Allahu rabbi...
SubhanaAllah.. Maha Besar Allah...
segala Puji hanyalah untuk Allah yang maha indah, Maha besar dengan nama-nama yang indah...
SubhanAllah,..
sungguh aku takjub dengan 'kerja'MU....
Engkau menjauhkan aku dengan keluarga kerana Engkau inginkan aku dekat padaMu..
syukur Ya Allah...aku ketemu jawapan setiap persoalan di dalam rumahMu ya Rahman...
tadi... di balik tabir masjid..
sekali lagi aku mendengar muaallim yang aku cinta kerana ilmu yang dibicara...
dan setiap bicaranya tepat kena pada diriku yang sedang mencari ketenangan...
katanya penuh hikmah
SubhanaAllah... aku rasa ingin menangis saat itu kerana kebelakangan ini, aku merasakan
sangat nikmat bila bersamaMu...
syukur Ya Allah...
jangan kau tarik rasa ini...
biarkan ia kekal dalam urat nadiku sampai aku mati...
biarkan aku terus mencintai rumahMu...
jadikan aku dekat dengan para muallim..
kerana aku mencintai orang-orang yang mencintai agamaMU...
tadi ustaz pesan..sebelum tidur selepas baca sunnah nabi, bacalah ayat ni إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ sebelum tidur kerana inilah tanda kita mneyerahkan diri yakni bertawakal paling tinggi kedudukannya kepada Allah... berserah diri secara total kepada Allah..wallhualam..jazakumullahu khairon kasiro sahabat2..As-salam..