Saturday, July 31, 2010

SaMpAIKan PaDA SI-DIa.....


tolong beritahu padanya aku ada pesanan buatnya..
tolong beritahu dia, cinta agung adalah CintaNya...
tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa...

tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih daripada dia menyintai Allah Yang Esa..
tolong nasihatkan dia, jangan mengingatiku lebih daripada dia mengingati Yang Maha Kuasa..
tolong nasihatkan dia, jangan mendoakanku lebih daripada dia mendoakan ibu bapanya...

tolong katakan pada dia..aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
tolong ingatkan dia..aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
tolong ingatkan dia aku kasihnya kerana santunnya...

tolong tegur si dia, bila dia mula mengangungkan cinta manusia..
tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya...

tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
tolong sedarkan si dia...aku masih milik keluargaku..
tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar pada keluarganya...

tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya kepadaku...

tolong pesan padanya...aku tidak mahu mnejadi fitnah terbesar kepadanya...

tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya...

tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia...
tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku....

tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Allah Yang Maha Esa...
tolong sampaikan padanya..kerana aku tidak mampu untuk memberitahunya sendiri...

hanya Engkau Ya Allah yang mengetahui siapa si dia...
moga pesananku sampai kepadanya seandainya dia adalah jodoh yang telah kau tetapkan kepada hambaMu ini...
moga dia bagai seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya....
simpanlah pesanan ini sehingga engkau bertemu dengan diriku suatu saat hari nanti..


buat anugerah Illahi kepada ana...jaga hati, jaga iman, jaga diri.....salam.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...