Monday, March 21, 2011

jagalah Allah...Allah pasti menjagamu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah Ta’ala, empunya semesta alam. Selawat yang diiringi dengan salam kepada Nabi dan Pesuruh Allah Yang Paling Mulia dan Agung, baginda Nabi Muhammad Shallahu ‘Alaihi Wasallam dan keluarganya serta para sahabatnya sekalian.


Apa khabar iman sekarang..? semoga sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah…...Moga-moga hari ini dikurniakan keazaman yang tinggi oleh Allah untuk terus meningkatkan amal kebajikan, meninggalkan perkara-perkara yang tidak disukaiNYA dan istiqamah serta Thabit dalam jalan Allah.


Sama-sama muhasabahkan diri, selama kita hidup, kita dianugerahi nikmat kehidupan oleh Allah..…bagaimanakah amalan kita kepada Allah? Adakah amal kebajikan mengatasi amal keburukan…? Adakah kesalahan yang telah dilakukan sebelum pada hari ini telah dipinta ampun dan mohon taubat…? ALLLAHU RABBI.. Moga-moga Allah memberi kepada kita kekuatan untuk berubah…berubah kepada yang lebih baik…


Sekadar perkongsian tentang sambutan hari lahir.…Pernah juga mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus berkaitan dengan menyambut hari lahir…hukumnya harus dan jadi haram bila mana ada unsur-unsur yang sama sebagaimana sambutan hari lahir orang bukan Islam..seperti tiup lilin dll.. Ustaz sarankan sambutlah hari lahir dengan memperbanyakkan amalan kepada Allah..lakukan solat hajat dan berdoa moga-moga kehidupan selepas ini lebih berkah dan diredhai


Selama pemerhatian ana pada hari ini, terdapat satu penyakit yang menimpa orang-orang yang berimej islamik...yakni masalah hati x kira sama ada dia student P.Islam ke @ ajk surau ke hatta badan dakwah sekalipun tidak dapat mengelak penyakit ini…banyak sahabat2 ana yg terlibat dan ianya berlaku di depan mata ana sendiri…luarannya nampak syadid dalam pergaulan, hebat dalam berceramah, selalu ajak orang keluar berdakwah, pemakaian berjubah dan berserban, ketua bagi organisasi agama dll.., tp pada masa yg sama ada masalah hati terhadap kaum hawa…bila difikirkan kembali, ana selalu mengingatkan sahabat2 dan juga memuhasabah ahli tentang perkara ini....Ingatlah, tiada yang halal melainkan dengan akad pernikahan..yelah ramai yg mengatakan kalau tak berhubung, rasa susah, bimbang takut pasangan lari dll..namun kitakena yakin bila mana kita menjaga Hak Allah, ikut syariat-Nya dengan sempurna, Allah akan memelihara dan menjaga perhubungan sesama manusia..


” Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu”




Di sini suka untuk ana mengambil petikan daripada ayat 31 surah an-Nur yang bermaksud :


"Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya."


Sebagai penutup, sama-sama perbanyakkan solat hajat dan berdoa kepada Allah..mohon ditetapkan iman dan dimudahkan segala urusan di dunia dan akhirat


Kena yakin…
“Setiap kesulitan, ada kelapangan, & tiap-tiap kepayahan, ada kebahagiaan”

p/s : kecantikkan seorang wanita hanya buat suami tercinta... :)

6 comments:

Muslimin Ibnu Hassan said...

hope amani amalkan bnda yg sama krana En, Anugerah Allah juga Allah yg jga. jd xprlu rsaukn die dan jga dri kite agr Allah redha akan khdupan kita

azwa amani said...

saudara ammar : terima kasih kerana meingatkan diri yg terleka dengan ksh syg....semoga hati kuat...kulakukan semuanya kerana LILLAHITA'ALA...

Liquid said...

ayat terakhir tu betul3 =)

Unknown said...

soal hati ramai yg tewas termasuk sya. whatever, tak selamanya nak dibiarkan penyakit hati ini berlarutan. semoga diberi petunjuk agar dpt kembali ke jalan yg lurus

azwa amani said...

en liquid : huhuhuhu,....yg penting jagalah diri sebaiknya...amani pun susah untuk menjaga hati..msih memohon pertolongan Allah...itu fitrah manusia..ingin disayangi..

azwa amani said...

MH : betul tuuuu...semua org pasti akan mengalaminya...diharapnya, amani juga dapat kawal agar tak merosakkan hati dan merosakkan hamba yg lain ...aminnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...