Monday, July 12, 2010

...MAafKAn DIa...




salam buat semua..dalam kesibukan ana sebagai pelajar biasa dan pemimpin di kolej...ana tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan ana untuk berkongsi nasihat dan ilmu buat semua pembaca....secara x langsung..ana juga ingin sahabat sejati ana yg setia membaca blog ana ini dapat ilmu yg ana nak sampaikan....ketahuilah wahai sahabatku..muslimah yg sejati akan sentiasa membantu muslimah len bersamanya...ana nak jadikan dia juga sebagai muslimah secara perlahan-lahan..bukanlah maksud ana..diri ana ni bek...tapi....ana nak berkongsi ilmu yang ana ada.....InsyaAllah..semoga Allah memberikan Hidayah buat semua sahabat yg ana sayangi....

...errmmmm.....hari nie..hari pertama kuliah ana..banyak bende yg jadi..tapi yg ana nak coretkan dalam blog ana buat tatapan semua tentang 1 kisah nie....

selama nie..ana didampingi dengan rakan-rakan sekuliah yg sekepala dengan ana....jenis yg x banyak cakap waktu kuliah dan alhamdulillah...semuanya pelajar yg menghormati pensyarahnya...

tapi..berbeza sikit situasinya dalam sem nie..ana dan beberapa rakan sekelas telah berpisah kerana disebabkan oleh pengurusan akademik...ana dan rakan-rakan yg len pasrah dan cuba menyesuaikan diri dengan pelajar yg len....

cuma..ade sedikit tabiat beberapa mahasiswa yg kurang sedap pada pandangan mata ana..ana pun menceritakan masalah ana pada sahabat-sahabat ana...dan mereka turut merasakan yg sama....ana harap..pelajar itu sedar akan kesilapan dan sikapnya yg kurang menyenangkan dalam kelas...kurangkanlah sikap "menyampuk" ketika pensyarah sedang memberikan kuliah...

ana cuba untuk memaafkan sikap nya itu...ana nak tegur sikap itu..tapi siapalah ana..mungkin ana akan fikirkan inisiatif len...errmmm..gunakan kuasa pensyarah....hehehhe..:)..(ok ke ek???)..
ana akan fikirkan yerr..sebab..ana xnaklah...rakan-rakan sekelas ana berdendam dan ada menyimpan rasa tak puas hati terlalu lama..kerana hasad dan dengki itu akan memakan diri kita semula...

memaafkan adalah lebih bek..kalau..sekiranya ana tidak mampu untuk melakukan sesuatu..cukuplah ana membenci sifat itu..tapi bukan dirinya.....InsYAllah...

semoga na dan rakan-rakan sekelas dapat menjalinkan ukhuwah yg bek agar kami sama-sama dapat belajar dalam keadaan yg diRAhmati oleh Rabbul Izzati....Amin.....

errmmm..kesihatan ana kurang bek,..ana selalu sakit perut..semoga masih diberikan nikmat sihat oleh Nya...Amin...

ana rindu pada seseorang yg ana sayangi dan hormati..tapi...ana harap..rindu ini dapat ana redakan..kerana ana takut ana jauh daripada Allah.....kerana merindui insan len melebihi Pemilikku..akan membuatkan kita jauh daripada Hidayah Allah...waallahualam...

errmmm..ok lah...x sabar nak pergi kuliah dan berebut bas lagi untuk ke kelas besok...hihihihihi...
salam buat semua.....dengan lafaz..assalamualaikum....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...