Tuesday, May 3, 2011

mengenali keajaiban...

telinga kita sering mendengar perkataan ajaib.sekiranya ada peristiwa yg luar biasa terjadi di luar kebiasaan , kita mengatakan perkara itu ajaib dan tidak dapat menduga kedatangannya. apabila dan dimana, semuanya bergantung kepada Yang Memiliki Keajaiban itu. namun perlahan-lahan amani menyedari, setiap hari kehidupan kita sebenarnya adalah keajaiban. bermula apabila semuanya masih dalam perancangan Allah hingga kita berada di muka bumi iaitu lahir sbg seorg bayi. tangisan pertama yang keluar dari bibir kita bagi pertama kali kita menjejakkan kaki ke bumi adalah keajaiban.

seiring berjalannya waktu, kita menjadi dewasa, mengalami pelbagai perkara dalam hidup kita, suka, duka, tangis, tawa, kegagalan, kejayaan, menjalin kasih, kemudian beranak pinak menghasilkan keturunan. semua itu adalah rangkaian keajaiban yang Allah tunjukkan dalam kehidupan kita..

hari ini, kita belajar supaya tidak terlalu berharap bagi mendapat keajaiban yang bukan milik kita kerana Allah telah menyediakan keajaiban yang berbeza-beza bagi setiap sesiapa, iaitu kepada orang yang berharap dan bergantung kepadanya.
kita sendiri adalah keajaiban. kita memiliki Allah, sumber segala keajaiban yg selalu memberi perkara ajaib kepada kita...


kehidupan ini adalah benteng keajaiban. percikan kecil ataupun besar yg sedia bagi ditakluki dan menakluki. kehidupan adalah koleksi peristiwa segala rasa yg bernaung dalam ruang padat yg kita gelar tubuh, dan dalam ruang diri yg kita gelar jiwa ataupun di luar ruang kita yg dipanggil alam semesta.

keajaiban bermain dalam ruang dan jarak diantara senang dan sakit, pahit dan manis. manusia berenang dan terumbang ambing di dalam jarak dan ruang itu, adakalanya terapung, dan adakalanya tenggelam. Lahir, Hidup dan Mati....

yakinlah, kehidupan selalu menemukan kita dengan keajaiban ini...
kerana melalui keajaiban ini, hati kita melahirkan kekaguman kepada Yang Maha Pemilik Keajaiban

5 comments:

ewanthology said...

saat bangun tidur di awal pagi sudah merasai keajaiban-Nya

mata yang masih mampu dibuka, kaki dan tangan yang masih ada kudratnya

dan nafas yang dihela

Muslimin Ibnu Hassan said...

Takbir!!! Allahuakbar.. truskan bersama Allah

Solihin Zubir said...

jgn pula terlalu bergantung kpd keajaiban sehingga malas utk berusaha.. kan.. hehehe..
yg penting, Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal.. =)

Shuq FaqaĊ£ said...

huhu.. ayat sasterawan negara ni dik... =) <3

azwa amani said...

abang : huk huk huk....eleh...cakap org..die tu...org politik.. <3.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...