Friday, May 20, 2011

Dia contoh teladan....

Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S. A. W

1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak

p/s : terkadang kita selalu mengeluh tentang kehidupan...kenapa kita tidak punya ibu bapa, kenapa kita tidak banyak wang, dan setiap hari kita bertanya..kenapa tidak mcm ini dan macam itu....seharusnya kita menjadikan Nabi SAW sebagai contoh....Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim untuk menunjukkan bahawa Allah itu sudah cukup baginya...Baginda juga lahir sebagai seorang yang miskin, juga menunjukkan bahawa Allah telah memberikan nikmat yang mencukupi baginya dan Baginda sentiasa bersyukur...mulianya akhlak baginda...dan seharusnya itulah yang menjadi panduan kita dalam kehidupan...


buat En.Anugerah...saya tak tahu lah awak baca ke tak BICARA AMANI di sana....apa-apapun..saya sentiasa mendoakan awak...saya ingin menjaga hati ini dengan sebaiknya...saya pernah beritahu yang tidak sempurna cinta kepada insan jika cinta kepada Yang Khaliq belum tercapai...sama-sama kita mencari Cintq Agung.....jodoh tidak kemana...insyaAllah...


12 comments:

Unknown said...

betul itu ckapa awien..kadang-kadang manusia tidak pernah bersyukur degn apa yg mereka perolehi dan sentiasa merungut kekurgn.. tapi jika mereka fikir balik dan lihat orang sekeliling mereka, mereka patot bersyukur dgn apa yg mereka perolehi.. btw, baginda merupakan orang yg memang layak dijadikan pedoman dan ikutan bersama..

Amy Syahirah said...

terbaik amani .

Amy Syahirah said...
This comment has been removed by the author.
azwa amani said...

ayie : thumbs up... :) rindu lorr sama kamu dan adik...wuaaaahhh...

azwa amani said...

adik amy : terbaekkk..mcm kartun boboiboy plak..huhuhu

Kak Amy said...

nice dear..take care ok

azwa amani said...

kak Amy : akak pun take care jugak yerr

Solihin Zubir said...

Ya Allah.. sungguh mulia akhlak Baginda..

mmg jauh beza dgn kita.. apatah lg sy.. =(

Kak Amy said...

adik x de update baru erk , rindu adik

azwa amani said...

solihin zubir...: berusaha dengan memperbaiki akhlak seperti baginda...sama-sama kita berubah..jgn kaler rambut merah..huhu

azwa amani said...

kak amy : belum lagi....hehehehe...rindu akak jugak..

Unknown said...

alhamdulillah.. dpt lebih mengenali baginda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...