Monday, August 15, 2011

lelaki dan wanita berpurdah...


suatu kisah. kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. sebaik sahaja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. wanita itu ganjil cantikknya. dia berpaling kepadaku seolah-olah dia tahu aku merenungnya. malah dia memberikan aku anggukkan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera,.

bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.

aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. dia memalingkan wajahnya seketika kepadaku. terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. " adakah ini khayalan aku sahaja ". bisik hatiku. akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

"siapakah wanita itu ?"

aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihat masuk. dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. perasaan tambah membuak

" adakah wanita itu orang gila "

semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil daripada biasa dijadikan tempat pasangan kekasih bermadu asmara. dalam 60 langkah di antara kami akan melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjukkan arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua

kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada gunanya berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. di dalam bilik bangunan kubur itu, ku dapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletakkan pada dinding, diterangkan cahaya lilin pada dinding bilik itu. di sebelah rananjang itu, aku terpandang sebuah perigi. " kuncikan pintu itu" kata wanita itu dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik " dan bawakan kuncinya " aku akur.

" buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu " kata wanita itu. aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat ,melihat gamamku. " buang lah ujar wanita itu sambil ketawa. " tadi engkau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari " tempelak wanita itu. aku diam.

"waktu maghrib hampir selesai " kata wanita itu bernada menyindir. " apa kau risaukan, pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu bukan ? " aku terus membuang kunci itu ke dalam perigi dan memerhatikan kunci itu jatuh. perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. aku berasa kagum, kemudian berasa takut.

" tiba masanya untuk melihat aku " kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajahnya yang sebenar. bukan wajah segar seorang gadis remaja, tetapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaanya. "pandanglah aku sungguh-sungguh" kata wanita itu lagi

""NAMAKU DUNIA. AKU KEKASIHMU. kau menghabiskan masamu mengejarku, sekarang kau telah memiliki diriku. di dalam kuburmu, mari.mari." kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana


pandang semula kepada amalan kita seharian samada ianya bertujuan kearah duniawi atau ukhrawi...sama-sama kita perbaiki diri yang hina lagi daif..
lihatlah semula, yang mana kita dahulu samada Allah atau manusia ??






7 comments:

CintaZulaikha said...

nak kongsi boley...

Kak Amy said...

Akak pernah terfikir nak pakai purdah , abg mirul pun x de bantahan cuma akak fikir balik adakah akak nak pakai purdah kerana terpengaruh dengan tend [urdah atau memang rela hati..sampai skunk x de jawapan..

ewanthology said...

ohhh dunia rupanya...

Unknown said...

dunia semakin tua tapi kita masih lalai. sedangkan hayat duni ni semakin hampir ke penghujungnya.. begitu juga dgn hayat manusia..

Muslimin Ibnu Hassan said...

Salam, nice sharing, ana suka entry ni.. Untuk kak amy, istghfar byk2, lakukan kerana Allah. Jika ada keraguan maka itu bisikan syaitan. Teruskan ye..

Mun said...

kalo diimbas kembali apa yg pernah kita lakukan sepanjang hidup ni... sungguh banyak kekurangan..sungguh banyak leka dgn hal duniawi.. sehingga lupa dgn tujuan asal kita hidup di bumi Allah nie..

belog|amiyo said...

kalau kat Mesir sejuk tengok wanita melayu berpurdah. ramai sangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...