Sunday, November 6, 2011

teka teki malam raya..


Assaalamualaikum semua pembaca Bicara Amani....Selamat menyambut hari raya korban... semoga kita semua dapat menghayati pengertian ibadah korban ini. semoga kita semua dalam limpahan redha dan kasih sayang Allah.. aminnnn...

malam raya ni amani nak sharekan dengan pembaca teka teki yang amani jumpa.. sangat menarik untuk dikongsikan bersama... saja gurau-gurau...huhuhu...okey, jom start...

yang pertama...

1. Apakah kubur yang berjalan dengan penghuninya???

kedua..

2. apakah makhluk yang dapat mengingatkan bangsanya tetapi bukan dalam kalangan jin dan manusia??

dan akhir sekali..

3. apakah 5 makhluk dimuka bumi ini, tetapi tidak satu pun yang lahir dari kandungan ibu???

hah...amacam, mencabar tak soalannya...jangan risau, kalau tak dapat jawapan, cuba tengok di bawah ni.. 6

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

jawapan bagi soalan 1
kubur tersebut adalah ikan yang menelan Nabi Yunus sehingga baginda dibawa mengelilingi 7 lautan

jawapan nombor 2
semut di dalam kisah Nabi Sulaiman. semut tersebut bersuara : "wahai para semut, masuklah kedalam sarang anda semua agar tidak dipijak oleh tentera Nabi Sulaiman dalam keadaan mereka tidak sedar

jawapan soalan 3
lima mahluk tersebut adalah Nabi Adam, Isterinya Hawa, unta Nabi Saleh, kambing Nabi Ibrahim dan ular yang menjelma dari tongkat Nabi Musa. semuanya lahir bukan dari kandungan Ibu..

diriwayatkan daripada Abdullah Bin Amr R.a " Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud:"seorang muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. dan seorang muhajr (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT

15 comments:

JIJI YU said...

yang ko pi kasi jawapan tu nape..nyampah la aii...

azwa amani said...

jiji.. : biaq pi lah nak bagi jugak..huhu

delarocha said...

tak sempat nak perah otak.. dah dapat jawapan.. huhu

Terbang Bersamaku said...

boleh tahan susah teka teki nie..thanks sbb kasi jawapan dia sekali..hehe..=)

SHURA said...

comel awin pakai purdah. alhamdulillah ada kekuatan untuk tu. bukan senang kan..
haha. aku tak kisah pun ko cubit aku sampai lebam harituuuuu.. :P

azwa amani said...

shura : tapi kat upsi xle la...kalau tak kena tindakan nanti..yups..sangat susah shura, tapi itulah yg bermakna dlm hidup awin :)

huhuhu..kenangan terindah cubit ko sampai lebam...sape suruh kacau aku lagi..huhu

Faaein Talip Roy said...

baru nak google cari jawapan.. hehehe.. ;p

eh. tu amani ke?.. teringin nak berpakaian macam tu.. tapi.. entah bila hati ini nak terbuka ke arah itu.. [-__-]

Amni said...

hahahah.. baru nak cakap benda sama.. baru nak fikir, sekali dah ada jawapan.. heheh.. tapi kalau perah otak agaknya saya tak dapat ajwapan jugak.. kalau google mungkin boleh dapat jawapan.. heheheh..

Ain Zulaikha said...

hehehe teka teki ilmiah, tapi baru nak teka dah ada jawapan kat bawah huhu.. saya berbangga saya dilahirkan sebagai seorang Islam, Alhamdulillah..

Salam aidiladha

Amy Syaquena said...

baru nak jawab sekali ada di sertakan jawapan daaa...hehe! adik dah berniqab ye...

MataHati @ MH said...

nasib ada jawpan.. kalau tak ligat kepala ni mengoggle jawapan kat tenet..

apa yg dipandang sepi dlm gambar tu?

Nur Athirah.. :) said...

nice :)

ShahzCudin said...

satu pon xdpt jwb.. :(
mujur ade jwpn..

Pondok Usang said...

jawapan penuh keinsafan... =)

MataHati @ MH said...

amani.. sunyi ah blog ni tanpa catatan terbaru..
ada masa nanti karang lah sepatah 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...