

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Wahai Adamku....
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....
Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...
Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....
ikhlas dari Hawa
p/s : ku mengimpikan Adam yang dapat membawaku ke syurga dunia dan syurga hakiki....Ya Allah, kurniakan kau Adam yang membawaku dekat dengan CintaMU...dan jauhkan aku dari Adam yang boleh membuatkan aku jauh dari cintaMU ya Allah.. ya rabbi, sekiranya Engkau telah mengurniakan Adam itu, jagalah hati kami sebaiknya, agar hati kami tidak lalai dan leka daripada berusaha mencari Cinta yang Lebih Hakiki..aminnnn
Juraij Difitnah Akibat Menderhaka Pada Ibu
JuraiJ adalah seorang rahib yang terkenal dengan ketekunannya beribadah. JUraij memiliki sebuah biara di mana dia menghabiskan waktunya beribadah. Biaranya itu berdekatan dengan tempat para penggembala membawa haiwan ternakan mereka. Jadi ramai penggembala yang berteduh di biaranya.
Setiap hari JuraiJ berada dalam biaranya bagi beribadah kepada Allah. Wajahnya memancarkan cahaya imannya. Kemasyhuran Juraij sebagai ahli ibadah sampai ke istana. Sudah menjadi sunah Allah, Allah menciptakan manusia berpasangan. Ada langit dan bumi. Ada orang baik dan ada oraj jahat. Ada ahli ibadah dan ada ahli maksiat.
Pada Suatu hari, ibu Juraij datang ke biaranya kerana hend, bertemu dengannya. Apabila ibunya sampai di hadapan biaranya, dia pun memanggil-manggiJ anaknya. Pada wah itu, JuraiJ sedang solat dengan khusyuk. Dia menjadi bingung dan berkata dalam hatinya, “Ya Tuhanku, adakah aku perlu menjawab panggilan ibuku ataupun meneruskan solatku?” Akhirnya, Juraij meneruskan solatnya dan tidak menjawab panggiJan ibunya walaupun solat yang sedang dikerjakannya itu adalah solat sunat. Selepas menunggu beberapa lama dan Juraij tetap tidak menyahut panggilannya, ibu Juraij pun pulang.
Tidak lama selepas itu, ibu Juray datang semula dan memanggiJ-manggilnya lagi, “Wahai Juraij, di manakah engkau anakku?” Pada waktu itu, Juraij masih bersolat dan dia tetap meneruskan solatnya. Apabila anaknya tidak menjawab panggilannya yang berkali-kali, ibu Juraij pulang semula,
Namun tidak lama selepas itu, ibu JuraiJ datang sekali lagi dan memanggiJ-manggilnya dengan suara yang keras, ‘Juraij! JuraiJ! Di mana engkau? Ini ibumu, datanglah ke sini sebentar!’ Juraij masih lagi bersolat dan dia kebingungan sama ada hendak menjawab panggilan ibunya ataupun meneruskan solat. Oleh kerana solatnya hampir selesai, Juraij meneruskan solatnya.
Selepas tiga kali ibunya datang dan memanggilnya, Juraij tetap tidak menjawab panggilannya. Ibunya marah dan terlanjur mengutuk Juraij dengan berkata, “Wahai Juraij, semoga Allah tidak mencabut nyawamu sebelum engkau melihat wajah seorang pelacur!” Demikianlah kata-kata ibu Juraij yang pulang dengan perasaan marah dan sedih.
Peristiwa itu membawa malapetaka kepada Juraij. Kutukan ibunya membuka pintu langit. Lohmahfuz bergetar dan kalam Allah mencatat kutukan ibunya itu. Allah pun murka kepada Juraij. Para malaikat yang berada di biara Juraij meninggalkan biaranya kerana kemurkaan Allah.
Selepas beberapa ketika, Juraij lupa pada peristiwa itu. Begitu juga ibunya yang tidak lagi marah kepada Juraij. Juraij meneruskan kehidupannya seperti biasa dengan beribadah di biaranya.
Pada suatu hari, datang seorang wanita cantik dari sebuah rumah pelacuran ke biara Juraij. Niatnya hendak menggoda Juraij kerana dia mendengar kehebatan Juraij sebagai ahli ibadah. Dia berjalan mundar-mandir di sekeliling biara Juraij. Tidak jauh dari situ, ada seorang penggembala kambing sedang berteduh.
Wanita itu masuk ke dalam biara dan melihat Juraij sedang asyik berzikir menyebut nama Tuhannya. Wanita itu duduk bersimpuh di hadapan Juraij dan berkata, “Wahai Juraij, berhentilah berzikir sebentar. Marilah berbual-bual denganku:’ Juraij tidak mempedulikannya dan terus berzikir.
Wanita itu tidak berputus asa malah bertekad hendak menggoncang iman Juraij. Dia membuka bajunya di hadapan Juraij dan memujuk rayu Juraij supaya berseronok dengannya. Juraij tetap tidak menghiraukannya malah dia lebih kuat berrzikir. Wanita itu dengan perasaan marah meninggalkan Juraij sambil mencari jalan bagaimana hendak mengaibkan Juraij. Di luar biara, dia terlihat penggembala yang sedang berehat dan dia mendapat akal. Dia menggoda lelaki itu sama seperti dia menggoda Juraij dan akhirnya berlakulah perbuatan terkutuk antara mereka. Wanita itu sengaja melakukannya kerana dia mempunyai rancangan jahat bagi membinasakan JuraiJ.
Lebih kurang setahun selepas kejadian itu, wanita itu pergi ke istana sambil mendukung bayinya. Dia mengadu kepada raja, “Wahai raja junjunganku, aku diperkosa hingga melahirkan seorang anak”.
Rajapun bertanya, “Siapakah bapa anak ini?”
Wanita itu menjawab, “JuraiJ adalah bapanya”.
Raja bertanya lagi, “Maksudmu, JuraiJ yang memiliki biara itu?”
” Benar wahai raja”. Wanita itu menjawab.
Mendengarkan kata-kata wanita itu, raja menjadi murka dan memerintahkan tenteranya menangkap JuraiJ yang terkenal sebagai orang soleh di negeri itu. JuraiJ ditangkap, diikat dan dibawa mengadap raja. Ramai pelacur yang datang ke istana kerana mahu melihat JuraiJ ditangkap. Namun JuraiJ kelihatan tenang dan tersenyum hingga semua orang yang melihatnya kehairanan. Raja kemudian memerintahkan biara milik JuraiJ dimusnahkan.
Kemudian raja berkata kepadanya, “Wahai JuraiJ, engkau adalah ahli ibadah tetapi perbuatanmu sungguh keji. Wanita ini datang menghadapku dan mengaku melahirkan anakmu. Adakah kata-katanya itu benar?”
Dengan tenang, JuraiJ menoleh ke arah wanita itu dan bertanya, “Adakah benar aku pernah menggaulimu?”
“Ya, benar”, jawab pelacur itu dengan tegas.
JuraiJ bertanya lagi, “Di manakah anak itu sekarang?”
Wanita itu berkata, “Dia ada di dalam buaian itu:’
Juraij menghampiri bayi yang tidak berdosa itu dan bertanya, “Siapakah ayahmu?”
Tiba-tiba bayi itu menjawab, “Dia penggembala lembu:’ “Tuanku dan sekalian yang hadir, wanita ini berbohong!” kata Juraij.
Semua orang yang hadir terperanjat dan kagum menyaksikan kejadian yang aneh itu. Mereka juga berasa bersalah kerana menuduh Juraij tanpa usul periksa, terutamanya raja. Dengan rasa malu dan menyesal, raja berkata, “Wahai Juraij, aku bina semula biaramu dengan emas:’
Juraij menjawab, “Tidak perlu:’
Raja berkata lagi, “Bagaimana sekiranya aku membinanya dengan perak?”
Sekali lagi Juraij menjawab, “Tidak perlu”.
Jadi, apakah yang perlu aku lakukan?” tanya raja. Juraij menjawab, “Binalah ia seperti sediakala”.
Dengan demikian, raja pun memerintahkan orang ramai membina semula biara Juraij seperti asal. Kemudian raja bertanya kepada Juraij, “Mengapa kamu menerima semua tuduhan itu dengan tenang, bahkan kamu tersenyum menghadapi pelacur itu?”
Juraij menjawab, “Pada waktu itu aku menyedari, Allah mengabulkan doa ibuku:’ Lantas, Juraij menceritakan kepada raja apa yang berlaku.
Kisah ini terkandung dalarn satu hadis pada muka surat 511 di dalarn Kitab Sahih Muslim terbitan Beirut, Lebanon. Hadis itu sahih dan kisah Juraij benar-benar terjadi. Kisah ini menjadi renungan dan pengajaran bagi semua orang kerana ia membuktikan betapa mustajabnya doa ibu.
Antara pengajaran daripada kisah Juraij adalah:
1. Menjawab panggilan ibu adalah wajib dan lebih penting daripada mengerjakan solat sunat.
2. Ibu perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada anaknya.
3. Apabila timbul sesuatu masalah, kita perlu memeriksa ataupun menyiasatnya terlebih dahulu sebelum mennjatuhkan hukuman.
kesakitan seorang ibu mengandungkan anak selama 9 bulan 10 hari dan juga kesakitan melahirkan anak akan hilang pabila melihat anak yang lahir sihat dan sempurna serta dapat tersenyum.. itulah harga sebuah kasih syg ibu...
menjadi anak yang soleh dan mempunyai anak yang soleh dan solehah adalah azam hidupku
suatu hari nanti, jika Allah mengizinkanku menghirup udara miliknya, pasti aku juga akan bergelar seorang ibu....insyaAllah...
walau diriku kini tidak punya emak...namun ku masih punya ibu.....dan ku pasti, dirinya sangat mengasihiku....terima kasih ibu...
p/s : bersyukurlah jika kalian masih punya ruang dan peluang untuk mencium tangan ibu yang melahirkan.... :)
Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.
Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.
p/s : wahai saudariku...jika engkau sakit, bergegaslah kepada Allah. perbanyakkanlah istigfar serta bertaubatlah. bergembiralah dengan apa yang mengembirakanmu. sesungguhnya Allah Maha Mengabulkan setiap permohonan, menghilangkan kesedihan dan keburukan..
Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other di padang Mahsyar, depan yang maha Esa...
Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka.
Saya suka tengok body awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong. Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama, dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pergh syoknye...
Saya sedih tengok awek saya. Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...
Saya sedih tengok awek saya selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu. Dia tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....
Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia selamanya... Di dunia dan akhirat terutamanya. Janji nak kongsi syurga sama-sama... Bahagia selamanya... Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...
P/S - Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu dengan sebaiknya..INsyaAllah, jika kita menjaga hubungn dengan Allah, Allah pasti akan memberikan kita hubungn yang terbaik bersama dengan hambanya...insyaAllah... =)
terima kasih kepada AK...... =)