Monday, February 13, 2012

sembang jap..

bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Amani.. Ya Allah, rindunya amani nak berblogging macam dulu. rindu nak baca entry-entry korang. tapi amani tak sempat lah, nak bukak laptop pun sekadar nak cari bahan dalam dokumen.. ermm, macam membazir jer duit broadband sebab tak sempat guna.... hehehehe...

amani just nak share kan satu ayat dari surah ke 51. surah Al-Dzhariaat.. ayat 56

" tidak Aku ciptakan Jin dan Manusia, melainkan supaya mereka menyembahku"..QS 51:56

jadinya sahabat-sahabat. hidup ini tidak lain dan tak bukan hanya untuk mengabdikan diri dengan beribadah kepadaNya... setiap saat, keperluan hidup adalah beribadah untuk mengagungkan nama Allah dengan PetunjukNya, mengharapkan rahmatNya, dan banyak mengingati namaNya.....

tapi takkan kita nak solat, berzikir, baca Al-Quran je, perlu juga tidur, makan, kerja, bersosial.. ermmm, ceteknye ilmu kita ni kalau kita hanya fikir yang beribadah itu hanya solat, puasa, baca Al-Quran semua tuu.. apa sahaja perbuatan yang kita dahulukan dengan Basmallah, pekerjaan yang baik untuk diri kita, agama, keluarga, dan bangsa, itu semua adalah ibadah... yang penting, setiap pekerjaan bicaranya adalah untuk menegakkan agama Allah.. semoga redhaNya bersama kita semua. Aminn..

ni jer sempat amani coretkan, InsyaAllah,hujung minggu ni settle semua kerja baru amani boleh ziarah teratak korang semua.. daaa.... Maassalamah. Assalamualaikum..

2 comments:

Lydia Miza said...

waalaikummussalam amani.

terima kasih atas ilmu yg disampaikan.akak nak tny, jin kafir tu tergolong di antara syaitan ke amani?

azwa amani said...

insyaAllah, kak, amani akan jawab dalam entry berikutnya soalan akak tu.. tq ye.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...