Wednesday, July 7, 2010

BuNga SyUrGA...

ana suka sgt cerita Fatimah Az-zahraa' Bunga Syurga dalam Riwayat Bidadari Syurga...bila ana baca ceritanya..ana rasa beliau seorang yang sgt hebat..ingin ana jadi sehebatnya...ana bangga dengan ketabahan Fatimah....InsyaAllah..ana akan berusaha untuk jadi sepertinya....so..ana nak kongsi cerita yanga ana dah baca nie dgn sape2 yang sudi baca blog ana.....selamat membaca semua.....:)


dia bagaikan wangian bunga dari syurga
mekar dihati ayahanda
harum dihati umatnya
siapa yang menginginkan pasangan semulia Ali
jadilah bunga
seindah Fatimah Az-Zahraa...


Fatimah Az-Zahraa adalah puteri bongsu Rasullah SAW. Beliau adalah seorang wanita yang sangat tegas, berani, dan mempunyai azama yang kuat. Pelbagai peristiwa besar telah dilalui oleh Fatimah semasa hayatnya dan ia cukup memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya.

Fatimah baru berusia 5 tahun ketika ayahandanya diutus menjadi Rasul bagu umat ini. sedang kanak2 sebayanya hidup dengn bermain dan bersenang-lenang, Fatimah melalui zamannya dengan pelbagai cubaan dan dugaan yang penuh dengan onak duri. semakin hari semakin dasyat cubaan yang ditempuhinya sehingga ia menjadi darah dagingnya. Fatimah bukan sahaja harus mengorbankan zaman kanak-kanaknya, malah dia juga turut terlibat secara langsung di dalam pergolakan hidup yang dilalui oleh ayahnya dengan sama-sama merasai segala pahit getir demi menyebarkan seruan suci yang dipikul oleh ayahnya...

perkara ini berterusan sehingga semua kakaknya berumahtangga dan terpaksa meninggalkan ayah mereka untuk tinggal bersama suami masing-masing. tinggallah Fatimah sendirian bersama ayah dan ibunya. sejak itu, Fatimah seakan-akan benci dengan perkahwinan. ini ditambah lagi dengan bencana yang menimpa kedua orang kakaknya iaitu Ruqaiyah dan Ummi Kalthum. Fatimah menyaksikan penderitaan yang mereka lalui disebabkan oleh penceraiaan...

Semua perkara yang berlaku ini meninggalkan kesan ke atas Fatimah. Batinnya terseksa melihat ayahnya ditindas oleh kaum Quraisy sedangkan Fatimah masih kecil untuk mengerti dan menanggung semua penderitaan ketika itu. Dia juga telah menyaksikan penderitaan kaum Muslimin yang menahan kelaparan selama 3 tahun disebabkan kepungan dan penyingkiran oleh kaum Quraisy...

apabila penyeksaan ke atas kaum Muslimin itu berakhir, Fatimah merasa sangat gembira. namun kegembiraan itu tidak kekal lama. selang beberapa hari selepas pembebasan dari kaum Quraisy, ibunta Siti Kkhadijah r.a telah menghembuskan nafas yang terakhir dan menyaksikan duka yang dialami oleh ayahnya kerana pemergian isterinya yang tercinta. Kemudian, Fatimah menyaksikan pula pemergian satu demi satu kakaknya. Betapa beratnya penderitaan yang ditanggung oleh Fatimah dan ayahnya ketika itu.

Segala penderitaan dan keperitan yang dialami oleh Fatimah ditempuhi dengan penuh sabar dan tabah. Keteguhan hati dan pendirian yang kuat, tanpa disedari telah membentuk diri Fatimah menjadi seorang yang berbudi pekerti mulia dan suci jiwanya. Dia telah membina satu kekuatan dalaman yang luar biasa.

Fatimah adalah satu-satunya puteri Rasulullah SAW yang tidak berkahwin sebelum seruan kepada Islam bermula dan juga tidak berkahwin semsa usianya masih kecil. Dia sentiasa berada di belakang ayahnya, mengikut dan menyertai setiap peristiwa yang bakal mencabar akal dan fikirannya. dia telah mengambil alih semua tugas menguruskan rumahtangga untuk meringankan beban ayahnya setelah kewafatan ibunya Khadijah r.a.

Sesungguhnya ketabahan dan keteguhan budi pekerti Fatimah ini telah memainkan peranan penting didalam dirinya. ini kerana setelah ayahnya diutuskan oleh Allah SWT untuk menjadi Rasul, Fatimah terkenal sebagai seorang puteri kepada seorang yang mulia, agung lagi suci. Sudah tentu semua kaum Muslimin di mana saja, akan memandang tinggi dan mulia kepada puteri Rasulullah SAW ini dan sudah tentu bakal calon suaminya juga adalah di antara orang-orang yang mulia sepertinya.

Sewaktu di Madinah, Fatimah telah menjangkau usia 18 tahun namun dia masih belum bertemu jodoh. Saidina Abu Bakar iaitu sahabat karib Rasulullah SAW pernah datang untuk melamarnya namun ditolak oleh Nabi dengan lembut. Begitu juga dengan Saidina Umar. Dia juga datang untuk melamat Fatimah namun Nabi tetap menolaknya dengan lembut. Ini kerana Rasulullah SAW telah memilih jodoh yang sangat baik untuk puterinya itu, iaitu Ali Bin Abi Talib, sepupu Baginda sendiri, seorang mujahid kecil, pemberani, pintar dan kuat keazamannya. Dia juga orang yang pertama beriman kepadanya. Rasulullah SAW sengaja menolak lamaran sahabat-sahabatnya iaitu Abu Bakar dan Umar kerana ingin memberi laluan kepada Ali untuk dijodohkan kepda puterinya.

Rasulullah SAW pernak berkata kepada Fatimah, " dia adalah saiyid (tuan) didunia ini dan di akhirat pula dia terkira orang-orang yang salih. Dia adalah orang yang banyak ilmu diantara para sahabat nab, orang yang amat tinggi kesantunannya dan orang yang pertama memeluk Islam. "

Usia Ali bukan sahaja tidak jauh daripada Fatimah, namun Ali juga dididik oleh Nabi sejak kecil. dia seorang yang tinggi imannya dan sentiasa berada di samping baginda. dia tidak pernah terkecuali dari mana-mana peperangan yang dipimpin oeh baginda dan sentiasa diberikan keutamaan untuk memegang panji-panji Islam di medan perang.

Ali dan Fatimah adalah saudara dan teman. Fatimah sangat senang kepadanya dan dia begitu kagum dengan keberanian dan ketangkasan Ali. Fatimah tahu bahawa Ali ada menaruh hati terhadapnya , namun Ali tidak mahu meneruskan hajatnya disebabkan kemiskinannya. dia adalah seorang yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa untuk kepentingan dirinya sendiri . maka oleh itu, dia tidak pernak melakukan pekerjaan atau berniaga seperti pemuda-pemuda lain di zamannya. Ali memendamkan saja hasratnya. namun takdir telah menentukan bahawa dia akan menyertai keluarga Rasulullah SAW sebagai menantu baginda.

Pada ketika itu., Rasulullah SAW telah berkahwin dengan Aisyah r.a. Maka itu, bebaslah Fatimah dari segala urusan rumahtangga ayahnya kerana ia akan diuruskan oleh Aisyah. Sekarang sudah tiba masanya untuk mencari teman buat Fatimah yang dapat memberikannya sepenuh kasih sayang dan perlindungan. Orang yang dipilih juga bukanlah orang sebarangan. Dia adalah seorang yang mulia, setaraf dengan Fatimah, puteri dan kekasih Rasulullah SAW.

maka....snantikan sambungnnya...;)







2 comments:

snow queen said...

ya..su tunggu sambungannya..insyaALLAH..:)

azwa amani said...

bace tau sambungn nyerrr..nnti nak pinjm buku sue ea...kalu ade msa leh yerr..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...