Wednesday, July 7, 2010

BuNga SyUrGA 2...



maka..apabila Ali datang untuk meminang Fatima, Rasulullah SAW terus menerimanya. Namun, Ali tidak punya satu apa pun. lalu dia telah menjual satu-satunya barang yang dimilikinya iaitu baju besinya dan memberikan wang jualan itu kepada Fatimah sebagai mas kahwinnya. perkahwinannya mereka telah diraikan secara kecil kecilan sahaja dengan setalam kurma dan air sebagai hidangan. Tetapi sesudah itu, bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Hamzah telah membuat walimatulurus dan mengundang orang ramai untuk meraikan perkahwinan mereka itu.

setelah majlis perkahwinan itu selesai, Rasulullah SAW telah pergi bersama isterinya, Ummi Salamah kerumah Ali r.a dan meminta segelas air lalu dibacakan surah Al-Quran dan mneyuruh Ali dan Fatimah meminumnya. setelah itu, Rasulullah SAW telah mengambil wudhu' dari air yang lebih dan direnjiskan sedikit ke atas kepala sepasang suami isteri ini, sambil berdoa :

"Ya ALLAH!..Ya tuhanku! berikanlah keberkatan kepada kedua-duanya
dan turunkanlah keberkatan ke atas keduanya
dan iringknlah keberkatan kepada keturun kedua-duanya ! "

kehidupan Ali dan Fatimah sesudah itu ternyata begitu berat dan penuh dengan dugaan. Ali adalah seorang yang miskin dan dia tidak mampu memberikan kemewahan kepada Fatimah. dia juga tidak mampu menghalang Fatimah dari melakukan kerja-kerja yang berat2.

pada tahun ke3 dan ke4 Hijrah, Fatimah telah melahirkan dua orang putera iaitu Al-Hassan dan Al-Hussin. ketika itu, Rasulullah SAW telah berusia 57 tahun. dengan kelahiran dua orang cucunya, hati Rasulullah SAW terasa begitu aman dan bahagia. ini kerana setelah 17 pemergian Khadijah r.a, tidak seorang pun dari isteri-isteri baginda yang dapat memberikan zuriat kepada baginda. kebahagian dan keriangan terpancar di dalam diri Rasulullah SAW.

baginda juga telah menganggap kedua cucunya itu sebagai anak-anak baginda sendiri. apabila keduanya datang kepada baginda, baginda akan memeluk dan mencium kedua mereka. sungguh cintanya baginda terhadap mereka sehingga baginda pernah menyebut :
..." kedua-dua anak ini adalah anak-anakku dan anak-anak puteriku! Ya ALLAH! Ya Tuhanku! sesungguhnya aku mencintai mereka, maka cintailah mereka dan cintailah siapa yang mencintai mereka "...

setelah itu, pada tahun kelima hijrah, Fatimah telah melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Zainab. pada tahun ketujuh pula, Fatimah melahirkan seorang lagi bayi perempuan ang diberi nama Ummi Kaltsum. begitulah keadaan keluarga Rasulullah SAW yang dipenuhi semula dengan keceriaan dan tawa rinag kanak-kanak.

kaum Muslimin ketika ini telah mencapai kejayaan demi kejayaan. tentera-tentera Islam kini lebih kuat dan yakin menentang musuh. mereka mula berkumpul untuk menakluki kota MAkkah. satu impian yang selama ini diharapakan menjadi kenyataan oleh setiap umat Islam di Kota Madinah termasuk Fatimah. dia juga mempersiapkan dirinya untuk kembali ke Makkah. dia tidak sabar-sabar lagi untuk pulang ke Makkah, kerana disitulah tempat ibunya disemadikan. dia terasa rindu untuk menziarahi kubur ibunya secepat mungkin.

setelah menetap di Makkah selama 2 bulan, Fatimah bersama-sama ayah dan suaminya telah kembali semula ke Madinah. mereka terus menetap di Madinah dan Fatimah terus sibuk dengan kerja-kerja hariannya menguruskan anak-anaknya seramai empat orang itu.

tidak beberapa lama selepas itu, keadaan yang rinag itu menjadi kelam seketika. suatu hari, ketika Fatimah sedang menziarahi ayahnya, Rasulullah SAW telah menyambutnya dengan penuh kemesraan dan dicium Fatimah serta disuruh duduk disampingnya. Rasulullah SAW lalu membisikkan kepada puterinya bahawa baginda akan menemui ajal tidak lama lagi. airmata Fatimah terus mengalir. untuk menenangkan hati puterinya itu, baginda telah mengatakan bahawa Fatimah akan menjadi oarang pertama yang bakal menyusul selepas baginda. setelah mendengar kata-kata ayahnya itu, Fatimah tersenyum riang.

setelah beberapa hari berlalu, tersebar berita bahawa Rasulullah SAW mengadu kurang sihat. berita itu akhirnya sampai kepada pengetahuan Fatimah. dia mula teringatkan kata-kata ayahnya tenpoh hari bahawa ajalnya akan tiba tidak lama lagi. dengan tidak membuang masa lagi, Fatimah terus kerumah ayahnya. dia terus tinggal disitu untuk membantu Aisyah r.a menguruskan segala keperluan ayahnya. tidak lama selepas itu, Rasulullah SAW telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

kewafatan Rasulullah SAW telah memberi satu tamparan kepada Fatimah. dirinya menjadi semakin sedih apabila mengenangkan dirinya yang kini tinggal seorang diri. ibu dan kakak-kakaknya senua telah terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi. kini ajal ayahnya pula pergi meninggalkannya buat selama-selamanya. kepiluan yang dirasakan begitu hebat hingga tidak tertanggung olehnya.

selepas beberapa hari kewafatan Rasulullah SAW, orang ramai telah mengangkat Abu Bakar As-Shiddiq menjadi khalifah. ketika berita itu sampai ditelinga Fatimah, dia merasa amat sedih. dengan segera dia pergi ke makam ayahnya sambil menangis tersedu-sedu.

setelah Abu Bakar diangkat menjadi khalifah, ramai mengatakan bahawa Ali yang seharusnya menjadi khalifah kerana dia adalah sepupu baginda dan suami puterinya, Fatimah. Rasulullah SAW juga pernah menyanjung dengan kata-katanya :

"engkau dengan aku, sama seperti kedudukan Harun dan Musa"

"engkau daripadaku, dan aku daripadamu "

"engkau wali (penguasa) setiap mu'min sesudahku aku "

"sesiapa yang menjadikan pemimpinnya, maka Ali juga pemimpinya "

"tiada seorang pun yang mencintainya melainkan dia sebenarnya mu'min dan tiada siapa pun yang membencinya, melainkan dia sebenarnya munafik "


Fatimah juga turut terlibat di dalam pergolakan politik ini kerana ingin membela suaminya dan warisan ayahnya. namun semua kaum Muslimin telah membenarkan Abu Bakar terlebih dahulu dan mereka tidak mahu berganjak daripada keputusan itu,. maka Fatimah dan keluarganya pun menerimanya dengan penuh kepiluan.

sessudah enam bulan kewafatan Rasulullah SAW maka fatimah pun meninggal dunia. memang benarlah seperti apa yang diperkatakan oleh ayahnya bahawa dia akn menjadi orang yang pertama menyusuli ayahnya daripada keluarga mereka. dengan kewafatan Fatmah maka bersatulah semua daripada keluarga yang mulia ini di syurga yang tertinggi sekali....TAMAT...


habis sudah cerita Fatimah Az-Zahraa' bunga syurga....setiap kali anak terpandangkan buku Riwayat Bidadari Syurga yang ana pinjam dari kak Aisyah (thanks kak aisyah bagi pinjam..heheheh ;))...ana mesti baca cerita Fatimah nie....banyak yang ana perolehi daripada kisah idola ana ni...pengajaran yang ana ambil ialah...
dalam hidup nie,
kita tak pernak terlepas daripada dugaan daripada Allah....
setiap hari pelbagai masalah dan dugaan yang Allah kurniakan pada ana...ana terima dengan hati yang terbuka..
kerana semua yang datang daripada Allah adalah tanda kasih sayang Allah pada ana....i
nsan yang banyak menasihati ana pun selalu ingatkan ana..
bahawa..
seandainya ana merasakan diri ana ni tidak bernasib baik... ana perlu bersyukur kerana di luar sana ada lagi yang kurang bernasib baik dari ana....
dan bersabarlah dengan dugaan Allah..kerna Muslimah sejati ialah apabila dia diberi nikmat dia bersyukur dan apabila dia ditimpa musibah dia bersabar....
InsyaALLAh..
ana ingin jadi muslimah sejati....amin Ya rabb....
Fatimah ana ingin jadi seperti mu...
hatimu cekal dan tabah dengan dugaan yang diberikan....;)



2 comments:

snow queen said...

insyaALLAH...:)

azwa amani said...

amin ya Rabb....sue..same2 kiter perbaiki yerrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...