
 
buat semua pembaca bergelar muslimah...bila hati dipandu untuk membaca artikel ini, ana terasa untuk post kepada pembaca blog ana...agak panjang....harapan ana....tidak jemu mencari ilmu akhirat...sama-sama kita perbaiki diri dalam mujahidah ini..agar kita menjadi muslimah sejati.....selamat membaca....;)
Sabda Rasulullah s.a.w:  
  "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita  yang solehah." HR Muslim  
   Ramai manusia menisbahkan kemulian  wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang menisbahkan kemuliaan  mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan, tetapi ini  semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya...    Kemuliaan semua makhluk Allah adalah  terletak pada nur taqwa...
 Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di  tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan,  tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.  
     Oleh yang demikian, Allah telah  menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si  jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh  wanita solehah.   
    Kerana itulah...  
    Sebagai  anak, dia menjadi anak yang solehah...  
     Sebagai  isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan  menenangkan hati suaminya...  
     Sebagai  ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih  sayang..dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang  tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...   
    Firman Allah dalam surah an-Nisa': 24   
    "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik  lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu  masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."    
    Dalam Islam wanita amat dihormati dan  dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang  saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling  melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan  kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing.  Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu  mencari redha Allah, Mardhatillah.  
    Rasulullah s.a.w telah memerintahkan  supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana  dalam sabdanya yang bermaksud...  
    "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran  mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang  teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan  jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah  terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim    
    Nilai wanita bukan terletak pada   pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan  kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan  keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar  menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut  hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya,  jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun, wajahnya bukan aurat,tapi  ada kalanya ia menjadi aurat. Dalam mazhab syafie ada  khilafnya..berdasarkan ayat dalam surah an-Nur,30.  
    Allah melarang wanita beriman  menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
   
    Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah  muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah,  ia tetap menjadi aurat, wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan  lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu  mengenakan purdah pada wajahnya, mungkin berat bagi wanita bergelar  remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu  menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah  mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan  lain-lain.  
    Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya  ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan  melembutkan suaranya di hadapan ajnabi, kerna memahami perintah Allah  s.w.t padanya dalam surah al-Ahzab ayat: 33."  
    Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam  bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya".    
    Jadi, bertegaslah apabila berurusan  dengan lelaki ajnabi, pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui  kisah dua orang puteri Nabi Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin memberi  minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat  mereka tidak kesampaian. Nabi Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka  memberi minum kepada binatang ternak mereka, apabila selesai memberi  minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut  mendatangi Nabi Musa a.s dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan  ayahnya menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah al-Qasas: 23-25)  
    Daripada peristiwa ini, Allah  menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan  dirinya pada pandangan umum. Apabila ia berurusan dgn lelaki ajnabi,  maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.  
    Berurusanlah dengan ajnabi tanpa  mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan). Khalwat paling mudah berlaku  dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga  perzinaan. Berbual-bual di telefon atau s.m.s antara lelaki dan  wanita kerana dasar cinta terlarang juga dikira sebagai khalwat kerana  ia berlaku secara berdua - duaan..fikirkanlah.   
    Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa  daripada berjalan di belakang seorang  wanita".Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan  lelaki berjalan di belakangnya, kerna ia faham seribu satu fitnah boleh  timbul daripada keadaan tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang  tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?.  Maka, labuhkanlah tudung mu sehingga menutup juyub(tulung rusuk paling  bawah) dan menutup punggung.  
    Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah  berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah saw,seorang sahabiyah yang masih  tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa  jilbab, seseorang telah menegurnya,"mengapa engkau tidak berjilbab,  adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?". Lalu wanita  tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya,  beliau berkata, "aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan  melanggari perintah Allah swt". Diriwayatkan juga ketika peristiwa  Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam  dalam keadaan berjilbab. Beliau telah siap menunaikan perintah Allah  walaupun belum memeluk Islam.
   
    Hari ini apa yang terjadi pada wanita  Islam, bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk  mengamalkannya...  
    Wanita solehah juga tidak  berpergian(keluar rumah) melainkan urusan yangmustahak.Keluarnya wanita  dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya. Para sahabiyah r.a tidak keluar  dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan -jalan di  kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga  Allah. Oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke  syurga melalui jalan pintas, dengan berjihad dan syahid di jalan  Allah... Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan  iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari  ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka  pada pandangan umum.  
    Aku bangga apabila ditanya pada seorang  muslimah, "dimana tempat membeli belah paling besar di kota ini?".  sedang ia menjawab, "saya tidak tahu". Seorang wanita solehah juga tidak  bertabarruj(berhias diri)  
    firman Allah swt:  
    "Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias  diri perempuan jahiliyah".(surah al-Ahzab_33)    
    ya,memang benar...Islam itu mudah, tapi  kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah  terhadap Islam, dalam satu hadith dalam kitab hadith 40, Rasulullah  s.a.w bersabda,
   
    "Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu  adalah apa yang bergetar di hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu  dilihat orang   
    Wanita solehah itu adalah wanita yang  menjaga pandangannya, kerna ia adalah perintah dari Allah(an-Nur,30-31),  ia tidak akan mengizinkan dirinya untuk memandang atau dipandang   lelaki ajnabi pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran sifat  malu kepada tuhannya untuk berbuat kemungkaran atau mencetuskan  kemungkaran. Tundukkanlah pandanganmu, ibarat mencari sesuatu yang  hilang. Ketahuilah, kelak di dalam kubur manusia yang tidak menjaga  pandangannya akan diajar oleh syuja'ul aqro, sekali ia menghembuskan  bisanya ke bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh, dan di hari  kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan buta.  
    Wanita solehah itu adalah wanita yang  selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu yang melalaikan,umpatan  dan cacian, wanita yang menjaga pendengarannya di dunia, maka di syurga  kelak dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur,  di mana sungai pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya.  
    Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw  membacakan surah Yasin dan Toha.  
    Dan di hari puncak segala kebahagiaan  untuk penghuni syurga, iaitu di kala melihat wajah Allah swt,Allah swt  akan membacakan untuknya surah arRahman...MasyaAllah... 
   
  
          Saudariku,    
     
  
  
    Bangkitlah dari lenamu yang  panjang,  
    
    dan tidak berkesudahan,  
    
    sekali kamu terjatuh,jangan  biarkan diri kamu jatuh selamanya,  
    
    kamu punya kekuatan untuk  bangkit semula,  
    
    walaupun kita berdosa sebanyak  buih yang memutih di lautan,  
    
    yakinlah kasih sayang dan  maghfirah Allah terlalu luas...  
    
    
    Saudariku...  
    
    hidup ini seperti mimpi,  
    
    seorang pengemis bermimpi  menjadi seorang raja,  
    
    dipuji dan dipuja,  
    
    segala kemuliaan dan kekayaan  tunduk kepadanya,  
    
    tapi bila dia sedar dari  lenanya,  
    
    dia masih seorang pengemis yang  miskin dan tidak punya apa-apa,  
    
    seorang raja yang bermimpi,  
    
    menjadi seorang pengemis yang  miskin dan hodoh,  
    
    dia dihina dan dikeji di setiap  persimpangan yg dilalui,  
    
    tapi bila raja itu sedar dari  lena,  
    
    dia tetap seorang raja...  
    
    
    Saudariku...  
    
    itulah hakikat hidup di dunia,  
    
    kalau susah,susah yang  sementara,  
    
    kalau senang, senang yang  sementara,  
    
    tapi hidup di akhirat, kalau  susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,  
    
    kalau senang di akhirat..senang  untuk selamanya...  
    
    
    Saudariku...  
    
    matanglah dalam urusan  akhiratmu,  
    
    jgn kerna kesenangan dunia yg  sementara,  
    
    kau sanggup menempah sengsara di  akhirat selamanya,  
    
    jgn kerna kasih makhluk yg  sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,  
    
    jika kau hilang kasih Allah, kau  hilang segalanya...  
    
    
    Saudariku...  
    
    Saidatina Aisyah r.a pernah  berpesan,  
    
    "sebaik baik wanita adalah yang  tidak memandang dan dipandang"  
    
    jangan kau berasa bangga,  kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,  
    
    itu bukan kemuliaan bagimu, tapi  adalah satu penghinaan,  
    
    jika kau berasa bangga, kau  menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,  
    
    yang boleh dipijak dan dimiliki  sesiapa sahaja,  
    
    di mana seorang pengemis pun  mampu memilikinya,  
    
    tapi jika kau menganggapnya  sebagai satu musibah pada dirimu,  
    
    Kau telah memuliakan dirimu  setanding mutiara Zabarjad.  
    
    yang hanya mampu dimiliki  penghuni syurga sahaja...  
    
    
    
    Saudariku...  
    
    ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,  
    
    "barang siapa yang menyerupai  sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"  
    
    lihatlah  penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,  
    
    moga - moga ia mirip Asiah dan  Maryam a.s,  
    
    mirip isteri-isteri Rasulullah  saw dan para sahabiyahnya r.a,  
    
    kelak di hari kebangkitan,mereka  akan menjadi jiranmu,  
    
    tapi apa khabar nasibmu,jika  penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,  
    
       
    
    seperti akhlak wanita-wanita  jahiliyah...?  
    
    
    Saudariku...  
    
    jadilah wanita solehah,  
    
    yang taat pada Allah dan  Rasulnya,  
    
    teguhlah menjalankan perintahnya  dan meninggalkan larangannya,  
    
    jangan kau cuba menambah atau  menguranginya  
    
    walaupun langit dan bumi  menghimpitmu,  
    
    jagalah hati, pandangan,  pendengaran dan percakapanmu,  
    
    binalah hubungan baik dengan  Tuhanmu,  
    
    beristiqomahlah dalam kebaikan  dan kesolehan,  
    
    agar tarikan dan hembusan  nafasmu,  
    
    di dalam keredhaan tuhanmu,  
    
    didiklah hatimu seperti hati  Rasulullah s.a.w,  
    
    walaupun dicaci,dilukai dan  disakiti,  
    
    tapi baginda tetap mendoakan  kebaikan utk umatnya...  
    
    
    Saudariku...  
    
    ajarlah jiwamu untuk bersahabat  dgn tuhan,  
    
    ia tidak semudah pengucapan,  
    
    kau akan didatangi pelbagai  musibah dan ujian,  
    
    di kala jasadmu bersama manusia,  tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,  
    
    di kala manusia lalai dengan  keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,  
    
    hiasilah setiap tarikan dan  hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,  
    
    berjalanlah di atas jalan  seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,  
    
    jalan yg pernah dilalui oleh  Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a,  
    
    di mana seorang yang buta pun,  apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...  
       
     semoga kamu  dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita  di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan  setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita  yang tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang  wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeennn