Wednesday, June 1, 2011

Dia IDOLA ku....

assalamualaikum semua....

siapa idola kita???..masa kanak-kanak dulu..idola amani siti nurhaliza, kemudia misha omar....bila dah besar sikit, dah matang...amani punya idola pun berubah dari artis kepada ahli politik dan pemimpin....iatu Nurul Izzah dan Ustazah Mashitah....suka sangat pada mereka...

seperti biasa, hati manusia sering berubah...bila bosan, bila kecewa, bila terluka..selalu sahaja berubah....itu fitrah manusia yang selalu berasa kekurangan dan mahukan lebih..tiada kenal erti cukup....

namun...dalam hidup ini, amani semakin matang..dan amani semakin tahu tentang halatuju kehidupan ini....manusia belajar melalui peniruaan,,,itu Teori Albert Bandura...yerrr...kita belajar melalui peniruan terhadap orang sekeliling dan siapa yang kita suka....oleh sebab itulah, seharusnya kita tahu siapakah idola kita....

amani berbicara tentang idola amani...seorang wanita syurga, seorang daripada darah mulia...Dialah Fatimah Az-zahra...dia menjadi idola wanita buat diri ini....setiap masa, bibir selalu berkata, Aku ingin menjadi seperti fatimah.....selalu amani beritahu encik Anugerah..." saya nak jadi macam Az-zahraa...awak jadi Ali yerr "....amani suka dengan kisah hidupnya...amani suka cara dia menjaga diri...amani suka membayangkan kecantikkan Fatimah, ..amani suka mencari-cari tentang kisah hidupnya....segala-galanya tentang fatimah....duduknya, caranya berjalan, caranya berkata, caranya melayan Ali, caranya memasak...amani inginkan seperti dia....

daripada Aisyah Ummul Mukiminin berkata " saya tidak pernah melihat seorang pun dari ciptaan Allah SWT (manusia) yang serupa ucapan dan perkataannya dengan Rasulullah SAW selain Fatimah r.a"


“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.


kenapalah jodoh amani dengan buku ni lambat sangat :)

9 comments:

Anonymous said...

Salam~

Sikit2 agy sama dengan nama sebenar Zara. :) suke baca buku2 macam ni. sangat berfaedah.

Anonymous said...

Salam~

Sikit2 agy sama dengan nama sebenar Zara. :) suke baca buku2 macam ni. sangat berfaedah.

Unknown said...

amani da ad blum buku tu?kalo blum suh amar adiahkan yer beday nanti:)

misSbLurRy said...

dah lama x membaca...ehehehe

azwa amani said...

cik zara : betul tu...dah dekat dah nama tuuhh..hehehehe :P

azwa amani said...

nana : amani dah beli sendiri dah..hehehehe :)

azwa amani said...

misblury : bace entry tu kira membaca lah tuu.. :)

Unknown said...

incya-Allah awien akan dapat neniru gaya fatimah walopon sedikitincya-Allah pasti akan menbawa kepada satu yg nikmat kelak..btw, ayie xbce pon lgi novel fai\timah..hehe kt umah nie xsempt nk peg kedai buku beli novel asik berjalan jer..huhu

azwa amani said...

ayie : hohohoho...ayie, nanti kan..aie balik Upsi, awin nak minta tolong ayie ajarkan buat belog mcm belog ayie tuuuu tauu...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...