assalamualaikum....salam ramadhan Kareem semua, lama amani tak menulis entry rasanya, sibuk sedikit untuk menyiapkan tugasan semester akhir pengajian ni...ermmmmm, dah masuk 9 ramadhan, dan malam ni kita masuk 10 ramadhan pula, dah nak habis 1 per 3 kan..cepat betul, syukur Alhamdullilah, amani masih diberikan peluang dan ruang oleh Allah SWT untuk hadirkan diri untuk bertarawikh......semoga Allah memberikan peluang untuk dapat meneruskan tarawih sampai malam terakhir, Aminnn...
amani tahun-tahun sebelum ni, terkadang tu tinggal juga terawih, kalau balik rumah, mesti kena pergi, kalau tak ibu dengan ayah mesti tegur, tapi kalau di UPSI ni, ikut kehendak sendiri, rasa rajin pergi, rasa malas tak pergi... tapi itu dulu, sekarang syukur Alhamdullilah Allah berikan petunjuk untuk terus mengambil peluang keemasan ini untuk bertemu denganNya... banyak kelebihan yang kita akan peroleh bila berterawih, dan setiap malam itu, mempunyai perbezaan...jom kita tengok kelebihan berterawih ni..
saidina Ali r.a meriwayatkan sebiah hadis daripada Rasulullah SAW, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat terawih pada setiap malam di bulan Ramadhan
malam 1
diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana baru dilahirkan
malam 2
diampunkan dosa-dosa orang yang beriman yang mengerjakan terawih, serta dosa-dosa kedua ibu bapanya
malam 3
para malaikat di bawah arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat terawih agar teruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allag mengampunkan dosa-dosa mereka
malam 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AlQuran.
malam 5
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orangorang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
malam 6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
malam 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang
musuhnya Fir'aun dan Hamman.
malam 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang
dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
malam 9
Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
malam 10
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.
malam 11
a meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
malam 12
la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
malam 13
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
malam 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
malam 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
malam 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
malam 17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
malam 18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
malam 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.
malam 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
malam 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
malam 22
akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Malam 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Malam 24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Malam 26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. \
Malam 27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam 28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Malam 29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Malam 30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir
dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
sesungguhnya ramadhan kali ini tersangat memberi makna dalam hidupku, disaat diri menadah tangan memohon keampunan, berjurai airmata kekesalan. semoga Allah mengampunkan dosa-dosa lalu
10 comments:
insyaAllah...mlm ni tunggu depn tv ye..kol wape????
jue..trun tarawih jam 8.30..jangan lmbat tau mokcik...
setiap malam ada fadilat, so, jangan ponteng.. hehe
setiap malam ade kelebihan masing2..:)
thanks for sharing ^^
mmg byk fadilat terawih ni....
incya-ALlah..alhamdulilah ayie terkantoi sekali sebb blik lmbt tman nenek.. bt dekt rumah shje.
Sekadar berkongsi...cuba ziarah web ni... http://www.izoblog.com/kepalsuan-hadis-kelebihan-tarawih/
alhamdulillah amani tetap rajin p terawikh walaupun kt upsi ..hehe
byk fadhilatnya ..rugi kalau tinggalkan ..huhu
Assalamualaikum, Ana nk kgsi ttg fadilat ramadan. Mmg bnyak fadhilatnya namun biarlah kte beribadat kerana Allah semata mata. Jgn mngharapakn kelebihan semata mata kerana di bulan lain nti kita xkan beribadat sepertimana bulan ramadhan. Ambil fadhilat or kelebihan sekadar semngat untuk beribadat dan biar hati ni selalu berserah pada Allah. Allah yg berhak memberi.. Jd kejar redha dan keampunan Allah. Walllahualam Bimurodih...
nice~ bgus lah awin buat post2 mcm ni..dapatlah menenangkan hati yang sejak akhir2 ni sentiasa resah..
Post a Comment