Thursday, August 18, 2011

lelakiku..



dulu..
bila disebut lelaki
wanitanya mendongak megah
lelaki kami Asadullah, Saifullah
tokoh kami tak terkira
kini..
bila disebut lelaki
wanitanya menunduk lemah
tokoh kami sedikit sekali
ramainya boneka yahudi

dulu..
bila disebut lelaki
wanitanya tenang dihati
lelaki kami menjaga, melindungi
kini..
bila disebut lelaki
wanitanya mahu cabut lari
lelaki khianat, perogol bersiri

dulu..
bila seseorang wanita teraniya
sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita
kini...
ribuan wanita terpenjara
fatimah diperkosa minta dibela
lelaki tunduk tak bertenaga

dulu..
bila wanita dibawah jagaannya
lelaki memagari sehabis daya
tiada siapa berani menggoda
kini..
bila wanita dibawah jagaannya
lelaki tak kisah aurat terbuka
wanitanya dibiar bebas binasa

dulu...
lelaki menggadai harta dan nyawa
untuk mengangkat kemuliaan agama
kini..
lelaki menggadai ketinggian agama
demi nafsu dunia dan seisinya

dulu..
lelaki bermatian mencipta sejarah
kental berjihad tekun berdakwah
kini..
lelaki kini hanya menyanjungi sejarah
diri bermalasan tenaga tak dikerah

dulu...
lelaki memperjuangkan deen dan ummah
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh
kini ...
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
hingga sanggup berbunuh

dulu..
lelaki bersatu menghadapi musuh
angkatannya kuat dan teguh
kini..
lelakinya berpuak dan berpecah
sesama sendiri saling bertingkah


kembalikan lelakiku
pada kelelakianmu
kami rindukan lelaki dulu
acuan madrasah rasul

semoga lelakiku kelak dapat melindungi, memimpin, menjaga, mendidik dan menyayangiku...aminnn..

6 comments:

cucu umie said...

semoga lelaki dulu akan wujud diwaktu skrng ni..incya-Allah...

delarocha said...

dulu dan kini, memang byk bezanya.

nabByla said...

nice entry,..

peace. :)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

terlalu jauh berbeza lelaki zmn dulu dan skang..

alif haris said...

sy otw .. hehe insyaAllah

Muslimin Ibnu Hassan said...

InsyaAllah semoga semua lelaki akan sedar akan tggjawab yg bakal dipikul nti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...