Saturday, July 31, 2010

TiTiPaN NoRAzWaNI...

hawa...
andai engkau masih remaja..jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engaku sudah bersuami..jadilah isteri yang meringankan beban suamimu...andai engaku masih ibu, didikla anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-Din Allah...

hawa..
andai engkau belum berkahwin jangan engkau risau jodohmu..ingatlah Hawa..lelaki yang baik buat perempuan yang baik. jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana khuatir dari mata jatuh kehati, maka lahirlah senyuman maka tercetuslah salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasi diri...

hawa..

lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, tidak memilih wanita melalui keseksiannya, tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang penting pegangan agamanya....lelaki yang baik tidak menginginkan pertemuan dengan wanita bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya..lelaki yang baik, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu matlamat dalam perhubungan lelaki dan perempuan yakni sebuah perkahwinan..
oleh itu hawa.....
jagalah pandanganmu...awasilah auratmu...peliharalah akhlakmu...kuatkan peribadimu..andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu...cukupla hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu..biarlah hanya cinta daripada ibu dan bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu...cukuplah sekadar cinta adk beradik serta keluargamu yang membahagiakanmu...
hawa...
cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALlah..cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.... cintailah keluargamu..kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain keluarga..janganlah...sesekali tangan yang mengoncang dunia turut menggoncangkan iman lelaki... kita tidak boleh mencintai org lain sebelum mencintai diri sendiri..dan kita tidak boleh mencintai diri sendri sebelum kita mencintai Allah..





semoga ana, keluarga ana..anugerah Allah serta keluarganya, sahabat2 ana serta semuanya sentiasa dalam landsan cinta Allah serta di dlm redha Allah..insyaAllah...
semoga apa yang ana impikan, dimakbulkan oleh Allah..aminnn....semoga tuhan yang Maha pemurah memberikan ana anugerah yang terbaik buat ana..aminnn YA rabb....

1 comment:

Anonymous said...

Amin ya robb .. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...