaah di masjid masih menginginkan Nabi untuk menjadi imam solat.. lalu Nabi SAW dipimpin dan Baginda mengimamkan solat dengan sangat sederhana, dalam keadaan duduk, dan mmebaca surah yang pendek.....

usai sahaja solat,..Baginda berkata kepada jemaah yang ada bahawa Baginda sudah tidak lama lagi. saat itu, semua jemaah sedih hingga tidak terkata. hening suasana masjid ketika itu..lalu Baginda berkata " sesiapa yang ada berhutang denganku, tuntutlah hutang itu".... lalu bangun seorang lelaki, namanya Sawad (maaf kalau amani salah eja namanya).. sawad ini berkata " Ya Rasullulah, di dalam sebuah peperangan Engkau telah menolakku dengan pedangmu, aku ingin menuntut hutangku ketika ini"..jemaah yang lain berasa sangat hairan dengan permintaan Sawad, lalu baginda mengizinkan Sawad menuntut haknya... lalu Sawad berkata lagi... " ya Rasullulah, ketika itu aku tidak berbaju, maka bukalah jubahmu itu".... jemaah sangat berasa hairan, namun Baginda yang mulia tetap membuka jubah yang dipakainya. maka terlihatlah tubuh Baginda yang sangat segak... melihat sahaja Nabi membuka baju, Sawad terus memeluk Nabi... lalu berkata..

"ya Rasullullah, maafkan aku ya rasul, aku terpaksa membuat helah ini supaya aku dapat menyentuh kulit insan yang mulia ini"...

Allahu Rabb,... bertapa kasihnya Sawad kepada Baginda, adakah aku juga mampu mengasihi Nabiku seperti mana mereka mengasihi Nabiku.. Ya Rabbi, tunjukkan aku jalan yang lurus, jalan orang-orang yang Engkau berikan nikmat, iaitu para nabi, para siddiqin, para syuhada dan para solihin. izinkan diriku ini menjadi salah seorang dari orang yang Engkau berikan nikmat itu ya Allah.. izinkan hatiku ini mencintai Nabimu dengan meneruskan sunnah, mengingati wahyu yang Engkau berikan kepada Baginda. Aminn Ya Rabbal alamin..


** maaf kalau amani ada tersalah apa-apa dalam entry ini...kalau salah boleh betulkan ye.

1 comment:

Unknown said...

erm..tubuh insan yg mulia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...