Monday, May 30, 2011

masalah hati ...



hari ini, amani ingin meluahkan perasaan di sini....amani sedar, mungkin tidak patut untuk amani ceritakan disini...tapi, ini adalah pengalaman hidup amani, dan mungkin, bila amani coretkan di blog kesayangan ini, bila amani baca semula, amani boleh dapat pengajaran daripadanya...dan mungkin bukan amani sahaja yang dapat pengajaran, bahkan semua yang membaca....

sesungguhnya, manusia di dunia ada pelbagai ragam. itu adalah tanda Kebesaran Allah....AllahuAkbar.....termasuk juga amani, kamu disana, dan juga disana....kita tidak serupa....sebab kelainan inilah, seharusnya kita perlu bijak apabila dalam perhubungan sosial....ada orang tidak suka begini, ada orang tidak suka begitu.....



lemparkan segala masalah hati ini sejauh jauhnya...

termasuk juga amani... amani juga manusia dan fitrah manusia itu sendiri Allah kurniakan dengan perasaan....amnai pasti..tiada satu pun di dunia ini suka untuk dilukai dan diguris hatinya bukan......jika kita tidak suka kita diperlakukan begitu, mengapa kita melakukan kepada orang lain???..tanya sendiri pada diri sendiri.. mengapa, kenapa dan bagaimana perasaan orang telah kita lukai....

amani jarang berasa marah....berkecil hati itu selalu, tetapi amani cepat hilangkan perasaan itu, tetapi, hari ini, amani rasa sangat marah....amani marah pada orang yang tidak pandai menghargai..bukan dipinta diri disanjung tinggi, bukan diri dipinta dipuji...cukup sekadar layanan seperti dahulu....bukan dengan pandangan sinis dan kata-kata menguris hati....

ya mungkin, diriku sudah tidak layak untuk berada disitu.....tetapi tidakkah terlalu melampau sekiranya dimalukan di hadapan orang ramai....

sejujurnya, hari ini, hilang rasa hormatku pada dia yang sememangnya lebih berbelas tahun dariku....sejujurnya, hati ini masih belum mampu untuk menerima apa yang telah dilakukan kepadaku.....jauh disudut hati, diri ini sudah tidak mampu untuk bersemuka dengannya lagi....

amani tahu...ini penyakit hati.....amani juga punya penyakit hati...dan amani berharap dan berdoa, biarlah kesakitan dan kesedihan ini hanya untuk malam ini sahaja, dan besok hilang sudah penyakit hati ini........

amani janji pada diri sendiri...amani akan sucikan hati ini dari berdendam kepadanya.....amani tahu, dia tahu apa yang amani rasa dengan apa yang telah dilakukan tadi....belum pasti dia membacanya disini...jika ia....kata-kata ini untukmu... " pakaian dan pangkatmu, tidak melambangkan akhlakmu.."...ini adalah pengaran paling kuat yg kuperoleh hari ini ...jika dia tidak mengetahu langsung tentang tulisan ku ini, ..diri ini mendoakan tiada siapa dalam kalangan kami merasakan perkara yang telah diri ini alami, dan mendoakan agar, dia dikurniakan Hidayah untuk membuang sikapnya itu......

sesungguhnya penyakit hati ini sangat bahaya,....bukan sahaja bahaya pada manusia,tetapi amani yakin, ia juga boleh menjauhkan diri dengan Allah....ingin ku buang sejauh-jauhnya.......

p/s :

1) kadang-kadang, orang yang bermulut manis ini, akhlaknya tidak semanis kata-kata....
2) orang yang hebat, ialah orang yang dapat mempengaruhi orang dibawahnya, tetapi orang yg paling hebat, ialah orang yang dapat mengawal marahnya... :)
3) sesungguhnya, orang yang banyak bercakap itu lebih banyak salahnya daripada orang yang diam....

fikir-fikirkan.....jika ada yang terasa dengan kata-kata ini, memang itu tujuan diriku, supaya hati dan fikiran terjentik seketika untuk berfikir......ku tahu, diriku jauh berbeza dengan dirimu yang semua orang dapat lihat...engkau pandai bermain kata-kata..engkau bijak dalam serba- serbi, namun, tak selalunya layang-layang itu terbang tinggi...jika putus benangnya, atau patah rantingnya, ketanah jua tempatnya....jika buruk akhlakmu, jika pedih setiap kata-katamu...suatu hari, engkau pasti menyedarinya....akhir kalam...jauhkan dirimu dan jua diriku dari sifat marah, iri hati dan salah sangka...kerana itu boleh membunuh silaturahim dan kasih sayang yg terbina..wallahualam...

jangan dipandang siapa yang berkata, tetapi lihatlah apa yang ku kata...belajar itu bukan sahaja dengan guru yang berpangkat doktor, professor atau sebagainya, tetapi dengan seekor lipas pun kita boleh mengetahui ilmu yang tiada pada manusia......

kehadrat Illahi kupanjatkan kesyukuran kerana, dibukakan pintu hati ini untuk mengenali dia.....supaya aku lebih matang dalam berhubung dengan ramai orang..ada hikmah disebaliknya...terima kasih dengan hidayah yang telah dikurniakanNya...sesungguhnya, pencarianMu tidak berhenti disini..namun selamanya akan kucariMU hingga akhir nyawa...

terima kasih kepada Encik Anugerah kerana banyak memberikan bimbingan dan nasihat....tanpa kata-kata semangat darimu...diri ini sudah pasti mengalirkan air mata kesedihan, namun malam ini tidak, jiwa ini bukan lagi wanita yang lemah...kerana ku ingin ada semangat ketabahan Fatimah Az-Zahraa dalam diri...


maaf andai ada silap dan salah...
diri yang masih punya banyak kekurangan

azwa amani


11 comments:

Unknown said...

sabar yer amani..huhu....i'm proud of u!jgn mudah pth smangat ok,nana taw amani seorang yg tabah dlm harungi dugaan Illahi

azwa amani said...

nana : sedih nana, bila orng yang kita kenal selama ni..tiba-tiba berubah bila keadaan dah tak sama mcm dulu...kenapa perlu mcm tuuu???..amani tak faha,,, tapi takpelah nana...amani tak salahkan dia...biarlah dia..tq yer dear

Anonymous said...

salam...

awak, banyakkan sabar..hidup ini memang kita seing diuji..

sabar..

Unknown said...

awien, incya-Allah awin boleh hadpinya..selama ayie berada dibwah awien ,kak fain and kak hala. kamu betiga seorng yg pnybar menghadapi anak buah masing2..ini sudah mwnjadi lumrah kehiduan ..ad yg suka dn tidak.. terima shje,angp dugaan bt kamu ya awien..

azwa amani said...

sekamar rindu : tq for caring :)

azwa amani said...

ayie : terima kaish ayie...awak mmng kawan yg baik...selama awin kenal ayie ngn adik, korg adalah antara penguat awin sepnjnag jadi jmk

Adinda Amy Sensei said...

bersabarlah saudari..moga tabah selalu..

Kak Amy said...

salam rindu dear maaf akak busy skg nie..dapat singgah kejap je ni

Unknown said...

ini lah ketikanya kesabaran kita diuji.. marah tu akan hilang seiring dgn peredaran masa, begitu juga hati yg terluka..

jgn simpan dendan dlm hati dgn apa yg dah dia lakukan. kelak nanti diri sendiri yg terseksa

Hans Hanis said...

yups
betul tu
orang yang hebat bila orang tu mampu mengawal amarah nya
sebab bila mampu mengawal amarahnya maka dia pasti mampu mengawal perkara lain
insyaallah :-)

Kak Amy said...

dik kalau adik nak uat part time dengan akak boleh x de masalah , adik boleh jual handphone n prepaid tu insyaallah dalam masa terdekat nie akak uat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...