Sesungguhnya didalam hidup kita  dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya  yang mendatangkan keburukan kepada kita.
Terdapat 24 perkara-perkara yang  jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat  memuhasabah diri sendiri.
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini  tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai  alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah  kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh  kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah  digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur  selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala  pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan  doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan  keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati  dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan.  Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti  hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja.  Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa  kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf  kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13-  Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14-  Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja  kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan  bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki  kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan  berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang  orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa  makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu  susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya.  Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air  terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21-  Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22-  Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah.  Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana  ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai.  Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan  kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab  semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih  mengetahui.
p/s : wahai saudariku...jika engkau sakit, bergegaslah kepada Allah. perbanyakkanlah istigfar serta bertaubatlah. bergembiralah dengan apa yang mengembirakanmu. sesungguhnya Allah Maha Mengabulkan setiap permohonan, menghilangkan kesedihan dan keburukan..
 

 


8 comments:
salam kenal...info yang berguna untuk dimanfaatkan
semoga kita terhindar drp melakukan 24 perkara tersebut..
insyaAllah.. amin..
pantang larang nie.. bagus2 ...
shah-kayrul : waalaikumsalam...terima kasih dtg ke BICARA AMANI...insyaAllah amani akan ke teratak semula...
Sz : insyaAllah solihin.... :) semoga berusaha untuk ubah Tiz zaqiyah yerr :)
Shieta : huhuhuhu..sama-sama kita berkongsi....selamat beramal.. :) rugi jika ada ilmu tapi tak beramal...amani juga mnegingatkan diri sendiri
perkara yang senang dilakukan tapi seringkali kita lalai dan terlepas pandang....
abang : betul tu...kdg2 perkara yg kita rasa remehd alam hidup tu lah yg buat kita jauh dengan Allahd dan Islam.. :)
Post a Comment